Monday, March 12, 2007

aGGP 2007 - thE eVeNt




All Guys Golfing Party 2007 (AGGP) telah berlangsung dengan meriahnya walaupun jumlah peserta yang menghadirinya adalah sedikit. Ramai yang telah menarik diri di saat-saat akhir seperti Padil Sutok, Kudin Mekanik, Hanif dan Arash kerana sebab masing-masing. Walau pun begitu AGGP kali ini berjaya mengumpul sebanyak 2 flight golf. Ianya menepati sasaran permulaan apabila AGGP ini di rancang kira-kira 3 minggu yang lalu.

AGGP 2007 bermula dengan meeting point konvoi di Stesyen Minyak Caltex Jalan Selayang pada jam 11-30 pagi pada 11hb Mac 2007. Dari Selayang kami bertolak ke Bukit Beruntong melalui jalan lama dan tiba di Pekan Bukit Sentosa kira-kira jam 12-30 tengahari. Semua peserta termasuk Antu dan Jepun yang tiba dari Shah Alam berkumpul untuk makan tengahari. Setelah selesai makan kami semua bertolak pula ke Bukit Beruntong Golf And Country Club (BBGC) yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari situ.

Semua peserta telah tiba di BBGC kira-kira jam 1-00 tengahari dan kami semua telah menukar pakaian dan bersiap sedia untuk memulakan permainan golf. Ianya telah bermula kira-kira jam 2-00 petang dengan di dahului flight yang terdiri dari Antu, Zamzuri dan Safari. Ianya di ikuti oleh flight yang terdiri daripada Jepun, Kerbau, Man Troq dan saya sendiri. Kami telah bermain hampir 5 jam dan permainan hanya tamat kira-kira jam 7-00 petang.

Selesai permainan golf kami telah berkumpul semula di Coffee House BBGC untuk minum dan makan malam. Berikut adalah keputusan permainan golf AGGP 2007 :

1. Kida (Handicap 22 : score 96) : +2
2. Antu (Handicap 16 : score 92) : +4
3. Safari (Handicap 16 : score 93) : +5
4. Kerbau (Handicap 22 : score 102) : +8
5. Zamzuri (Handicap 24 : score 107) : +11
6. Man Troq (Handicap 36 : score 125) : +17
7. Jepun (Handicap 36 : score 138) : +30

Walaupun ada beberapa pemain seperti Man Troq dan Jepun yang pertama kali bermain golf dan turun ke padang golf tetapi telah menunjukkan permainan yang menarik dan mempunyai potensi yang cukup besar untuk menjadi pemain golf yang baik. Kira-kira mereka berdua ni kena datang setahun lagi ke BBGC pada 11hb Mac 2008 pula untuk proses graduation kepada pemain-pemain golf baru.

Selesai kami menikmati minum dan makan malam di Coffee House BBGC, kami semua telah mandi dan menukar pakaian dan bersiap sedia pula untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Kami bertolak keluar dari BBGC kira-kira jam 8-30 malam dan sampai di Plaza Yow Chuan, Jalan Ampang pada jam 9-30 malam.

Di KTV News, Plaza Yow Chuan, kami di sertai pula oleh Lan Kentei dan Padil Sutok yang tidak dapat menyertai acara golf pada sebelah petang tadi. Meriah dan rupa-rupanya ramai yang berbakat selepas keluar dari ITM dulu dalam bidang nyanyian ni. Ingatkan Amin DSS dan Jamal DPA sahaja yang pandai menyanyi masa kat ITM dulu. Kalau macam ni susah jugak rasanya kalau kita nak buat pemilihan penyanyi masa kat ITM dulu. Kena Afundi macam AF. Acara karaoke telah berakhir pada jam 1-30 pagi dan kami semua bertolak pula ke Restoran Nasi Lemak Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru dan menikmati pula Nasi Lemak bungkus. Akhirnya All Guys Golfing Party 2007 berakhir dan kami semua bersalaman sebelum berpisah pada jam 3-15 pagi dan pulang ke haluan masing-masing.

Memang seronok dan meriah AGGP 2007 ini walaupun di hadiri dengan sebilangan kecil peserta sahaja. Bersembang, bergelak sambil bermain golf, karaoke dan menikmati makan malam dan supper sesungguhnya suatu stress released yang baik untuk kita semua sekali-sekala macam ni. Memang semua yang hadir pada AGGP kali ini bergembira dan bergelak sakan apabila bertemu kawan-kawan.

AGGP 2007 mungkin akan diadakan lagi dalam tahun ini walaupun ianya bukanlah acara seperti monthly medal yang di adakan setiap bulan oleh kebanyakan Alumni lain seperti SDARA, MACOBA, STAROBA, ANSARA dan lain-lain. Namun BUDIMAN akan cuba mengadakannya sekali lagi sekitar bulan Ogos atau Disember nanti dan di harap lebih ramai lagi akan menyertai acara itu nanti.

No comments: