Sunday, January 07, 2007

maKaN-maKaN mERaiKaN faTOnaH di RumaH jEPun




Semalam telah diadakan acara makan-makan yang telah di hostkan oleh Jepun dan Shema sekeluarga di rumah mereka di Seksyen 4, Shah Alam. Acara tersebut bagi meraikan Fatonah DBS yang bekerja di Arab Saudi yang sedang bercuti di Malaysia sebelum berangkat semula ke Arab Saudi pada 16hb Januari 2007 ini.

Acara yang telah bermula pada pukol 4-00 petang semalam telah dihadiri oleh Kudeng DSS sekeluarga, Padil DBS, Mat Dwan dan anak sulongnya, Lan Kentei sekeluarga, Mat Rock sekeluarga dan Charlie Koi sekeluarga. Shema telah menyediakan makanan seperti spaghetti dan laksa di samping beberapa kuih-muih untuk kengkawan semua pada petang semalam.

Saya nak cerita lebih lanjut tentang kemeriahan acara rasanya tidak perlu dihuraikan dengan terperinci di sini. Mana-mana kengkawan yang pernah pergi acara-acara yang telah beberapa kali di adakan sebelum ini seperti di rumah Walid, rumah Lan Kentei dan pregathering mesti tahu keseronokan berjumpa kawan-kawan lama dan bercerita serta bertanya khabar. Memang meriah sangat-sangat. Tak tergambar dek kata-kata lah. Pendek kata kalau terpaksa drive sejauh 300km atau terbang dari Kota Kinabalu semata-mata kerana nak menghadiri perjumpaan dengan kawan-kawan sebegini, memang berbaloi sangat-sangat.

Peluang berjumpa Fatonah sekeluarga, Mat Rock yang pertama kali membawa keluarganya serta berjumpa dengan Hafaz Charlie Koi dan keluarga menjadi suatu excitement yang sukar digambarkan. Setelah gelas pun dah pecah sebab anak-anak mengantuk mata dah layu, semua mencari serpihan gelas pecah atas carpet dan mevacum carpet, blackout sekejap sebagai tanda-tanda suroh balik sebab dah lama sangat maka acara yang bermula pada pukol 4-00 petang semalam telah berakhir pada jam 12-00 tengahmalam dan itupun setelah anak dan isteri semua dah pakat-pakat jeling semacam jer. Akhir kata terima kasih kepada Jepun dan Shema yang telah bersusah payah menyediakan juadah dan menghoskan acara makan-makan yang begitu meriah semalam. ( Gambar-gambar di link Gambar Blog)

8 comments:

Anonymous said...

Charlie Coy...at last dapat jugak nengok/natap dorm mate koi masa kat Bahaman 1509-B...raut muka Tuan Haji masih maintain mcm. dulu...kalu selisih tu masih cam lagi...InsyaAllah ada rezeki kita jumpa...

Anonymous said...

salam tuan haji charlie...:)

Anonymous said...

Terimakasih kepada semua rodong2 yang sudi hadir sessi "mengeteh" dirumah kami Sabtu lalu. Maaf juga kepada rodong2 yang tak sempat kami call/jemput pada hari tu. Maaf juga kepada rodong2 yg hadir andainya ada apa2 kekurangan…

Yang sebenarnya agenda ni tak dirancang, perjumpaan dengan Fatonah sepatutnya di Plaza Masalam Shah Alam, tetapi mengenangkan perjumpaan dirumah lebih selesa dan lebih santai jadi kami menukarkan lokasi perjumpaan tersebut ke rumah kami. Jadi juadah2 yang disediakan pun tak seberapa, yang mana sempat dimasak saja.

Pagi-pagi menarik upih
Ditarik budak ditepi perigi
Kalau ada rezeki lebih
Lain kali blh ajak makan2 lagi…

p/s.. SK rasa cam kaksu plak hehehehe

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya nok mintok maaf ke Jepun + Shema, and to the rest pasal kena balik cepat hari tu. Frust jugok dok dang nok jumpa Tuan Haji Charlie Koi.

But at least, buleh jugok jumpa jepung and padil.

Insyallah, jika Allah SWT tetapkan rezeki dan jodoh, kita jumpa lagi in the future.

Anonymous said...

salam. Kpd Jepun n shema. mohon maaf sbb x dpt hadir dan juga kpd teman2 yg lain. aktiviti ari sabtu penuh spai mlm (kat KL). bila da balik budak2 semua da berdengkur lam keter..insyaallah..kita bertemu dilain masa n tempat.

Anonymous said...

Kitang...bila pulak nak buat PotLuck kat Temerloh? Ramai kat Temerloh tu...Adenan, Pablo, Zambran, Liza, Mazidah, Kerbau, Wan Azhar..cukup lah kalau nak buat PotLuck tu...aku dgn SK boleh join kalau balik Temerloh...

Anonymous said...

Kuantan pun ramai....Niazor, Normah, Bilal, Antu, Joe Malady, Mat Taib, Azlina Kamaluddin, Sarip, Puis, Rambo, Bob MG, Apamz dan ramai lagi...Bila pulak nak buat PotLuck?...Kena lah ada yang initiate..mesti ramai yang join...bolehlah hantar gambar2 kat sini nanti.

Anonymous said...

InsyaAllah kengkawan...akan menyusul nanti. Buat masa terdekat ni mungkin tak kot...almaklum sajalah bibik/pembantu baru balik Indon, terpaksa cari yg baru...isteri tersayang Lily skrg ni pun dah jadi mcm. superwoman...jadik maid,driver & towkay...luv u syg!