Friday, March 02, 2007

peLuAng mELukiS uNtuK kULit nOVeL

JemariSeni Publishing ada mengubungi SK baru-baru ini bertanyakan jikalau sesiapa boleh menghasilkan satu lukisan untuk dijadikan kulit novel bagi novel keluaran mereka yang akan datang. Saya beritahu SK untuk buka peluang ini kepada kawan-kawan kita yang mempunyai bakat terpendam dalam lukisan mungkin boleh jadi titik permulaan untuk mencipta nama dalam bidang lukisan novel setaraf Jaafar Taib, Azman dan lain-lain. Lukisan hendaklah dibuat dalam kertas saiz A3 (Drawing Block Size) menggunakan water colour. Tema lukisan untuk novel akan datang ini ialah gambar pemandangan...tak kiralah pemandangan tepi pantai ke, sawah tepi gunung ke atau apa-apa pemandangan mengikut kreativiti pelukis. Lukisan yang terpilih akan di beri pembayaran yang akan ditetapkan oleh pihak pengurusan JemariSeni nanti. So sesiapa yang berminat boleh hubungi saya atau SK untuk keterangan lanjut.

2 comments:

Anonymous said...

gambo org memancing boleh ke..khehehe. sljr

Anonymous said...

ar® here...

ar ade gak koleksi pemandangan... ar wat mase kat sekolah dulu... mase tu baru pandai pegang berus... ade dlm 3 keping je le... coz yg lain..., ar byk lukis gambor antu... kalo nk... ar bleh bg (dr sepah kat umah)... tp ar x nk org tau tu yg ar lukis... nnt glamer sgt plak... lg satu..., ar nyer drwg pki "air brush" ..n.. guna drwg block size A4.. bleh tak...???