Friday, October 20, 2006

SeLaMat hAri RayA AiDilfiTRi

Di kesempatan ini aku dan isteri nak ucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin kepada kengkawan semua yang mengikuti blog ni dari mula 28hb Sptember 2006 bersamaan 5 Ramadhan 1427 sehinggalah ke hari ini sudah 22 hari kita bersama-sama memeriahkan blog ini. Catatan kaunter hits pun dah mencecah 3785 dan aku menjangkakan ianya akan mencecah angka 4000 sebelum raya ni, insyaallah.

Sepanjang 22 hari ini bermacam2 pengetahuan dan maklumat berkaitan kawan2 kita yang kita kenal selama 21 tahun dan telah terpisah hampir 18 tahun telah kita perolehi semula dengan berkat dan hidayah yang Allah swt turunkan kepada kita semua. Silatulrahim yang selama ini terputus telah dapat disambung semula dan insyaallah lebih banyak kawan2 kita yang lain akan menyertai kita semua. Dan harapan kita agar silatulrahim yang terjalin semula ini akan terus berkekalan dan membawa keberkatan kepada kita semua nanti.

Sepanjang 22 hari aku telah menulis 59 artikel untuk blog ini disamping sumbangan2 daripada kawan2 semua telah sedikit sebanyak memberikan kita maklumat terkini dan juga dapat kita mengimbau kembali kenangan2 silam 21 tahun lalu untuk kita jadikan sejarah manis dalam lipatan hidup kita.

Di ruangan ini juga aku dan isteri ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang 21 tahun persahabatan ini dan sepanjang 22 hari blog ini terdapat perkara2 yang telah menyinggung perasaan kawan2, terkasar bahasa dan sebagainya. Sesungguhnya tidak ada niat untuk aku menyinggung sesiapa dan tulisan2 aku ini hanyalah untuk mengimbau kembali cerita2 lama dan kenangan2 manis semasa kita semua bersama2 dahulu. Aku juga memaparkan kisah2 kawan2 kita dengan tujuan ikhlas dan jujur tanpa rasa riak, prasangka buruk, cuma ingin memberikan maklumat2 terkini berkaitan sahabat2 kita dulu. Ampun dan maaf sekiranya ianya tidak menyenangkan hati kawan2.

Kesempatan ini juga aku ingin rakamkan ucapan terima kasih kepada kawan2 yang telah sudi mengirim ucapan selamat hari raya kepada aku dan isteri. Aku akan balik ke Kedah/Perlis (kampung Anim) dan Temerloh, Pahang(kampung aku) pada hari raya ini dan insyaallah aku akan terus mengupdate blog ini dimana-mana sahaja aku pergi jika masa dan keadaan mengizinkan.

Aku rasa mungkin hari jumaat ni adalah hari terakhir sebelum kita semua bercuti hari raya dan maybe hari terakhir kepada sesetengah kawan kita yang mengaccess blog ni daripada komputer ofis, jadi aku siapkan juga beberapa artikel berkaitan kawan2 kita seperti Bilal, Kitang, Normah dan Rozain kerana disitu ada alamat mereka, manalah tahu ada kengkawan yang nak berkunjung nanti. Untuk Slumber, cadangan ko nak buat game tu aku dah bubuh dah kat bawah link gambar blog.. aku bubuh game Hangman2...kalau dah puas nanti aku bubuh game lain plak.

Akhir kata Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Berhati2 di jalanraya.

8 comments:

Anonymous said...

Kami sekeluarga di Shah Alam juga mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri kepada semua kengkawan juga ampun maaf dipinta sekiranya ada terkasar bahasa dan perkara-perkara yang menyinggung perasaan kengkawan. Adious
Asta Lavista

Anonymous said...

Saya serta keluarga mengucapkan selamat mengakhiri Ramadhan, selamat menyambut Syawal kepada semua yang mengenali jua memohon ampun dan maaf dari segala aspek rohaniah dan fizikal semuga kehidupan kita aman ,bahagia serta penuh ketakwaan.

Anonymous said...

Saya, Shamsul 'Amri bin Abdul Rahman, no. kad pengenalan A0767815 serta seisi keluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Bathin kepada semua kawan-kawan seangkatan Batch Julai 1985 di ITM Pahang dan juga lain-lain batch ITM Pahang. Berhati-hatilah semasa memandu di jalanraya, ingatlah orang yang tersayang.

Anonymous said...

Rasulullah SAW bersabda: "Jangan lah kami sekali2 memutuskan tali silaturrahim kerana ia antara perkara yang paling dibenci oleh Allah SWT". Kida & Anim...you've put up a very gallant and noble effort towards this. I'm pretty sure it shall be credited as the good deeds by Allah SWT. Have a blessed and great Eid Al Mubarak. Truly from me and family. Jazakallah khair kathirun.

apamz said...

Saya, Apamz a.k.a. Norhisham Mohd Ramli, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin, kepada semua kengkawan serta rodong2 yang masih mengingati diri ini dimana jua anda berada. Iceblended kat pasar2 mlm sekitar kuantan akan ditutup selama lebih kurang seminggu dari 22/10 sampai 27/10. Aku akan berada di KL (Kg Luit) maran pahang dari 22/10 sampai raya pertama then balik temerloh rumah org tua aku pada raya petama jugak sampai la 27/10, dtg la umah, tapi iceblended takde laa... contact no 0199451043 or 0139987697 (hp anak aku), datang ye jgn tak datang!! (call dulu)

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas 100% Dari : apamz serta isteri: Miza Mat Jamin, serta anak anak: Muhammad Shafiq & Muhammad Amry

Anonymous said...

kengkawan,
Dikesempatan ini diucapkan selamat hari raye kepada semua..mohon maaf zahir & batin drp mohd nizam@bob@MG sekeluarga diktn.

Lan Kentei said...

Saya & family saya pun would like to take this opportunity to wish every citizen of this blog & rodong2 yg sewaktu with this blog, Selamat Hariraya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.. "Jaga Diri, Hiasi Peribadi..".. Nak ngajok dtg rumah, maaf la yakkk, saya & family berada di sana & di sini, shah alam, ipoh & penang.. I'Allah, 1 fine day, we akan berjumpa, di KL la gamoknyer.. Slamatttttt.... Lan Kentei aka Laughing Horse aka Noor azlan Abdul Manan..

Anonymous said...

Sempena bulan yang mulia ini saya & anak2 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kengkawan andai ada terkasar bahasa & menyinggung perasaan.

Untuk kengkawan semua :
Andai tangan tak mampu berjabat
Andai wajah tak mampu bertatap
Hanya kata2 untuk mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI