Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua Muslimin dan Muslimat tak kira di mana anda berada. Semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki...amin..
Sunday, December 31, 2006
eiDUL adHa
Selamat Hari Raya Aidil Adha saya sekeluarga ucapkan kepada semua kawan-kawan yang mengunjungi blog ini dan kepada semua ex-ITM Cawangan Pahang. Nampaknya ramai yang telah pulang ke kampung halaman masing-masing untuk merayakan hari yang mulia ini bersama-sama ibubapa, adik-beradik, saudara-mara dan rakan taulan. Rozain DBS hari itu dalam chatbox ada menjemput kawan-kawan semua ke rumahnya di Jerantut kerana beliau ada membuat korban. Raman Shakri @ Kerbau beraya di Panching, Kuantan di rumah keluarga sebelah isterinya. Amir USA khabarnya beraya di Chicago mungkin bersama rakan-rakan disana. Dona DSS beraya di kampung beliau di Banting, Selangor. Khabarnya ada rendang special menanti sesiapa yang berkunjung ke rumahnya. Syed Hamid DIA beraya di Kuantan. Kudin Mekanik akan beraya di Jerantut juga.
Walaubagaimanapun ada juga antara kawan-kawan kita yang tidak dapat balik beraya di kampung seperti Slambe yang beraya di Nilai. Lan Kentei akan beraya di Shah Alam. Man Troq akan beraya di Setiawangsa dan saya sendiri akan beraya di Ampang, Selangor. Padil Sutoq akan beraya di Gombak, Selangor. Kudeng DSS akan beraya di Kundang dan mengadakan acara aqiqah dan kenduri di surau berdekatan rumahnya. Mungkin pada petang raya kawan-kawan yang beraya di sekitar Lembah Kelang akan berkumpul di rumah Lan Kentei yang akan membuat acara makan-makan istimewa bersama chef Jun Mrs LK. Apa-apa pun dimana saja anda berada raikanlah Aidil Adha ini dengan penuh keinsafan dan rasa taqwa kepada Allah swt. Ingatan juga kepada saudara-saudara kita di Johor, Melaka dan Kuantan yang akan beraya di pusat-pusat pemindahan banjir, saudara-saudara kita di Palestin, saudara-saudara kita di Iraq yang mana mungkin tidak dapat merayakan Aidil Adha ini seperti kita di sini.
Saturday, December 30, 2006
taHUn baRu, eiDuL aDHa daN bUDak seKOLah
Tinggal satu hari saja lagi dan kita semua akan melangkah ke Tahun Baru 2007. Bermacam-macam peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2006 kini tinggal kenangan yang akan menjadi satu lagi titik sejarah dalam kehidupan kita semua. Sesungguhnya masa berlalu begitu pantas dan tahun 2006 telah melakar bermacam-macam catatan sejarah bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada individu-individu seperti kita semua. Antara peristiwa-peristiwa menarik kepada kita disini ialah terciptanya blog Budak ITM Pahang bermula pada 28hb September 2006 yang mana setelah 21 tahun kita semua terpisah, kini kita di satukan semula menerusi blog dan alam siber. Kita juga berjaya mengadakan satu acara pregathering bertempat di Mercu Resort Cherating, Kuantan, Pahang dimana lebih kurang 30 keluarga telah berjaya berkumpul selama 2 hari 1 malam. Kita juga di kejutkan dengan berita sedih dengan pemergian isteri Razani @ Bulu yang mengidap demam denggi berdarah. Kita juga mempunyai beberapa kawan-kawan yang telah menukar haluan kehidupan dengan berhenti kerja dan bekerja di tempat baru atau memulakan perniagaan sendiri yang mana kegetiran dan cabaran adalah permulaan dalam mengharungi tahun 2007 yang mendatang. Kita juga mempunyai sahabat yang akan memulakan tahun baru ini di rumah baru. Kita juga ada sahabat yang akan memulakan tahun baru dengan kehadiran baby baru dan sebagainya. Sesungguhnya dengan peningkatan kos taraf hidup yang begitu mendadak dalam tahun 2006 telah memberikan kita satu jalur kehidupan yang begitu mencabar untuk kita melangkah lebih jauh ke tahun 2007 nanti.
Hari Raya Eidul Adha akan di sambut esok 31hb Disember 2006. Para jemaah haji yang kini telah mula berkumpul di Arafah dan kita di sini akan meraikannya dengan acara-acara kurban dan sembahyang Hari Raya. Ramai di antara kita akan meraikannya samada dengan pulang ke kampung halaman masing-masing atau di rumah sendiri. Inilah peluang kita untuk mengunjungi ibubapa, adik beradik, saudara mara dan juga rakan taulan di hari yang mulia ini.
Sementara itu pada hari Rabu nanti iaitu 3hb Januari 2007, sessi persekolahan yang baru akan bermula semula. Persediaan untuk anak-anak ke sekolah dengan pakaian, alat-alat tulis, peralatan seperti bag sekolah, kasut dan sebagainya sudah tentulah menjadi perkara-perkara yang akan menjadi tumpuan kita ibubapa semua. Selain itu persediaan untuk membayar yuran sekolah juga harus di sediakan di samping perbelanjaan lain seperti wang saku, yuran bas sekolah, yuran sekolah agama, yuran tuition dan sebagainya. Ada anak-anak kita juga akan menghadapi peperiksaan-peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan juga SPM pada tahun 2007 nanti. Oleh itu tumpuan dan persediaan yang lebih rapi perlu di beri perhatian yang besar oleh kita untuk tahun 2007 nanti.
Walaubagaimanapun, dengan peristiwa-peristiwa sepanjang tahun 2006 dan juga tahun-tahun sebelumnya yang telah menjadi titik kenangan buat kita semua sudah tentunya akan lebih mendewasakan kita dalam tindakan dan pemikiran untuk menjadi lebih cemerlang lagi di tahun-tahun yang mendatang ini. Dengan adanya blog ini dan terjalinnya semula ikatan persahabatan antara kita semua di harap akan memberi lebih banyak manfaat daripada hanya bersembang di blog dan bertemu bual kosong. Bunga-bunga kemanfaatan dan kematangan pemikiran telah mulai tersemai di sini dan di harap ianya akan terus berkembang mekar dipupuk dengan kasih sayang persahabatan dan dibajai dengan idea-idea innovatif untuk kita semua bersama-sama bergerak maju dan terus maju, Insyaallah.
sEniOr n jUniOR
Kebelakangan ini kita lihat blog ini telah mula menerima kunjungan demi kunjungan dari serata pelusuk dunia baik dari USA, New Zealand, Korea, Japan, kampung-kampung dan dari serata tempat di seluruh Malaysia sendiri. Saya juga telah menerima e-mail bukan sahaja dari kawan-kawan yang satu batch dengan kita tetapi juga dari kawan-kawan ITM Pahang yang tidak pernah bersua muka sebelum ini. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, blog ini telah menjadi bukan sahaja perantara antara kita semua bahkan ianya telah merangkumi kawan-kawan yang pernah menduduki ITM Pahang sebelum dan selepas masa kita.
Saya ingin menarik perhatian kita semua bahawa senior dan junior adalah semuanya dari satu produk iaitu produk kepada ITM Cawangan Pahang yang sama-sama kita duduki suatu masa dahulu. Istilah senior dan junior pada saya sudah tidak relevan lagi di sini kerana semuanya yang menduduki ITM Pahang dahulu kini sudah berada di dunia luar dan istilah tersebut hanyalah suatu cara untuk memperkenalkan diri sahaja. Pada saya istilah senior dan junior sudah tidak boleh menggambarkan superior senior kepada junior bila kita mengharungi haluan kehidupan masing-masing setelah keluar dari ITM. Hormat-menghormati sesama kita adalah lebih penting dan perlu untuk lebih mesra dalam menjalin ikatan persahabatan sesama kita semua.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan dan membuka peluang ini kepada semua bekas-bekas pelajar ITM Cawangan Pahang tidak kira batch tahun bila supaya dapat tampil secara lebih terbuka untuk bersama-sama kita dengan lebih erat dan mesra di dalam blog ini agar ikatan persahabatan yang terjalin nanti akan membawa lebih manfaat dan permuafakatan antara kita. Lupakanlah terma-terma seperti senior dan junior kerana ianya sudah tidak ujud lagi bila kita melangkah keluar dari ITM dahulu. Kita semua dari satu produk yang sama iaitu produk ITM Cawangan Pahang dan kesamaan inilah membuka peluang untuk kita bersatu semula.
Saya juga ingin meminta pandangan anda semua jika sekiranya wajar untuk kita menukar motto blog ini yang sebelum ini "di tujukan kepada batch Julai 85" sahaja di tukar kepada "ditujukan kepada semua bekas-bekas pelajar ITM Cawangan Pahang".
Friday, December 29, 2006
faMiLy keNTei di MyDiN niLai
Jun ada hantar e-mail kat saya Selasa lepas cerita pasal dia sekeluarga ke Mydin di Nilai melawat sedara kita Slambe Jr di sana. Bawah ni saya siarkan e-mail dia. Sorry lambat sikit siar Jun sebab Yahoo problem gempabumi kat Taiwan.
Hari ni, 26/12/2006 Lan Kentei cuti. Disebabkan x d ape2 program, we all buat agenda terkejut pergi k Nilai. sebab utamanya nak melawat kawan kita kat sana, Slumber Jr, sambil2 melihat pembangunan di sana, ceewaah.. Kami pergi bertiga aje, Lan, jun and our youngest son. yang dua lg tinggal kat Pandan Jaya. Biasalah, dua2 dah besar, memang selalu x nak ikut. Yang kecik ni aje kena bawak, kalau x honeymoon kat Nilai la plak, hehe.. Kami sampai lebih kurang pukul 2.30pm. Sebelum jumpa tuan punye kedai, sempatla jugak kami shopping kat dalam Mydin tu. Punye la jauh pergi, sampai kat Nilai..Mydin kat kl pun x pernah g. Jun memang x pernah jumpa Slumber Jr ni. Kalau yg Sr tu ade la jugak, tp dah lama dah. Kiranya hari ini dalam sejarah la, sbb selalunya jumpa kat gerai kat blog ni aje..Tapi, ok gak ye Slumber ni, maintain gitu...walau anak dah 5,hehe..(opps, jgn mare slumber). Masa kat sana, sempat la juga slumber menerangkan selok-belok bisnesnya tu. kira ok la, dapat gak la ilmu skit2, kot2 lepas ni LK nak biz lak.. Lepas tu, kami dibawa berjalan-jalan ke Nilai3. Ni pun 1st time gak kami sampai. Selalunye dengar orang cerita j betapa seronoknya kesini. Kira oklah..sempatlah jugak shopping sikit. bukan ape, kalau org tanye dah sampai ke belum ke sini, adalah bukti..lagipun bukan senang nak dapat 'tokey Mydin' bawak..jadi tourist guide gitu.. Sebelum balik tu sempat la "ngeteh" kat area kedai Slumber tu. Tapi Slumber j yg minum teh, hehe. Sambil borak2, minum abc, makan mee dan nasi goreng. Hmm..timakasih bebanyak la kat Slumber (lain kali blanje lg la ye..) Tengah2 minum tu, selipar anak lak putus. Masuk Mydin lg, beli selipar pulak. Agaknye staff Slumber tgk, asyik2 dia ni j kluar masuk..hehe. Lebih kurang pukul 6.30 ptg kami bertolak balik ke KL. Frust gak x dapat jumpa family Slumber, especially baby baru tu..ye lah, sbb x plan betul2 pun nak kesana. Maybe next time la kenai org rumah Slumber. Anyway, timakasih bebanyak kat Slumber Jr kerana melayan kami sekeluarga. Timakasih daun keladi tau...
*Jun*
*Jun*
HadtaMiZi DiB
Hadtamizi A. Bakar ni batch Jan 86 course DIB. Aku pun tak tahu nama penuh dia cuma aku kenal sangat dengan dia ni dengan nama Mizi je dulu. Dia ni pengikut Joe Malady dengan Pian yang setia. Kekadang Mizi ni selalu ikut Meg jugak terutama bila Meg nak pinjam motor Raider dia. Mizi ada hantar e-mail kat aku ceritakan sikit latarbelakang dia selepas keluar ITM. Bawah ni aku siarkan e-mail dia.
Asalamualaikum,Kehadapan Saudara Mazlan,Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan taniah dan terima kasih di atas usaha kreatif saudara membentuk sebuah website budak itm pahang yang dapat memberi manafaat kepada kita semua. Pada mulanya saya tidak menyedari kewujudan website ini sehingga la baru-baru saudara Amiruddin Esa dari USA memberitahu melalui email.Bagi memudahkan saudara Mazlan dan kawan-kawan yang lain (senior dan junior) mengingati saya semula yang setelah hampir 20 tahun tidak pernah berjumpa, berikut adalah beberapa highlight tentang saya semasa di ITM Pahang yang difikirkan boleh membantu ingatan kita.Saya memasuki ITM Pahang pada Januari 1986, kursus DIB. Masa part I, saya stay di Hostel Remaja, sebilik dengan Megat (DIB), Jimmy dan seorang lagi saya tak berapa ingat namanya, budak DPA dari Kota Tinggi, Johor, maybe Husin kotMasa part II semua budak lelaki dipindahkan ke Hostel Bukit Sekilau. Dalam apartment 4 bilik tu saya sebilik dengan Joe Malady, Pyan dan Muzafar (DPA). Saudara Apamz dan Sabri (DIA) di bilik yang satu lagi. Yang 2 bilik lagi tu sori la, saya tak dapat nak recall sebab banyak termakan kepala ikan. Masa di ITM saya guna motor Honda Raider JBK9171 atau lebih dikenali dengan Great Johore.Selepas menamatkan pengajian di ITM Shah Alam, saya bekerja disekitar Johor Bahru sehingga la tahun 1995, lama juga. Dari 1989 hingga 1991 saya telah bertukar kerja sebanyak 5 kali, kerana gaji yang ditawarkan pada ketika itu tidak begitu memberangsakan untuk memenuhi naluri muda saya pada ketika itu. Any company offer gaji lebih sikit aje saya akan terima.Kerana terlalu inginkan gaji lebih besar, maka pada 1996 bermula la era pekerjaan dan penghidupan saya di luar negeri:
1996 - 2000 - di Manila, Philippines
2000 - 2004 - di Rome, Italy
sekarang - di Songkhla, Thailand
Sepanjang bekerja di 3 negara ini, saya telah mengambil kesempatan untuk melancung ke Hong Kong, Swiss, France, UK, Germany, Hungary, Chech Republik, Austria, Monaco, San Marino, Vatican City, Albania, Cyprus, Syria dan Algeria.
