(Gambar Padil DBS)
Aku baru balik dari teh tarik di Gombak dengan Padil dan Kudin. Kami pekena kerang rebus sampai 6 pinggan. Kenyang giler beb. Hari semalam, Selasa adalah hari yang tertinggi catatan counter hits blog ni. Lebih kurang 100 hits tertera di kaunter pada Selasa dan alhamdulillah blog ini terus mendapat sambutan dari hari ke hari.
Aku sebenarnya nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada isteri aku yang banyak tolong repair blog ni bagi sempurna dengan chatbox, jam, counter dan latest sekali dia bubuh lagu kepada sesiapa yang melayari blog ni. Kalau nak request lagu lain pun boleh, tinggalkan saja permintaan kat chatbox tu, nanti aku try arrange untuk lagu tu dimainkan.
Aku call Sidi (DPA) tadi, dan dia pun baru sahaja melayari blog ni hari ni dan dia kata Clark Gable (DPA) pun baru dapat tahu pasal blog ni hari ni jugak. Aku dengar bukan main suka lagi Clark. Aku pun ada call Apamz (DIA) lepas berbuka tadi mintak beberapa info untuk masukkan dalam blog ni. Nanti artikel lain aku akan ceritakan.
Tengahari tadi aku juga dikejutkan dengan panggilan telefon dari Shaharuddin @ Chegeng (DBS). Dia terjumpa Padil kat Melawati. Rupanya Chegeng ni duduk kat Bukit Indah, Ampang dan dia buat bisnes dalam security system berpejabat di Dataran Prima, Ampang. Bini dia lawyer bukak ofis kat Melawati. Padil kata janggut dia dah panjang sampai ke perut tapi dia tetap kurus keding macam dulu. Anak 5 orang. Boleh tahan jugak Chegeng ni.
Jepun (DBS) pun ada call aku malam tadi, dia kata kalau malam minggu ke, nak jugak dia join teh tarik session ni. Jepun dalam senyap2 rupanya dah kembali bertugas di Shah Alam dari Jakarta. Selamat Kembali Bapak. Insyallah aku arrange kan untuk teh tarik session yang lebih meriah lagi lain kali dan maybe kita boleh panggil Syed Hamid, Apek, Arash, Karat, Chegeng dan lain-lain lagi.
Padil juga beritahu aku tadi, Suhaimi (Abg Mie) DIB sekarang ni kerja kat Kementerian Pertahanan, Jalan Semarak, bahagian kewangan. Padil selalu jugak jumpa Suhaimi ni sebab dia ada buat kontrek kecik2 kat MINDEF tu. Selain dari tu depa berdua ni pun pernah ambik kursus dan exam untuk jual insuran dulu.
Padil kata lagi dia banyak gambar2 masa orientasi kat ITM dulu. Ada satu album tapi dia tadak scanner nak download gambar2 tu kat komputer. Sesapa yang ada scanner tu boleh lah kontek Padil kot2 boleh la kita sama2 tengok kat blog ni nanti ye.
Aku jugak nak bagi tau kat korang, kalau korang ada website sendiri ke, blog sendiri ke, web page ke yang nak link kan kat blog ni pun aku boleh link kan. Macam Padil dia kata dia nak iklankan company dia yang specialize dalam renovation rumah tu mana tau kot2 kengkawan nak buat renovation atau nak buat bungalow ke, boleh kontek dia untuk dapatkan harga. Nanti aku akan link kan blog ni ke website Padil ye.
2 comments:
patutnyer ko snap gambar.pastu paste kat blog nie....leh la dpt pic terbaru...hehee hensem ke...bulat ke..tembam ke....boroi ke...heheee
Mid, nanti aku nak buat teh tarik session panggil ramai lagi, boleh la kita ambik gambaq ramai2 no...pas tu kita tengok perut sapa yang besaq sekali no.
Post a Comment