Tuesday, October 31, 2006

kEpaDA KaKi skODenG daN tAk bERapA rEti GunA bLOg iNi

Dari pemerhatian aku ada ramai kengkawan kita yang selalu je datang jengok-jengok kat sini tapi tak pernah singgah untuk participate dalam ruangan komen, chatbox dan sebagainya. Tak tau lah aku pasal apa, maybe sibuk kerja pun ye jugak..maybe takut nak join pun ye jugak...maybe tak nak join pun ye jugak...atau maybe tak reti nak join. So disini aku bagi penerangan ringkas la keopada yang tak berapa reti nak join tu...

1. Cara menggunakan ruangan Komen
Ruangan komen ni terdapat disetiap artikel dibahagian bawah sekali. Bukan yang gambar sampul surat tu. Ianya di tulisan Posted by Lan Kida 12.30 am 0 comment. Sila klik ditulisan 0 comment dan bila window dibuka, klik di bahagian other...lepas tu tulis je nama anda, ruangan web page tu kosongkan. Kemudian tulis je komen anda kat kotak kat atas tu... selesai tulis, klik Publish Your Comment...siap dah

2, Cara menggunakan chatbox
Chatbox ni ada ruangan Name kat kotak bawah cbox tu...klik kat situ dan bubuh nama korang..kotak e-mail/url tu kosongkan..pergi ke ruangan massage dan klik...lepas tu type la korang punye massage kat situ,,selesai type massage..klik kat button GO kat tepi ruangan massage tu..siap dah. Nak tengok massage baru selalulah klik kat perkataan REFRESH kat atas butang GO tu.

3. Cara nak tengok gambar besar
Cara nak tengok gambar besar tanpa menganggu main blog dan lagu yang sedang keudara ialah dengan pergi ke link Gambar Blog yang ada kat bawah Cbox dan di bawah kaunter hits gambar bola rugby tu. Klik kanan..ingat kanan bukan kiri...kat perkataan Gambar Blog tu dan bila command terbuka pilih 'open new window'..nanti gambar2 blog akan terbuka tanpa menganggu main blog dan lagu yang keudara.

Sekian, lain2 masalah akan di beri dalam tutorial yang akan datang.

pRe-GatHeRiNG ITM pAHanG

Artikel ni di siarkan pada Ahad 22hb Oktober yang lepas tetapi masih tiada maklumbalas dari kengkawan semua. Jadi tolong beri feedback anda jika ingin menyertai atau ingin memberi cadangan lain, nak ubah tarikh ke..nak ubah tempat ke...tak nak pergi ke...nak pergi ke..apa2 je la..kat ruangan komen kat bawah...tolonglah ye.

Bilal ada call aku semalam untuk memberitahu bahawa beliau telah berjumpa dengan Raman Shakri di Temerloh untuk membincangkan pasal majlis pregathering yang dirancang pada 19hb November 2006 ini. Hasil perbincangan itu, Bilal memberitahu aku bahawa majlis tersebut dirancang untuk diadakan di Rest House Temerloh pada 19hb November 2006 bermula jam 11 pagi. Majlis pregathering ni lebih kurang sebagai pertemuan hari raya dan makan tengahari serta sedikit perbincangan tentang majlis grand gathering yang bakal diadakan nanti.

So Bilal pesan pada aku untuk bertanyakan pada korang semua yang ingin menyertai majlis pregathering ini untuk memberikan comfirmation kehadiran supaya senang untuk beliau menempah makanan dan sebagainya. Jadi sesiapa yang ingin turut hadir dalam majlis pregathering ni, silalah berikan nama di bawah, di bahagian komen serta nyatakan berapa ramai ahli keluarga yang akan turut serta. Mintak tolong kengkawan semua untuk memberikan comfirmation awal...

NostALgia bUdAK ITm - ePisOD 2 (edisi belum edit)

“Assingment kamu semua ialah pada muka surat 18 buku Financial Accounting ni dan saya nak awak hantar pada hari Rabu nanti, ok kelas, jumpa semula hari Rabu ye.” Selesai kelas Cik Rozainun pada hari ini. Jam sudah menunjukkan pukol 12 tengahari dan gua mengajak Puis untuk bersegera meninggalkan kampus untuk balik ke Hostel Remaja. Geng-geng yang naik bas segera bekejar menaiki bas untuk mendapatkan tempat duduk dan trip yang awal.

Gua dan Puis menuju ke tempat meletak motosikal di hadapan kantin berdekatan dengan Pondok Pengawal. Geng2 motosikal gua lihat semuanya bergegas ke tempat yang sama. Mat Dwan, Jepun, Chegeng, aruah Zainal dan lain-lain lagi. Kat tempat motosikal, gua lihat ramai kawan2 yang sudah tamat kelas pun turut sama ke tempat letak motosikal masing2.Yamaha RXS, Honda Raider, Suzuki GP, Yamaha Enduro, Honda Cub, Honda Fame, Suzuki Cub dan lain2 jenis motosikal mewarnai kampus ITM Pahang.

Sampai kat motosikal , gua lihat Pak Guard Saad dengan misai tebalnya mengerling kearah gua. Ni mesti kes rambut gua dah terlebih panjang ni. Siut betul lah pak guard ni, tak kasi chance langsung gua nak jadi Ronnie James Dio atau David Coverdale. Gua cepat2 memakai helmet putih jenis Arai sebelum Pak Guard Saad dapat meneliti rambut gua yang mulai mengurai tu. Tanpa berlengah gua terus menghidupkan motor dan bergerak dari situ bersama2 Puis. Chau Chin Chau Encik Saad!

Sampai kat Hostel Remaja, gua lihat Pak Guard Pakcik Kelana ada di pondok pengawal. Gua tegur Pakcik Kelana. Pakcik Kelana memang pak guard yang paling baik sekali di kampus ITM Pahang ini. Setelah meninggalkan pakcik Kelana, aku mengajak Puis berhenti sebentar kat gerai Abang Sham yang berniaga di luar pagar Hostel Remaja. Lagipun jam baru pukol 12-15 tengahari dan Dewan Makan hanya di buka pada jam 12-30 tgh. Ada 15 minit lagi.

“Abang Sham, bagi air oren 2, keropok lekor dah ada ke bang?” sempat jugak aku telan 2 keping keropok lekor sebelum makan tengahari. Sedang makan aku lihat bas Bombay hijau sudahpun sampai di hadapan pintu pagar Hostel Remaja. Yang selalu turun dulu dari bas tak lain tak bukan Clark Gable sebab dia suka duduk kat pintu bas. Pengikut dia selalunya kat belakang ialah Lan Kentei, Mat Rock dan Mr T. Lepas tu barulah penumpang2 lain boleh turun…mamat2, awek2…

12-30 tengahari, gua pun melangkah ke Dewan Makan bersama2 Puis, Sidi, Sarip, Joe, Chegeng dan Pian….memang ni group gua yang setia. Perghhh…punye lah ramai orang beratur. Nak buat camne beratur je lah….Senior, Junior sama2 beratur. Nasi kawah dan lauk ikan jaket, kuah tauchu, sayur kangkung, tembikai potong, air sirap itulah menu hari ini.

Selesai makan, macam biasa balik ke bilik, boleh lelap sekejap sebelum pukol 2. Aku pun menaiki tangga menuju ke tingkat 4 Block C Hostel Remaja. Sampai di hadapan bilik, aku lihat pintu bilik ku terbuka sedikit. Siapa dah sampai dulu ni. Aku menyelak daun pintu…kosong. Ni mesti ada yang lupa kunci bilik ni tadi, ada lah roommate aku ni yang hantar buku nota dulu sebelum nak pergi Dewan Makan. Tiba-tiba aku terlihat satu sampul surat di atas bantal di katil ku…Sampul surat bewarna pink itu ku ambil dan ku teliti…

Kepada,
Saudara Mazlan

Sapa pulak yang main hantar surat kat aku ni ……


Bersambung….

faTiMaH DBS di MasuKKan kE waD LaGi

Wife aku mendapat panggilan dari Arfah yang menyatakan bahawa Fatimah DBS, isteri kepada Mohideen senior kita, akan di masukkan ke wad lagi di Sunway Medical Centre pada hari Rabu ini untuk menjalani pembedahan sekali lagi. Di katakan Fatimah telah di sahkan mengidap sejenis kanser.

Bagi pihak kawan2 semua di blog ini, saya mengucapkan agar Fatimah dan Mohideen akan tabah menghadapi dugaan ini dan kami berdoa agar Fatimah segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.

Bagi kawan2 yang ingin menghantar sms kepada Fatimah boleh menghubunginya melalui telefon 019-2774207. Saya akan menyiarkan no bilik Fatimah nanti setelah selesai menjalani pembedahan sekiranya kawan2 semua ingin mengunjunginya.

PadiL, mAT dWaN dAN aMiR




Amir ada scan gambar masa dia orang muda2 dulu dan hantar kat aku. So aku letakkan dalam link Gambar blog untuk gambar yang lebih besar. Amir jugak ada hantar gambar2 dia sekeluarga berhari raya di Michigan. Tapi gambar2 tu banyak sangat, so korang kalau nak view ko klik link kat bawah ni :

Monday, October 30, 2006

nOOraZLaN @ LaN kEnTEi DIA




Lan Kentei ada e-mail kat aku profile dia tapi gambar keluarga dia kata lepas raya nanti. Bawah ni e-mail berkaitan profile dia :




Nama : Noor Azlan bin Abdul Manan
Nama d ITM : Lan Kentei @ Laughing Horse
Course : D.I.A
Tarikh lahir : 10hb Oktober 1967
Nama isteri : Junainah bt Jaafar Sidek (wife koii)
Pekerjaan : Maybank
Alamat rumah: Shah Alam(own), Ipoh(sewa) n Penang(sewa jugok) kah..kah..kah.. (buat masa nie..)
Anak2 : Azmira Nabila bt Noor Azlan - 12thn (anok dare koii)
Azmirul Nazwan bin Noor Azlan - 8thn (anok terune koii)
Azmirul Nazril bin Noor Azlan - 4thn (pun anok terune koii jugok nie)

Ulasan : Kida & Syg Kida & sume2 yg berusaha begitu bersungguh2 & dgn penuh ikhlas utk mengadakan "network/blog" yg seindah ini, dgn tujuan utk mengeratkan semula silaturrahim sesama kita yg dah lama "frozen" & blh "diclassifykan" as under "unknown" status to some of us, kini "dibridgekan" semula dgn creativity & IT support, dipercayai & dihrp akan lebih mendekatkan kita semula & akan menyambung hubungan kita & generasi kita yg akan dtg untuk terus menghidupkan blog/network ini.. Syabassssss yg tak terhingga & jutaan terimakasih diucapkan kepada yg berusaha. Teramatlah suka & seronoknya perasaan, "spiritual & physical" semasa koii meng"going through" criter2 yg ada dlm blog nie, suka & sedih silih berganti, mengenangkan masa dulu2, berebut2, berjuang nakkan tempat di dlm bas "BOMBAY" yg agak berumur tetapi tetap berbakti kpd kita, "berperang" dgn Lecturer & Pak Guard yg sedaya upaya cuba mendisiplinkan kita, berjln kaki beramai2 melintasi Kg Tjg Api (sempat stop kat kedai awek putih lawor tu sekali sekala) utk menuntut ilmu yg menjadikan kita "seseorang" pada hari ini.. Berbangga & bersyukurlah dgn nikmat Allah SWT pada kita semua.. Jgn lupa, ada di antara kita yg kurang bernasib baik dgn berbagai2 dugaan, juga dr Allah SWT, yg memerlukan "bantuan" & "sumbangan" kita.. Maka, di samping kita bergembira & bertukor2 pendapat diblog ini, ada baiknyer kita sentiasa hidupkan satu ruang/column seperti "masih ada yg sayang/ masih ada yg prihatin/suka duka kita serasa" utk menggayakan sumbangan/bantuan yg sesuai pada setiap masa.. Diharap, pregathering yg dirancangkan akan menjadi titik tolak kpd usaha2 kita bersama.. War2kan lah blog ini kepada sesama kita utk sama2 "meghidupkan"nya & menceriakan sesama kita apart fm tugas/business kita sehari2.. Semuga blog ini akan terus mendapat perhatian kita on a continous basis walau pun kita cuma "skodeng" atau mengintai2 dr jauh di celah2 kesibukan kita..


Akhir kata buat masa ini, "Idup bebudok ITM Phg".. Kita bolehhhh werrrrrrr.....!!!

SyeD aZMan @ MaN teROk DIA

Syed Azman atau Man Terok DIA ada menghubungi aku sebelum raya. Lepas tu dia ada e-mail kat aku. Bawah ni aku siarkan e-mail dia.

AKU BARU LAWAT BLOG NI..TAHNIAH ATAS USAHA MURNI ENGKO DENGAN BINI ENGKO SEKALI.. AKU RASA INI ADALAH CARA YANG PALING BAIK UNTUK KITA DAPAT CONTACT KAWAN2 KITA SEMULA DI SAMPING ITU DAPAT TERUS MENGUKUHKAN SILATURAHIM ANTARA KITA SEMUA...

AKU DAPAT TAU PASAL BLOG NI PADA 22 OKT APAMZ BAGITAU AKU KAT MEGAMALL KTN.. PASTU LAN KENTEI BAGITAU PADA 25 OKT (HARI RAYA KE -2) KAT RUMAH DIA DI KTN..AKU PEGI RUMAH DIA..

AKU SEKARANG KERJA ASKAR LAUT (TLDM) DAH HAMPIR 15 TAHUN. SEKARANG AKU BERTUGAS DI MARKAS TENTERA LAUT, KEMENTERIAN PERTAHANAN (MINDEF), JALAN SEMARAK DAH HAMPIR SETAHUN.

SEBELUM NI AKU PERNAH BERTUGAS DI TLDM KUANTAN SELAMA 6 1/2 TAHUN (JAN 1995 - APR 2001) KEMUDIAN TUKAR KE WP LABUAN SELAMA 3 1/2 TAHUN (APR 2001 - OGOS 2004) KURSUS POST-GRADUATE DI UM 1 TAHUN (2005) DAN SEKARANG KAT KL DARI BULAN JAN TAHUN NI..

AKU MINTAK TOLONG ENGKO HEBAHKAN CONTACT NO AKU KAT KAWAN2 SEMUA..HP 019-9882907 DAN OFIS 03-20713381..

SEKIAN WASALLAM...

Sunday, October 29, 2006

NostALgia bUdAK ITm

Jam loceng berbunyi lagi...rasanya tadi aku dah tutup jam tu. Eh! dah pukol 7-30 pagi..alamak! Mandi beb. Mana room mate aku semua..Man Rapu DPA, Sabri Cigak DIA dan Mat Pendang DIB. Ciss! dia orang bangun tak kejutkan aku. Ye lah, dia orang naik bas hijau Bombay, kena awal beb. Co-pilot aku Puis kat bilik sebelah mesti tak bangun lagi ni. Pergi kejut Puis dulu la baru mandi.

Siap mandi dan jam dah tunjuk pukol 7-40 pagi.. sempat lagi breakfast kat dewan makan bawah sementara tunggu Puis. Nasib baik, tak ramai orang, takde lah nak kena beratur panjang. Apa makan yang ada ni ha? Roti keping dengan kaya dan air milo kosong. Bantai lah apa yang ada...

Puis datang dan aku pun terus start motor GP 125 aku dan terus pergi ke Kampus Taman Gelora. Lalu depan kilang Astec, minah kilang uniform biru muda semua dah masuk kerja. Lalu jambatan Tanjung Api, bot2 nelayan pun dah lesap pergi ke laut, lalu rumah2 kayu yang dah ditengelami air paras tiang bawah sebab air laut pun dah pasang, lalu kolam Sharifah Aini kat Taman Gelora, lalu Gerai Rojak Ayam, tak buka lagi..tengahari baru buka. Sampai kampus, ngam2 pukol 8 pagi beb.

Sampai kelas, member masih ramai lepak kat luar. Mat Brengsek, Mat Dwan, Hakim, Adenan, Kerbau tengah syok hisap rokok. Join sekali, mintak steng rokok kat Kerbau. Dapat 2 pump, kira okay lah. Kelas apa ye pagi ni..aku bawak kertas kajang sekeping je ni..nanti sat pergi tanya dia orang.

Kuiz bahasa Arab...ustaz ni pagi2 lagi dah buat Kuiz..dah la bahasa Arab tahfal (tak hafal) bukan tahfiz. Duduk sebelah Najihah lah. Ustaz keluar kelas..aku tarik kertas jawapan Najihah...pinjam sat ye...aku copy bulat2 tapi..eh..eh..eh. La, ramai rupanya kat belakang kerusi aku datang tengok kertas Najihah. Nah! korang ambik pulak, aku dah selesai... boleh keluar hisap rokok..hehehe. Terima kasih Najihah ye...

Pukol 9 pagi...la takde kelas, pukol 11 pagi nanti baru ada Prinsip Akaun.. lecturer Cik Rozainun, girlfren member aku budak Mentakab. Nak buat apa ye sementara tunggu pukol 11 pagi...pergi library...mintak maaf la beb, gua bukan kaki library..kacau awek, aku bukan suka kacau awek, kalau Padil dengan Rozain tu ye la... Nak balik Hostel Remaja...malaslah, nak jimat minyak motor.....pergi kantin la, ajak Puis dengan Chegeng jumpa Sidi, Sarip, Pian, Joe pekena rokok dengan teh tarik.

bersambung.....

gENaP BLOG seBuLaN

28hb Oktober 2006 bermakna genaplah sebulan blog Budak ITM Pahang ini. Dengan catatan kaunter hits yang telah melangkaui lebih dari 4500 hits sejak hari pertama bermakna purata setiap hari terdapat lebih kurang 150 hits yang menandakan lebih kurang 100 orang telah melayari blog ini setiap hari. Ada masa2nya kaunter hits telah mencatat sebanyak 500 hits sehari dan ini bermakna blog ini telah pun dijumpai dan dilayari oleh kawan2 kita yang sama2 makan, minum dan tidur sekali semasa kita belajar di ITM dulu.

Masih banyak ruang lagi untuk kita memperbaiki blog ini demi untuk melangkah lebih jauh lagi dalam memperbaharui ikatan persahabatan kita dan seterusnya untuk memanfaatkan ikatan ini dengan kegiatan2 dan kerjasama bukan sahaja untuk kebaikan kita sendiri tetapi jua untuk kebaikan sesama kita.

Untuk itu teruskanlah menatap blog ini demi untuk menjayakan apa jua matlamat yang boleh diperolehi dan bersama2 memanfaatkannya...Insyaallah

bARu SAmPai KL bALik

Akhirnya setelah 5 hari berhari raya, aku dah balik semula ke KL. Dari KL berhariraya ke Mahang, Kulim, Kedah sehinggalah ke Padang Besar di Perlis, balik semula ke KL dan pergi pula berhari raya ke Temerloh, akhirnya aku sekeluarga selamat tiba ke KL semula pada pukol 1 pagi 29hb Oktober 2006.

Semasa di Kedah, aku sempat jugak masuk ke blog pada malam raya dan hari raya pertama. Ada jugak 2-3 orang kengkawan kita yang sempat singgah di blog ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya sehari sebelum raya dan pada raya pertama. Jepun, Lan Kentei, Amir dan Slumber Jr.

Apabila aku sampai kat Perlis...perghhh..aku punya program memang padat sungguh. Tak sempat aku nak check blog ni padahal bilik hotel aku memang ada wifi. Aku nak minum teh tarik dengan Syed Hamid pun tak sempat dan aku rasa Syed Hamid sibuk jugak, sebab tu lah dia tak sempat call aku dan aku pun tak sempat nak call dia. Padang Besar, Wang Kelian, Nasi Ganja, Ikan Bakar....

So selepas 2 malam kat Perlis, aku pun dengan adik2 aku bertolak balik ke KL. Sampai malam semalam pukol 12-30 malam hari Sabtu. Pagi2 Sabtu lagi aku dah bertolak semula ke Temerloh sebab aku tak beraya lagi dengan Abah aku dan Nenek aku. So beraya kat Temerloh dan aku baru sampai balik di KL pukol 1 pagi ni.

Aku check e-mail aku dan aku tengok ada banyak jugak e-mail dari beberapa orang kengkawan kita, dari beberapa orang junior kita dan kawan2 yang lain. Dari maklumat yang aku dapat blog ini telah menjadi suatu topik yang hangat antara junior2 kita dan sebilangan senior2 dan mereka telah melayari blog ini semasa Hari Raya... Nanti aku akan ceritakan dengan lebih lanjut lagi.

Tuesday, October 24, 2006

AkU beRaYa di mAHaNG




Malam raya tadi aku pun join sekali dengan geng2 main meriam buluh dan bunga api. Kalau kat kampung memang dia orang ni berlawan2 meriam buluh. Gegak gempita macam perang Iraq. Yang main meriam buluh ni pun bukannya geng budak2, banyaknya geng2 veteran tua2 dah. Rumah tu rumah Tok Anim kat Mahang. Mahang ni kira2 setengah jam dari pekan Kulim. So suboh2 raya lagi aku dah ambik gambar rumah ni. Bukan apa, aku memang nak bangun awal pasal nak rasa nikmat hisap rokok pagi2...Puhhhh..legaaaa...pagi dapat hisap rokok balik...

Hari ni aku sembahyang raya di masjid Mahang dan lepas tu pergi ziarah kubor. Lepas tu start la ziarah rumah makcik, pakcik, pak penakan..macam2 laaa. Letih makan lemang, ketupat, minum air sirap..alhamdulillah.

Esok tengahari aku sekeluarga rombongan pergi Perlis pulak. Padang Besar..Wang Kelian...Laksa Kuala Perlis...makan lagi. Maybe aku 3 hari kat Perlis..so maybe esok aku update dari Perlis pulak. Syed Hamid ada tunggu aku kat sana. Ngeteh lagi.

Monday, October 23, 2006

AkU DaH saMPai kEdAH

Aku sekeluarga dah sampai Kedah malam tadi pukol 2-30 pagi. Jalan kat Lebuhraya Utara Selatan tak banyak kereta sangat. Aku pun pelik kenapa tak serupa macam raya sudah2... Maybe orang balik awal kot atau ramai yang tak balik raya ni. Almaklumlah...taraf hidup yang tinggi sejak minyak naik ni membuatkan ramai jugak kengkawan aku mengeluh raya ni...

Kat Mahang, Kulim ni cuaca panas terik. Semalam dan hari2 sebelum tu hujan je memanjang. Tu yang setengah2 tempat tu banjir kat area Kedah dan Perlis. Tapi area Mahang sempadan Kedah dan Perak ni cuaca elok hari ni. Aku pun sempat pergi ke pekan Selama pagi tadi. Ramai orang cari bahan2 keperluan untuk raya. Kiri kanan jalan kampung, aku tengok banyak orang jual daging dan lemang.