Okay la saudara Mazlan, saya berhenti di sini dulu, nak kemas pakaian sebab esok (27/12/2006) lepas waktu ofis saya nak terus balik ke KL. Kalau tak banyak speed trap, jangka sampai KL dalam sekitar jam 10 malam. Kat KL tak lama, cuma 2 hari aje, lepas tu balik ke kampong di Batu Pahat untuk sambut Hari Raya Aidiladha. Balik semula ke Songkhla, Thailand pada 3/1/2007. Nanti next saya bercerita panjang lagi. Bersama-sama ini disertakan butiran peribadi saya, fact file of Songkhla dan gambar-gambar yang dirakamkan semasa di luar Negara untuk tatapan semua. Salah satu gambar tu adalah gambar kami dengan YAB Dato Najib Tun Razak sebelum tee-off.Saya mengambil kesempatan ini mengucapan Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Tahun Baru 2007 dari saya untuk semua budak ITM Pahang. Kalau balik kampong tu, pandu la berhati-hati. Kalau ada yang teringin nak bernikah lagi, jemput la datang ke Songkhla. Saya ada menyediakan pakej nikah dari Tok Imam, saksi hingga ke pelamin.......he.....he.....he
Best regards,
Hadtamizi Abu Bakar
Songkhla, Thailand.
Thursday, December 28, 2006
RazAni @ bULu miNta tOLonG keNGkaWan
Pagi tadi Razani @ Bulu yang baru saja kematian isterinya menelefon saya. Sebenarnya saya dari sehari ke sehari memang nak telefon beliau bertanyakan khabar tetapi kerana kesibukan kerja dan urusan-urusan seharian membuatkan saya terlalai menelefon beliau. Sempat saya bertanyakan khabar dirinya dan beliau menyatakan dirinya dalam keadaan baik dan telahpun mula bekerja. Anak-anak beliau seramai 3 orang masih lagi tinggal bersama-samanya di Puchong Perdana.
Razani juga menanyakan saya jika saya tahu ada di antara kawan-kawan ITM kita dahulu yang bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara samada di Ibupejabat atau di Selangor. Ini kerana beliau mempunyai urusan yang amat penting berkaitan anak bongsunya untuk di uruskan segera dengan JPN. Sebelum ini beliau telah cuba menghubungi JPN malangnya tidak mendapat kerjasama seperti yang di hajatkan.
Saya beritahu beliau sepanjang pengetahuan saya tidak ada kawan-kawan ITM kita dulu yang bekerja di JPN. Walaubagaimanapun saya memberitahu beliau untuk cuba bertanyakan kawan-kawan lain di dalam blog ini, mungkin ada di antara anda semua tahu jika ada kawan-kawan ITM kita yang bekerja di sana. Oleh itu jika anda tahu ada kawan-kawan ITM kita yang bekerja di JPN agar dapat menghubungi Bulu di 0122095272. Jika anda mempunyai kawan atau saudara yang bekerja di JPN yang mungkin juga dapat membantu Bulu bolehlah juga menelefon beliau untuk membantu. Sekurang-kurangnya semoga dengan pertolongan ini akan dapat membantu Bulu yang baru kehilangan isteri yang tercinta, Insyaallah.
iNTeRnet seRViCe iNteRRuptiON
Hari semalam 27hb Disember 2006 berlaku gangguan internet yang mana semua website dan blog dari luar negeri telah tidak dapat di akses. Ini di katakan berpunca dari kejadian gempa bumi di Taiwan yang menyebabkan kabel internet antarabangsa di dasar laut mengalami kerosakan dan mengakibatkan terjejasnya perkhidmatan internet kepada beberapa tempat di seluruh dunia. Sehingga artikel ini di tulis perkhidmatan website seperti Yahoo masih lagi tidak dapat di akses cuma blog yang bernaung dibawah Google dapat diakses semula mulai malam semalam.
Beberapa artikel yang telah dikirimkan oleh kawan-kawan semua yang tersimpan dalam Yahoo Mail saya tidak dapat diakses lagi maka artikel-artikel tersebut masih tidak dapat saya siarkan. Insyaallah jika keadaan dapat dipulihkan semula menjelang malam ini dan esok, saya akan cuba siarkan artikel-artikel tersebut secepat mungkin. Hari ini juga merupakan genapnya 3 bulan blog ini berada di alam internet menemani kita setiap hari dengan jumlah pengunjung yang telah mencecah hampir 17 ribu dan semoga ianya akan terus memberi manfaat dan mengekalkan silatulrahim antara kita semua, Insyaallah.
NostALgia bUdAK ITm - ePisOD 9 (edisi belum edit)
Rizie atau nama sebenarnya Noriza Abd Rahman, gadis dari Alor Star yang aku kenal semasa aku di Politeknik Ungku Omar , Ipoh pada tahun 1982 dahulu adalah gadis yang paling terkenal sekali dalam batch aku seramai 3,000 orang itu. Nak kata Rizie tu kira no. 1 lah masa tu kat Poly, batch senior dan junior kira outlah masa tu. Walaupun aku satu school dengannya iaitu School of Business tapi aku berlainan kelas dan tak pernah bertegur sapa.
Aku selalu mendengar namanya diperbualkan oleh kawan-kawan aku pada masa itu samada oleh budak-budak Mechanical, Civil mahupun Electrical dan juga kawan-kawan aku dari Marine Engineering.. Memang pada masa itu Rizie di gilai oleh kebanyakan budak-budak lelaki dari senior aku sampailah kepada budak-budak batch aku sendiri.
Selama setahun aku berada di Ipoh, aku hanya mendengar kisah-kisah berkaitan Rizie yang dikatakan ada affair dengan beberapa lelaki mahupun beberapa lecturer di Politeknik Ungku Omar. Pada masa itu aku tidak ambil pusing sangat pasal Rizie sebab aku sendiri masa tu tak kisah sangat pasal awek-awek ni secara serius.
Aku mula kenal Rizie pada tahun ke 2 aku berada di Poly. Perkenalan tersebut pun secara tidak sengaja. Masa tu, pelajar-pelajar tahun 2 kena duduk luar dari hostel, jadi kebanyakannya menyewa rumah di Taman Cempaka yang berdekatan dengan kampus Poly. Pelajar-pelajar perempuan kebanyakannya naik basikal dari rumah sewa untuk ke kampus. Manakala pelajar-pelajar lelaki pula kebanyakannya memiliki motosikal atau basikal untuk ke kampus. Maklumlah duit biasiswa JPA masa itu cukup untuk beli motosikal.
Suatu petang tu, agak lewat jugaklah, aku kena stayback kerana nak siapkan satu assignment di perpustakaan. Selepas assignment siap, aku pun bergegaslah pergi ke tempat parking motor untuk balik ke rumah. Sampai di tempat parking motor yang juga berdekatan dengan tempat parking basikal, aku lihat Rizie ada di situ. Aku lihat dia seperti dalam kesusahan.
Aku dekati dia dan bertanyakan dia kenapa. Rizie kata basikalnya pancit dan hari dah gelap. Aku tanya dia macam mana sekarang, dan dia kata dia pun tak tahu nak buat macam mana. Masa tulah aku perkenalkan diri aku dan dia kenalkan dirinya. Memang sebelum ini kami biasa nampak antara satu sama lain tapi tidak pernah bertegur sapa. Rupanya dia pun dah tahu nama aku sebelum tu kerana dia kata dikalangan budak perempuan pun aku famous jugak kat Poly tu. (Heheh..bangga jugak aku masa tu sebab dia sebut pasal senior-senior yang suka ambik aku jadi adik angkat dia orang)
Akhirnya aku kata kat Rizie suroh dia tinggalkan basikal dia di situ dahulu dan aku ajak dia balik naik motor aku kerana kebetulan aku memang ada helmet tambahan masa tu sebab member aku dah balik awal tadi. Aku kata nanti esok aku tolong dia untuk baiki tayarnya yang pancit tu lepas kelas. Dia setuju dan aku pun serahkan helmet kepada dia untuk dipakai dan aku pun hantar dia balik ke rumah sewanya.
Masa tu sempat jugak aku tanya dia, nanti kalau aku hantar dia balik rumah naik motor ni, boyfriend tak marah ker sebab aku tahu masa tu tengah heboh Rizie baru clash dengan ada satu budak Civil Engine. Dia kata aku tak usah risaulah, kerana dia dah takde hubungan apa-apa dengan budak Civil Engine tu. Aku hantar Rizie ke rumahnya dan esoknya aku tolong baiki tayarnya yang pancit seperti yang dijanjikan. Dari peristiwa itulah aku mula rapat dengan Rizie.
Masa tu, girlfriend aku masa sekolah di Abu Bakar School Temerloh iaitu Jamie yang duduk di KL selalu juga datang ke Ipoh untuk berjumpa aku. Masa tu Jamie tengah buat A level dan akan berangkat ke New York State University tak silap aku. Pernah masa aku kawan dengan Rizie, Jamie datang masa birthday aku bawa kek dari KL semata-mata untuk celebrate birthday aku dengan dia. Tapi setelah Jamie ke New York, hubungan aku dengan Jamie pun semakin renggang dan aku dengar dia kini menetap di New York dan bekerja di sana. Pernah jugaklah sebelum aku kahwin pada tahun 1991, dia ada menghubungi aku dan berjumpa di KL dan aku beritahu Jamie aku dah bertunang dan akan berkahwin. Setelah itu aku pun tak pernah dengar lagi tentang Jamie.
Banyaklah peristiwa suka duka aku dengan Rizie masa di Ipoh. Aku pernah kena warning dengan budak-budak Civil Engine sebab ex-boyfriend Rizie tak suka aku kawan dengannya dan macam-macam lagi. Tapi geng aku masa kat Ipoh pun tak kurang jugaklah. Budak-budak Manjoi tu banyak yang sekelas dengan aku jadi aku takdelah gentar sangat dengan budak-budak Civil Engine tu. Pernah sekali aku tengok midnite dengan Rizie kat Ipoh, masa balik, budak-budak motor Civil Engine kacau aku dengan Rizie tetapi nasib baik jugak masa tu ada geng budak-budak Manjoi yang ikut belakang aku bagi bantuan.
Bersambung….
Aku selalu mendengar namanya diperbualkan oleh kawan-kawan aku pada masa itu samada oleh budak-budak Mechanical, Civil mahupun Electrical dan juga kawan-kawan aku dari Marine Engineering.. Memang pada masa itu Rizie di gilai oleh kebanyakan budak-budak lelaki dari senior aku sampailah kepada budak-budak batch aku sendiri.
Selama setahun aku berada di Ipoh, aku hanya mendengar kisah-kisah berkaitan Rizie yang dikatakan ada affair dengan beberapa lelaki mahupun beberapa lecturer di Politeknik Ungku Omar. Pada masa itu aku tidak ambil pusing sangat pasal Rizie sebab aku sendiri masa tu tak kisah sangat pasal awek-awek ni secara serius.
Aku mula kenal Rizie pada tahun ke 2 aku berada di Poly. Perkenalan tersebut pun secara tidak sengaja. Masa tu, pelajar-pelajar tahun 2 kena duduk luar dari hostel, jadi kebanyakannya menyewa rumah di Taman Cempaka yang berdekatan dengan kampus Poly. Pelajar-pelajar perempuan kebanyakannya naik basikal dari rumah sewa untuk ke kampus. Manakala pelajar-pelajar lelaki pula kebanyakannya memiliki motosikal atau basikal untuk ke kampus. Maklumlah duit biasiswa JPA masa itu cukup untuk beli motosikal.
Suatu petang tu, agak lewat jugaklah, aku kena stayback kerana nak siapkan satu assignment di perpustakaan. Selepas assignment siap, aku pun bergegaslah pergi ke tempat parking motor untuk balik ke rumah. Sampai di tempat parking motor yang juga berdekatan dengan tempat parking basikal, aku lihat Rizie ada di situ. Aku lihat dia seperti dalam kesusahan.
Aku dekati dia dan bertanyakan dia kenapa. Rizie kata basikalnya pancit dan hari dah gelap. Aku tanya dia macam mana sekarang, dan dia kata dia pun tak tahu nak buat macam mana. Masa tulah aku perkenalkan diri aku dan dia kenalkan dirinya. Memang sebelum ini kami biasa nampak antara satu sama lain tapi tidak pernah bertegur sapa. Rupanya dia pun dah tahu nama aku sebelum tu kerana dia kata dikalangan budak perempuan pun aku famous jugak kat Poly tu. (Heheh..bangga jugak aku masa tu sebab dia sebut pasal senior-senior yang suka ambik aku jadi adik angkat dia orang)
Akhirnya aku kata kat Rizie suroh dia tinggalkan basikal dia di situ dahulu dan aku ajak dia balik naik motor aku kerana kebetulan aku memang ada helmet tambahan masa tu sebab member aku dah balik awal tadi. Aku kata nanti esok aku tolong dia untuk baiki tayarnya yang pancit tu lepas kelas. Dia setuju dan aku pun serahkan helmet kepada dia untuk dipakai dan aku pun hantar dia balik ke rumah sewanya.
Masa tu sempat jugak aku tanya dia, nanti kalau aku hantar dia balik rumah naik motor ni, boyfriend tak marah ker sebab aku tahu masa tu tengah heboh Rizie baru clash dengan ada satu budak Civil Engine. Dia kata aku tak usah risaulah, kerana dia dah takde hubungan apa-apa dengan budak Civil Engine tu. Aku hantar Rizie ke rumahnya dan esoknya aku tolong baiki tayarnya yang pancit seperti yang dijanjikan. Dari peristiwa itulah aku mula rapat dengan Rizie.
Masa tu, girlfriend aku masa sekolah di Abu Bakar School Temerloh iaitu Jamie yang duduk di KL selalu juga datang ke Ipoh untuk berjumpa aku. Masa tu Jamie tengah buat A level dan akan berangkat ke New York State University tak silap aku. Pernah masa aku kawan dengan Rizie, Jamie datang masa birthday aku bawa kek dari KL semata-mata untuk celebrate birthday aku dengan dia. Tapi setelah Jamie ke New York, hubungan aku dengan Jamie pun semakin renggang dan aku dengar dia kini menetap di New York dan bekerja di sana. Pernah jugaklah sebelum aku kahwin pada tahun 1991, dia ada menghubungi aku dan berjumpa di KL dan aku beritahu Jamie aku dah bertunang dan akan berkahwin. Setelah itu aku pun tak pernah dengar lagi tentang Jamie.
Banyaklah peristiwa suka duka aku dengan Rizie masa di Ipoh. Aku pernah kena warning dengan budak-budak Civil Engine sebab ex-boyfriend Rizie tak suka aku kawan dengannya dan macam-macam lagi. Tapi geng aku masa kat Ipoh pun tak kurang jugaklah. Budak-budak Manjoi tu banyak yang sekelas dengan aku jadi aku takdelah gentar sangat dengan budak-budak Civil Engine tu. Pernah sekali aku tengok midnite dengan Rizie kat Ipoh, masa balik, budak-budak motor Civil Engine kacau aku dengan Rizie tetapi nasib baik jugak masa tu ada geng budak-budak Manjoi yang ikut belakang aku bagi bantuan.
Bersambung….
Wednesday, December 27, 2006
beRiTa riNGkaS
Hari ini saya betul-betul tak sempat nak buat artikel yang proper kat blog ini kerana kesibukan beberapa hal yang perlu dibereskan segera. Jadi secara ringkasnya saya sampaikan kat sini beberapa berita secara ringkas apa yang saya terima dari kengkawan semalam.
1. Kepada Jun dan Hadtamizi, insyaallah artikel anda akan saya siarkan pada hari esok dengan gambar-gambar yang dikirim. Hadtamizi yang kini bertugas di Songhkla kini bercuti di Kuala Lumpur sehingga 28hb Disember sebelum balik untuk Hari Raya Aidil Adha di Johor Bahru.
2. Antu Raya sekeluarga kini bercuti di Kuala Lumpur, begitu juga Che Dat yang juga berada di Kuala Lumpur kerana tugas. Sempatlah saya teh tarik dengan Che Dat dan Zailan Abu malam tadi di depan Vistana Hotel sambil tengok EPL.
3. Rumah Bilal telah mengalami banjir baru-baru ini dan harap Bilal dapat menghantar berita mengenai keadaan banjir di rumahnya dan kalau ada sebarang bantuan yang diperlukan, saya rasa kawan-kawan sedia membantu mana yang termampu.
4. Kepada kawan-kawan DIA, saya telah berjaya mengesan "bahu" (codename ni budak DIA je tahu) melalui bantuan Bahagian Risikan BPR Malaysia Ibupejabat bermula kira-kira sebulan yang lalu dan mempunyai no telefon beliau untuk dihubungi. Kepada sesiapa yang berminat dan berjaya untuk persuade "bahu" memberikan butiran diri beliau kepada blog ini amatlah di salutekan... hehehe
5. Buat Kudeng punye idea untuk link blog ini dengan blog-blog lain atau site lain, semuanya bergantung kepada kebenaran tuanpunya blog itu samada membenarkan blog atau site itu di link. Jika tiada tawaran untuk link kan blog atau site mereka kepada saya, then saya pun tak boleh nak buat apa lah. Tapi takpe, nanti saya cuba2 tanyakan mereka samada ingin site mereka di link kan di sini.
Tuesday, December 26, 2006
haPPy biRthDaY Arrif!!!
Kalau tak silap SK hari ini, 26 December harilahir anak bujang Amir dan Fezah. Jadi auntie SK dan uncle Kida ucapkan selamat harilahir buat Ariff (betul ke ejaan ni? kalau salah auntie minta maaf).
Please click "Play" to see the wordings....
biCaRa iLMiah (foRuM) : Apakah manfaat yang dapat diperolehi setelah terjalinnya semula silatulrahim antara kita menerusi blog ini?
Minggu ini menerusi ruangan yang saya namakan Bicara Ilmiah (dari ilham Slambe Jr) saya kemukakan satu lagi tajuk perbincangan dan semoga kawan-kawan semua dapat memberikan pandangan dan pendapat yang ikhlas dan bernas dan semoga ianya dapat memberi kita panduan dan halatuju dalam persahabatan kita semua di sini. Selamat berdiskusi.
LaGi gaMBoR LamA
Masa aku balik Temerloh baru-baru ni, sambil gotong-royong dengan adik-beradik aku mengemas rumah lama orang tua aku kat Taman Jaya 3 depan Hospital Temerloh yang baru tu, aku terjumpa 3 keping gambar yang mana gambar-gambar tersebutlah, hanya gambar yang aku ada semasa di ITM dulu.
Gambar-gambar tersebut diambil semasa Hari Terbuka ITM Kuantan, aku rasa masa kita berada di Semester 2. Aku dengan Sarip, Sidi, Chegeng, Joe, Pian dan beberapa yang lain ada buka stall kepada sesiapa yang nak tujukan lagu semasa Hari Terbuka tersebut. Tak silap aku satu lagu kami charge RM1. Ramai jugaklah yang tujukan lagu hari tu, ada yang kat girlfriend, ada yang kat lecturer, ada yang kepada secret admirer dan macam-macam lagi lah. Masa gambar tu diambil menunjukkan Azlina Kamaluddin tengah jadi DJ dengan di apit oleh Sarip dan Sidi, aku dan Chegeng serta Pian dan Wahab.
Satu lagi gambar tu masa Hari Terbuka tu jugak, band aku tengah perform lagu Sultan of Swing kat Dewan ITM Pahang. Band aku masa tu ialah Muzafar DPA (lead guitar), Hanif DIB (2nd guitar), aku (Bass), Amy Jarr (Drummer) dan Puis (Vokalist). Seingat aku masa kat Kuantan dulu sempatlah aku perform 2 kali masa kat ITM. Sekali lagi tu Battle of The Band, rasanya masa Semester 4.
Monday, December 25, 2006
faMiLy diNNer di rUmaH waLiD- 3
Acara makan-makan secara 'PotLuck' yang telah di adakan di rumah baru Syed Hamid DIA @ Walid telah berlangsung dengan begitu meriah sekali malam tadi. Seramai 5 keluarga telah menziarahi Walid di rumah barunya dengan yang mula-mula sekali tiba iaitu keluarga Lan Kentei, keluarga Kudeng DSS, keluarga Zailan Abu, keluarga saya, keluarga Apek, keluarga Kitang dari Temerloh dan akhir sekali Nasrun @ Mat Rock. Keluarga Kitang yang begitu padat dengan acara-acara kenduri di Kuantan pada hari semalam tanpa mengira penat datang juga semalam semata-mata kerana ingin berjumpa kawan-kawan. Begitulah semangat kawan sejati yang walau sesibuk dan sepenat mana akan tetap berusaha untuk berjumpa kawan-kawan lama demi mengekalkan silatulrahim sesama kita.
Berbagai-bagai makanan telah dibawa oleh setiap keluarga yang datang. Ada yang bawak nasi minyak style Terengganu dengan lauk ikan dan kari ayam, ayam goreng KFC, kuih-kuih dari keluarga Kitang, Meehoon goreng dari SK, Sata istimewa dari Sg Gau oleh saya sendiri, nasi himpit dan lain-lain lagi. Namun makanan paling istimewa malam itu ialah Puding Raja yang telah di buat sendiri oleh Walid untuk hidangan semua tetamu. Begitu bersusah payah Walid menyediakan Puding Raja yang telah menjadi suatu item yang sensasi di dalam blog kebelakangan ini.
Rumah baru Walid di Taman Saujana Utama Sg Buloh cantik dengan rekaan rumah yang memberikan ruang luaran yang besar dan malam itu anak-anak kecil dapat bermain dengan selesa sesama mereka sementara ibubapa bersembang di dalam rumah. Kemesraan antara kita sekeluarga kini nampaknya sudah mulai tersemai kepada anak-anak kita semua dan dengan cara berkumpul melalui acara makan-makan sebegini akan lebih merapatkan hubungan antara mereka.
Kudeng DSS menjadi tumpuan semalam kerana boleh dikatakan semua yang hadir tidak pernah bersua dengan beliau setelah 21 tahun kita menamatkan pengajian di ITM dulu. Berbagai-bagai cerita di bualkan dan memang sesiapa yang tidak dapat hadir semalam rasanya rugi betul kerana tidak dapat merasakan keseronokan bertemu kawan-kawan lama semula. Keghairahan bertemu semula, bercerita kisah-kisah lama, menanyakan perkembangan semasa kawan-kawan kita bukan sahaja dapat memberikan pengajaran dan pengalaman malah ianya juga membuka peluang networking kerjaya dan perniagaan antara kita semua. Namun begitu Insyaallah dimasa-masa akan datang acara makan-makan begini akan cuba di adakan lagi bagi mereka yang ingin bertemu kawan-kawan semula.
Acara yang dimulakan pada pukol 8-30 malam semalam telah berakhir pada pukol 1-00 pagi dan di sini saya bagi pihak kawan-kawan semua yang hadir semalam ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Walid sekeluarga kerana menyediakan tempat untuk kita bertemu sesama keluarga kita. ( Gambar-gambar di ruangan link Gambar Blog)
Sunday, December 24, 2006
peLanCaraN nOveL KaSiH sEhaRum LaVenDer
Hari ini 23 Disember 2006, bertempat di sebuah restoran di K-Avenue, Kaki Novel Enterprise telah melansungkan upacara rasmi pelancaran novel sulung penulis muda, Eita Ashyta, Kasih Seharum Lavender. Majlis sederhana ini telah dianjurkan oleh pemilik Kaki Novel Enterprise En Rizal Mah Abdullah dan diusahakan oleh Izzulizzati. SK telah menerima jemputan majlis ni kira2 awal bulan Disember 2006.
Ramai tetamu yang hadir memberi sokongan pada penulis muda ini. Antaranya adalah teman-teman bloggers (terlalu ramai kalau nak letak semua nama kat sini). Majlis menjadi lebih meriah dengan kehadiran penulis-penulis yang berpengalaman seperti kak Anis Ayuni (novelis prolifik alaf21), kak Puteri Andalas dan Izza Aripin dari Kaki Novel. Tidak lupa juga penulis baru Ruby Hazri dari Jemari Seni yang turut serta memberi sokongan moral pada Eita.
Seronoknya SK kerana sekali lagi diizinkan Allah dapat berjumpa dengan teman2 dan juga penulis2 yang SK hormati dan sayangi. Jadi SK tak lepas peluang bergambar dengan teman2 dan juga penulis2 hiks! (Nak tgk gambar ada kat link Gambar Blog)
SK ucapkan berbanyak2 terima kasih pada En Rizal selaku pemilik syarikat Kaki Novel, Izzul yang telah berusaha keras menjayakan majlis ini dan juga Eita kerana sudi menjemput SK ke majlis ini. Eita thanks for the lovely gift!
p/s En Rizal dan Izzul, nanti jangan lupa jemput SK lagi ye!
Saturday, December 23, 2006
HaPPy BiRthDay sLumBeR Jr...
Hari ini 23 December 2006 adalah hari lahir Slumber Jr. Semoga Sl Jr sekeluarga dilimpahi rezeki, dirahmati dan dilindungi Allah swt. Amin
Friday, December 22, 2006
faMiLy diNNer di rUmaH waLiD- 2
Rancangan untuk mengadakan dinner di rumah Walid pada malam 24hb Disember 2006 nampaknya tidak begitu menggalakkan sambutan dari kawan-kawan. Setakat ini yang telah mengesahkan penyertaan untuk hadir dengan family masing-masing cuma 3 family iaitu saya, family Lan Kentei dan family Kudeng DSS. Beberapa kawan-kawan yang lain nampaknya masih lagi tidak dapat memberikan jawapan mereka. Ntahlah, susah nak cerita bab-bab ni ......
Kudeng khabarnya akan menyediakan laksa Terengganu, manakala Lan Kentei akan membawa makanan special jugak dan family saya akan membawa Meehoon Goreng, kuih dan sedikit buah-buah jika sempat saya beli dalam perjalanan balik dari Temerloh pada petang itu nanti.
Di sini saya minta Walid tolong bagi address yang lengkap untuk ke rumah beliau dan kalau boleh panduan jika melalui jalan Sungai Buloh dari KL dsb. Acara malam itu maybe akan bermula pada pukol 8-30 malam. Kepada kawan-kawan yang sudi untuk ke rumah Walid, marilah bersama-sama kita meraikan perpindahan Walid kerumah barunya dan bertemu semula kawan-kawan lama di sana.... Dona, FG..tak mau join ker?
NoVeL KaSih SeHaruM LaVenDeR - Karya Eita Ashyta
Hatiku dipanah rasa, mindaku diusik bayanganmu,
dan setitis haruman kasihku mewangi tanpa sedar
Pada suatu detik itu, dirinya mewah dengan kasih sayang. Dia punya Ummi yang penyayang, seorang abang yang prihatin dan Nurul Adlynn, teman akrab yang dikenalinya sewaktu di perantauan. Dia bahagia walaupun disebalik itu, kesabarannya seringkali teruji dengan sikap majikannya, Ezany yang tidak pernah senang dengan kehadirannya. Perlian dan bicara sinis lelaki itu menjadi halwa telinganya setiap kali mereka bertemu. Hinggakan dia adakalanya lelah dengan situasi sebegitu!
Pertemuan dengan Tengku Hadif Zafran begitu unik. Terjadi di saat tidak terduga dan tidak mampu dibayangkan. Aneh! Tapi, mungkin itulah dikatakan takdir. Pertemuan demi pertemuan akhirnya membibitkan rasa. Bayu-bayu rindu mula menggamit sekeping hatinya buat lelaki itu. Cintakah itu yang datang mengetuk pintu hatinya?
