(Gambar Raman Sakri @ Kerbau DBS)
Masa kita baru grad tahun 1988 dulu, masa tu kan tengah inflasi teruk, so aku, Jepun (DBS), Selipar (DPA) dengan berbekalkan duit deposit masuk ITM lebih kurang RM180 + duit deposit lain adalah jumlah RM250, maka kami bertiga pun dengan beraninya melangkah ke Kuala Lumpur. Kami pun menyewa rumah kedai di tingkat 3 Jalan Pahang di depan General Hospital Kuala Lumpur. Kalau korang ada lalu situ, rumah kami betul-betul kat jejambat Jalan Pahang depan GH tu. Kami bertiga la pioneer kat rumah tu.
Konon2nya nak cari kerja la. Beli Malay Mail, satu hari kami pergi 10 interview, semua yang ada kerja salesman. Kalau tak pun jadi kerani, tapi semuanya nak pengalaman. Memang bahalul betul la dia orang masa tu, ada ke kami ni baru grad dia tanya ada pengalaman. Masuk 1 minggu, tak dapat kerja jugak, 2 minggu pun tadak kerja jugak. Last2 kami duduk melengung je la. Masa tu jangan cerita la bab makan ni. Tangan pun dah naik berbulu tebal sebab makan roti canai je hari2, minyak sapi banyak.
Lepas tu Mat Dwan(DBS) datang dengan HantuRaya (DPA), mencuba nasib jugak, sama jugak macam kami, jadi dah ada 5 orang duduk dalam rumah tu, sebenarnya bukan rumah pun, bilik saiz 10 kaki x 12 kaki, bilik air share dengan bilik sebelah. Lepas tu datang lagi, Zul Sani (DIB), Halim Lucah(DIB), Mat Taib (DIB) semuanya menumpang kat bilik tu. Lepas tu Karat (DIB) junior kita pun datang. Kadang2 kawan2 datang kejap pun ada. Azmi Mahmud(DBS) pun ada. Ada masanya berbaris tido dalam bilik tu 12 orang, muat2 je letak badan.
Last2 cuma Mat Dwan dengan HantuRaya dapat kerja. Itupun kat Company Money Market tak berlesen. Dapatlah gaji basic RM500 sorang. Itu pun mula2 tak bergaji jugak. Duit jangan cerita la, semua mangkuk2 yang duduk kat situ masa tu termasuk lah aku semuanya papa kedana belaka. Sampai aku ingat lagi ada satu hari tu, kami 10 orang yang duduk dalam bilik tu kumpul2 duit yang ada dapatlah 90 sen. Nak beli roti canai macammana nak makan dengan 10 orang, kalau beli pun dapat 2 keping je masa tu. Last2 kami beli rokok gudang garam 2 batang, hisap sikit sorang, minum telan air paip je la. Lepas tu kami bantai tidur.
Sampai petang tak boleh tidur, perut dah meragam, bukan pasal apa, pasal minum air paip banyak sangat. Kira2 pukol 8 malam, dengan berbekalkan duit 10 sen yang tinggal, kami pun menelefon Azmi Mahmud yang duduk dengan abangnya kat Kelang masa tu. Aku ingat lagi perkataan yang kami telefon hari tu " Mie, ko tolong lah pinjam duit dengan brother ko, datang sini malam ni kalau ko tak nak tengok 10 orang budak ITM mati kebuluran". Nasib baik la abang Azmi kasi pinjam RM10. Dengan duit tu Azmi Mahmud naik bas dari Kelang sampai kat Flat Jalan Pahang kira2 pukol 12 malam tu jugak.
Kami pun bergegas berjumpa Azmi dan Azmi terus membawa kami pergi makan kat gerai brother belakang jalan pahang tu yang nak pergi stesyen bas Pekeliling tu. Oleh kerana takut duit tak cukop, maka kami dibenarkan order nasi separuh dengan telur rebus sebiji sorang sahaja. Tapi lega dapat makan. Aku ingat lagi Achid @ Rashid (DIB) sekarang kerja photographer dengan The Star, masa tu selalu datang flat kami cakap, " La ni baru aku tau betapa berharganya seulas nasik, masa kat ITM dulu nasik kawah dewan makan kadang2 kita tak lalu, la ni".
Masa tu sebelah bilik kami ialah Mendiang Peter Lim, Pengarah Audio TV3. Dia cukup baik dengan kami, selalu jumpa dia malam saja. Banyak cerita menarik dengan dia, tapi kalau nak siarkan kat sini kena sensor, untuk 18sx sahaja.
Kami masa tu tadak kerja, tapi jangan tanya lah jalan dari GH ke Pertama Complex, aku rasa yang paling teror sekali Jepun, hari2 dia ukur jalan dari GH ke Pertama Complex, siang dan malam. Satu lagi Jepun expert ialah kat tempat jual ubat kat Chow Kit. Kekadang dia jadi part time dengan orang tukang jual ubat tu. Demonstrator. Belakang flat kami ada flat jugak, rumah kedai jugak la tapi di diami oleh pekerja2 Lorong Haji Taib. Meriah. Depa kalau nak balik kampung cukop sopan, boleh buat menantu.
Kekadang kami tolong ada brother yang duduk atas flat kami, Abang Mat. Dia berniaga pasar malam. Selalunya kami tolong dia kat pasar malam Jalan Tuanku Abd Rahman, depan Coliseum tu, meriah, ramai orang, malam minggu.
Aku ingat lagi, ada satu awek anak tokey kedai kat bawah flat yang kami duduk tu. Dia berniaga restoran. Kalau kami masuk kedai dia je, dengan muka seposen je dia layan kami termasuk lah tokey kedai tu. Depa tau ni budak2 haprak duduk tingkat atas tadak kerja, semua penganggur. Sebelah mata pun depa tak layan kami padahal kami bayar apa makan nasi. Depa macam nak tak nak je bagi kami makan nasi. Meluat sungguh tengok penganggur kot.
Kami punya la geram, kami pakat satu hari nanti kalau kami dah dapat kerja elok, pakai kereta elok, kami akan pi makan singgah kat kedai ni, tunjuk kat anak towkey tu dengan towkey tu sekali. Kami buat sungguh tak silap aku dalam tahun 1994 macam tu la, kami pi sungguh kat kedai tu. Terbeliak biji mata depa, kami datang kereta sebijik sorang siap parking bersusun depan kedai tu, siap semua pakai tie, baju kancing tangan panjang...hehehe...baru hangpa tau.
Bila ingat2 balik kenangan macam tu, nak tergelak pun ada, lawak pun ada, sedih pun ada, tapi sikit sebanyak kenangan macam tu banyak jugak la mengajar kami erti kehidupan kat Kuala Lumpur ni...
1 comment:
Nama kodok yang meniaga kat kedai bapak dia tu 'normah' jaga...
semoga Allah berkati rezeki abang belakang rumah yang selalu kasi kita makan nasi Rm1.00.
Post a Comment