Semalam ramai jugak kengkawan dah balik kampung. Bilal dah ada kat Jerantut. Mat Dwan pun dah balik ke Raub pagi semalam. Syed Hamid kata balik lepas sahur tadi ke Perlis, maybe dekat nak sampai dah kot. Jepun balik semalam jugak ke Raub.

Maybe lepas raya ni kita dapat banyak gambar2 kawan2 kita sebab dia orang dah janji nak ambik gambar family terbaharu masa raya ni. Ni, aku internet kat rumah makcik bini aku kat belakang rumah tok Anim. Semua tengah sibuk bakar lemang, buat ketupa palas, yang budak2 tengah buat meriam buluh la, macam2 bila dah berkumpul ramai2 ni...

So ok, nanti malam bila aku ada kesempatan aku cerita lagi dengan gambar2 sikit. Aku ada kat Kedah ni sampai raya ke 2. Lepas tu aku pi raya kat Perlis pulak. Jumpa Syed Hamid. Ngeteh lagi....

Sunday, October 22, 2006

Pre Gathering ITM Pahang

Bilal ada call aku semalam untuk memberitahu bahawa beliau telah berjumpa dengan Raman Shakri di Temerloh untuk membincangkan pasal majlis pregathering yang dirancang pada 19hb November 2006 ini. Hasil perbincangan itu, Bilal memberitahu aku bahawa majlis tersebut dirancang untuk diadakan di Rest House Temerloh pada 19hb November 2006 bermula jam 11 pagi. Majlis pregathering ni lebih kurang sebagai pertemuan hari raya dan makan tengahari serta sedikit perbincangan tentang majlis grand gathering yang bakal diadakan nanti.

So Bilal pesan pada aku untuk bertanyakan pada korang semua yang ingin menyertai majlis pregathering ini untuk memberikan comfirmation kehadiran supaya senang untuk beliau menempah makanan dan sebagainya. Jadi sesiapa yang ingin turut hadir dalam majlis pregathering ni, silalah berikan nama di bawah, di bahagian komen serta nyatakan berapa ramai ahli keluarga yang akan turut serta. Mintak tolong kengkawan semua untuk memberikan comfirmation awal...

Fatimah di Sunway Medical

Malam tadi, aku dengan wife aku serta Jepun (Khairul Salleh) and wife Shema, pergi tengok Fatimah kat Sunway Medical Centre. Alhamdulillah dia telah selamat menjalani pembedahan dan walaupun dia masih lagi lemah tapi sempat la melayan kami bersembang. Suami Fatimah, Mohideen pun ada kat situ, so sempat la berjumpa Mohideen sekali. Mohideen ni kita punye senior DBS dan Chief masa kita orientasi dulu.

Mohideen dan Fatimah tinggal di USJ Subang Jaya dan mempunyai 3 orang anak. Yang pertama lelaki 14 tahun, ke 2 pompuan 10 tahun (tapi tinggi dan big size macam Mohideen, macam budak Form 3) dan yang kecik sekali 7 tahun lelaki. Mohideen nampak slim sikit sementara Fatimah nampak berisi jugak takde lah kurus keding macam kat ITM dulu.

Lama jugak lah kami bersembang dan Fatimah kata maybe dia discharge dari situ esok atau monday. Mohideen kata nampaknya dia beraya kat rumah je lah tahun ni sebab Fatimah masih lagi tak boleh bergerak banyak. Semoga Fatimah cepat sembuh.

Semalam jugak aku dapat berita bahawa Padil dan Puis juga tidak mengalami apa-apa kecederaan cuma kenderaan masing2 rosak teruk. So susah sikit la raya ni nak bergerak jauh2.

Saturday, October 21, 2006

Azahari @ Bai DIB


Aku dapat e-mail kad raya dari Bai DIB. Dia ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kengkawan dan dia ada bagi alamat dan no phone dia untuk dihubungi. Bai mengikut kata Kla2 bekerja kat Nestle di Penang. Jadi kalau ada kengkawan ke Pulau Pinang maybe boleh call dan jumpa Bai di sana. Bawah ni aku siarkan alamat dia untuk dihubungi.

Azahari @ Bai
24, Lintang Pekaka 5
Taman Pekaka
11700 Gelugor, Penang
(H/P: 012-4384354)

Friday, October 20, 2006

SeLaMat hAri RayA AiDilfiTRi

Di kesempatan ini aku dan isteri nak ucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin kepada kengkawan semua yang mengikuti blog ni dari mula 28hb Sptember 2006 bersamaan 5 Ramadhan 1427 sehinggalah ke hari ini sudah 22 hari kita bersama-sama memeriahkan blog ini. Catatan kaunter hits pun dah mencecah 3785 dan aku menjangkakan ianya akan mencecah angka 4000 sebelum raya ni, insyaallah.

Sepanjang 22 hari ini bermacam2 pengetahuan dan maklumat berkaitan kawan2 kita yang kita kenal selama 21 tahun dan telah terpisah hampir 18 tahun telah kita perolehi semula dengan berkat dan hidayah yang Allah swt turunkan kepada kita semua. Silatulrahim yang selama ini terputus telah dapat disambung semula dan insyaallah lebih banyak kawan2 kita yang lain akan menyertai kita semua. Dan harapan kita agar silatulrahim yang terjalin semula ini akan terus berkekalan dan membawa keberkatan kepada kita semua nanti.

Sepanjang 22 hari aku telah menulis 59 artikel untuk blog ini disamping sumbangan2 daripada kawan2 semua telah sedikit sebanyak memberikan kita maklumat terkini dan juga dapat kita mengimbau kembali kenangan2 silam 21 tahun lalu untuk kita jadikan sejarah manis dalam lipatan hidup kita.

Di ruangan ini juga aku dan isteri ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang 21 tahun persahabatan ini dan sepanjang 22 hari blog ini terdapat perkara2 yang telah menyinggung perasaan kawan2, terkasar bahasa dan sebagainya. Sesungguhnya tidak ada niat untuk aku menyinggung sesiapa dan tulisan2 aku ini hanyalah untuk mengimbau kembali cerita2 lama dan kenangan2 manis semasa kita semua bersama2 dahulu. Aku juga memaparkan kisah2 kawan2 kita dengan tujuan ikhlas dan jujur tanpa rasa riak, prasangka buruk, cuma ingin memberikan maklumat2 terkini berkaitan sahabat2 kita dulu. Ampun dan maaf sekiranya ianya tidak menyenangkan hati kawan2.

Kesempatan ini juga aku ingin rakamkan ucapan terima kasih kepada kawan2 yang telah sudi mengirim ucapan selamat hari raya kepada aku dan isteri. Aku akan balik ke Kedah/Perlis (kampung Anim) dan Temerloh, Pahang(kampung aku) pada hari raya ini dan insyaallah aku akan terus mengupdate blog ini dimana-mana sahaja aku pergi jika masa dan keadaan mengizinkan.

Aku rasa mungkin hari jumaat ni adalah hari terakhir sebelum kita semua bercuti hari raya dan maybe hari terakhir kepada sesetengah kawan kita yang mengaccess blog ni daripada komputer ofis, jadi aku siapkan juga beberapa artikel berkaitan kawan2 kita seperti Bilal, Kitang, Normah dan Rozain kerana disitu ada alamat mereka, manalah tahu ada kengkawan yang nak berkunjung nanti. Untuk Slumber, cadangan ko nak buat game tu aku dah bubuh dah kat bawah link gambar blog.. aku bubuh game Hangman2...kalau dah puas nanti aku bubuh game lain plak.

Akhir kata Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Berhati2 di jalanraya.

Berita Sedih Menjelang Syawal

Malam ni aku dapat 3 berita sedih menjelang Raya ni melibatkan 3 orang sahabat ITM kita iaitu :

1. Padil DBS telah kemalangan jalanraya di Lebuhraya Karak berhampiran Mempaga lebih kurang pukol 8 malam tadi (19/10/2006). Berita ni telah disampaikan oleh Kudin kepada aku dan aku kemudiannya dapat menghubungi Padil. Padil selamat dan tidak mengalami kecederaan teruk dan dia sempat bercerita semasa tu hujan lebat dan keretanya berpusing2 beberapa kali sebelum melanggar pembahagi jalan. Dia berseorangan ketika itu dalam perjalanan menjemput pekerja2nya yang membuat projek di Temerloh. Tel. Padil : 013-2588012

2. Isteri aku juga mendapat sms dari Fatimah DBS yang berkahwin dengan Mohideen (senior DBS) bahawa beliau telah dimasukkan ke Sunway Medical Centre pada pukol 9 malam tadi (19/10/2006) untuk menjalani pembedahan yang akan dilakukan pada esok pagi (Jumaat 20/10/2006). Beliau telah dimasukkan ke wad 589 di Sunway Medical Centre. Kalau nak sms kat Timah ke no. Tel : 019-2774207

3. Khairusham atau Puis DBS juga telah mengalami kemalangan di Kuantan pada hari Rabu lepas dan berita ni aku perolehi dari Amy Jarr malam tadi juga. Katanya siituasi nya seperti Padil jugak, tidak mengalami kecederaan serius. No. Tel Puis : 016-9354546

Harap maklum kepada semua kengkawan dan jika ada kelapangan untuk mengunjungi dan bertanya khabar kepada 3 orang kawan kita tadi.

Bilal DPA - Profile


Ni Bilal hantar profile kerja dia kat aku dgn gambar dia so aku letak jugak lah untuk pengetahuan korang.

TRAINER PROFILE.
Azmi A. Bakar
General Manager, Training
Sr. Consultant @Trainer
SMART CONSULTANT

A. Academic background and course attended
1. Diploma Public Administration – UiTM Shah Alam – 1988
2. MBA (HRM) St Clement Univ, UK – 2001
3. Team Building for Facilitator – Sime Darby
4. Train A Trainer – MEF
5. Empowerment skills workshop for facilitator – DDI International
6. Games Trainer Play – SMR
7. ISO 14000 EMS – GMP Environment Consultant
8. Ordinary Member to Malaysian Institute of Human Resource Management (MIHRM)
9. Neuro Linguistic Program (NLP) – Introduction (basic)

B. Working Experience / Pengalaman
1. 16 years in Human Resource Management
i. Taiko Electronics (M) Sdn Bhd, Senai, Johor
(Wire Harness – 400 employees)
Position – HR Assistant
ii. GP Baterries (M) Sdn Bhd, Tampoi, Johor Bahru
( Button cell and rechargeable Batteries – 800 employees)
Position – HR Officer
iii. Sharp Manufacturing Corporation (M) Sdn Bhd – B.Pahat, Johor
( Manuacturing of VCR and VCD – 2500 employees)
Position – Assistant HR Manager
iv. Flextronics Industries (M) Sdn Bhd, - Tampoi J.Bahru
(Contract Manufacturing – 4500 employees)
Position : HR. Manager
v. Mieco Chipboard Berhad – Kuantan, Pahang
(Manufacturing of Particle Board – 800 employees)
Position : SR. HR Manager – Group ( Last job)

Normah DBS - Profile

Profile Normah pun aku kasi siarkan lah dulu kasi korang baca. Gambar dia kata nanti lepas raya.

Profail diri.