Seperti menyedari sikap keterlaluannya selama ini, Ezany berubah sikap. Tanpa angin, tanpa ribut yang membawa sebarang petanda. Tutur kata dan bicaranya sudah tidak se'panas' dahulu. Lebih lembut dan gemar bergurau. Dalam diam, dia menyenangi perubahan lelaki itu. Walau di hati dia bimbang seandainya perubahan itu cuma sementara. Mungkinkah?
Belum sempat dia berpeluang melayan perasaan yang hadir, Ummi tiba-tiba sahaja ingin menjodohkan dia dengan Hadif. Dia terima biarpun pada mulanya dia gusar dan keliru. Mampukah dia menjalin bahagia hanya dengan rasa cinta tanpa mengenali lelaki itu terlebih dahulu?
Impian dan angan-angannya untuk hidup bersama Hadif berkecai apabila dia mendapat tahu Nurul Adlynn turut menaruh perasaan pada lelaki itu. Warna-warna kelukaan dan penderitaan mula mewarnai perjalanan hidupnya. Dia sendiri buntu. Dia tersepit antara kasih seorang sahabat setia, keinginan dan harapan seorang ibu yang melahirkannya dan antara cintanya sendiri yang mula berputik.
Dalam setiap keputusan, ada akibat yang perlu dihadapi. Lantaran kerana keputusan itu, dia hilang kasih sayang daripada seorang yang amat dekat di hatinya. Dia reda walaupun kecewa. Namun dia tetap berharap, suatu hari nanti kasih sayang itu akan hadir lagi dalam hidupnya.Dan setelah hujan berlalu pergi, ternyata ada cahaya mentari yang menanti. Sayangnya, cahaya yang diharap berpanjangan itu, hadirnya sekejap cuma. Kehilangan insan yang paling beerti buat dirinya melontarkan dia ke pelusuk duka. Sekali lagi. Benarkah sekeping hati yang perlu dicari itu bukan Hadif pemiliknya? Mampukah kasih seharum lavender itu terus dia kecapi?
Novel Kasih Seharum Lavender terbitan Kaki Novel Enterprise ini akan berada di pasaran pada penghujung Disember 2006. Pastikan anda semua dapatkan di kedai buku yang berhampiran.
posted by SK aka Anim
maNa aWiN n paBLo?
Akhir-akhir ni kita jarang nampak Awin dengan Pablo kat chatbox. Mana Awin pergi? Mana Pablo pergi? Dah tak sudi lagi ker nak berkawan dengan kami semua sampai menjauhkan diri begitu sekali. Awin marilah kembali ke sini. Kengkawan semua rindukan kamu. Kalau kamu sibuk ker atau tak sempat pun, singgahlah sekali sekala kat sini. Ramai yang rindukan awak kat sini.
Pablo pun camtu jugak. Mana menghilang? Marilah kita semua bersembang macam dulu-dulu kat sini. Ramai yang menantikan kamu berdua untuk muncul semula di chatbox dan bersembang semula. Marilah Awin dan Pablo. Janganlah jauhkan diri dari kami.....
mUsiM keNDuRi kaHWin
Musin-musim cuti sekolah ni memang banyak kenduri kahwin yang diadakan. Tadi masa saya tengah tunggu anak-anak saya di rumah emak SK sempatlah saya tengok-tengok album lama gambar-gambar majlis perkahwinan adik-adik SK. Dalam pada itu, saya tengok juga album gambar kahwin saya dengan SK pada 1hb Jun 1991 iaitu kira-kira 15 tahun dahulu. Bila tengok album tu, barulah saya recall balik kawan-kawan ITM Pahang yang menghadiri majlis perkahwinan saya dulu di Kuala Lumpur. ( Gambar-gambar tu maybe saya akan scan later)
Pengapit saya masa bersanding ialah Norhisham @ Apamz dan masa majlis akad nikah dan kenduri kahwin saya lihat yang hadir ialah Mat Dwan, Jepun, Puis, Antu, Kla-Kla, Mail Rodzi, Hakim, Azmi Mahmud, Man Troq, Syed Hamid dan Bob MG. Tak silap saya mereka semua ni telah bersama-sama saya dari rumah saya di Temerloh lagi kerana malam sebelum akad nikah tu kami buat Bachelor Party kat Mentakab. Geng perempuan yang hadir ialah Rozmah dan Shema.
Thursday, December 21, 2006
bLoG BuDAk ItM PaHaNG
Sejak Isnin minggu ini kita telah dikejutkan dengan kehadiran Dona, senior kita dari batch Januari 1985 yang telah turut serta bersembang bersama-sama kita di Gerai Taman Gelora. Kehadiran Dona bukan sahaja telah memeriahkan blog ini yang telah menerima kunjungan yang tidak putus-putus dari serata pelusuk dunia malah ianya telah melengkapkan generasi budak ITM Pahang sesuai dengan nama blog ini. Kita juga ada Amir dari batch junior, Awin dari batch yang lagi junior, maka kehadiran mereka-mereka ini bukanlah sebagai tetamu tetapi mereka-mereka ini adalah sebahagian dari kita yang menamakan diri Budak ITM Pahang.
Blog yang dinamakan Blog Budak ITM Pahang ini sememangnya telah di asaskan pada mulanya untuk di dedikasikan kepada batch Julai 1985 kerana artikel dan bahan-bahan penyiarannya terhad kepada batch Julai 85 sahaja. Namun begitu dengan perkembangan terkini dan kehadiran semua golongan yang memeriahkan blog ini maka bersesuaian dengan namanya Blog Budak ITM Pahang, maka semua individu yang pernah menjadi Budak ITM Pahang adalah berhak ke atas blog ini dan dengan sukacita dan rendah diri saya mempersilakan dan meminta untuk turut serta memeriahkan dan meramaikan lagi blog ini.
Kepada para pengunjung yang mungkin berasa segan kerana bukan dari batch Julai 85, baik senior mahupun junior, tak kira di mana anda berada, Argentina, United Kingdom, Sweden, Thailand, Australia, UAE, Norway, Kg Balet Nyor, Salak South, Salak Selatan, Bukit Rambai... Marilah, perkenalkanlah diri anda dan marilah kita memperbaharui persahabatan kita semula tak kira apakah pangkat, kedudukan dan dimana kita berada kerana walaupun kita tidak pernah bertegur sapa di masa ITM dahulu bukan bermakna kita tidak akan bertegur sapa sampai bila-bila dan di usia kita yang sebegini jaringan persahabatan tanpa mengenal usia, senior, junior bukanlah penghalang untuk kita bersemuka semula.
kUDin meKaNiK
Aku pun tak tahu apa nak tulis hari ini sebab banyak hal yang aku kena selesaikan tetapi pada tengahari semalam aku sempat jugak singgah kat workshop Kudin DBS di Taman Jasa, Selayang. Sempatlah jumpa Kudin yang tengah sibuk membaiki beberapa buah kereta. Nampaknya sakit beguk yang dialami oleh beliau beberapa minggu yang lalu telah pulih sepenuhnya. Kepakaran Kudin dalam membaiki kereta nampaknya bukan terhad kepada kerosakan-kerosakan kecil tetapi kepada kerja-kerja penukaran enjin atau upgrade enjin pun boleh di lakukan oleh Kudin. Semalam Kudin kata Apek pun ada datang baiki kereta di tempat dia. Sementara kereta Syed Hamid Mazda Astina aku tengok dah lama berlapuk kat bengkel Kudin tu. Dengar cerita Kudin kata Syed Hamid nak jual kereta tu. Kalau kawan-kawan nak cari kereta-kereta secondhand pun Kudin kata dia boleh tolong uruskan, begitu juga urusan insuran dan roadtax kereta serta urusan pinjaman kenderaan dengan pihak bank. Pendek kata segala urusan berkaitan kereta boleh dilakukan di bengkel Kudin di Selayang ini, jadi kengkawan semua yang duduk berdekatan bolehlah berkunjung ke bengkel tersebut sambil bantu kawan-kawan. Kalau kereta rosak tengah jalan call Kudin at 012-3909591.
Wednesday, December 20, 2006
peRBinCaNGan seCaRa iLmiAH : fORum
Saya ada satu cadangan di sini iaitu untuk mengadakan satu topik yang akan diperbicangkan secara ilmiah dengan pandangan dan pendapat dari kawan-kawan semua. Kiranya macam forum lah seperti yang ada di beberapa website yang lain-lain tu. Tajuk akan saya berikan atau maybe kawan-kawan juga boleh cadangkan kepada saya. Tajuk tersebut boleh berkisar dari isu-isu semasa, masalah-masalah kehidupan atau apa saja yang dirasakan sesuai untuk di bincangkan di sini. Saya harap perbincangan ini dapatlah di jalankan secara rasional, ilmiah dan tidak emosional. Kalau boleh perbincangan tersebut janganlah terlampau merapu kerana dari perbincangan tersebut mungkin akan terhasil satu idea atau kesimpulan yang boleh membawa pengajaran, manfaat dan panduan kepada kita semua. Pendapat dan pandangan terhadap sesuatu tajuk itu bolehlah di berikan didalam ruangan komen di bawah artikel tersebut.
Sebagai percubaan saya berikan satu tajuk agar dapat di perbincangkan antara kita semua dengan pandangan dan pendapat yang bernas daripada anda semua. Tajuknya ialah :
KENAPAKAH SEBILANGAN BESAR PENGUNJUNG BLOG INI ADALAH KAKI SKODENG SAHAJA TANPA INGIN MENGENALKAN DIRINYA ATAU BERHUBUNG SEMULA DENGAN KAWAN-KAWAN LAMA MEREKA ATAU TIDAK INGIN ORANG TAHU LATARBELAKANG TERKINI TENTANG DIRINYA. BAGAIMANAKAH MENARIK KAKI SKODENG INI AGAR TAMPIL BERKAWAN DENGAN KITA SEMULA SEPERTI DULU.
faMiLy diNNer di rUmaH waLiD
Walid telah bersetuju untuk mengadakan family dinner di rumah barunya di Sungai Buloh bersama kawan-kawan semua pada tarikh 24hb Disember 2006 jam 8 malam. Dinner tersebut akan diadakan secara kita berkongsi-kongsi membawa makanan bagi tiap-tiap family yang datang, contohnya family Kentei mungkin bawa spaghetti boloignese, family Dwan boleh bawak sata dan pulut panggang, family Shema bawak laksam, family Niazor bawak lompat tikam, FG boleh bawak Puding Raja, family Apek bawak nasi dagang. Sementara Walid akan menyediakan air minuman serta cawan kertas dan pinggan kertas. Maybe cawan dan pinggan kertas tu pun kita boleh share nantilah kos dia, ye Walid. So di mintak kengkawan tolong comfirmkan secepat mungkin jika ingin datang sebab kita akan bincang atau tentukan makanan apa setiap family nak bawa takdelah sama makanan nanti.
Tuesday, December 19, 2006
jeNaZah iSteRi bULu sELaMat diSemaDikaN
Isteri Bulu telah kembali ke rahmutallah pada 18hb Disember 2006 di Hospital Serdang lebih kurang pada jam 9-30 pagi. Semua kaum keluarga Bulu dan arwah isterinya berada disisinya semasa arwah menghembuskan nafas terakhir. Arwah telah diserang demam denggi berdarah bermula pada pada hari Ahad 10hb Disember 2006. Pada mulanya demam yang dianggap biasa, arwah mula menunjukkan tanda-tanda di serang denggi berdarah pada hari Rabu 13hb Disember. Akhirnya arwah telah dimasukkan ke Hospital Serdang pada keesokan harinya dan pada mulanya arwah menunjukkan tanda-tanda pulih. Walaubagaimanapun pada hari Jumaat lebih kurang jam 3-00 petang, keadaan arwah mulai tenat dan arwah telah dipindahkan ke Wad ICU sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhirnya di situ. Arwah telah meninggalkan Razani serta 3 orang anak berumur 18 tahun, 10 tahun dan 2 tahun pergi untuk selama-lamanya.
Jenazah telah di mandi, dikapan dan di sembahyangkan di Hospital Serdang dan selepas itu jenazah telah di bawa ke Puchong Perdana untuk penghormatan terakhir dari saudara-mara dan jiran tetangga. Seterusnya jenazah akan dibawa untuk di semadikan di Kuala Lipis di kampung Razani. Beberapa orang kawan-kawan kita telah bersama-sama mengiringi dan menyembahyangkan jenazah seperti Kitang, Walid, Lan Kentei, Jepun dan Shema di Hospital Serdang. Takziah untuk keluarga Razani@ Bulu dan semoga roh arwah di cucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. ( Gambar-gambar di Hospital Serdang dalam link Gambar Blog)
faDiLat meNziaRahi daN MenYemBahYangkaN jeNaZah
Semalam sebelum menyembahyangkan jenazah arwah isteri Bulu, saya tertarik dengan penerangan yang telah diberikan oleh Ustaz yang bertugas di bilik mayat Hospital Serdang. Dalam penerangannya sebelum sembahyang, ustaz tersebut menerangkan betapa ramai orang yang datang samada dari jauh dan dekat bila mendengar sesuatu kematian dan menziarahi jenazah. Namun begitu bila saat untuk menyembahyangkan jenazah, ramai yang tidak turut serta. Sebaik-baik yang mengimamkan jenazah ialah orang yang paling dihormati dan disayangi oleh arwah seperti suaminya, anak-anaknya, kaum keluarganya.
Nabi Muhammad saw bersabda bahawa sesiapa yang menziarahi jenazah dan menyembahyangkannya, akan mendapat pahala 1 kira', manakala sesiapa yang menyembahyangkan jenazah dan mengiringi jenazah hingga ke kubur maka akan mendapat 2 kira'. Ditanya kepada Nabi saw apakah yang dikatakan kira' itu. Nabi saw bersabda, pahala 1 kira' itu seperti sebuah gunung berlian pahalanya. Sebab itulah dizaman Nabi saw, sahabat-sahabat Nabi saw menantikan orang yang meninggal dunia, kerana ingin bergegas untuk menyembahyangkannya dan mengiringi jenazah ke kubur dan sanggup meninggalkan apa saja pekerjaan yang sedang di lakukan pada masa itu.
