Thursday, March 08, 2007

cOuNtdOWn tO aGGP 2007 - 2 more days to go


Lagi 2 hari lagi maka akan berlangsunglah AGGP 2007 yang mana aktiviti kita nanti tidak hanya terhad kepada bergolfing sahaja tetapi kita juga ada acara casual buffet dinner di Redbox Sogo pada pukol 8 malam iaitu dinner dan karaoke. Bagi sesiapa yang ingin menyertai Casual Buffet Dinner dan karaoke bayarannya adalah sebanyak RM50 dan bolehlah kita semua berjumpa pada waktu tersebut terus di Redbox Sogo. Walaubagaimanapun kalau dapat call saya terlebih dahulu lebih baik kerana saya nak buat booking dengan Redbox pada tengahari Ahad.

Dengar khabarnya ada di antara kawan-kawan kita yang telah membuat persiapan untuk golf dan dinner ni dengan membuat latihan samada di driving range dan turun ke padang golf. Ada juga yang buat latihan karaoke, maklumlah nak bagi suara power untuk nyanyi lagu Amy Search dan Ramli Sarip. Anyway kepada sesiapa yang kelapangan tu marilah bersama-sama bertemu kawan-kawan sambil bersantai. Kalau tak sempat golfing pada siangnya, join lah kawan-kawan pada sebelah malamnya. Apa-apa pun tolong call atau sms saya dahulu manalah tahu saat-saat akhir nanti mungkin ada perubahan venue dan acara, nanti karang tak pasal-pasal tunggu kat Redbox tu kawan tak ada datang.

6 comments:

LaN KidA said...

Salam semua,

Yang dah betul2 confirm untuk join golfing di Bukit Beruntong adalah seperti berikut :

1. Saya sendiri
2. Antu
3. Kerbau
4. Adik Kerbau
5. Kitang
6. Man Troq
7. Fadil Sutok
8. Apek
9. Arash

Yang belum confirm tapi menyatakan untuk datang ialah :

1. Kudin Mekanik
2. Bilal
3. Nasrun
4. Hanif
5. Jepun

So kalau ikutkan yang confirm tu dah ada 2 flight tetapi kalau yang belum confirm tu datang maknanya kita ada 4 flight.

Yang nak join untuk Dinner dan Karaoke pula belum dapat dipastikan lagi. Jangan last minute baru nak datang dah la... pening jugak nanti.

So kepada sesiapa yang belum decide tu harap dapat buat keputusan secepat mungkin dan sms atau call saya.

Anonymous said...

ar® here....

ar ade member card redbox kareoke... (ar pun antu kareoke) kat mane2 redbox pun bleh guna... bleh dpt discount & point.. kat sogo.., ar x biase sgt gi.. so x tau le rate utk dinner kat sane... tp kalo kat redbox da'curve (kat mutiara d'sara).. byr $50 sorang.. pastu bleh mkn buffet... dr kul 6 smp kul 10 mlm... but bleh kareoke dr kul 6 smp le kedai tu tutup... so bleh kareoke smp x de lagu... kalo nk pinjam card ar..., kol le ar ek.. (kalo gi kareoke, nk ikut gak... tp.., kena ade geng pompuan le...)

Anonymous said...

Assalamualaikum

Ana mintak maaf tak dapat join this particular event, berdasarkan sebab-sebab seperti berikut:-

1. golf gear semua dah syahid
2. ana sekarang kat miri. sabtu pagi baru balik kl
3. sabtu petang insyallah ana keluar khuruj fisabilillah 3 hari ke Cameron Highlands

Kida, kirim salam kat semua geng2.

Doa untuk ana.

Jazakallah khair.

Anonymous said...

Salam ya Kuden
Insyaallah ya Kudeng, ana akan sampaikan salam anta kepada semua rodon-rodon la... semuga anta selamat la menunaikan fisabillah... ana di sini dan rodon-rodon pun semua berjuang juga la di atas itu fadang golf la..tapi tak ada pahala la.. Lain kali anta ada peluang kasi join la...

Salam sekali lagi la

LaN KidA said...

AR, camno kami nak tipon hang..hang tak bagi no tipon hang pun kat kami.. ke nak kena tipon tru bodyguard hang(along hang tu la)...hehehe

Anonymous said...

nasib baik bodyguard si AR x bape nak sihat 2-3 ari ni kalau tak mesti join punye hehehe......

rasa2nye kitang ade no tepon 'budak kecil' tu cuba tnya dia....aaa...kalau si AR ade kena jaga2 dia mudah 'lupa diri' bila dpt mikropon kang u all semua nganga aje smpai pagi....hehehe anita