1. Nama : Normah Binti Musa
2. Kursus : DBS
3. Pekerjaan : Penolong Akauntan, Jabatan Bekalan Air Pahang, Kuantan.
4. Suami : Muhammad Razif Fauzi Bin Abdul karim
5. Cahaya Mata :
i. Ahmad Ikhwan - 8 tahun
ii. Fatin Afrina - 6 tahun
iii. Farhana Nabila - 4 tahun
iv. Ahmad Syazwan - 1 tahun 7 bulan (Okt’ 2006)

6. Alamat Rumah : No. 3, Lorong IM 8/31,Taman Indera Mahkota 8, Bandar Indera Mahkota,25200 Kuantan, Pahang.
7. Telefon : 013-9074955/ 09-5721264 (O)
8. Tarikh lahir : 01 Disember 1967
9. Ulasan :

Adanya Blog ni, rasa telah melengkapkan ruang yang selama ini telah kehilangan.. terima kasih dan setinggi tahniah dan penghargaan kepada sesiapa jua yang terlibat dalam memikirkan idea dan menjayakannya…terima kasih banyak-banyak….(Gambar ??? tunggu gambar Raya yang akan menjelma la kot..baru yang terbaru )

Zainordin@Kitang DIA - Profile


E-mail ni aku terima dari Kitang, so sementara takde lagi columm khas profile ni..aku siarkan dulu kat sini untuk pengetahuan kengkawan. Gambar besar aku masuk dalam link Gambar Blog:

Nama : ZAINORDIN BIN AWANG SAMAH
Nama Glamer ITM : Zack atau Kitang
Kursus : DIA
Tarikh Lahir : 11/01/1967 ( hari & bulan sama dgn Siti Nurhaliza ! )
Pekerjaan : Bank Executive
Alamat Rumah : No 12, Jalan TJ 5/7, Taman Temerloh Jaya, 28000 Temerloh
Nama Isteri : Azilina Binti Ahmad Aminollah atau LILY
Pekerjaan : Businesswoman ( AVON Boutique )
Nama Anak2 :

1. Amir Haziq 13 tahun
2. Amir Hazim 11 tahun
3. Amir Hakim 8 tahun
4. Amira Sufiah 5 tahun

Ulasan 1 : Lan Kida....terlebih dulu kawan nak ucapkan syabas kat awok & Anim atas daya usaha yang amat bernilai/murni dalam merapatkan tali silahtulrahim bekas2 pelajar ITM Pahang batch Julai '85....moga blog ni menjadi platform JEJAK KASIH bekas2 pelajar....moga daya usaha awok & Anim mendapat pahala yang sewajarnya dari Allah...Amin

Ulasan 2 : Koi nak citer sikit pasal gambor koi tu....dulu masa belajor memang kurus,bisalah makan nasi kawah hari-hari. Sekarang ni kembang sikit...banyak 'muscle' dah keluar! Gambor tu koi tangkap pakai handphone murah je..pasal tu nampak kelabu t*** anjing sikit. Kereta 'seport' BMW kuning kat belakang tu bukan keta koi..koi menyamor aje! Kedai AVON tu lah kedai koi, lokasi kat belakang The STORE Mentakab, orang umah yang jaga A - Z. Rodong2 yang balik Temerloh/Jengka/Maran, singgah2 kat kedai, boleh jumpa koi ( hari Sabtu aje!..hari Ahad tutup, Isnin- Jumaat koi kat KL@Maybank Bangsar )...boleh koi bagi diskaun 20-30%..sori iklan sikit!!! Kida...nanti koi hantar gambor dengan family..koi nak tangkap masa raya nanti!

Ulasan 3 : Nanti ada masa,koi akan antar citer2 lama kat ITM...Di kesempatan ini koi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin kat semua rodong2. Jemput dtg umah raya nanti...Lagi satu koi nak jemput rodong yang balik Temerloh dan kawasan yg sewaktu dgnnya ke umah mak koi kat Kg Haji Ali, Temerloh pada 29/10/06 (6 Syawal),adik nikah..boleh kita open table!...Wassalam

H/Phone : 019-756 7799 / 019-775 1818

Niazor@ Wan Rozain -Profile

Walaupun Rozain tak hantar gambar lagi tapi aku siarkan lah dulu profile dia, nanti ada gambar nanti aku siarkan pulak. Bawah ni profile dirinya yang dihantar kat aku.

Butir-butir diri seperti :

i. Nama : WAN ROZAIN BIN WAN SAID (DBS)
2. Nama isteri : MADINI BINTI MAT ZAIN
3. Pekerjaan : PEN. PEG. TADBIR, Hospital Tg Ampuan Afzan, Kuantan
4. Alamat : Lot 20, Jln Bunga Puding, Tmn Sepekan Jaya, 26600 Pekan
5. Nama anak2 dan umur mereka :

i. Wan Muhamad Raimi 'Azim - 8 tahun
ii. Wan Aimi Izyan - 6 tahun
iii. Wan Muhamad Jazli Naim - 4 tahun
iv. Wan Amni Iz'aan - 2 tahun
v. Wan Amni Syahmi - 8 bulan

6. Tarikh Lahir : 20 OGOS 1967

EMAIL :- wanrozain@yahoo.com

Thursday, October 19, 2006

Gambar2 Dalam Blog

Akhirnya setelah berpeluh2 dari jam 2 pagi tadi kerana tetiba terhilangnya html/javascript blog ni yang menyebabkan hilangnya chatbox, lagu, jam, kaunter kerana nak memasukkan kod html untuk gambar2 yang telah aku kumpulkan kat photobucket, maka akhirnya korang semua boleh tengok gambar2 besar dalam saiz sebenar yang pernah tersiar didalam blog ni.

Dibawah kaunter hits terdapat link Gambar Blog dimana korang tekan sahaja maka akan keluar lah slideshow gambar2 tersebut dalam saiz besar. Korang boleh pause gambar tu untuk berhenti melihat gambar tu atau teruskan sahaja dengan slideshow tersebut. Selesai slideshow, korang klik back button dan window akan terus kembali ke blog ITM Pahang. Atau kalau korang nak tengok gambar tu satu2, korang klik kat Back To Photobucket Album dan korang boleh select untuk tengok gambar tu satu2.

Masalah photobucket ni, aku tak boleh arrange gambar tu atau buat pop up slide yang lebih elok kerana nak kena beli software dia. Ada satu lagi software aku cuba, boleh popup tetapi tak boleh pause dan gambar kecik. So sementara aku cari software yang lebih canggih, korang view dengan cara ni pun dah okay la rasanya.

Okay, next mission - Directory Profile - coming soon. Maybe lepas raya kot..tengok lah camne nanti....so cepat2 la hantar profile korang ye...

Adakah Kenderaan Anda Sudah Diperiksa Untuk Perjalanan Hari Raya ini? Kunjungi lah Worksyop Kudin (DBS)



Sudahkah kengkawan semua membuat pemeriksaan kenderaan untuk perjalanan balik ke kampung untuk berhari raya nanti? Mana2 kengkawan kat KL yang nak buat penukaran minyak hitam, oil filter, tukar brake pad, tukar timing belt, aircond service dan apa2 pemeriksaan kenderaan untuk perjalanan balik kampung nanti, boleh juga mengunjungi Worksyop Kudin (DBS) kat Taman Jasa, Selayang.

Harga amat berpatutan dan untuk kengkawan memang ada special price. Gerenti tak serupa dengan worksyop2 yang lain. Boleh membaiki minor dan major engine services baik kereta buatan jepun, buatan malaysia mahupun kereta continental. Juga melakukan kerja mengecat kenderaan dan ketuk body kereta.

Sempena hari raya ni worksyop akan dibuka sehingga hari Ahad 22hb Oktober 2006. Jadi periksalah kenderaan anda sambil membantu kengkawan. Gambar atas tu Kudin tengah gunting rambut anak dia...kalau nak mintak dia gunting rambut pun boleh jugak aku rasa..kena tanya dia la dulu.

Untuk appointment pemeriksaan kenderaan anda sila hubungi Kudin at 012-3909591 atau 013-3411711 siang atau malam kerana worksyop kekadang bukak sampai sahur pada masa2 tertentu.

Senarai E-mail Kengkawan

Di sini ada beberapa address e-mail kengkawan yang aku ada, so kalau korang nak ber e-mail, ucap selamat hari raya ke.

1. Khatilah Abdullah (DSS) - khatilah@petronas.com.my
2. T. Anzarudin (DSS) Kudeng - tengkudin@wadahsejati.com
3. Azmi A. Bakar (DPA) Bilal - azmiab@streamyx.com
4. Sidi (DPA) Che Dat - chedathani@yahoo.com
5. Radwan (DBS) Asta - mynetvista@yahoo.co.uk
6.Hakim (DBS) Amid - hakim@epf.gov.my
7. Syed Hamid (DIA) Walid - syed.hamid@sphairon.com
8. Humble - pilu2937@yahoo.com
9. Amir Isa (DIB) - amirisa@sbcglobal.net
10. Nizam Kadir (DPA) Slumber Jr - nizam_nilai@yahoo.com
11. Ummi Kalsom (DSS) - ummi@mytioman.com.my
12. Nizam Mahyuddin (DIA) Bob MG - nizam@mpk.gov.my
13. Norhisham (DIA) Apamz - apamzzz@yahoo.com.my
14. Muslim Othman (DSS) - mus_astley@yahoo.com
15. Padil (DBS) - propaden@gmail.com
16. Shamsul Amri (DBS) Kla2 - shamsulamri@hotmail.com
17. Wan Rozain (DBS) Niazor - phgc125@cube.moh.gov.my

Lagi cerita kawan2 DSS by Kudeng



Kudeng ada cerita pasal member2 DSS dan gathering yang dia orang buat masa kat Janda Baik, Bentong baru2 ni. Gambar ni saiz besar lebih kurang 1mb, jadi aku kena kecik sampai kat ni je..nanti masuk photobucket korang boleh view puas2 ye :

Assalamualaikum guys…

These are some updates that most probably be informative. Look at the attached photo. Taken during our last DSS family gathering at Janda Baik a few months back.

Back Row (Left to Right) – My wife (Hanisah), Muzlina Manaf, Siti Anis Azura, Rashidah
Front Row (Left to Right) – Aminuddin Sirajuddin, Ummi Kalthum Zaihadi, Yours Truly, Mas (our junior), Shamsiah Saim

Brief Stories…

Muzlina got married to our classmate, Syed Mahadi (not in picture coz he’s the one snapping it) who also happened to be my dorm-mate while in Dato Bahaman. Muzlina now works in KL.


Siti Anis Azura is a mom of one pretty baby girl now, working with a financial institution (I think…) here in KL.

Rashidah joined ITM Jengka administrative staff for quite a while (not just a while, since graduation until a few months back only), and now a full-time businesswomen. She’s helping out her husband, a full-time businessman, running a big hardware shop in Jengka. She’s a mom of four…I think…

Aminuddin or Amin, my best buddy in ITM, is in Alor Setar. He’s a bank officer now with EON Bank. I never lost touch with him until today. Married, with a pair of kids.
Ummi Kalthum, is now a mom of four also, and now in Kuantan attached to the Tioman Development Authority. Her husband, wow…!!! The coolest of dude you can ever find…

Me, you guys already know right?

Mas, now a mom of 5, is in KL, attached to the Kementerian Pembangunan Wanita ( I think….Shahrizat Jalil’s office…)

Shamsiah, from Johor, but now even more Kelantanese than Wan Ismail Golok. Married to a Kelantan guy, work and stay in Kota Bharu now. Got 3 kids I think…

Syed Mahadi (photographer), well, as I’ve said earlier, got married to Muzlina Manaf (Kida, another one good example of your “Kisah Cinta” blog). They have a pair of kids also. Syed is now with a big-time property developer.

There are plenty other whose not in the picture, as they either can’t be contacted or can’t make it to the gathering.