Monday, December 18, 2006
Wife RaZaNi @ bULu keMBaLi kE RaHmatuLLah
Baru sebentar tadi saya menerima panggilan dari Razani @Bulu yang isterinya telah meninggal dunia pada pagi tadi lebih kurang jam 9 lebih. Jenazah akan dikapankan dan dimandikan di Hospital Serdang dan akan di bawa ke Puchong (rumah Razani) sebelum di bawa ke Kuala Lipis untuk di kebumikan pada hari ini.
Semoga roh arwah di cucuri rahmat…alfatihah…..
Semoga roh arwah di cucuri rahmat…alfatihah…..
uRgeNt : keaDaaN wiFe bULu sEdaNG naZAk
Malam tadi, saya, SK, Jepun dan Shema serta Lan Kentei dan family telah mengunjungi Razani @ Bulu di Hospital Serdang. Kami sampai lebih kurang pukol 9-00 malam di sana. Bulu menyatakan bahawa doktor yang merawat isterinya di ICU telah memberitahu beliau pada tengahari semalam bahawa keadaan isterinya semakin tenat dan meminta kaum keluarga untuk membaca yassin di wad ICU tersebut. Keadaan isteri Bulu amatlah tenat namun begitu menurut Bulu isterinya tahu bila kaum keluarganya datang menziarahi kerana apabila kaum keluarganya bercakap-cakap, kelihatan airmata isterinya mengalir perlahan.
Doktor sekali lagi telah membuat pemeriksaan keatas isteri Bulu pada pukol 10-30 malam tadi semasa kami semua berada di sana dan doktor telah meminta untuk bercakap dengan Bulu seorang tanpa ahli keluarga yang lain. Sebelum kami meninggalkan Hospital Serdang pada pukol 11-30 malam tadi, Bulu telah memberitahu bahawa doktor telah bercakap dengannya dan memberitahu bahawa keadaan isterinya sudah terlalu nazak dan isterinya hanya menunggu masa untuk pergi selama-lamanya. Terlalu sedih rasanya apabila Bulu menyampaikan berita tersebut kepada kami dan amat berat untuk kami meninggalkan Bulu di situ dengan keadaan macam tu. Bulu memberitahu bahawa internal bleeding di dalam badan isterinya amat ketara dimana sebentar tadi darah telah disedut keluar dari mulut isterinya.
Kepada kawan-kawan yang membaca artikel ini, marilah terus berdoa untuk isteri Razani @ Bulu dan kalau ada kesempatan marilah kita bersembahyang hajat dan membaca yassin memohon kepada Allah swt agar isteri Bulu dapat diselamatkan.
Sunday, December 17, 2006
uRgeNt : keaDaaN wiFe bULu maKiN teNaT
Bulu ada msg aku sebentar tadi dalam pukol 12-30 tgh memberitahu bahawa keadaan isterinya semakin tenat dan di sini saya meminta kengkawan semua kiranya dapat menunaikan solat hajat agar keadaan isteri Bulu dapat pulih kembali. Saya sendiri mungkin akan menziarahi Bulu pada petang ini di Hospital Serdang dan jika ada kengkawan yang kelapangan marilah sama-sama kita pergi menziarahi Bulu dan isterinya di sana.
OnLinE bLoGGeRs di bLOg iNi
Sehingga jam 9-30 malam tadi 1,984 hits telah dicatatkan dalam masa 1 minggu sejak online tracking di lancarkan didalam blog ini. Selama ini kita tidak mengetahui bahawa rupa-rupanya ramai yang mengikuti blog ini samada di dalam negeri dari kampung-kampung dan bandar-bandar, malahan ada juga pengunjung-pengunjung dari luar negeri yang tidak diketahui pengenalannya.
Statistik pengunjung mengikut negara sejak seminggu ini adalah seperti berikut :
Malaysia - 1811
United States - 103
New Zealand - 18
Singapore - 13
United Kingdom -4
South Korea - 3
United Arab Emirates - 2
Argentina - 2
Sweden - 2
Australia - 2
Japan - 2
Mexico - 2
Statistik telah menunjukkan satu jumlah yang memberangsangkan dan kehadiran pengunjung-pengunjung dari berbagai negara telah menunjukkan bahawa blog ini telah mendapat perhatian antarabangsa. Teruskan menatap blog ini dan sumbangan kawan-kawan dalam bentuk artikel dan cerita-cerita lama amatlah dialu-alukan bagi memeriahkan dan menjadikan blog ini lebih happening lagi. Jangan lah bimbang sekiranya tulisan tersebut mungkin anda rasakan tidak menepati citarasa orang lain kerana sudah menjadi lumrah dalam sesuatu penulisan memang ada pro dan kontra dan setiap tulisan itu sememangnya akan terdedah kepada kritikan dan hentaman. Malah penulis seperti sasterawan dan ketua pengarang akhbar pun di kritik dan dihentam, jadi siapalah kita penulis amatur ini. Jadi janganlah takut untuk menghantar karya-karya anda serta pandangan-pandangan atau pendapat yang mungkin boleh mencetuskan kontrovesi kerana itu semua sudah lumrah di dalam bidang penulisan.
Saturday, December 16, 2006
iSteRi RazaNi @ buLU DIA teNaT
Jepun telah mendapat panggilan dari Bulu DIA pada malam semalam memberitahu bahawa isterinya berada di dalam keadaan tenat di Wad ICU Hospital Serdang kerana mengidap demam denggi. Saya, SK, Jepun dan Shema telah pergi melawat Bulu dan isterinya di Hospital Serdang pada malam tadi dan kami sampai di situ lebih kurang pukol 11 malam dimana kami telah berjumpa Bulu disitu.
Menurut Bulu, keadaan isterinya adalah kritikal dan tenat bermula pada pukol 3 petang semalam. Isterinya telah dimasukkan ke Hospital Serdang pada hari Khamis setelah mengidap demam beberapa hari sebelum ini bermula pada hari Ahad lepas. Tanda-tanda denggi seperti bintik-bintik mula dikesan pada hari Rabu dan beliau telah berjumpa doktor yang mengesyorkan dimasukkan ke hospital.
Menurut Bulu lagi pada sebelah tengahari semalam keadaan isterinya sedikit sihat dan nampak beransur pulih tetapi beliau telah mendapat panggilan doktor dari Hospital Serdang yang mengatakan isterinya dalam keadaan tenat pada pukol 3-00 petang semalam sewaktu beliau pulang sebentar kerana ingin menghantar anak kecilnya balik kerumah.
Sehingga jam 1-00 pagi tadi, keadaan isterinya masih tenat lagi dimana virus denggi tersebut telah menyerang jantung, paru-paru dan buah pinggang yang menyebabkan kesemuanya tidak berfungsi dan isterinya kini berada dalam keadaan sepenuh bantuan life support. Menurut Bulu, doktor yang berjumpa dengannya telah menyatakan bahawa isterinya sudah tiada harapan lagi. Sedih melihat keadaan Bulu yang masih lagi dalam keadaan terperanjat kerana tidak menyangka keadaan akan menjadi begitu kritikal sebegini. Kaum keluarga beliau dan isterinya semuanya telah berada di hospital menziarahi isterinya di Wad ICU tersebut.
Kepada kawan-kawan semua marilah kita berdoa dan kalau berpeluang bersembahyang hajat meminta agar isteri Bulu kembali dipulihkan. Kepada kawan-kawan yang ingin menyampaikan pesanan sms kepada Bulu no. telefon beliau ialah : 012-2095272. Dan kepada kawan-kawan yang berpeluang, marilah sama-sama kita menziarahi Bulu dan isterinya di Wad ICU, Hospital Serdang kerana sekurang-kurangnya sokongan moral didalam waktu-waktu begini akan meredakan sedikit ketegangan dan memberikan kekuatan kepada Bulu dan keluarganya dalam menghadapi musibah yang melanda ini. Apa-apa berita berkaitan perkembangan isteri Bulu akan saya lapurkan dari masa ke semasa, Insyaallah.
Friday, December 15, 2006
aKu daN jiPaNG cN 7151
Korang ingat tak motor Suzuki GP125 yang aku pakai masa kat ITM dulu. Motor tu warna hitam plat number CN7151 ada stripe hijau. Ni aku nak cerita sikit pasal motor aku tu. Motor tu bapak aku belikan masa aku sekolah kat Ipoh pada tahun 1982 tak silap aku. Secondhand jer beli kat Temerloh dan aku slow-slow bawak motor tu pergi Ipoh. Masa tu jalan lama lagi takde highway macam sekarang. Dekat 5 jam jugak aku nak sampai Ipoh.
Masa kat Ipoh motor tu memang banyak jasanya kat aku. Tolong aku bawak pergi kuliah, tengok wayang, pergi Jublee Park main mesin pin ball, kena kejar dengan Polis kat Taman DR kat Ipoh. Masa tu geng-geng rumah aku kat Ipoh pun semuanya pakai motor jugak. Ada 4 orang. Ada pakai RX100 Yamaha, ada Yamaha Enduro 125 Scrambler dan ada pakai Yamaha Cub 75. Motor aku tu kira gempak jugaklah masa tu.
Selain dari tu motor tu banyak jugak aku gunakan untuk angkut awek-awek kat Ipoh tu especially awek Politeknik Ungku Omar lah, tempat aku belajar dulu. Aku masa dapat motor tu pun umur baru 16 tahun nak masuk 17 tahun beb, tengah remaja giler. Bawak awek sana sini last-last awek last sekali naik kat Ipoh aku rasa Rizie lah kot. Achid (Syed Ismail senior DBS kita satu kelas dengan aku masa kat Ipoh) pun pernah bawak motor aku tu angkut bini dia Sharifah pun budak kelas aku jugak.
Kat Ipoh seingat aku 2 kali aku pernah accident dengan motor tu. Sekali tu aku dengan housemate aku masa maghrib nak pergi ambik lauk yang aku catering kat rumah ada satu makcik tu. Tergolek aku dengan housemate aku langgar anjing, habis berterabur lauk makan malam kami hari tu. Tulah accident paling teruk sekali, dekat sebulan jugak baru aku pulih sepenuhnya.
Kali ke 2 accident tu aku seorang diri je. Ingatkan nak ponteng kelas balik rumah tidur. Sekali aku tengah bagus punye ramp ada satu mini austin melintas depan aku. Apa lagi head to head aku dengan dia. Patah riuk motor aku. Jadi macam angka lapan. Mini Austin tu tau sajelah beb, punyalah keras besi dia. Aku, ntah tiba-tiba dengan kuasa Allah aku pandai pulak buat stunt masa tu, aku terbang macam CicakMan lompat atas bonet depan kereta Austin tu... so adalah calar-calar sikit dan luka-luka sikit. Tapi motor GP aku... aku ingat dah tak boleh diselamatkan lagi rupanya driver Austin tu tolong aku repair motor tu bagi elok balik semula. Kos semua dia bayar. Aku pulak dia hantar klinik. Member-member aku balik kuliah tengok motor aku dia orang ingat aku dah jalan dah... especially awek akulah Rizie menangis-nangis (asyik-asyik sebut Rizie je aku ni ada kena pelangkung dengan SK nanti ni... jgn marah ye SK). Rupanya masa tu aku dah sampai rumah dah dari klinik cuma motor aku je driver Austin tu belum hantar workshop lagi. Barulah awek aku dengan member-member aku lega tengok aku. Sempatlah awek aku jaga aku satu malam kat rumah aku tu.... hehehe..macam King brother! Aku pun tak mahu Rizie lama-lama kat situ sebab ramai lagi awek lain nak datang lawat aku..saja aku suroh member aku hold dulu... tak naya nanti beb...hehehe
So lepas habis sekolah kat Ipoh, aku guna motor tu untuk pergi kerja. Masa tu aku kerja kat HSBC Temerloh sempatlah 2 tahun sebelum aku masuk ITM. Masa kerja ni tak banyak sangat fungsi motor ni sebab kerja bank ni takde sosial life selain party-party yang di anjurkan oleh bank dan clientnya. Tulah sebab aku cabut kerja bank sambung belajar balik kat ITM lagipun aku banyak dapat exemption subject masa kat ITM. Masa part 2 aku belajar 4 subject jer , orang lain 8 subject. Part 3 & 4 pun aku ada exemption jugak.
Masa kat ITM aku pun bawaklah motor aku tu. Masa tu takde gempaklah dah sebab motor tu kira dah outdated dah. Tapi bergunalah untuk bawak aku pergi kelas dari Remaja ke kampus. Motor tu masa tu pun dah tak pakai kunci sangat pun sampai budak kerja kantin tu tanpa pengetahuan aku selalu ciluk motor aku tu. Member aku jangan ceritalah. Tau2 motor aku tu hilang dah, member bawak.
Tapi masa kat ITM Shah Alam, naik balik saham GP125 tu sebab masa tu motor Jipang ni tengah famous dia orang bikin buat race kat depan Pertama Complex. Motor lain dia orang tak bikin..takde power beb..aku masa tu gempak jugaklah bawak motor tu kat KL malam-malam minggu kat depan Masjid India Jalan Bunus tu. Masa kat ITM takde awek dah naik motor aku tu kecuali SK lah aku bawak round KL..hehehe.
Last sekali masa aku kerja Kuantan kat LKPP aku bawaklah motor tu kat rumah sewa aku kat Taman Cendrawasih. masa tu pun aku tak banyak guna sebab company bagi aku kereta, mula-mula Volvo 240 GL lepas tu Toyota Corolla Altis stationwagon ( hehe..mana ada Altis masa tu).
Lepas tu aku dapat kerja kat KL sebab aku pun dah menikah masa tu jadi aku tinggalkan motor tu macam tu sajalah kat kengkawan rumah aku kat Kuantan tu. Last sekali aku dengar motor tu dah kena jual kat satu member tu dan itulah kali terakhir aku dengar berita pasal motor GP125 CN7151 aku tu... itulah kenangan aku dengan CN7151.
