Thursday, January 04, 2007

tOP 5 jeJaKa paLiNG meRiaH baTCh jULy 85

Dulu aku dah buat top 5 awek paling cun batch Julai 85 ITM Cawangan Pahang. Ni aku nak calunkan pulak top 5 jejaka paling meriah di ITM Pahang batch Julai 85. Pemilihan ini bukan berdasarkan nilai-nilai kekacakan, ketampanan dan kehemseman kerana semua batch Julai 85 hensem-hensem belaka tetapi berdasarkan pencapaian kemeriahan yang telah dicipta oleh individu-individu ini dalam bidang masing-masing. Mungkin korang ada pendapat lain dan korang boleh suarakan pendapat korang tersebut dalam ruangan komen. Bawah ini aku calunkan Top 5 Jejaka Paling Meriah dan Happening batch Julai 85 ITM Cawangan Pahang :

1. Sarip Zafar @ Lanun @ Setan dsb DPA - Sarip ni aku rasa dia paling layak lah menduduki King Jejaka Paling Meriah dan happening sebab rasanya semua orang kenal dengan gelagat dia baik senior mahupun junior. Pengikut setia Sarip ni antaranya Che Dat, Joe, Pian, Chegeng, aku sendiri, Antu dan beberapa yang lain lagi.

2. Nor Affendi @ Clark Gable DPA - Clark ni memang antara jejaka paling terkenallah terutama sekali di Hostel Bahaman bukan sahaja kerana ketinggiannya tetapi kemeriahan beliau dalam menyakat dan membuli geng-geng Hostel Bahaman. Pengikut setia Clark pula antaranya Mr T, Mat Rock dan Lan Kentei.

3. Mohd Othman @ Mat Brengsek DBS - Walaupun Mohd Brengsek ni low profile tapi dia pun mencipta satu budaya tersendiri dikalangan pengikut-pengikut setianya seperti Mat Dwan, Hakim, Adenan, Jepun dan lain-lain lagi.

4. Kudeng DSS - Kudeng ni pun antara jejaka meriah jugak sebab dia seorang je yang ada gitar Fly-V masa kat ITM dulu. Kira gitar warna kuning Fly-V tu banyak mengangkat martabat Kudeng sebagai salah seorang pemain gitar terhandal di ITM dulu.

5. Niza DPA - Kira Niza pun boleh dikategorikan sebagai jejaka paling meriah jugak kat ITM kerana mencipta bidang tersendiri dengan beberapa pengikutnya yang tersendiri.

So itulah aku punye pendapat Top 5 Jejaka Paling Meriah batch Julai 85 ITM Cawangan Pahang dulu. Pendapat aku ni dikira dengan populariti dan budaya tersendiri yang telah berjaya di bawa oleh individu-individu ini semasa kita semua belajar di ITM dulu.

5 comments:

Anonymous said...

Mung ni lang...mana lah aku ni merioh. Aming Penang lagi merioh dari aku.
1. Dia panda nyanyi...suara sedap pulok tu
2. Dia panda main drum...terer pulok tu
3. Dia panda ngorat...makang pulok tu

dan juga beberapa sebab yang laing.

hahahah...pembetulang skek...gitar aku warna putih lahhhh...

LaN KidA said...

Kudeng, pada aku mu mmg antara jejaka paling meriah jugak sbb mu usung gitar mu tok berenti dulu. Bahaman mu maing, depan astec mu maing, hostel remaja mu maing...kira mu bawak meriah masa tu. Sorry aku dok ingat gitar mu warna kuning sebenar warna putih sbb warna di raja mu tu.

Anonymous said...

tu la pasal kudeng, aku rasa warna putih, bila pulok mu chat warna kuning... kidA pung ada memory lost
... MG pung leh dapat jejaka meriah gok..
Next kidA mat motor paling meriah...

Anonymous said...

Kida, what an interesting statement..."sume lelaki batch July 85 handsome2..." mmmhhh
Blow your own trumpet eh (masuk bakul angkat sendiri)...by the way abang...if is it so, how come I only noticed you...ahaks! guys out there don’t get me wrong nor that I jealous...just kidding! No heart feeling yea...

handsome or not does it matter? Most important is that you guys be good khalifah in this earth! Allah creates us all with beauty, completeness and perfection and yet each one of us is different, unique unto ourselves. So show our appreciation of Allah’s gift wisely..

Hello ladies out there say something...make your comments here!

To my sweat beloved abang...u r the best! mmuaaahhh!

SK - stands for Sentiasa Kiuuuttt! *wink*

Anonymous said...

Kudeng??? Emm betul tu. Ummi setuju sangat kalau Kudeng dikatakan salah seorang jejaka paling meriah kat ITM (bolee laa..), sebab dalam kelas kitaorang, memang dia ni paling kuat mengusik lecturers especially, Cik Haz. Ee..sampai tak tau Cik Haz nak kata apa. Gempak 1 kelas bahak2 tau. Tapi satu kan, dia ni kalau ada family or personal problem ke masa tu kan, pandai simpan..Nobody knows! Kalau tak betul punya kawan, dia takkan cerita punya. Betul tak Kudeng??