Sunday, March 11, 2007

sEDiKit kiSaH aPaMz

Petang Jumaat lepas Ummi ada menelefon saya dengan perasaan yang amat gembira untuk memberitahu bahawa permohonan bantuan kepada anak sulong Apamz dan keluarga kepada Yayasan Pahang sudahpun berada diperingkat yang akan diluluskan. Beliau mendapat berita tersebut daripada seorang pegawai Yayasan Pahang yang telah menelefon beliau untuk menyampaikan berita gembira itu. Ummi telahpun menelefon Apamz untuk menyampaikan khabar gembira tersebut dan Apamz kini hanya perlu mengisi beberapa borang untuk formaliti sahaja. Surat kelulusan untuk permohonan biasiswa anak sulong Apamz telahpun di sediakan hanya menunggu untuk ditandatangani sahaja dan pihak Yayasan juga akan menyampaikan saguhati kepada keluarga Apamz bagi meringankan beban beliau sekeluarga. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ummi dan juga kepada semua kawan-kawan lain yang terlibat membantu Apamz sekeluarga dalam mendapatkan bantuan ini. Moga usaha-usaha yang lain juga akan turut membuahkan hasil seperti dari JKM dan sebagainya.

3 comments:

Anonymous said...

Besar jasa ummi.. sekurang kurangnya dengan ada nya blog ini, kita dapat membantu antara satu sama lain dam apa jua kepakaran apatah lagi dapat meringan kan masalah khusus nya seperti masalah apamz. Marilah kita beramai-ramai memberikan kredit pada ummi dan rakan-rakan lain atas effort mereka.
Syabas... Bilal

Anonymous said...

UMMI, JASAMU AKAN KAMI KENANG
SEMOGA ALLAH SWT MEMBERIKAN
LIMPAH KURNIANYA KEPADA UMMI
SEKELUARGA

AMIN..

Anonymous said...

Salam.
Ummi..walaupun kita sebelum ini tak brapa mengenali ummi dan setelah BUDIMAN kita ditemukan kembali. ALhamdulillah atas berkat kerajina dan keihklasan ummi sekeluarga dan juga mereka yang membantu APAMZ sekeluarga mmg tiada tandingan. Cuma ucapan trima kasih dan semuga ALLAH s.w.t. memberi keberkatan dan kesejahteraan serta kemurahan rezeki buat umi dan keluarga serta rakan2 BUDIMAN yg telah membantu merealisasikan impian APAMZ sekeluarga. Sungguh terharu keihklasan BUDIMAN membantu dan diharap di masa akan dtg lebih byk aktiviti sebegini dan keihklasan membantu dpt dilaksana dan dijayakan. SALAM buat semua