Thursday, December 14, 2006
kaLaU bOLeh baCk tO thE fUtUre maSa ITM dULu
Semalam bila saya postkan artikel bertajuk Top 5 Awek Paling Cun Batch Julai 85, memang saya telah jangkakan ianya akan menjadi satu topik perbualan hangat dalam blog ini. Alhamdulillah tepat tekaan saya kerana blog telah menerima kunjungan tertinggi semalam dalam sejarahnya iaitu lebih kurang 1,000 hits semalam. Semalam bila saya postkan artikel tersebut pada tengah malamnya, Joe Malady adalah orang pertama yang telah membacanya dan kami telah bersembang dimana Joe ada cadangkan maybe selepas ni suroh saya buat artikel pasal Jejaka Paling Macho pulak ker tapi pendapat saya susah sikit nak buat artikel sebegitu kerana mesti banyak komen dan pendapat yang berlainan nanti dari guys semua so idea tentang tu saya simpan dululah yer...
Oleh kerana semalam juga artikel yang ditunggu-tunggu dari kengkawan tak muncul-muncul jugak lagi, maka saya akan meneruskan fantasi saya lagi dalam bentuk artikel seperti tajuk di atas untuk hiburan kawan-kawan semua...
Bila saya tonton HBO cerita Back To The Future, terlintas dalam fikiran saya camne ye kalau saya boleh Back To The Future masa kita kat ITM dulu pada tahun 1985. Tentu menakjubkan dan macam-macam benda yang akan berulang kembali didepan mata kita secara live. Kita boleh lihat diri kita sendiri masa tu dan boleh lihat peristiwa-peristiwa yang terjadi masa tu. Mungkin juga kita boleh ubah peristiwa-peristiwa tersebut agar menjadi lebih baik lagi atau lebih sensasi lagi. Jadi, kalau saya berpeluang untuk Back To The Future masa ITM dulu pada tahun 1985 dibawah ini saya senaraikan beberapa perkara yang akan saya cuba ubah supaya menjadi lebih baik lagi :
1. Aku akan tukar diri aku supaya menjadi Mat Study macam ZM(Zuhairi) dan tidak membuang masa melepak kat tepi tangga tingkat 4 Block C Hostel Remaja melayan Meran, Joe, Pian, Sarip dll berborak kosong dan buat bising.
2. Aku akan menjadi Mat Library kerana boleh belajar bersama-sama awek-awek cun dan cuci mata dan aku boleh berkawan dengan Bilal dan Zuhairi. Aku boleh tukar-tukar nota dengan budak pompuan sambil masuk daun beb, buat study group dengan awek.
3. Aku akan masuk kokurikulum Bulan Sabit Merah kerana ada manfaat sikit daripada aku masuk Ko lain yang takde sangat faedahnya tu. Aku boleh buat training cpr mouth to mouth dengan awek.. Giler beb...mana nak dapat peluang macam ni. Lagipun awek banyak masuk Ko Bulan Sabit Merah...
4. Aku akan naik bas dan tak bawak motor. Rugi betullah aku bawak motor. Rupanya naik bas ni meriah beb boleh cop tempat untuk awek dan boleh berhimpit-himpit. Lagipun masa tulah nak jual ubat kat awek pun. Naik motor mana ada peluang macam tu beb. Jual ubat kat Sarip dengan Che Dat je lah... rugi betul la!
5. Aku akan selalu pergi minum kat Gerai Abang Sham dan Kak Dib sebab kat situ banyak awek lepak makan keropok. Ini pergi jalan kaki jauh-jauh pergi makan kat Restoran Mira tu, apa ada, anak Mira sorang tulah berebut...iskh..iskh..gajah depan mata tak nampak..kuman seberang laut nampak... slows betul lah...
6. Aku akan turun awal-awal kat Dewan Makan sebab awek-awek selalunya turun awal dan aku boleh makan semeja dengan dia orang macam Azizi dengan Radzi senior kita buat selalu tu. Tapi Azizi dengan Radzi apa kelas... Batch Julai 85 kan King kat ITM Kuantan dulu, senior pun takut...hehehe
7. Kalau aku tak boleh masuk Ko Bulan Sabit Merah, aku akan masuk Ko Kesatria sebab Jenna jadi komander. Aku boleh kenyit mata ngurat Jenna. Jangan haraplah Mat Tonggek boleh ngurat Jenna... hehehe
8. Aku akan transform group aku Sarip, Che Dat, Joe, Pian, Puis dll. Ahli group akan dibuka juga kepada Azlina Kamaluddin, Jenna, Mek Ja dan awek-awek cun kat ITM supaya group tu lebih meriah dan happening. Jadi kalau nak ngeteh malam-malam atau pergi tengok wayang bolehlah kita orang pergi sekali, couple-couple..... kan ker meriah macam tu!
9. Aku akan ubah Clark Gable jadi Mat Jiwang. Begitu juga Sarip dengan Sidi dan seluruh group aku dan seluruh ITM Kuantan..jadi kalau nak dating boleh aman sikit tanpa gangguan dan kutukan...hehehe
10. Aku akan beli teropong besar supaya senang aku skodeng Blok B dengan jelas dan terang. Takdelah terhendap-hendap tutup lampu skodeng kat bilik Padil dan Muslim. Ini nak hendap pun kena berebut selalu tiket sold out.
11. Aku akan tukar Pakcik Kelana jadi warden asrama dan Kak Zah pasal dia pernah ambik HotCat kat ITM dulu aku bagi jadi tukang masak dewan makan.
12. Aku akan suroh Pengetua ITM pasang besi tajam dan kaca pecah kat tingkap Hostel Bahaman supaya mereka tak boleh berjalan ikut tingkap dan kacau awek Astec petang-petang sebab budak Hostel Remaja tak boleh buat camtu... dengki aku boleh jalan ikut tingkap ni macam CicakMan.
13. Dan last sekali aku akan cari jalan agar hubungan Walid dan Najihah tak putus di tengah jalan dengan syarat Walid kena usahakan sepupu dia yang cun tu di couplekan dengan Che Dat atau Sarip atau Clark Gable..mana satu ko pilih Mid?
So itu lah antara plan aku kalau aku dapat time machine yang back to the future tu. Actually banyak lagi plan aku tetapi aku nak dengar plan korang plak kalau aku bagi peluang naik sekali time machine tu dengan aku nanti.. So korang boleh ceritakan plan korang macam biasa kat komen bawah....heheheh
maLaM iNi teH taRiK deNGaN AntU
Antu call aku malam semalam beritahu aku dia nak ke Jakarta hari Jumaat ni tetapi dia akan datang awal pada hari ini untuk ngeteh dengan kengkawan malam ni. So kepada kengkawan yang nak join teh tarik dengan Antu dan aku sila msg phone aku. Kitang aku rasa sure ok, Apek dengan Arash mailah, Jepun, Dwan, Padil, Muslim semua sekali lah. Tempat macam biasalah Suzy Corner pukol 9-30 malam.
reSiPi pUDinG raJa waLiD
Aku pun tak tahu kenapa Puding Raja ni tetiba boleh jadi famous kat blog kita ni. Tak silap aku Normah yang mula come out dengan idea Puding Raja ni, kemudian si Rozain pulak menceritakan keenakan Puding Raja ni sampai lah makanan ni tiba-tiba menjadi sungguh popular di sini. Aku pun sebenarnya tak pernah rasa lagi puding ni..puding jagung pernah lah. Tapi dengan usaha Walid yang telah menelefon kakaknya di Kuantan semata-mata kerana ingin mendapatkan resipi Puding Raja ini maka aku siarkan kat bawah ni bagi sesiapa yang nak cuba try buat. Terima kasih Walid.
Resipi Puding Raja ( Pisang Lemak Manis)
Bahan-bahan :
Pisang Lemak Manis ( Tidak terlalu masak)
Susu Ideal
Telur Ayam
Minyak masak
Gula Pasir
Esen Vanilla
Telur Itik
Buah Prune , Cashew Nuts, Kurma, Kismis etc
Pisang Lemak Manis ( Tidak terlalu masak)
Susu Ideal
Telur Ayam
Minyak masak
Gula Pasir
Esen Vanilla
Telur Itik
Buah Prune , Cashew Nuts, Kurma, Kismis etc
Cara membuat :
Buangkan kulit pisang, mestilah kan, pastu goreng terus dalam kuali yang berisi minyak yang telah mengelegak. Kira2 macam goreng ikan la, sehingga kekuningan warna atau gelap ( jgn sampai hangus).
Brapa byk? Terpulang la kat awok seme. Tos kan and put a side ( alas old newspaper lama bekas supaya less oil kat pisang tu)
Pastu unutk buat kuah nya..susu cair tadi dicampurkan dgn kuning telur (telur ayam tau) dan skit gula, so rasa la sendiri ..nak lemak berkrim ke.nak manis ke..
Masak hingga mendidih dan biarkan sejuk dulu pastu campurkan sesudu kecil esen vanilla kasi warna skit kuah tu, xder la nmpk cam warna susu cair ideal tu.
Setelah kuah tu da sejuk skit (suam)..masukan lam peti ais kasi sejuk skit. Pisang yg digoreng tadi bole dicampurkan bila nak makan. So pisang tu pandai2 la nak simpan kat ner..nanti simpan lama2..lembik lak..
Untuk urat emas tu lak, masakan air gula ( gula pasir + air) cam nak wat sirap la..masak hingga didih pastu ambil daun pisang ke..apa ke. Untuk wat corong (cam Kon kat jalan tu) pastu semasa air gula tu didih, corong kan kuning telur itik tu melalui corong ke dalam air gula mendidih tu dan tiraikan supaya jadi cam roti jala ke, benang ke..mee hoon style ke ( actually proses ni untuk menyira kan kuning telur itik tu).
Bila time nak makan , masukan pisang goring + kuah nya dan hiaskan ngan hirisan prune or cashew nuts tu ke, kismis ke, kurma ke, terpulang lah selera rodong.
So masa makan tu..kuah dia da sejuk.pisang tu if terror masak masa nak makan.so panas skit. mmmmmmmm..minum petang ngan TEH O kurang manis...perghhhhhh
Buangkan kulit pisang, mestilah kan, pastu goreng terus dalam kuali yang berisi minyak yang telah mengelegak. Kira2 macam goreng ikan la, sehingga kekuningan warna atau gelap ( jgn sampai hangus).
Brapa byk? Terpulang la kat awok seme. Tos kan and put a side ( alas old newspaper lama bekas supaya less oil kat pisang tu)
Pastu unutk buat kuah nya..susu cair tadi dicampurkan dgn kuning telur (telur ayam tau) dan skit gula, so rasa la sendiri ..nak lemak berkrim ke.nak manis ke..
Masak hingga mendidih dan biarkan sejuk dulu pastu campurkan sesudu kecil esen vanilla kasi warna skit kuah tu, xder la nmpk cam warna susu cair ideal tu.
Setelah kuah tu da sejuk skit (suam)..masukan lam peti ais kasi sejuk skit. Pisang yg digoreng tadi bole dicampurkan bila nak makan. So pisang tu pandai2 la nak simpan kat ner..nanti simpan lama2..lembik lak..
Untuk urat emas tu lak, masakan air gula ( gula pasir + air) cam nak wat sirap la..masak hingga didih pastu ambil daun pisang ke..apa ke. Untuk wat corong (cam Kon kat jalan tu) pastu semasa air gula tu didih, corong kan kuning telur itik tu melalui corong ke dalam air gula mendidih tu dan tiraikan supaya jadi cam roti jala ke, benang ke..mee hoon style ke ( actually proses ni untuk menyira kan kuning telur itik tu).
Bila time nak makan , masukan pisang goring + kuah nya dan hiaskan ngan hirisan prune or cashew nuts tu ke, kismis ke, kurma ke, terpulang lah selera rodong.
So masa makan tu..kuah dia da sejuk.pisang tu if terror masak masa nak makan.so panas skit. mmmmmmmm..minum petang ngan TEH O kurang manis...perghhhhhh
P/S SK leh try ni...hehe
Baru call kakak kat kampong..dia yg kasi resipi ni..TIMA KACIH KAKAK KU.
Baru call kakak kat kampong..dia yg kasi resipi ni..TIMA KACIH KAKAK KU.
Wednesday, December 13, 2006
tOp 5 aWeK paLiNG cUn BatCh jULai 85
Oleh kerana menunggu artikel dari kawan-kawan yang tak kunjung tiba, maka saya nak merapu sikitlah macam Mat Rapu roomate saya dalam cerita NBI tu. Mula-mula masa saya masuk ITM Kuantan, geng-geng awek pompuan batch kita ni saya tak berapa nampak sangat ke CuN nan mereka-mereka ni. Masa tu geng-geng senior kita saya rasa lebih menonjol sikit seperti geng DSS senior. Maybe masa tu saya nampak yang kat atas kapalterbang dan billboard sepanjang perjalanan ke airport Subang saja agaknya kot...hehehe
Saya nampak awek-awek ITM ni setelah lama sikit, mungkin 2-3 bulan setelah masuk ITM barulah dengar-dengar cerita member pasal budak ni, budak tu dan awek-awek yang dikatakan cun melecun ni. So setelah dikumpul-kumpul pandangan-pandangan kawan-kawan semasa bersembang semasa kita di ITM dulu maka pandangan dan penilaian saya untuk Top 5 Awek Paling Cun Melecun di ITM Kuantan batch Julai 85 adalah seperti berikut :
- Azlina Kamaluddin (DBS)
- Najihah (DBS)
- Siti Aminah (DPA)
- Norliza (DIA)
- Muzlina Abd Manaf (DSS)
Nama-nama tu saya tak susun ikut ranking. Terserah lah kepada kengkawan untuk menentukan ranking kat atas tu atau ada nak tambah dari list kat atas tu ker...cuba-cubalah tulis sikit kat ruangan komen dibawah ni yer....
Tuesday, December 12, 2006
aDa beBeRaPa peRkaRa
1. Niazor tidak dapat lagi mengikuti perkembangan blog kerana pejabatnya telah menyekat kemasukan ke blogsite. Beliau cuma boleh mengikuti teks di dalam blog sahaja. Gambar dan ruangan komen pun tak dapat disertai oleh beliau. Kesian kat Niazor yang dah biasa berada dalam blogsite ni bersama kengkawan semua setiap hari.