I think, I have the biggest family now….what an achievement…hahahahaa

Wednesday, October 18, 2006

Kedai Slumber di Nilai





Slumber Jr atau Nizam DPA buka supermarket kat Pekan Nilai, Negeri Sembilan. Dia ambik franchise Mydin, pening jugak lah katanya nak mengelola pasaraya ni sampai raya ni tak balik kampung la dia. Dia ada e-mail kat aku pasal kehidupan dia selepas ITM sampai la dia berjaya bukak kedai Mydin ni. Kat bawah ni e-mail dia :

Lepas grad DPA aku sambung BBA (ITM Ohio) tapi masa tu ngan putus cinta la, ngan kawan takde la, sempat 1 semester je. Balik kampong keje kilang 3 bulan. Dengar gomen ada buat Skim Latihan Khas, aku apply dan join. 6 bulan kat UPM tapi dpt Tax Cert dari ITM. Keluar terus buka ofis Tax & Akaun di Temerloh. 3 tahun bisness kat sana. Bilal ada join ofis tahun ke 3, bisnes kontrak ngan Risda tapi tah camne kontrak tak jadi. Sian Bilal masa tu. Selambe Sr pun join ofis tu ngan Suhaimi Yaidin DIA. Kira kongsi ofis ramai-ramai, baru nampak meriah skit. Bisnes camni modal tak besar.

Kahwin masa kat Temerluh. Bila anak sorang, dpt tawaran kerja ngan gomen, RRIM Jln Ampang, 1992-1994. Ofis T’loh tinggal kat diaorang. Tak tahan kos hidup tinggi kat KL, aku berhenti sambung belajar ADCA kat ITM. Masa tu pendapatan tak ada, loan pun lambat. Jadi siang belajar, malam jadi jaga sementara. Ayah ada la bagi skit, RM300 sebulan cover expenses. Masa tu anak nak dah 2 org.

Lepas grad ADCA 1994-1996, PNB bhg IT sambar, jaga la berkaitan system utk Amanah Saham. Keje 3 tahun, subsidiari negeri Selangor, DEMC Anzagain (Darul Ehsan Multimedia Corporation) offer jadi Manager. Kat sini terlibat ngan perisian smart school, project web & portal serta supply bahan utk makmal komputer sekolah2.

Tahan gak aku 4 tahun kat sana. Aku ni memang tak tahan setempat. Bila jemu mula la nak buat bende lain, nampaknya kena bisnes la. Bersama sorang partner (silent partner), cuba apply kat Mydin. Dapat la jadi francais Mydin.

Dapat satu lokasi strategik kat Nilai, kedai 8 pintu 2 tingkat. Depan terminal bas, dekat stesen komuter, balai polis, klinik, sekolah dsb. Sementara nak tunggu kedai dpt CF kena la join Mydin 10 bulan, teruk gak masa tu sebab Mydin bagi gaji rendah. Dapat CF, loan niaga lulus aku pun jalankan bisnes francais ni.

Sept 2006 genap 1 tahun aku berniaga. Staf 90 orang, lori sebijik, hutang RM5 juta…
Adik dan sepupu sepapat banyak keje kat sini. Senang sikit sedara mara ramai.
Kadang-kadang bisness mcm Kida, Kudeng & Bilal lagi bagus kan, tak de hutang. Antu Raya lain la, kontraktor kelas A, kabel lak besar giler.

Sekarang anak nak masuk 5, bini sorang lagi. Duduk kat Nilai sampai hutang bisnes ni abih… susah jadi orang negeri ni, kena masuk Suku. Mana best masuk suku , mesti nak masuk penuh kan kan. Email: nizam.mnl@gmail.com atau nizam_nilai@yahoo.com.

Link Gambar2 ITM Pahang Batch 85 Senior dan Junior



Amir Detroit ada jugak beritahu aku pasal satu web photopages yang di usahakan oleh Dona DSS, ingat tak, kita punye senior. Jadi Amir ada bagi link tu kat aku. Aku tengok banyak gambar2 senior kita dan gambar2 kita dengan mereka semasa orientasi kita dulu. Tapi yang banyak gambar senior la, terutama masa dia orang buat gathering pada Mei 2006 yang lalu. So sesiapa yang nak tengok gambar2 tu boleh la klik kat link di bawah ni :

Tuesday, October 17, 2006

Kla-Kla @ Shamsul Amri.com.DBS



Ini lah gambar Shamsul Amri atau Kla2 DBS. Dia duduk kat Kuantan. Kerja kat Pengurusan KUMIPA Berhad, unit trust Negeri Pahang. Tu gambar dia dengan anak ke3 dia yang baru sambut birthday yang ke 1 pada 7 Oktober yang lalu. Nama anak dara dia tu Demi Zarith Sofea.. Aku rasa ni mesti kes Kla2 minat kat Demi Moore dan Raja Zarith Sofea. Tapi anak dara Kla2 ni ada chance lawa macam tu...cepat2 la booking kalau ada anak jantan, kot2 nak berbesan dengan Kla2. Kla2 kata lepas raya nanti dia hantar cerita lengkap pasal diri dan keluarga dia serta gambor2 sekali.

Kla2 masa kat ITM dulu pakai motor Honda Fame. Tak silap aku kat ITM dulu kira motor Honda Fame, dia sorang je la yang ada, color dia nak kata purple tak purple..macam kelabu t**k anjing campur maroon gelap. Dia ni duduk Hostel Bahaman dan kemudian kat Hostel Remaja. Tak silap aku dia atau room mate dia suka sungguh lagu aruah Sudirman..Milik Siapakah Gadis Ini...aku dengar pernah 13 kali ulang pasang lagu tu kat bilik dia...aku dengar roomate dia yang pasang... ada nostalgia ke lagu tu...Kla2, boleh cerita sikit ker?

Kla2 pun ada e-mail kat aku sikit pasal cerita dia. So ni aku siarkan e-mail dia :

Aku...Kla-kla...dulu, kini dan selamanya...

1. Aku, sepertimana yg kawan2 semua tau, Kla-kla, atau panggilan manjanya kla...(gunakan suara yg husky...if available) Nama aku yg sebenornye, ramai yg tak tau. Aku pun sebenarnye tak tau org tak tau nama sebenor aku sebab kalau sebut je 'kla' semua orang tau.... Jadi untuk menjernihkan keadaan dan meriangkan suasana perayaan, aku bagitau secara rasminye, terutamanye kepada yg tak tau, nama aku yang sebenor, Shamsul 'Amri bin Ab. Rahman. Kalau dah tau tak per....

Kursus semasa di ITM ialah Diploma Pengajian Perniagaan. Waktu kat ITM ni mmg seronok dan meriangkan... Aku bukannye belajo sangat.... Hancus.... Asik dok melilau je sane sini...

Member lame satu bilik: Azli(Selipar@Drebar), Kudeng(Ganu Kite, bak pe... mu dok bang..!), Aminuddin (penang mai), Aru (taiko lepih, skrg Imigresen JB), MG(lebih dikenali sbg Bob, bukan bob the bulider, setia dgn MPK), Bai(bertanggungjawab atas kebangkitan pasukan Singa Utara, skrg dgn Nestle, Penang), Suhaimi@John(dulu kat tabung darah HTAA, skrg dah transfer), AzmyMahmud(Dgn sykt telco, baru ni ade dtg promote produk die kat aku), Rahman JaafarDCS(skrg kat ASPA, atas floor aku ni), Sjn. Asang DCS (ganu kite gok ni, dok tahu kat ne skrg). Ade 3 org lagi kat bilik aku tu, masing-masing dari DSS, DCS dan DIA(Budak kerdau die ni, anak tok penghulu kalau x silap) aku terlupe nama diaorg ni, tapi muka masih diingatan. Kalu ade lagi kat bilik tu yg aku tak sebut, maknenye aku dah terlupe lah tu...maaf dimohon kerna melupakan kalian, tidak disengajakan.

Kalau x der keje, startlah ngacau awek astec.... peerrgh...macam-macam ada..... sampai kena perambat dgn pak guard... Especially pak guard yg pakai kete plet BAS xxxx, tak ingat dah no. berapa...

Ok. Nanti aku sambung lagi dengan Bab 4. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan kepada seua rodong2 ITM Batch Julai 1985 dan batch lain jua, Selamat Menjalani Ibadah Puasa, Selamat Menyambut Aidil Fitri, Mohon Kemaafan atas segala salah dan khilaf selama ini.
Berhati-hati semasa memandu dijalanraya, sentiasalah ingat orang yang tersayang.

Artikel Pasal Budak Pompuan Lagi

Assalamualaikum,

Aku pun semenjak dua menjak ni banyak terima e-mail dari bebudak pompuan terutama dari DSS dan aku amat appreciate sangat2 kat dia orang ni. Tapi blog ni masih lagi kekurangan cerita2 pasal budak pompuan masa belajar kat ITM dulu. Takkan la dia orang ni takde kenangan masa belajar kat Kuantan dulu...putus cinta ke, kena mengurat ke, jatuh basikal ke, periksa tak lepas ke, macam2 lagi la. Asyik2 cerita bebudak lelaki jatuh motor, jatuh motor.... kita pun nak dengar jugak cerita budak2 pompuan ni.

Aku tahu sebenarnya ramai bebudak pompuan yang access blog ni hari2. Budak DPA, DBS, DSS, DIA, DIB..aku tau korang asyik sekodeng kat blog ni. Janganlah segan2, aku buat blog ni untuk korang jugak, bukan untuk aku, bukan untuk budak lelaki je. So e-mail la kat aku kalau ada cerita2 yang korang rasa nak share kat dalam ni. Cerita2 lama ni takde lah mendatangkan segan dah, lagipun kita2 ni pun dah veteran2 belaka, so semuanya tu dah jadi suatu kenangan indah bukan lagi kenangan yang memalukan atau menyegankan.

Dan kepada bebudak pompuan tu jugak, kalau ada masa korang singgah la kat chatbox tu, type nickname korang dan just say Hi.... so aku pun tahu bahawa korang masih wujud lagi dan ada jugak jengok2 kat sini. Apa2 pun just enjoy yourself and enjoy the blog....

Pasal Gambar kat Blog

Assalamualaikum,

Aku cuma nak beritahu kat kengkawan semua kalau hantar gambar kat aku untuk siarkan dalam blog ni, kalau boleh tolonglah cari gambar yang kecik sikit saiz nya yakni megabytenya. Jangan lah satu gambar tu sampai 1.3Mb. Letih aku nak kecikkan dia nak bagi masuk kat blog ni. Boleh tu boleh nak siar gambar2 yang besar2 ni...tapi korang tau la aku ni bukan ada masa dan rajin sesangat. Cara nak kecikkan gambar ni takde lah susah sangat masa korang tangkap gambar tu. Korang setkanlah resolution dia bagi kecik 1280 x 960, tu pun dah boleh muat satu muka PC tu...tak payahlah pergi resolution sampai 3072 x 2074, tu yang jadi satu gambar sampai 1.3 mb, lagipun tak jimat memory card korang. Kalau pakai resolution 1280 x 960, habis kuat ko punye satu keping gambar dalam 350kb sahaja. Jimat memory card, boleh ambik banyak gambar. Bagi gambar2 yang dah korang ambik, korang kecikkanlah sikit saiz dia kat Paint ke atau kat Photo Editor ke ye...

Sebab tu lah gambar2 yang aku siarkan kecik2 je. Tapi aku akan usaha cari masa untuk kumpulkan gambar2 tu dan letakkan kat dalam satu photo bucket dengan saiz dia yang sebenar. Cuma aku nak beritahu kengkawan tu la sebabnya gambar2 yang aku bubuh kat sebelah artikel tu gambar kecik2 je...

