Tahun 2006 telah pun meninggalkan kita semalam. Kini 2006 sudah menjadi sejarah yang akan terpahat dalam ingatan kita semua. Tahun 2007 telahpun bermula dan kita di blog ITM Pahang juga bakal menempuh beberapa perancangan di tahun 2007 ini yang diharap akan terlaksana nanti, Insyaallah. Antara beberapa perancangan blog yang bakal dilaksanakan di tahun 2007 ialah :
1. Mengadakan acara Grand Gathering untuk bekas-bekas pelajar ITM Cawangan Pahang pada suatu tarikh yang akan ditetapkan berkemungkinan pertengahan tahun ini.
2. Mengadakan mesyuarat dengan ahli-ahli jawatankuasa Grand Gathering yang telah dibentuk semasa Pregathering di Cherating Kuantan dahulu bagi menentukan tarikh, tempat dan aturcara grand gathering yang bakal berlangsung nanti.
3. Mengadakan acara makan-makan bersama keluarga sekali dalam 2 bulan di sekitar Lembah Kelang. Ini boleh di ikuti dengan acara tahlil dan bacaan yassin.
4. Mengadakan satu directory bekas-bekas pelajar ITM Cawangan Pahang yang lebih teratur dan lengkap dengan kerjasama pengunjung-pengunjung blog semua. Sambutan hingga kini masih lagi menyedihkan kerana masih ramai yang tidak menghantar profile diri dan gambar keluarga untuk dikumpulkan. Mungkin tidak ramai yang bersedia untuk tampil dengan lebih terbuka. Susah nak ceritalah beb masalah ni sebab nak cakap pun dah tua-tua belaka.... sepatutnya fikiran lebih terbuka dan matang...
5. Menggalakkan lebih ramai penyertaan pengunjung-pengunjung dalam interaksi di dalam blog, penyiaran artikel-artikel, gambar-gambar lama dan baru serta maklumat diri dan keluarga, perkembangan semasa dan sebagainya.
6. Lain-lain perancangan akan di fikirkan dari masa ke semasa dan diharap input serta saranan-saranan innovatif oleh pengunjung-pengunjung blog amatlah diperlukan.
Diharap tahun 2007 ini akan membawa lebih banyak permuafakatan antara kita, pertambahan kenalan dan sahabat, idea-idea innovatif menerusi blog untuk diri, keluarga dan kawan-kawan semua serta kesejahteraan dan tali silatulrahim yang akan berkekalan sehingga ke anak cucu kita semua nanti, Insyaallah.
No comments:
Post a Comment