Bila singgah kat bengkel Kudin selalu saya teringat masa muda-muda dulu sekitar tahun 1992-1996 kerap race kereta dengan Kudin ni. Masa tu Kudin kerja Remisier kat Lion Securities di Kelang. Selalunya saya, Kudin dan Padil Sutok selalu lepak-lepak sambil repair kereta kat Bengkel Wahab depan Rumah Pak Ali kat Gombak. Bengkel Wahab ni memang famous pasal repair kereta-kereta untuk budak-budak racing. Selalu jugaklah ikut Kudin race kereta kat area-area Pasar Borong Selayang, Batu 3 Shah Alam masa muda-muda dulu. Bila fikir-fikir balik memang bahaya betul masa tu tapi tengah muda-muda macam tu mana ada fikir semua tu.
Tapi paling saya tak lupa sekali saya pernah race dengan member-member kat MRR2. Dari Summit Subang kami pecut 4 biji kereta, saya dengan volvo saya, sebijik BMW 525i (double vanos), sebijik Merc C200 Kompressor dan sebijik Lexus RX300, siapa dapat punch dulu Smart Tag kat Tol MRR2 Puchong. Lexus RX300 tu walaupun 3000 cc tapi tak bimbang sebab meter dia sampai 180km dah cut-off. Saya ingat masa tu bawak dalam 180-220km sejam. Giler. Tapi nak tahu apa, tiga-tiga bijik kereta sampai sama kat depan tol, saya, bmw dan merc. Tapi bukan nak action...hehehe...saya dapat punch dulu smart tag tu.....saya rempuh Smart Tag tu dengan kelajuan 100km sejam dan palang Smart Tag tu betul-betul terbuka dengan beberapa inci saja dari cermin depan kereta saya....fuhhh...legaaa..terus kami berhenti minum kat area Carefour Seri Petaling. (Kepada penonton2 di rumah jangan tiru aksi ngeri tersebut dan aku pun tak mahu dah cuba buat lagi beb)
15 comments:
"(Kepada penonton-penonton di rumah jangan cuba meniru aksi...."
Kida, ade 'live telecast' ke race ni? Awat tak habaq mai kat aku...
Anyway selamat maju jaya dalam dunia permotoran...
Majulah Sukan Untuk Negara....
Just For information,
Koi pernah terlibat didalam kontrak untuk install, testing and commisioning smart tag system... standard speed untuk system ialah 120km/hr , kami berani test setakat 110km/hr ajer... tapi accepted.
Perghhh...lega...nasib baik aku tak rempuh masa 180km/jam..kalau tak bersepai aku....tangan dgn kaki mahu org jumpa kat tasik selatan....tobat tak berani dah aku buat.
Tapi korang tak tengok lagi kalau SK bawak BMW WHQ 39 yang gambar kat atas tu....power beb..tak terkejar gua dengan SK kalau balik kampung dengan volvo gua yang kat sebelah tu....
Sekali pernah gua pergi JB dengan WHQ 39 tu 6 saman satu hala...Tol Sg Besi ke Tol Air Keroh gua buat 45 minit beb...Tol Air Keroh ke Tol Skudai gua buat 1 jam 15 minit...memang power kereta tu...
kida n rodong.apa kata kita masuk drfiting?...kita tapau satu keter yg RWD..upgrade pastu masuk event.
camner? ada gak aktiviti permotoran secara sah n selamat?
Kos sama2 tapau la...
Aku ok jer Walid...mekanik pun kita dah ada...tunggu apa lagi..tapi sayang Mazda Astina kita dah jual...kalau tak, boleh buat drifting jugak tu...
Allooo citer lomba2 haram koi tak main beb...
Amacam sapa nak join koi ...'SUKAN KAYAK' ekekeke
Apex
kida,
nak race dgn kreta aku (JHS67) tak? from Sg. Besi ke Ayer Keroh.
from:
JHS67
C200K
klu 'on', sms aku kat nbr 0126210000. Siapa kalah, kreta dia kena bakar, lepas tu boleh claim insuran maa.
JHS67
Hi JHS67 amboi nak ajak kida race lagi yea..kalau kida menang C200K tu SK punyer! Yes SK punyer!
JHS67....race basikal tua aku nak lah la ni... Tak mau dah aku race-race ni..banyak lagi benda lain yang seronok atas dunia dari race keta ni. Aku pun fikir2 balik bodohnya la aku race keta dulu2 tu...syurga dunia ni banyak benda lain lagi yang seronok, nak buat apa la aku race keta... lagipun setakat C200 Kompressor ko tu bak kata pak mentua aku la kereta kontraktor kelas F nyonya bawak pergi pasar je beb.... kalau race lambho ke ferarri ke boleh jugaklah aku fikirkan lah..race dgn C200 ni dah lepas dah masa tu...Apa2 pun JHS67, kalau ko nak beli Lambho, member aku Amir ada jual. Dia dapat 20 bijik AP Lambho setahun...baru dapat jual 12 bijik tahun lepas...11 beli cash RM1.5 juta sebijik dan 1 beli hutang bank RM1 juta, downpayment RM500k. Nak jumpa Amir mai aku kenalkan kat Table 6 Hard Rock Cafe KL, Jumaat malam Sabtu mesti dia ada geng aku tu... Anyway JHS , thanks for the invitation but sorry i'm not interested at the moment.
apa ke jadahnya..ni mesti salah mak bapak tak mengajar. dah tua2 masih nak merempit. buat apa nak bakar kereta bila dah kalah merempit. baik bakar diri...dapat gak bini duit insuran..jadi janda berhias gitu.
Rempit selamber
anamak mahalnya Lambho tu 1.5juta.... gigil aku. Anyway aku skrg ni pun anytime boleh dpt 2 AP dari MITI. Beli C200 ni guna AP sendiri, lagi boleh dpt 50% diskaun duti import dari Kem. Kewangan. Bila pergi kira cukai di kastam Port Klang dapat lagi diskaun 20%. Last bayar tax cuma RM15k aje. Semua kena guna kabel maa.
Member aku nama Roslan Rusdi ada 1 Ferrari dan 1 Lombho. Mungkin dia dgn Amir kot.
JHS67
SK,
Kida tak boleh menang la. Don't wori, saya tak akan dapat bakar kreta BM tu sbb kida tertinggal jauh. Saya dah sampai JB, dia baru sampai Air Keroh. Malas saya nak tunggu.
Nak beli plat Johor angka 4 tak? Saya boleh dapatkan murah.
JHS67
Post a Comment