2. Sumbangan artikel dan gambar-gambar lama amatlah diperlukan untuk menghidupkan blogsite ini dengan kepelbagaian artikel. Di minta kengkawan semua mana yang sudi menyumbangkan artikel, cerita-cerita menarik dan gambar-gambar lama untuk dikongsi bersama kawan-kawan semua.
3. Family dinner yang dirancang untuk diadakan Sabtu malam ini masih menunggu pengesahan dari Walid serta pengesahan penyertaan dari kengkawan semua. Jika tidak maybe kita akan tunda ke satu tarikh yang lain.
LaGi gaMBoR LamA
Dua gambar ini telah dihantar oleh Kitang dimana satu gambar tu tengah siap-siap nak pergi latihan kawad Kesatria dan satu lagi gambar posing maut Geng DIA dengan kawan-kawan course lain. Paling posing maut yang seluar koncos baju putih duduk barisan depan tu..masa ni rambut sudah tukar style lain sikit
NostALgia bUdAK ITm - ePisOD 8 (edisi belum edit)
Perjalanan ke Kuantan balik dari Kuala Lumpur ku rasakan begitu perlahan sekali. Berat rasanya hati nak meninggalkan Kuala Lumpur. Sayu rasanya melihat wajah Rizie apabila melepaskan genggaman tanganku di Hentian Puduraya tadi. Semalam dan hari ini setiap waktu aku bersamanya, setelah dua bulan kami tidak bertemu.
Kami makan tengahari di The Ship pada hari Sabtu. Kemudian berjalan di sekitar Kompleks Pertama bersamanya. Malamnya kami berdua makan malam di Restoran Hanamasa di Ampang Park sebelum memandu perlahan ke Damansara menuju ke Hard Rock Café di Taman Tun Dr Ismail. Sambil mendengar dendangan muzik dari Kumpulan Search yang pada masa itu di anggotai oleh Man Kidal, Yazid, Yan dan Din serta penyanyi Amy, Search mendendangkan alunan lagu-lagu seperti Wasted Sunset dari Deep Purple, How Long dari Van Den Berg, Parisienne Walkways dan lagu-lagu metal seperti Iron Maiden, Black Sabbath, Metallica serta Ronnie James Dio.
Kami makan tengahari di The Ship pada hari Sabtu. Kemudian berjalan di sekitar Kompleks Pertama bersamanya. Malamnya kami berdua makan malam di Restoran Hanamasa di Ampang Park sebelum memandu perlahan ke Damansara menuju ke Hard Rock Café di Taman Tun Dr Ismail. Sambil mendengar dendangan muzik dari Kumpulan Search yang pada masa itu di anggotai oleh Man Kidal, Yazid, Yan dan Din serta penyanyi Amy, Search mendendangkan alunan lagu-lagu seperti Wasted Sunset dari Deep Purple, How Long dari Van Den Berg, Parisienne Walkways dan lagu-lagu metal seperti Iron Maiden, Black Sabbath, Metallica serta Ronnie James Dio.
Aku pulak kalau ke Hard Rock ni memang makanan kegemaran aku Fajitas atau Nachos. Rizie kata dia tak larat nak makan Fajitas dah sebab kalau fly memang kat hotel tulah makanan favourite stewardess. Asyik-asyik Fajitas…hehe. Rizie memang suka makan, buat lawak dan suka keluarkan perkataan yang pelik-pelik… “Sesuatu – Sesuatu lah budak tu” “Masin ganda dua”..macam-macam perkataan lagilah.
Aku sebenarnya bimbangkan kesihatan Rizie yang masih lagi keletihan akibat terlalu banyak travel. Kebanyakan stewardess senang mendapat sakit akibat terlalu kerap mengalami perubahan cuaca ialah kejap kat Taipei lepas tu pergi LA lepas itu balik KL semula, macam-macam cuaca mereka tempuh. Lepas tu waktu tidur juga tak menentu kerana perubahan masa sebab itulah kebanyakan stewardess bila balik KL mesti balas dendam tidur cukup-cukup. Lepas tu malam selalu tak boleh tidur, apa lagi pergi melepak lah.
Tapi Rizie ni jenis yang memang kuat berjaga. Aku pernah tanyakan dia seronok ke kerja stewardess ni. Rizie kata dia suka dan seronok dengan kerja-kerja travel macam tu. Walaupun kerja nya macam waitress kat restoran, menyediakan makanan dan minuman untuk penumpang dan melayan karenah penumpang yang bermacam-macam tetapi dia suka. Itu sebabnya banyak stewardess yang tak tahan kerja lama kerana mereka sememangnya tak berminat dengan kerja-kerja macam waitress tu. Biasanya selepas 2 tahun kerja dan dah pergi ke serata pelusuk dunia, banyak yang berhenti dan mencari kerja lain.
Sejuk pendingin hawa bas tak terasa padaku. Half Winter Jacket yang diberikan sebagai hadiah oleh Rizie bewarna biru yang dibelinya di LA sebelum aku menaiki bas tadi memberikan sedikit kepanasan. Aku juga mengenggan erat saputangan key Levis bewarna merah yang juga merupakan pemberian Rizie…
Bersambung….
Aku sebenarnya bimbangkan kesihatan Rizie yang masih lagi keletihan akibat terlalu banyak travel. Kebanyakan stewardess senang mendapat sakit akibat terlalu kerap mengalami perubahan cuaca ialah kejap kat Taipei lepas tu pergi LA lepas itu balik KL semula, macam-macam cuaca mereka tempuh. Lepas tu waktu tidur juga tak menentu kerana perubahan masa sebab itulah kebanyakan stewardess bila balik KL mesti balas dendam tidur cukup-cukup. Lepas tu malam selalu tak boleh tidur, apa lagi pergi melepak lah.
Tapi Rizie ni jenis yang memang kuat berjaga. Aku pernah tanyakan dia seronok ke kerja stewardess ni. Rizie kata dia suka dan seronok dengan kerja-kerja travel macam tu. Walaupun kerja nya macam waitress kat restoran, menyediakan makanan dan minuman untuk penumpang dan melayan karenah penumpang yang bermacam-macam tetapi dia suka. Itu sebabnya banyak stewardess yang tak tahan kerja lama kerana mereka sememangnya tak berminat dengan kerja-kerja macam waitress tu. Biasanya selepas 2 tahun kerja dan dah pergi ke serata pelusuk dunia, banyak yang berhenti dan mencari kerja lain.
Sejuk pendingin hawa bas tak terasa padaku. Half Winter Jacket yang diberikan sebagai hadiah oleh Rizie bewarna biru yang dibelinya di LA sebelum aku menaiki bas tadi memberikan sedikit kepanasan. Aku juga mengenggan erat saputangan key Levis bewarna merah yang juga merupakan pemberian Rizie…
Bersambung….
Monday, December 11, 2006
PeLaNcaRaN NoVeL RADHA teRbitaN JeMaRi SeNi PubLisHinG
Semalam (Ahad) ada pelancaran novel baru Jemari Seni publishing di Sogo pada pukul 10 pagi. Untuk mengelak dari bersesak-sesak di jalan TAR saya menaiki tren (Star LRT). Tak sangka pulak satu tren dengan Nawwir dan Anis. Anis (penulis RADHA) datang bersama adiknya Adah. Kami berempat terus ke sogo ke tingkat 6. Sampai je kat tingkat 6 kelihatan Em dan Kak Su telah menunggu di satu sudut khas untuk pelancaran Relevankah Aku Di Hatimu (RADHA). Seperti biasalah kalau dah jumpa tu kami berpeluk-pelukan kerana gembira sangat dapat jumpa.
Sementara menunggu rakan-rakan lain tiba, Kak Su mengeluarkan senaskah novel RADHA lalu diberikan pada Anis. Saya lihat Anis senyum lebar menatap “baby” sulungnya. Sweetnye cover RADHA mesti isi dalamnya pun sweet. Ni yang buat tak sabar2 nak baca ni! Tak lama kemudian kelihatan rakan-rakan bloggers pun tiba. Suasana menjadi riuh. Notie yang serba pink hari tu (macam pengantin) datang dengan kek RADHA. Upacara rasmi RADHA pun bermula dengan acara memotong kek dan bergambar. Saya pun tak lepas peluang bergambar dengan penulis manis ni dan “baby” sulungnya.
Ramai betul peminat-peminat Anis yang datang untuk mendapatkan novel beliau. Saya kira Anis tentunya bangga dan gembira kerana RADHA akhirnya berjaya dibukukan. Seronok tengok Anis yang tersenyum riang melayan peminat sambil menandatangan novel2. Sementara Anis sibuk melayan peminat2nya, saya dengan rakan-rakan bloggers ambil peluang berbual2 dan bergambar. Macam2 gaya ada! Suasana jangan cakaplah memang riuh giler! Perjumpaan tu berakhir pada pukul 2.30 petang.
Sebaik saja keluar dari sogo saya join pulak rakan bloggers ke kedai buku Minerva. Apa lagi kalau dah singgah kedai buku borongla pulak novel yang berkenan di hati! Semasa bayar, saya dengan bangganya tunjuk kat cashier yang saya dah dapat novel RADHA... hiks! Banggalah sebab dapat miliki RADHA dulu hehehe… (Pemasaran RADHA di kedai hanya bermula hari Isnin 11 Dec 06…hari ini lah).
Selepas bersalam2an dengan rakan2 bloggers, saya, Kak Noor dan Nawwir pun menapak ke LRT bandaraya. Turun di stesen Cempaka saya mengambil kereta dan tiba di rumah lebih kurang pukul 4 ptg. Walaupun keletihan tetapi saya berasa seronok sangat!
Tak dapat nak di gambarkan betapa seronok dan gembiranya dapat bertemu rakan2 yang jarang2 sekali dapat berjumpa. Oleh itu buat pertama kalinya saya abadikan pengalaman manis saya ini di blog hubby saya untuk di kongsi bersama. (Sebenarnya saya tak pandai menulis jadi N3 ni semata2 kerana kak su tersayang).
Saya kira Kak Su, Em dan Anis tentunya berasa lebih gembira dan lega kerana pelancaran novel RAHDA berlansung dengan baik walaupun secara sederhana. Untuk itu saya bagi pihak rakan-rakan blogger yang lain mengucapkan terima kasih dan tahniah pada Notie kerana mengaturkan perjumpaan yang serba indah ini.
Posted by SK aka anim
Posted by SK aka anim
sERveR tM sLOw
Sudah 2 hari server TMnet begitu perlahan di kawasan saya jadi kerja-kerja untuk update blog agak terganggu. Gambar-gambar yang besar saiznya tidak boleh di muat turun dari e-mail. Nasib baik saya dapat memasang software NeoWorx yang berfungsi sebagai mapping tracking kepada sko-dengers pada hari Jumaat lalu.
Setelah memasang mapping tracking tersebut, agak mengejutkan kerana rupanya selama ini ada pengunjung-pengunjung yang tidak diketahui pengenalannya turut mengikuti perkembangan blog ini dengan begitu minat sekali. Pengunjung-pengunjung yang telah di kesan bukan sahaja terdiri dari pengunjung dari kampung-kampung di seluruh Malaysia bahkan juga terdapat pengunjung dari Deddington UK, Gooterberg Sweden, Singapura dan Tokyo. Mungkin ada di antara kita yang mengenali siapakah pengunjung-pengunjung tersebut supaya dapat kiranya mereka mengenalkan kepada kita agar persahabatan ini akan menjadi lebih mesra lagi.
Oleh kerana bahan-bahan untuk update blog seperti gambar-gambar tidak boleh dilakukan maka saya siarkan di sini marathon sebanyak 3 siri Nostalgia Budak ITM sebagai ganti untuk episod minggu lepas dan hari Selasa ini. Selamat membaca...
NostALgia bUdAK ITm - ePisOD 5 (edisi belum edit)
Aku balik semula ke bilik ku. Sampai di bilik kulihat Mat Rapu dengan Mat Pendang sedang berbaring diatas katil masing-masing sambil berbual. Aku lihat ada sekeping poskad di atas katilku. Aku ambil poskad tersebut. Aku terus bertanya Mat Rapu .. Kau ke yang ambil poskad ni Rapu dari ofis hostel kat bawah? Mat Rapu menganggukkan kepala. Terima kasih Rapu.
Aku kembali meneliti poskad tersebut. Setem pos dari USA dan ada cop dari Los Angeles California. Mesti poskad dari Rizie ni. Aku paling poskad tu dan dibelakangnya memang sah tulisan Rizi.
Lan,
I baru sampai kat LA dari Taipei. Letihnya flight 12 jam.Chief Steward I tak sporting langsung. I ada beli untuk you something. Jumaat 20-8-1985 malam I balik KL. Jumpa I kat KL ye nanti. Call my house ye.
Rizie
Jauh poskad kau datang..sapa Mat Rapu. Member lama Rapu, masa aku sekolah kat Ipoh dulu. Aku tengok jam. Hari ini Khamis 19hb Ogos. Alamak aku kena beli tiket bas pergi KL ni. Aku bergegas ke tempat parking motor dan aku memecut ke stesyen bas Kuantan.
Aku sampai semula ke Hostel Remaja setengah jam kemudian. Aku bergegas naik ke bilik aku. Dalam perjalanan ke bilik, aku terserempak dengan Sabri Cigak. Aku terus tarik tangan Sabri… Sabri, kejap, eh..kau ye yang letak surat pink kat atas katil aku tengahari tadi. Sabri tersentak… Mana ada aku letak surat atas katil kau. Aku baru sampai ni dan aku nak pergi kelas dah ni, Lan.
Iskh..iskh..sapa pulak yang letak surat tu ye. Sabri bertanya.. surat apa Lan? Aku termenung seketika. Surat dari N… Sabri tersenyum. Betul ker Lan..Tanya Sabri… Betul..nanti kau balik kelas aku tunjuk kat kau… Ok, ok..balik kelas nanti kau tunjukkan kat aku ye, pinta Sabri.
