Malam tadi telah berlangsung sessi teh tarik dengan Pengurus Kewangan Majlis Perbandaran Kuantan iaitu Bob MG di Satay Hj Samuri, Bangi bersama-sama Kitang, Man Troq dan saya sendiri. Bob MG yang menginap di IOI Palm Garden, Putrajaya akan berada di Kuala Lumpur sehingga esok kerana mempunyai tugas resmi. Macam-macam kisah semasa di ITM dan semasa bekerja di Kuantan pada awal-awal tahun 1990an dulu dan memang bergelak sakan. Lepas tu teh tarik tersebut disambung pula dengan kehadiran Kudin Mekanik di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan akhirnya pada pukol 3-00 pagi tadi baru lah semuanya cari jalan balik ke rumah masing-masing. Malam ni dengar khabarnya ada teh tarik sambil menonton Champion League skrin besar pulak dengan Bob MG. Kat mana yer....Melting Pot Concorde pun ada skrin besar jugak...ramai artis lepak sambil ngeteh dan tengok bola...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
SK pun nak ikut gak gi melting pot...
Post a Comment