Tapi kalau dah takde gambar kecik tu, hantar je la gambar apa yang ada ye. Pandai2 la aku nanti. So harap dengan penjelasan ni kengkawan semua clear ye....

Hai! Ummi Di sini.....





E-mail ni aku terima dari Umi Kalsom dari DSS. Dia sekarang kerja kat Lembaga Pembangunan Tioman. Jadi dia kata sesiapa yang nak ke Tioman tu call2 la dia, maybe dia boleh bantu. Bawah ni aku siarkan e-mail dia :

Assalamualaikum....

Saya Ummi Kalsom bt. Zaihadi, dari DSS satu batch dengan Muslim, Khatilah dan Kudin. Suka bila tahu blog ni dahpun diwujudkan di bumi ni. Harap sangat ia akan jadi hit... Buat pengetahuan, saya bukanlah antara yang hit semasa di ITM dulu. So shy.....tapi dalam kuliah I was the happy go lucky girl, tau!

Selepas keluar ITM dulu, terus kerja di Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) Muadzam Shah. sampai 1997. Since 1998, kerja di Lembaga Pembangunan Tioman (under Kerajaan Negeri Pahang lah) till now. Siapa-siapa nak ke Tioman boleh lah contact, insyaAllah boleh tolong punya untuk dapat budget resort.

3 bulan kerja di DARA, terus kena sambar, ya lah, bertunang 3 tahun, so dapat kerja je, terus kahwin le. My husband ni memang penunggu setia....

Details of my family:-

Nama suami: Abu Hasan Nuddin bin Shamsudin
Alamat Rumah : No. 8, Lorong Bukit Setongkol 11, Taman Cenderawasih, 25200 Kuantan Anak-anak : 4 orang (2 boys, 2 girls) :- Eldest (boy - 17), 2nd (girl - 16), 3rd (girl - 15) and youngest (boy - 8).

DSS memang selalu buat family gathering. The latest, macam Kudin cite tu, kat D'Ark Trainning Resort, Janda Baik, Bentong. Tapi paling best masa di D'Rhu Beach Resort (2001), all of our ex-lecturers attended to our gathering on the 2nd nite. Fuhh...seronoknya....To tell you the truth, memang susah nak kumpul semua orang, macam-macam hal dan ragam. Kena kuat semangat....dan sabar.

Cukuplah setakat ni dulu....nanti cite lagi. Attached herewith is the latest pic masa kitaorang gathering kat Janda Baik (3d2N). Saya duk kat tengah antara Kudin & Amin (pic DSC00554[1].jpg).

Bye..

Ummi Kalsom bt. Zaihadi
Lembaga Pembangunan Tioman
A 145-147, Tingkat 1 & 2 Lorong Tun Ismail 6,
Sri Dagangan 25000 KUANTAN
Tel: 09-5130632 (Off)
09-5171524 (Hse)
019-9799182 (Hp)


Monday, October 16, 2006

Teka Gambar Lagi...Pusingan 3



Teka gambar mai lagi. Kali ni hadiahnya aku kena rahsiakan dulu la. Hadiah dinner set kat Hard Rock Cafe untuk seorang tu ada kengkawan kata kena kaji semula. nanti aku fikirkan lah hadiah yang sesuai.....

Gambar ni diambil di Istana Budaya dalam tahun ni. Tarikh aku tak nak kasi pasal tu hint yang jelas. Theater kat atas telah dipersembahkan di Istana Budaya. Theater ni dah 7 kali dipersembahkan untuk tontonan dari tahun 1995 tak silap aku. Ini latest version theater ni yang dipersembahkan tahun ni dalam bentuk muzikal. Aku pergi dengan bini aku on the first day of the show tapi upset jugak lah pasal theater yang sepatutnya best ni jadi kurengg sikit. Maybe Pengarahnya tak biasa buat dalam bentuk muzikal.

So, dengan kebijaksanaan anda semua, sila lah teka, apakah nama Theater yang dipersembahkan seperti gambar diatas ini. Hanya satu jawapan sahaja dibenarkan tiap2 orang ye. Jawapan dalam bentuk e-mail atau komen kat bawah ye. Jawapan sehingga pukol 12 tgh malam isnin sahaja. Hanya seorang pemenang mutlak akan menerima hadiah.

Slumber Junior DPA - Delima, Roomate & Kapcai

Selambe Junior atau Nizam ni member kita dari DPA, budak baik, pendiam dan low profile sikit.. Dulu aku pernah jumpa dia kat Ampang, lama dah kira2 5 tahun lepas, katanya kerja kat Shah Alam...lepas tu aku tak dengar dah cerita dia. Tapi alhamdulillah dia dapat tahu pasal blog ni dan masuk hari Sabtu lepas. Dia sekarang buka kedai kat Nilai dan dah jadi orang Nogori...masuk suku..bernikah dah pasal dia kata kat aku bini dia ada datang shopping kat kedai dia... Artikel kat bawah ni disumbangkan oleh Slumber Jr untuk mengimbau kenangan dia masa kat ITM dulu....

Delima, Room-mate & Kapcai
by Slambe Jr

Aku nak rewind balik kisah aku masa final year kat ITM Shah Alam dulu. Semester 5 aku dok kat Delima 5. Masa tu dok ngan class mate. Ditakdirkan kawan kita ni layan “smoke in the water, the fire in the sky…”. Serba salah aku di buatnya. Kalau dia layan bende tu, ajak kawan dia sekali peh tu “fire in the sky” jadi jerubu. Penuh satu bilik, bau semacam je..kalah curut.

Poning kepala den. Pehtu bila dia nak operasi lagi, aku tau dah. Ada geng dia sorang datang dan keluarkan semua peralatannya yang dibuat sendiri dari bawah katil. Masa tu, aku kuar bilik pegi bilik TV ke, bilik rodong lain ke. Takut gak kalau warden datang, ngan aku-aku sekali kena tendang.

Selama satu semester aku dok pening ngan rodong sorang ni. Tak kira masa nak exam ke masa biasa ke, masa aku nak tido ke, dia layan semacam jer. Tanya best fren aku camne nak buat. Aku takut gak nanti dikata join sama. Last2 jumpalah Lecturer Law, Pn Zakiah mengadu. Tapi nama rodong ni tak dibagitau langsung. Puas dia desak, tak bagi gak sebab kesian kang kena buang..dah ler final year. Cuma minta lecturer tu cover aku in case bilik aku kena serbu. Satu semester di Delima, aku dalam dilemma…

Semester 6 masih dok D5 tapi sebilik ngan budak DIB dari Sabah. Dia ni memang asalnya dari ITM Melaka, Adib namanya. Kali ni okay ler tak de masalah sangat. Cuma bila dia study kus semangat sampai ke pagi. Aku kul 10pm tutup mata dah. Susah gak tido terang benderang ni, nak tak nak tido berkelubung.

Masa Sem 5 & 6 aku bawak kapcai versi awal tahun 1970an. Masa tu aku ingat kapcai aku paling antik di ITM. Kadang2 start minta kawan2 tolong tolakkan. Ada gak sesekali Adib, Mulyadi, Arash dan lain-lain tumpang ke kuliah. Nak naik bukit Delima masa pegi bukan main merengek kapcai tu. Selalu lumba ngan kapcai Bilal, tapi dia versi baru makan asap aku. Kalau balik, masa daki Bukit kat Seroja tu, kena main gear satu jer, takpun tak lepas beb. Keistimewaan kapcai ni ialah takde orang pun sudi nak pinjam. Dua peristiwa yang paling aku ingat tentang kapcai ni, pertama Mulyadi tumpang balik dari school. Naik bukit Kenanga takleh pegi. Tekan gear 1 kat atas bukit tu, kapcai melompat. Terjatuh dan terduduk Mulyadi atas jalan raya. Kesian dia. Peh tu tak berapa nak tumpang dah.

Peristiwa kedua Adib room mate tumpang. Masa tu baru lepas hujan. Tayar lak botak. Kona kat D2, takleh control. Habis aku cedera diheret jalanraya. Masa tu seminggu nak habis final exam. Datang exam pakai selipar terhincut2. Peh tu masuk praktikal kat Kastam Johor masih belum pulih, jalan senget sebelah sampai kakak kastam tu tanya kat kawan aku.. “dia ni cacat sejak kecik ke?”

Tu la kenangan dolu-dolu nak kongsi nostalgia nak rodong2. Kapcai tu CF6454 masih ada kat kampong anak sedara guna pegi sekolah.

Sunday, October 15, 2006

Aku Balik Berbuka kat Temerloh




Aku tak sempat nak access blog dari saturday morning sampai petang ahad sebab aku balik kampung kat Temerloh untuk berbuka puasa dengan abah n makcik aku dan semua adik beradik aku. Seronok jugak pergi pasar ramadhan kat Paya Pulai (depan sekolah tu), kuih2 murah, 4 RM1 ada yang 5 RM1....jauh beza dengan Kolompo...3 RM1. Puas aku beli kuih....

Aku bantai beli kuih Lompat Tikam, Badak berendam, pas tu ayah aku pulak ada masak ikan patin asam pedas tempoyak...perghhh..tak tau nak kata la buka...aku sahor tambah 3 pinggan la..camne nak kurus.

Lepas berbuka semalam aku dapat msg dari Bilal pasal blog ni, Bilal ingat aku ada access blog ni, so aku beritahu dia aku kat Temerloh. Rupa2nya aku tak access sekejap tu pun bermacam2 cerita plak. Tapi aku masuk petang tadi aku tengok keadaan blog ni dah ok dah, Syukur Alhamdulillah.

Cuma kat sini aku nak ingatkan kat kengkawan berhati-hati lah apabila bersembang kat chatbox tu, takut kekadang kita menyentuh perasaan orang lain dan terhiris hati. Al maklumlah kisah2 lama ni... tapi bagus lah bila ada yang terguris, kita cepat2 mintak maaf dan orang yang terguris sedia memaafkan kita, besar pahalanya untuk mereka2 ni di bulan Ramadhan yang mulia ni. Aku pun harap benda2 ni tak berpanjangan dan aku pun sendiri nak ambil peringatan untuk diri aku sendiri jugak...

So, Enjoy life, enjoy Blog and Enjoy Ramadhan...

Saturday, October 14, 2006

Woiii...Mananya Korang Punye Directory Profile?


Ni aku nak bagi tau kat geng yang lepak kat chatbox ni.... Woiiii...Mana Directory Profile korang? Asyik2 budak DSS je yang coorporatenya. Yang lain tu ada la 2-3 kerat. terlanjur dah korang melepak kat chatbox tu, apa la salahnya buat Directory Profile macam Kudeng, Khatilah, Bilal, Syed Hamid, Rozain..... baru lah gua caya lu brother.


So..minggu depan kasi profile siap ye... Mana yang tak hantor gambor tu hantor la. Koi pun gemuk jugek dah, nok malu kebenda, rodong bebelaka... Hakim, Kla2, Mat Dwan, Diego, Humble, Shema, Roslina, Normah (Normah dah hantar particulars, lepas raya dia kata hantar gambar), Rambo, Golden, Zulhairi...minggu depan ye....janji tau.

Khatilah DSS


E-mail ni aku dapat petang semalam dari Khatilah DSS. Aku tanya beberapa orang member banyak yang ingat kat dia ni. Bawah ni aku siarkan e-mail dia. Gambar ni gambar dia sekeluarga. Sedih jugak dengar cerita dia ni tapi nampaknya dia ni tabah dan kuat betul semangat dia...Gua betul2 salute orang2 macam ni.....gitu lah budak ITM Pahang yek...

