(Gambar Amy Jarr @ Antu DPA)
Aku sebenarnya ada satu projek yang besar dan idea ni pun juga telah difikirkan bersama oleh Syed Hamid dan Bilal iaitu untuk mengadakan satu columm khas yang akan diberi nama "Directory Profile" didalam blog ini. Columm ini akan menjadi panduan kepada kita semua untuk membuat rujukan terhadap kawan2 kita bagi mengetahui profile terkini setiap individu. Projek ini mungkin memakan masa sedikit kerana ianya memerlukan linkage dan programming html yang aku sendiri tak berapa nak reti sangat. Jadi aku kena tunggu masa yang sesuai seperti hari cuti untuk aku dan bini aku membuat programming ni. Disamping itu aku juga berharap kerjasama kawan2 yang ingin menyertai "Directory Profile" ini untuk menjayakan matlamat ini.
Oleh itu aku disini ingin memberitahu kepada kawan2 semua sekiranya sudi untuk menyertai columm "Directory Profile" ini agar dapat e-mail kepada aku butir-butir diri seperti :
i. Nama lengkap dan kursus di ITM dulu
2. Nama isteri/suami
3. Pekerjaan
4. Alamat Rumah (senang kengkawan nak hantar kad raya)
5. Nama anak2 dan umur mereka
6. Gambar Keluarga yang terbaharu
7. Sedikit Ulasan
8. Tarikh Lahir (senang mintak belanja bila birthday)
Mana kengkawan yang takde gambar dalam bentuk digital maybe problem sikit, kecuali ada scanner la tapi aku harap kengkawan yang ada kemudahan tu yang berdekatan boleh membantu. Aku pun rasanya maybe terpaksa tolong kengkawan yang tak mempunyai kemudahan komputer untuk membuat profile mereka dan aku harap kengkawan di Kuantan atau di tempat yang lain dapat membantu kengkawan yang tidak mempunyai kemudahan yang sama. Kalau pasal gambar ni, aku ada cadangan jugak iaitu kalau yang takde camera digital tu tapi ada phone camera tapi tak boleh load down dalam komputer, boleh lah mms kan kat aku dan aku boleh download kan kat komputer aku ni.
Aku berharap columm "Directory Profile" ini akan menjadi suatu kenyataan dan aku berharap ianya akan dapat dilancarkan secepat mungkin atau paling lewat sebelum kita mengadakan gathering yang kita tengah rancangkan ini.
No comments:
Post a Comment