Idea untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Johor dan Pahang sebenarnya sudah tercetus semasa keadaan banjir round pertama kira-kira 2 minggu dulu. Namun akibat kurang sambutan dari kengkawan semua maka usaha-usaha untuk kerja-kerja kebajikan sebegini tertangguh lah juga. Kerja-kerja kebajikan sebegini jika ingin di lakukan memerlukan kerjasama dan usaha dari semua pihak dan tidak boleh mengharapkan effort seorang individu sahaja. Kerja-kerja kebajikan sebegini adalah perkara-perkara yang akan membantu kita sendiri kerana ianya akan membawa banyak pahala dan insyaallah akan membantu kita di masa kita sendiri di timpa kesusahan nanti. Berikut adalah cadangan Bilal yang telah dihantar kepada saya :
Baru-baru ni kita diterjah dengan gelombang kedua banjir besar di Johor dan Pahang yang melibatkan hampir 120,000 penduduk. Berita demi berita, perkhabaran demi perkhabaran kita terima. Tak cukup di dada akhbar kita di tunukkan visualnya di kaca TV semuanya menyedihkan. Begitu berat ujian tuhan pada saudara kita di sana yang bukan sahaja kehilangan mata pencarian, malah ada yang kehilangan harta benda khususnya mereka yang bekerja sendiri.Terharu dengan apa yang telah menimpa mereka, kami seakan terpanggil untuk turut sa membantu seadanyadan dengan ini ingin menggerakkan rakan-rakan untuk turut sama berbakti pada masyarakat.
Berikut cadanganya:
Misi : Program sehari membantu mangsa banjir di Kota Tinggi.
Tarikh : Cuti Tahun Baru China ( Akan dimaklumkan kelak) -
Aturcara program :
Konvoi berkereta. Gotong royong membersihkan kawasan membaiki keadaan rumah yang mana perlu. Masak beramai-ramai. Bermalam dan mengadakan doa selamat di surau berhampiran. Menyerahkan dan mengaggihkan bantuan
Bentuk Bantuan di perlukan :
1. Pakaian Terpakai untuk pelbagai dewasa mahupun kanak-kanak
2. Barang terpakai seperti TV, sterika, kerusi, kabinet kecil, pinggan mangkok dll
3. Duit - Sasaran RM10,000 ( Sasaran untuk duapuluh keluarga)
Justeru itu, kami ingin merayu penyertaan rakan-rakan seramai yang boleh agar dapat membantu projek berkenaan. Sasaran kami ialah 30 keluarga menyertai projek ini. Moga anda bersama-sama kami dan harap segera memberikan maklum balas.
12 comments:
Macam mana caranya aku nak buat donation?
wak dagu
InsyaAllah aku nok sumbang pakaian terpakai...rasanya banyok seluar/baju sekolah yg x padan dah...
Kida...ada cadangan ke kat mana kita nak kumpul barang2 ni?...ke kita ikut wakil Zon Timur,Zon Tengah, Zon Utara ngan Zon Selatan...
insyAllah..walid pun ada sumbangan untuk pakaian terpakai..kena ada meeting ni
Lan,
Nak g sana mungkin x lepaslah kot..Tapi kalau nak bagi sumbangan tunai, nak bank-in kepada siapa? (*Naknya..tumpang buat pahala, walaupun sebesar biji sawi..).
Semoga usaha murni kalian semua akan tercapai..
Pokcik pun sokong utk sumbangan ni. Koi bukan x nak sumbang, tapi kami dah salurkan melalui Mydin central. Gelombang pertama dulu kat 3 container branches anto ke Johor. 2nd wave ni tgh collect, also send thru central..
koi sokong niat awok semua nak tolong mangsa banjir di johor. cuma koi nasihatkan berhati-hati sebab dah byk koi dgr bantuan tak sampai ke destinasi. so salur sendiri dan jgn melalui pertubuhan yg merepek tu kecuali ex-itm pahang yg ada ketua yg nak mengendalikannya.