Assalamualaikum..................

Saya Khatilah dari DSS, satu kelas ngan Kudin and Muslim. During kat ITM I lebih well known dengan nama "ILA". Or to be more clear, muka ala-ala Chinese Look. Born in Terengganu but brought up in Kuantan. So, koi ni kiranya oghang Kuantan la sebab darah daging Temerloh tu masih berjalan lancar lagi. Koi baik ngan Muslim, Syed Sham, Roliza, Elly dan ramai lagi. Netball player untuk DSS.

Nama husband, Mohd Ali Hanafiah orang Dungun. Tapi telah selamat kembali ke rahmatullah pada 12 Februari 2006 yang lepas kerana sakit jantung (meninggal selepas pembedahan jantung untuk kali ke-2 di ICU, IJN) .

Selepas kuar dari ITM, kerja di Ramada Beach Resort (sekarang ni De Rhu kalau tak silap), pastu keje kat MPKtn. Boring keje gomen, koi keje construction company Teamwork Corporation (buat Airport Kuantan) masa tu. Koi ni suka tukar keje, Habih je project Airport koi keje ngan company Jepun Toyo Engineering kat Kerteh, Terengganu (buat kilang Ethylene & Poly Ethylene). Boring keje construction asyik pindah randah, koi keje lak kat hotel Awana dari construction sampaila siap dan terus operation. Tahun 1997 & 1998 negara ekonomi gawat termasukla dengan koi gawat jugala....

Koi tukar keje lagi dengan construction company Foster Wheeler di Kerteh buat CUF Kerteh & Gebeng serta kilang Ammonia di Kerteh. Habih contract husband di sahkan sakit jantong kerana selalu masuk confined area (sebab arwah Safety Supervisor) Koi berhenti keje jaga arwah husband. 4 tahun juga jadi isteri mithali memasak untuk suami dan anak-anak. Masa tu 3 bulan sekali follow-up ngan IJN. First open heart surgery tahun 2002 successed. Arwah tidak boleh melakukan keje berat selama 6 - 10 bulan termasuk bawa kereta. Kesihatan tidak mengizinkan sebab tak boleh stress.

Allah Maha Kaya................dalam saat akhir dapat panggilan temuduga dari Petronas. Tempat koi keje sekarang. Alhamdulillah dapat keje tetap. Baru setahun join Petronas Gas Berhad.

Anak semuanya empat orang, 2 perempuan dan 2 lelaki. 15 (p), 13 (l), 7 (p),4 (l). 3 bersekolah di Kuantan tinggal ngan my parent. Cuma yang kecik tu je duk ngan koi. Yang sulung dan kedua sekolah di Sek. Men Agama Al-Ehsan di Tanjung Api dan ketiga sekolah di Sek. Ren. Keb. Tok Sira. Balik Kuantan every fortnightly and sometime every week. Attached gambar family masa raya tahun lepas. The last and latest family photo.(See attached file: family photo - 01.jpg)

Itu jela yang boleh koi ceghita kat u all sume................ Bagi sesape yang masih kenal dan ingat kat koi lagi bolehla ngantar emel kat address di bawah. Kat umah koi takde computer so koi cume blh access thru company e-mail and internet. So gambo gambo u all tak dapat buka cuma write up je..........................

Salam..............

Khatilah Abdullah
Petronas Gas Berhad
Financial & Management Accounting Department
Level 50, Tower 1
Petronas Twin Towers, KLCC
50088 Kuala Lumpur
Tel : 03 - 2051 2607
email:
Khatilah@petronas.com.my

Friday, October 13, 2006

Teka Gambar Lagi - Pusingan Ke 2



Dimaklumkan teka gambar untuk pusingan 1 tiada pemenang mutlak kerana keputusannya seri antara Asta Lavista dan Walid. Maka hadiah misteri akan di kumpulkan kepada pusingan yang seterusnya. Hadiah sememangnya menarik kerana nilai hadiah tersebut akan bertambah jika tiada pemenang mutlak untuk sesuatu pusingan tersebut.

Pusingan ke 2.

Sila teka siapakah penyanyi yang sedang mendendangkan lagu di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 21hb April 2006 seperti gambar diatas di Malam Pra Anugerah AIM 2006. Rakaman tersebut adalah rakaman terakhir yang dibuat oleh NTV7 di Hard Rock Cafe pada pukol 8-30 malam pada tarikh tersebut. Gunakan kebijaksanaan anda untuk meneka. Hadiah misteri yang telah meningkat nilainya menanti anda.

Sila e-mailkan jawapan anda atau berikan jawapan anda diruangan komen dibawah. Tarikh tutup adalah sehingga jam12 tgh malam ini.

Cadangan Bilal Untuk Pregathering

E-mail ini telah dikirimkan oleh Bilal kepada aku untuk mendapatkan pandangan dari kengkawan semua berkaitan pregathering yang dicadangkan. Pregathering ini dicadangkan dibuat pada Ahad 19hb November 2006. Sila beri komen anda di bawah.

Askm.Berikut dinyatakan cadangan secara kasar dan feel free to provide feedback atau ada cadangan lain yang lebih baik.

Objektif.

1. Mengadakan perjumpaan awal untuk membincangkan Gathering -Grand Re-union UITM Pahang Batch 85 Kuantan
2. Perjumpaan hari raya
3. Perjumpaan yang simple - just 3 to 4 hrs.

Lokasi.

1. Temerloh
2. Maran.

Event.

1. According to pelan asal, aku sekadar ingin mencadangkan gathering yang simple just 3 to 4 hours or half day kerana ia tidak melibatkan kos yang besar. Setiap di antara kita sumbangkan beberapa menu contohnya Kida sekeluarga - Mee Goreng, Syed hamid - lemang, Bilal- rendang, Rozain, serunding, yang lain-lain kuih dan minuman .

2. Gathering seumpama ini hanya perlukan 2 canoopy dan beberapa meja serta kerusi ( lebih-lebih RM400 dan kita boleh share.

3. Tak perlu bermalam kerana pre-gathering seumpama ini very costly dan kita simpan budget berkenaan untuk grand re-union.

4. Lagipun, 18 atau 19 tu masih lagi pertengahan syawal dan hujung minggu pulak tu pasti ada diantara mereka yang tak dapat bermalam atas tujuan agenda masing-masing.

5. Tiada big event seperti golf, bowling dan apa saja kerana event tu kita simpan untuk grand re-union agar lebih menarik dan lebih ummphh.

6. Aku cadangkan hari Ahad 19 hb.agar kita tidak pinggirkan apamz.. pasti dia tersangat ingin untuk hadir. Dan jika program ini hanya setengah hari pd hari hari ahad, ia tak membebankan sesiapa mahupun mereka bekerja dan ada anak bersekolah keesokkan harinya.

7. Bab catering tu kalau Rahman kerbau nak sumbang adalah dialu-alukan tapi actual catering kita boleh deal ngan dia pada hari Grand re-union. Dan jika rahman ada bisness pd hari tu jika kita buat berhampiran ngan tempat dia, dia boleh lari kejap dan joint kita berbanding apamz jika kita nak buat hari sabtu.

8. Apabila semua dah bersembang dan dah kenyang.. baru lah kita brain storm pasal our main event - grand re-union.

Amacam.. itu cadangan aku sahaja.. kot-kot ada cadangan yang lebih baik adalah dialu-alukan.

Bilal

Thursday, October 12, 2006

Columm Baru -Iklan


( Cuba teka siapakah kawan kita ini - Peneka yang berjaya akan diberi hadiah misteri)

Hari ini aku ada masukkan satu columm baru iaitu Iklan. Kalau korang tengok columm tu sebelum chatbox. Iklan pertama tu bini aku iklankan kawan dia punye publishing novel terbaru karya Ruby Hazri berjudul Percayalah.

So iklan2 ni sebenarnya aku buka jugak untuk korang kalau korang nak iklankan perniagaan korang ker, barang2 jualan ke macam Rozain aku rasa banyak dia nak iklankan. Aku pun setakat ni bagi benda ni free saja la, maybe kemudian bolehlah kenakan charge sikit kot bagi masuk dalam Tabung Amal kita ke atau Tabung Ex-ITM Pahang ke. Maybe kita boleh fikirkan something nanti.

Iklan ni maybe aku akan tukarkan from time to time depend on the product or services yang akan diiklankan la. So, enjoy the music, the chat, the reading and the iklan...hehehe

Kudeng Fly V? - Ada lagi ke Gitar Fly V tu?




Kudeng atau Tengku Anzarudin (DSS) telah menyertai blog ni semalam. Sempat jugak dia singgah kat chatbox dan berborak panjang dengan Bilal dan lain2. Since aku pun tak siap lagi ruangan Directory Profile, so mana2 profile yang dihantar kepada aku tu aku siarkan dulu sebagai artikel kat sini. Jika dah banyak nanti boleh la aku compiled dan buat suatu ruangan khas ye. Sedikit kisah Kudeng seperti yang di e-mailkan kepada aku semalam aku perturunkan kat bawah ni....

Aku ni Kudin, asal Terengganu, budak DSS skali ngan Muslim. Aku main band gak dulu, skali ngan Amin (DSS gak, budak Penang , vocalist tu lah). Aku baru tau pasal blog site ni from si Muslim. Thanks for putting up such a site. At least dapat tengok gambar2 si Jepun, Mat Rock, Che Dat, dll.

Aku lepas habis ITM Kuantan in 1987, aku dapat kerja ngan advertising company kat Taman Tun. After about a year, aku balik kampung, kerja ngan bank. Aku kerja kat kampung until 1993, bila aku dapat offer to join a telecommunication consultant kat KL ni. Aku kerja ngan that company from 1993 until 1999. Kena overseas attachment jugak. Paling lama aku kat Manila , The Philippines. Then aku got tired of all that, quit, and balik Malaysia . Dapat offer join Celcom. Aku ngan Celcom from 2000 until 2005, until I decided to call it a day, and runs my own. Now, I’m into mechanical & electrical engineering and DC power system, something totally different from what I learnt in ITM. Hahahaha…

Anyway, I got married back in 1993, to my hometown sweetheart. Now anak aku dah 6 orang. First 3 are girls, last 3 are boys. Umur dia orang, 12, 11, 9, 7, 4 & 2. Yang sulung skarang ni duk kat Madrasah SS18, Subang Jaya. The rest all duk ngan aku, at Bandar Baru Kundang, Rawang. Ni aku attach kan some of me and my family punya pics.

Memang DSS slalu buat gathering. At least 2 tahun sekali tu memang ada. Last time was a few months back, at Janda Baik. And aku baca kisah apamz, sedih gak rasanye. Aku sama ngan apamz duk kat asrama Bahaman dulu. Tu semua tu ujian daripada Allah SWT coz Dia nak naikkan darjat Apamz tu.


Jazakallah khair kathirun.

Tengku Anzarudin Arshad
General Manager
Sales, Marketing & Operation
Wadah Sejati Sdn Bhd
Tel : +6.03.7848.3477
Fax : +6.03.7848.3488
Cell : +6.019.276.5486
Email :
tengkudin@wadahsejati.com

Wednesday, October 11, 2006

Ini lah Muslim




Muslim adalah pengunjung DSS pertama dari batch kita yang menyertai blog ini bermula Isnin dulu. Muslim kini bertugas di Kuala Lumpur dengan Shipping Agency. Masih single lagi dan dia mendapat tahu blog ni dari Zuhairi (DPA). Muslim ni dulu tak silap aku kamceng dengan Zambran(DBS) tapi Zambran dah ada double dah kat Temerloh. Ada sesape nak menuntut ilmu tu kat Zambran...kena cari Zambran sendiri la ye...

