(Gambar Wan Mazlan @ Apek DPA)
Aku bila bini aku bubuh lagu My Heart dari filem Heart yang tengah meletup kat pawagam ni, sayu jugak aku dengar. Teringat jugak cerita jiwang-jiwang budak2 itm kita masa kat Kuantan dan Shah Alam dulu. Dulu nak tunjuk jiwang sangat, malu, kononnya heavy metal dan tak main la jiwang karat ni...heheheh. Tapi seperti kata pepatah Joe Malady (DIB).."Kenapa la aku tak jiwang masa dulu, kenapa la aku heavy metal masa tu, kalau tak mesti masa tu penuh dengan awek2 dan kalau pompuan dengan boyfren2 yang ceria dan zaman remaja yang indah." Hehehe...Joe, Joe...zaman dah berlalu Joe, ada lah hikmahnya kita macam tu, kalau tak maybe hanyut kot....
Masa kat Kuantan dulu, ramai jugak couple2 masa batch kita. Ada yang dalam senyap dan ada yang terang2. Bab yang terang2 dan kena kutuk dengan Sarip, kita tolak tepi la ye. Ada couple yang macam bendera Pahang, sorang putih melepak, sorang gelap (bukan Man Gelap ye) setia bersama2 dengan member dia satu DPA, ngurat budak DSS. Dating kat Taman Gelora, makan rojak ayam, peghhh...sedap tu beb.
Ada yang ngurat dan dating kat stesyen bas pokok buloh kat bandar Kuantan atau bawak dating kat Komplek Teruntum tengok wayang. Ada yang berani lagi naik motor sama2. Ada yang budget lebih sikit bawak dinner kat Restoran The Swan. Semuanya indah masa tu ye. Janji Sarip tak nampak....heheheh
Kes secret admirer hantar surat senyap2 juga banyak. Banyak jugak la surat2 jiwang ni beredaran disekitar asrama dan dibawah2 meja di bilik kampus kita dulu. DIA, DSS, DBS, DCS...semuanya pakai surat. Macam orang dulu2. Malu tapi mahu...hehehe. Tapi jangan surat sampai kat tangan Sarip....nahas....siap je la. Dah nasib badan. "Terserah lah samada (dalam loghat Kelantan yang pekat)....." (salah satu bunyi surat yang jatuh ke tangan Sarip)...Siot betuiiii.
Bila kita pergi kat Shah Alam, perghhh....lagi ramai beb. Tapi budak2 pahang maintain macam dulu. Yang couple terus setia dengan couplenya, walaupun banyak dugaan dan godaan yang mendatang. Mana taknya, secret admirer, surat2 rahsia masih terus beredaran di udara. Tapi Sarip kurang sikit boleh monitor kat Shah Alam...besar beb. Nak awek yang ranking top ten shah alam semuanya ada. Nak boyfren yang kaya raya dan hensem, semuanya ada... tapi budak pahang maintain macam tu jugak...Serius dan heavy metal...ke heavy mental?
Walaubagaimanapun, keindahan Taman Gelora, Telok Chempedak, menyusuri pantai di petang hari, makan rojak ayam, bas stand pokok buloh, semua tu kenangan indah yang tak mungkin dipadamkan. Baik tanpa kehadiran kekasih atau bersama kawan2 sahaja, semuanya terlalu indah untuk kita hilangkan dari memori kita. Semuanya kita lalui 21 tahun yang lalu dengan penuh kenangan, pahit, pedih, suka, duka, ketawa, hanya kita sendiri yang tahu, hanya kita sendiri yang rasai dan akan terus dirasai selagi nyawa kita berdetik......
4 comments:
Aku setuju. Cinta aku jga berputik di ITM dan wife aku hanya ada 2 semester je di ITM course DPA juga kemudian lari ke maktab. Namun atas dasar cinta kekal hingga hari ini. Tahun akhir aku di ITM shah Alam, aku memberanikan diri menyatakan pada dua ibubapa untuk betunang, walaupun kerja tak nampak lagi. Namun atas keyakinan rezek,i ditangan Allah, 2 bulan sebaik saja aku keluar dapat jadi HR Ass disebuah Syrkt Electronics i Senai dan 6 bulan selepas itu aku mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah sehingga hari amat bahagia walaupun ada ketikanya badai melanda..adatlah. Inilah cinta ITM yg mana sesetengah couple serius sehingga ke jinjang pelamin. Kalau hujng minggu tu.. kat Batu hitam, TC, Tjg Lumpur memang jadi port utama. Setiap kali aku berselisih dengan geng sarip dan clark, tak dapat elak di perli dengan cara Sarip menggegarkan kepak ayam berkali-kali. Tapi aku tak berkecil hati sebab aku faham itu semua usikkan rakan yang sehingga kini bermain di memori silam. Wife aku bernama Rohani Abd Latif.. Course DPA tapi hanya utk 2 semester..
Bilal, aku ingat dah kisah hang ni. Tahniah Bilal dan semoga kekal ke anak cucu, Insyaallah. Kepada kengkawan yang lain tu, apa kisah kamu semua, share la sikit kat sini ye...
aku ...skrg ni walid dah....x kekal pun nga si dia...sesaper yg tau..tau la...tp aku masih ingat lagi la...tp tu dulu....kisah aku tu agk trajis gak la...emmmmm kenangan-kenangan. aku cuba maintain tp last2 kena serkup nga geng sarip + pyan dari blkg rimbunan pokok kat hostel tu..kat Kuantan...heheee...terkedu aku jap...tp tpt tu open ..bawah bumbung laluan beb.bukan tpt sorok2...aku kira brani gak la..silap aku cuma x tgk jam...pasal...time tu la sarip n the geng balik dari mkn mlm...aku lak tgk leka n lalok...keh..keh....pdn muka aku....
kida............
aku mg nie..tak ade experiece cintan kat itm tp kalu jatuh dekat hostel bahaman tuu ade laa aku ingat dah kiamat hr tuu ..
satu lagie..joe gelak sbb kou promote die kat blog nie..chow
Post a Comment