Thursday, October 05, 2006

Kisah Apamz - Kawan, Suami dan Bapa Mithali (Bhg 2)



Artikel ini telah di sumbangkan oleh Syed Hamid (DIA)

Assalamualaikum kengkawan dan rodong semua. Syukur rasa nya dengan adanya blog ini telah kembali merapatkan kita semua bertemu secara virtual dalam alam teknologi terkini. Mungkin ini satu petanda menunjukan teknologi juga boleh merapatkan silaturahim yang telah sekian lama terputus dan terpinggir..maklumlah masing-masing dah ada tanggungjawab yang mesti dan wajib dilaksana dan didahulukan. Sekalung tahniah buat Kida dan Syg Kida yang telah menjayakan blog ini…syabas inspector shabby..

Bukan nak celoteh dan menceceh cuma terpanggil nak bercerita pasal bapa mithali kita…APAMZ…selain dari citer kida…mmg walid la yang rapat dengan apamz sejak awal ITM sampai la kini..Selain walid…Lan kentei(laughing horse), Man Truk (Syed Azman), Bob@ MG (Nizam)..pun sama2 berodong masa kat Kuantan..sesekali Kla2 dan KB pun join gak.Mungkin ingat lagi kot..trip ke Trengganu ..sampai pagi di Trengganu (5.00 am), lepak kat pantai nak tengok penyu konon…baling batu terkena nelayan tgh tido kat pantai..nelayan ni pun satu..tido kat pantai pakai kain batik…kita pun ingatkan penyu nak telor..nasib baik tak berlubang badan kawan tu…

Emmm..masa tu naik kereta ayah walid CJ 8453 ( da xder dah…).gara2 ke Trengganu…org tua walid nak ke pasar pagi tu mengamuk xder keter..

So berbalik sal apamz nie, cuma sejak kebelakangan ni…kurang ada contact ngan apamz tapi semlm walid call dan bercakap dengan dia….terharu..sedih dan gembira. Terharu dan sedih dengan situasi yang dialami dan semasa bercakap…menitis air mata walid membayangkan keperitan hidupnya. Gembira…kerana dapat bertutur semula dengan nya…insyallah..walid akan cuba sedaya upaya untuk trus bersama nya…

Apamz dan walid mmg agak rapat…maklum la sebilik…sekatil…cuma dia lebih tinggi dari walid…sgt tinggi…tapi bila duduk sama-sama tinggi gak..

Banyak gak kenangan gembira dan ketawa serta duka bersama dgn apamz nie.
Sehinggalah masing2 mendirikan rumahtangga dan membawa haluan masing2, kami masih berinteraksi. Sejak apamz meletakan jawatan dan ingin memulakan perniagaan, walid ada mencadangkan perniagaaan ice blend ..dan itulah perniagaan yang apamz buat sampai kini..sama2 belajar buat ice blend kat pasar malam kat KL ni…tapi memang kesungguhan dia membuahkan hasil sehingga betul2 apamz dapat mempelajari pemprosesan pembuatan ice blend ni hingga berjaya…syabas apamz.

Tapi walid tak dapat nak follow sebab walid ada commitment lain. Dengan berkat kerajinan dan usaha apamz maka ujud lah bisnes ice blend seperti yang kida citer kan lam artikel sebelum ni. Usaha dan tidak kenal penat lelah, apamz berjaya dalam karier baru dia…sehinggalah keadaan isteri yang tidak mengizinkan setelah mendapat anak ke2. Masa tu walid masih berhubungan dgn apamz…pernah dtg tido dengan isteri dan anaknya kerumah walid..tapi terpaksa dikendung nak naik ke rumah walid…rumah apartment 5 tingkat tanpa lif..sayu hati menengokkan keadaan nya…tapi LIFE HAS TO GONE ON…buat la apa saja terdaya kata apamz…tapi syukur gak walid kat apamz sebab anak dia yg sulong tu beroleh kejayaan dalam pelajaran. Semlm walid bercakap dgn apamz..sambil apamz membancuh ramuan2 utk membuat puding bagi jualan sempena bulan posa ni..nak bercakap lama dgn apamz terasa walid mengganggu waktu beliau, jadi walid bercakap pun sekadar sekejap aje. Mengeluh gak apamz sebab kepenatan mengejar masa yang berlalu untuk mencari rezki. Terpaksa membawa sekeluarga untuk keluar berniaga dan musim2 begini ice blend memang kurang mendapat sambutan jadi terpaksa la apamz mencari produk lain untuk diketengahkan..Walaupun suara apamz ceria bila bercakap dgn walid semlm…tapi jauh dihati walid terasa akan keperitan nya…

1 comment:

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM,

DEAR WALID/ABG HAMID,

INGAT SAYA KER? HAR (ANAK MAKCIK JARAH KAT TRANSIT QUARTERS OR AWIN AT DIB BATCH JUN 1986).