Menurut Muslim lagi batch DSS kerap juga mengadakan gathering sesama mereka. Muslim pun ada kirim gambar gathering DSS kat blog ni, so aku siarkan kat atas ni. Harap Muslim dapat memberitahu kengkawan DSS yang lain supaya blog ni lebih meriah lagi.

Bilal ada cadangan untuk buat pregathering pada 18hb November 2006 ni bertempat di Kuala Lumpur. Samada cadangan tersebut dipersetujui oleh anda2 semua, saya serahkan kepada anda semua untuk mempertimbangkannya. Kepada sesiapa yang nak join pregathering ni, sila masuk kat ruangan komen di bawah ni dan beritahu anda setuju untuk menyertai pregathering pada tarikh tersebut. Sila sertakan no. phone sekali ye. Ianya maybe gathering family dinner yang akan di adakan disebuah restoran yang akan ditetapkan kemudian.

Tuesday, October 10, 2006

Nuzul Quran


(Gambar di Pintu Masuk Masjid Abu Bakar, JB)

Hari ini Nuzul Quran. Banyak negeri2 cuti tapi KL kerja beb. Berikut ialah petikan dari Al-Azim.com iaitu website Jabatan Mufti Melaka berkaitan Nuzul Quran. Semoga menjadi pedoman.

Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.

Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.

Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.

Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.

Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq.
Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.

Monday, October 09, 2006

Syed Hamid masuk surat khabor



( Artikel ni Syed Hamid mintak aku postkan kat blog ni... dia kata gambar tu hensem sikit...hehehe. Nak cari calon no. 2 ke Mid...hehehe )

Gambo ni kuar lam paper THE SUN. Aku dpt masuk contest FIABCI dalam The SUN..tp x menang...pastu reporter TheSUN call aku utk interview pasal property. Photographer dia dtg ofis ambik gambo aku...glamer gak aku.....ramai member sekolah aku pun call..aweks skolah pun call...hehee sebab pic aku besar kuar lam The Sun tu....kat area ofis bini aku lagi best...sbb ramai yg baca The Sun....ramai yg berkenan...bini aku pun hangin satu badan....apa la nasib aku...bukan aku yg nak masuk sgt..if engkau boleh masuk dalam blog ok gak...mayb org da lupa rupa aku....

info: pic umah tu display jer.bukan umah aku.

Kida - Walid, besar ni je aku boleh scan masuk dalam blog ni sbb laptop aku slows giler. Sorry la tak nampak sangat kehenseman ko pasal gambo ni kecik ye.

Teman Baru Blog


Alhamdulillah renovation blog dah settle dah. Ada 2-3 benda yang minor2 tu akan disettlekan slow2 la ye. Semalam Ahad, pengunjung baru kita ialah Zulhairi (DPA). Dia baru dapat tahu blog ni dari Bilal, so semalam tu sempat la chat dgn dia sekejap. Tengahari dan petang sekejap.

Hari ni, Isnin, kita juga mendapat kunjungan dari Muslim (DSS). Dia pun baru dapat tahu blog ni dari Zuhairi. Sempat la juga dia masuk kat chatbox dan berbual dengan Syed Hamid dan Bilal. Muslim memberitahu bahawa course DSS batch kita kerap mengadakan majlis gathering sesama mereka hampir setiap tahun. Cuma ianya diadakan untuk kelas mereka sahaja dan tidak diheboh2kan. Harap Muslim dapat memberitahu kawan2 yang lain berkaitan blog ni dan menyertai kita semua untuk mengadakan suatu majlis gathering yang lebih besar lagi.

Penyertaan untuk Directory Profile masih lagi kurang, di harap kawan2 yang ingin menyertai agar dapat menghantarkan profile masing2. Jika tak dapat mengirim gambar pun takpe, hantarkan biodata dulu, mungkin gambar boleh dihantar kemudian apabila ada gambar keluarga yang lebih sesuai.

Sunday, October 08, 2006

Wajah Baru Blog Kita


(Ramai tertanya sebenarnya... Gambar baby sebelah ni anak sedara Anim dan gambar ni diambil masa celeberate 40 yrs birthday Anim kat Restoran Tupai2 pada 16 Julai 2006)

Hampir 8 jam aku dan bini aku merencanakan java script dan html programming untuk membuat renovation blog ni. Tu pun belum campur dengan memerah otak mencari idea untuk design dan programming yang dibuat sebelum tu. Berhenti berbuka puasa, sembahyang terawikh, pukol 10-00 malam tadi sambung lagi sampai sekarang, baru siap beb. Bukan saja2 nak tukar wajah tapi memang perlu ditukar untuk updated dengan version terbaharu serta menambah beberapa features yang penting untuk kemudahan pelayar2 blog.

Teknologi komputer hardware dan software ni salah satu masalahnya benda2 macam ni la iaitu untuk sentiasa updated dan ianya melibatkan masa dan programming kod2 html dan javascript yang banyak. Aku dari tak reti pun dah reti dah sikit2 tengok cara bini aku buat. Aku akan cuba update kan blog ni dengan software2 yang terbaharu dan terkini supaya blog kita ini akan setanding dengan kemajuan teknologi maklumat terkini.

Antara features terbaharu dalam blog ini ialah :

Archieve : Sila klik kat arrow archive yang dekat perkataan bulan tu dan kita boleh drop down tajuk2 artikel samada yang terdahulu atau sekarang.

Artikel : Setiap artikel ada function untuk di e-mailkan kepada kengkawan yang lain.

Gambar : Gua dah boleh bubuh gambar2 kat artikel dan di kiri blog.

Lain2 : Gua dah berjaya menstablekan beberapa function seperti lagu, chatbox dsb supaya tak jamm dan berjalan lancar, itu pun kalau server dia tak down la dan tak terlalu overload sangat seperti yang berlaku pada chatbox ni hari jumaat pukol 11 pagi minggu lepas...Jamm giler.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa functions tidak begitu stable lagi dan mungkin tak boleh berfungsi sepenuhnya seperti klik untuk Older Post di penghujung bawah page ini untuk melihat Archieve. So cara yang paling berkesan untuk melihat Archieve ialah dengan pergi ke ruangan Archive disebelah dan klik kepada arrow dan tajuk2 yang berkaitan.

Akhir kata kaunter blog pun dah cecah 1,000 hits dan sesiapa yang nak letak gambar2 dia kat blog, e-mail la kat aku gambar2 korang. Nanti aku siarkan ye. Aku pun ada tambah dan betulkan beberapa phone no. kengkawan dalam Artikel HSItm Bhg 4 (Phone No.). Jadi tolong check balik pembetulan phone no. dan phone kengkawan baru. Adios.

Saturday, October 07, 2006

E-Mail dari Apamz


Ini lah e-mail yang Apamz hantar dari CC semalam setelah dia membaca artikel di dalam blog ini. Ini lah sedikit sumbangan kawan2 yang dapat dilakukan setakat ini. Mungkin lain kali kita akan sumbangkan dengan cara yang lebih baik lagi, Insyaallah. Ini lah luahan hati Apamz...

Lan,
Menitis air mate aku baca engka ngan walid punya artikel, tak reti aku nak kata apa skrg, terima kasih la banyak2 keprihatinan ngka skluarga serta rodong2 yg lain.

Aku tak reti sangat ni, cuma tolong aku war warkan kat blog tu, kepada yang dtg ziarah aku ngan isteri aku di p.m. bkt sekilau smlm, aku nak mintak maaf banyak2 kat dia sbb aku tak cam dia, maklum la dah berbelas tahun tak jumpa, tapi rase mcm kenal, tp pg smlm dia kata dia ada tanye kat anim pasal aku, lagi satu sorry kat dia lagi kat dia sbb tak dapat layan sangat dia, even nak tanya sape dia pun aku tak sempat/segan sebab ramai sangat customer dok kerumun stall aku masa tu. Tolong ye.

Sekali lagi THANKS A LOT for your support, i do appreciate it
Apamz

Kida - Rasanya Normah(DBS) yang Apamz maksudkan yang pergi ke gerainya di Bukit Sekilau.

Teh Tarik Session


(Gambar Khairul Salleh @ Jepun DBS)

Teh tarik session kali ini telah diadakan di Restoran Lotus, bersebelahan Hotel Nikko di Jalan Ampang. Pada mulanya yang janji nak datang ialah Syed Hamid, Padil, Apek, Arash, Mat Rock, Jepun dan Zul Sani. Last2 yang datang hanya lah Jepun, Mat Rock, Syed Hamid, Apek dan Arash sahaja. Bagaimanapun meriah jugak lah dengan cerita2 lama, Masing2 bertanyakan khabar kawan2 yang sudah lama tak berjumpa.

Hasil sembang2 pada malam ini terdapatlah beberapa cerita2 baru berkaitan kawan2 yang telah dibualkan. Antaranya ialah :

  1. Adnan (DBS) kini bertugas di EPF Temerloh, berkahwin dan anak 2 orang dan duduk di Taman Temerloh Jaya, Temerloh.
  2. Mat Dwan (DBS) kini bertugas di PHN Industry sebuah anak syarikat Proton di Shah Alam setelah meninggalkan Proton Part Centre di Glenmarie.
  3. Husin Moh (DPA) sekarang bertugas sebagai Penolong Pengarah di Matrade, Kem. Perdagangan Antarabangsa.
  4. Mr T(DPA) telah kembali bertugas di Malaysia setelah habis berkhidmat di Kedutaan Malaysia di Iraq.
  5. Mulyadi @ DO (DPA) kini bertugas sebagai Pensyarah di UUM dan dipercayai mempunyai Phd dan bergelar Dr Mulyadi.
  6. Pendita Zaaba (DPA) kini bertugas sebagai Pengarah Tourism Malaysia di Afrika Selatan.
  7. Tiada seorang budak lelaki DIA yang tahu kedudukan sebenar keadaan budak2 pompuan DIA batch kita seperti Sumarni (dipercayai masih di Kuantan), Norliza dan lain2.
  8. Acid (DIB) yang dikatakan menjadi photographer The Star telah mendapat sakit dan dikatakan kini dijaga oleh abangnya di Pulau Pinang. Beliau telahpun berkahwin dan mempunyai 1 orang anak.
  9. Aruah Zainal Ariffin Tukimin (DBS) dikatakan sempat berkahwin sebelum beliau meninggal dunia dahulu.
  10. Niza (DPA) telahpun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Bagaimanapun tidak diketahui beliau berada dimana sekarang.
  11. Charlie Koi @ Hafaz (DIB) telah menunaikan haji dan bergelar Haji Hafaz la.
  12. Mudzaffar (DPA) kini menjadi Cikgu di sebuah sekolah Cina di Bentong. Menurut Amy Jarr, Mudzaffar meminta kengkawan tolong carikan jodoh untuk dia pasal dia teringin dah nak menikah sangat.
  13. Shamsul Amri @ Kla2 (DBS) kini bertugas di Pengurusan Kumipa Berhad di Kuantan, sebuah perbadanan unit trust. Sapa nak masuk unit trust boleh kontek dia.
Kami juga membincangkan cadangan dari Bilal untuk mengadakan pregathering pada 18hb Nov. 2006 ini di Kuala Lumpur dan maklumbalas dari kengkawan samaada ingin menyertai gathering tersebut amatlah dialu2kan. Gambar2 terbaharu mereka yang datang teh tarik tadi akan disiarkan nanti.