Malam semalam saya sms kepada Bilal bertanyakan khabar beliau. Sebelum ini beliau ada memberitahu saya bahawa isterinya Rohani akan menjalani pembedahan di IJN pada bulan Januari 2007 ini. Bilal memberitahu saya bahawa isterinya akan menjalani pembedahan jantung di IJN pada 18hb Januari 2007 pada jam 9-00 pagi. Isterinya mengalami masalah saraf jantung yang dikesan semasa melahirkan anak ke 5 dahulu. Saya mendoakan agar Rohani, isteri Bilal akan selamat menajalani pembedahan itu nanti dan semoga Bilal sekeluarga akan tabah dalam menghadapi pembedahan tersebut. Jika berpeluang nanti bolehlah kita semua mengunjungi Bilal sekeluarga di IJN pada 18hb Januari 2007.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
semoga semuanya selamat. amin
InsyaAllah selamat. Sama-samalah kita doakan
InsyaAllah selamat belaka.
anim doakan moga kak ani (eh panggil kakak x pe ke? perasan muda la plak hehehe) selamat menjalani pembedahan dan cepat sembuh...
take care
Bilal koi doakan Rohani selamat menjalani pembedahan..InsyaAllah Amin...
Apek
Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat harapnya...
InsyaAlah...
Jazakallah.. amat terharu dengan sokongan dan doa..sukar mencari kawan menangis dan ketawa bersama seperti you all. Aminn InsyaAllah
Bilal, koi tahu Ani tu...tabah orang nya. Tu sebab awok terpikat kat dia dulu. Sampai suh dia kuar ITM takut bebudok ITm sambar. Insya Allah selamat sbb Tun dulu pun operate kat situ..selamat seadanya.
Bilal/Rohani...mudah2an semuanya berjalan dengan lancar...doa & tawakkal kepadaNya
Post a Comment