ZM...kalu ikut perancangan,memang kita nok bagi bantuan(duit ke,barang ke,gotong royong ke)terus dengan mangsa banjir...kalu engka ada contact ngan Jabatan Kebajikan Kota Tinggi atau Batu Pahat lagi cantik..kita boleh ambil nama & alamat beberapa keluarga yg betul2 susah & banyok anok..kita buat direct,jgn thru Jabatan.
Tapi kengkawan...mende ni seme kena buat cepat ketika mangsa betul2 tengah memerlukan bantuan.
Kita x boleh tunggu2 lagi...Bertindaklah kengkawan seme!...bak kata Ummi,walau sebijik sawi sekalipun...
Banjir ni memberi hikmah bukan hanya kepada mangsa tapi juga kepada kita seme...renung2 & fikir2 kan...
Kitang, koi sebenarnya dah lost contact dgn JKM selepas berhenti dari jabatan ni. Member koi yg kat JKM JB pun dah resign. Kadangkala koi menyesal lak resign dari JKM, kalau tidak boleh lah koi jadi master mind niat ko orang ni.
Kitang & ZM,
jgn pening kepala, bantuan tu hulurkan aje kat aku (anak jadi Batu Pahat). 23 hingga 28 bln ni aku balik kampung untuk bantu kemas rumah org tua aku.
Mizi
Mulakan kumpul sumbangan kewangan n pakaian.Gunakan akaun Kitang.Pakaian bawa sendiri.Kita pegi sabtu ni.D Kota tinggi ada 34 keluarga yang rumahnya rosak teruk n masih berada di Tempat pemindahan.Koi boleh uruskan dengan Peg, Belia & sukan daerah KT.siapa nak pegi beri jwpan sebelum Jumaat.Pakaian tu kena yg elok sikitlah jgn underwear yg dah tompok2.Kalau nak ke daerah lain koi blh kontek Peg Belia & Sukan Daerah lain
SK setuju gak dgn cadangan Che Dat tu. Kumpulkan sume pakaian dr butik sendiri ker atau amik dari jiran/kwn/sedara.Yang paling penting pakaian tu boleh dipakai dan elok (takdelah terbetas benang/koyak). Dulu masa SK kumpulkan pakaian2 tuk sedekah amal, SK asing2kan kanak2 dan Dewasa. Jd senang sket nak bagi2 kat sana...teratur sket.
p/s tapi pakaian sk termasuk lam kategory kanak2...uwaaaaa...
Koi cukup teruja dengan sambutan kengkawan.. khusunya kita yang sesama ex itm pahang. Saranan che dat begitu bernas tapi kalau sabtu ni rasanya awal sangat tak dan nak buat collection. Koi cadang gini ( kalau setuju)
1. Che Dat uruskan dengan rakan jab belia di kota tinggi mangsa yang benar-benar terjejas di kawasan perkampungan. Kita target 10hb. Feb ( ada dua minggu untuk pengumpulan barangan dan derma - sebab dah gaji)
2. Semua bentuk donatian kewangan sila salurkan ke akaun kitang seperti mana kita buat pre-gathering dulu. Koi sasarkan RM5,000 kot- kot ada yg kreatif boleh buat tabung bergerak.Rakan-rakan yang skodeng juga dialu-alukan menderma begitu juga mereka yg berada i perantauan
3. Semua pakaian atau barang terpakai seperti pakaian, pinggan mangkuk, peralatan sekolah dan sebagainya berikut adalah tempat pengumpulan :
K.L Walid dan Kida
Ktn Rozain dan Bilal
Lain-lain harap volunteer dan cadangakan. Semua barangan harus sampai ketempat pengumpulan latest by 4hb. Feb agar kami dapat penilaian berapa banyak, apa barangnya dan berapa jumlah derma serta boleh membantu kami membuat keputusan pada siapa dan jumlah mangsa yang perlu diagihkan barangan dan sumbangan berkenaan.
10hb. Mereka yang ingin terlibat sama menyertai misi ini sila berada di Hentian rehat tol Ayer Keroh sekitar jam 10.00 pagi dan kita konvoi ramai-ramai.
Moga Allah memberkati usaha murni kita yg dapat meringankan beban saudara seagama.
Bilal.
Post a Comment