Siapa pulak yang letak surat tu yer… dan macam mana N boleh hantar surat tu. Aku mesti jumpa N..tapi sebelum tu aku mesti tanya Sabri dulu… petang nantilah aku fikirkan.. Sabtu pagi aku mesti ada kat KL jumpa Rizie. Rindu aku lama tak jumpa Rizie semenjak aku masuk ke ITM Pahang ni.. tapi N….
Aku kembali meneliti poskad tersebut. Setem pos dari USA dan ada cop dari Los Angeles California. Mesti poskad dari Rizie ni. Aku paling poskad tu dan dibelakangnya memang sah tulisan Rizi.
Lan,
I baru sampai kat LA dari Taipei. Letihnya flight 12 jam.Chief Steward I tak sporting langsung. I ada beli untuk you something. Jumaat 20-8-1985 malam I balik KL. Jumpa I kat KL ye nanti. Call my house ye.
Rizie
Jauh poskad kau datang..sapa Mat Rapu. Member lama Rapu, masa aku sekolah kat Ipoh dulu. Aku tengok jam. Hari ini Khamis 19hb Ogos. Alamak aku kena beli tiket bas pergi KL ni. Aku bergegas ke tempat parking motor dan aku memecut ke stesyen bas Kuantan.
Aku sampai semula ke Hostel Remaja setengah jam kemudian. Aku bergegas naik ke bilik aku. Dalam perjalanan ke bilik, aku terserempak dengan Sabri Cigak. Aku terus tarik tangan Sabri… Sabri, kejap, eh..kau ye yang letak surat pink kat atas katil aku tengahari tadi. Sabri tersentak… Mana ada aku letak surat atas katil kau. Aku baru sampai ni dan aku nak pergi kelas dah ni, Lan.
Iskh..iskh..sapa pulak yang letak surat tu ye. Sabri bertanya.. surat apa Lan? Aku termenung seketika. Surat dari N… Sabri tersenyum. Betul ker Lan..Tanya Sabri… Betul..nanti kau balik kelas aku tunjuk kat kau… Ok, ok..balik kelas nanti kau tunjukkan kat aku ye, pinta Sabri.
Siapa pulak yang letak surat tu yer… dan macam mana N boleh hantar surat tu. Aku mesti jumpa N..tapi sebelum tu aku mesti tanya Sabri dulu… petang nantilah aku fikirkan.. Sabtu pagi aku mesti ada kat KL jumpa Rizie. Rindu aku lama tak jumpa Rizie semenjak aku masuk ke ITM Pahang ni.. tapi N….
Bersambung.....
NostALgia bUdAK ITm - ePisOD 6 (edisi belum edit)
Aku didalam bas menuju ke Kuala Lumpur. Bas Transnasional yang aku naiki hampir tiga suku penuh dengan penumpang. Penghawa dingin bas sejuk sekali. Nasib baik aku ada membawa jaket jeans lalu aku sarungkan ke badanku. Aku terbayang wajah Rizie. Tak sangka Rizie sekarang dah jadi Pramugari yang berjaya. Beberapa bulan dulu Rizie ada memberitahu aku bahawa dia telah terpilih menjadi model MAS untuk iklan di Billboard MAS dan majalah Going Places iaitu majalah MAS yang diberikan percuma di dalam kapalterbang. Selang tak lama kemudian, Rizie pernah membawa aku melalui jalan ke Lapangan Terbang Subang dan sepanjang perjalanan tersebut dia menunjukkan padaku wajah-wajahnya yang terpampang di setiap billboard MAS dan juga di Lapangan Terbang Subang. Rizie juga memberitahuku bahawa gambarnya digunakan didalam majalah Going Places. Gembira betul Rizie dan itulah Rizie, kawan yang ku kenal semasa aku bersekolah di Ipoh dahulu, masih tetap mesra macam dulu.
Aku terlelap dan bas terus bergerak mengharungi Lebuhraya Karak dalam dingin malam. Aku terjaga apabila bas sampai di Perhentian Pekeliling dan menurunkan sebahagian penumpang disitu. Bas meneruskan perjalanan ke Hentian Puduraya. Jam menunjukkan pukol 6-00 pagi dan kira-kira 15 minit lagi aku akan sampai di Hentian Puduraya. Dalam hatiku berkata mesti Rizie dah sampai dari LA malam tadi. Bas bergerak perlahan apabila sampai di Hentian Puduraya dan berhenti di salah satu Terminal disitu. Penumpang-penumpang mulai turun dan aku mencapai beg galasku yang ku letakkan diatas tempat dudukku. Aku keluar mencari telefon awam.
Telefon berdering, satu, dua, tiga, empat dan diangkat. Rizie..aku memanggil namanya. Terdengar suara seperti baru bangun dari tidur… Lan ke ni…dah sampai?..tunggu ye dalam 1 jam kita ambik awak depan Seven Eleven yer… Tunggu yer…Okay Rizie..gua tunggu lu okay..Bye.
Aku turun keluar dari Hentian Puduraya dan menuju ke kedai Seven Eleven. Aku masuk kedalam kedai dan membeli setin coca cola dan sebungkus rokok Marlboro. Aku keluar dari kedai dan sementara menunggu Rizie dalam keheningan pagi aku melepakkan diriku di atas kerusi bus stand yang berdekatan. Aku keluarkan sebotol air kosong yang ku bawa dan membasuh mukaku dan mengambil tuala kecil yang ku bawa untuk mengesat muka. Barulah terasa segar sedikit.
Ini bukan kali pertama aku berjumpa Rizie macam ni. Sebelum ke ITM Pahang biasanya 2 kali dalam sebulan aku akan berjumpa Rizie. Cuma bila aku masuk ITM Pahang dan terpaksa menyesuaikan diri di Kuantan, ada kira-kira 2 bulan aku tak dapat berjumpa dengannya. Tapi kami biasa berhubung melalui telefon dan menghantar poskad.
Ingatanku melayang seketika ke Kuantan dan persoalan tentang surat dari N masih belum terurai lagi dibenakku. N, aku tak berapa kenal sangat sebenarnya kerana beliau berlainan kelas denganku. Sabri lebih mengenalinya. Haruskah aku memberitahu tentang N kepada Rizie….
Aku terlelap dan bas terus bergerak mengharungi Lebuhraya Karak dalam dingin malam. Aku terjaga apabila bas sampai di Perhentian Pekeliling dan menurunkan sebahagian penumpang disitu. Bas meneruskan perjalanan ke Hentian Puduraya. Jam menunjukkan pukol 6-00 pagi dan kira-kira 15 minit lagi aku akan sampai di Hentian Puduraya. Dalam hatiku berkata mesti Rizie dah sampai dari LA malam tadi. Bas bergerak perlahan apabila sampai di Hentian Puduraya dan berhenti di salah satu Terminal disitu. Penumpang-penumpang mulai turun dan aku mencapai beg galasku yang ku letakkan diatas tempat dudukku. Aku keluar mencari telefon awam.
Telefon berdering, satu, dua, tiga, empat dan diangkat. Rizie..aku memanggil namanya. Terdengar suara seperti baru bangun dari tidur… Lan ke ni…dah sampai?..tunggu ye dalam 1 jam kita ambik awak depan Seven Eleven yer… Tunggu yer…Okay Rizie..gua tunggu lu okay..Bye.
Aku turun keluar dari Hentian Puduraya dan menuju ke kedai Seven Eleven. Aku masuk kedalam kedai dan membeli setin coca cola dan sebungkus rokok Marlboro. Aku keluar dari kedai dan sementara menunggu Rizie dalam keheningan pagi aku melepakkan diriku di atas kerusi bus stand yang berdekatan. Aku keluarkan sebotol air kosong yang ku bawa dan membasuh mukaku dan mengambil tuala kecil yang ku bawa untuk mengesat muka. Barulah terasa segar sedikit.
Ini bukan kali pertama aku berjumpa Rizie macam ni. Sebelum ke ITM Pahang biasanya 2 kali dalam sebulan aku akan berjumpa Rizie. Cuma bila aku masuk ITM Pahang dan terpaksa menyesuaikan diri di Kuantan, ada kira-kira 2 bulan aku tak dapat berjumpa dengannya. Tapi kami biasa berhubung melalui telefon dan menghantar poskad.
Ingatanku melayang seketika ke Kuantan dan persoalan tentang surat dari N masih belum terurai lagi dibenakku. N, aku tak berapa kenal sangat sebenarnya kerana beliau berlainan kelas denganku. Sabri lebih mengenalinya. Haruskah aku memberitahu tentang N kepada Rizie….
Bersambung....
Sunday, December 10, 2006
NostALgia bUdAK ITm - ePisOD 7 (edisi belum edit)
Sebuah kereta Mazda 323 hatchback berwarna maroon berhenti betul-betul di depan Seven Eleven di depan Hentian Puduraya. Jam sudah menunjukkan pukol 7-30 pagi. Rizie dalam hatiku.. dan aku terus melangkah kearah kereta tersebut.
Lan.. dia bersalam dan mencium tanganku. Hai Rizie…aku melemparkan senyuman kearahnya. Kita pergi breakfast ye babe… ajak Rizie. Aku anggukkan kepala. Aku lihat Rizie mengenakan jeans Levis dan T’shirt round neck bewarna putih juga dengan jenama Levis. Cantik. 2 bulan aku tak tengok Rizie, aku lihat badannya kurus sedikit. Rambutnya masih terurai panjang sehingga ke bahu.
Kami berhenti sarapan di sebuah gerai di Bukit Bintang. Aku memesan segelas kopi O dan sepinggan nasi lemak dan Rizie pun begitu juga.
Lan..so how’s your life kat Kuantan. Banyak awek ye?….hehehe. Aku pun ketawa juga. Takdelah…Gua kat Kuantan heavy metal babe..aku beritahu Rizie. Geng gua semuanya heavy metal tak mainlah cintan-cintun and jiwang-jiwang ni…betul babe…
Jumpa Achid tak?… Rizie bertanyakan samada aku ada berjumpa Syed Ismail budak Kg Sega Raub, member sekolah kami masa di Ipoh. Syed Ismail ni memang member kamcing aku masa kat Ipoh. Aku ada 4 orang yang satu geng dengan aku masa kat Ipoh. Achid ( Syed Ismail) jadi senior gua lah babe..satu course jugak DBS tapi Achid batch Januari 1985. Gua ada jumpa dia dan dia pun tanya gua ada jumpa lu tak babe..gua beritahu dia gua nak jumpa lu hari ini kat KL…lagipun Achid lah yang hantar gua kat stesyen bas Kuantan tadi pakai motor gua. Dia kirim salam…
Achid masih dengan Sharifah lagi ke? Tanya Rizie. Ntah lah babe..gua ada tanya dia kata masih dengan Sharifah budak kelas kita dulu tu masa kat Ipoh. ( Achid akhirnya kahwin jugak dengan Sharifah lepas ITM )
So..awak takkan takde peminat kat ITM Kuantan…ala masa kat Ipoh dulu macam-macam awak..dengan kakak angkat seniorlah..adik angkatlah… ingat tak masa kita kat Ipoh dulu..girlfriend awak dari KL bawak kek birthday awak all the way from KL just to celebrate with you… bengang betul kita kat awak masa tu.. Rizie cuba menyoalsiasat aku ni dalam hatiku.
Takdelah babe… Gua kan heavy metal gua cakap lu kat Kuantan. Member gua semuanya budak-budak kepala gila-gila… siap kutuk-kutuk lagi kalau nampak couple-couple ni…betul babe. Gua pun join dia orang sebab gua boleh main gitar. Gua pun masuk ITM dah berhenti dengan band gua kat Temerloh…kesian member band gua kat sana. Tak taulah camne dia orang nak cari satu kepala ganti gua untuk buat show kat area Temerloh tu. Dulu gua dapat jugak duit bila iring artis-artis yang datang kat Padang Besar Temerloh buat pertunjukkan pentas kat situ.
Lan.. dia bersalam dan mencium tanganku. Hai Rizie…aku melemparkan senyuman kearahnya. Kita pergi breakfast ye babe… ajak Rizie. Aku anggukkan kepala. Aku lihat Rizie mengenakan jeans Levis dan T’shirt round neck bewarna putih juga dengan jenama Levis. Cantik. 2 bulan aku tak tengok Rizie, aku lihat badannya kurus sedikit. Rambutnya masih terurai panjang sehingga ke bahu.
Kami berhenti sarapan di sebuah gerai di Bukit Bintang. Aku memesan segelas kopi O dan sepinggan nasi lemak dan Rizie pun begitu juga.
Lan..so how’s your life kat Kuantan. Banyak awek ye?….hehehe. Aku pun ketawa juga. Takdelah…Gua kat Kuantan heavy metal babe..aku beritahu Rizie. Geng gua semuanya heavy metal tak mainlah cintan-cintun and jiwang-jiwang ni…betul babe…
Jumpa Achid tak?… Rizie bertanyakan samada aku ada berjumpa Syed Ismail budak Kg Sega Raub, member sekolah kami masa di Ipoh. Syed Ismail ni memang member kamcing aku masa kat Ipoh. Aku ada 4 orang yang satu geng dengan aku masa kat Ipoh. Achid ( Syed Ismail) jadi senior gua lah babe..satu course jugak DBS tapi Achid batch Januari 1985. Gua ada jumpa dia dan dia pun tanya gua ada jumpa lu tak babe..gua beritahu dia gua nak jumpa lu hari ini kat KL…lagipun Achid lah yang hantar gua kat stesyen bas Kuantan tadi pakai motor gua. Dia kirim salam…
Achid masih dengan Sharifah lagi ke? Tanya Rizie. Ntah lah babe..gua ada tanya dia kata masih dengan Sharifah budak kelas kita dulu tu masa kat Ipoh. ( Achid akhirnya kahwin jugak dengan Sharifah lepas ITM )
So..awak takkan takde peminat kat ITM Kuantan…ala masa kat Ipoh dulu macam-macam awak..dengan kakak angkat seniorlah..adik angkatlah… ingat tak masa kita kat Ipoh dulu..girlfriend awak dari KL bawak kek birthday awak all the way from KL just to celebrate with you… bengang betul kita kat awak masa tu.. Rizie cuba menyoalsiasat aku ni dalam hatiku.
Takdelah babe… Gua kan heavy metal gua cakap lu kat Kuantan. Member gua semuanya budak-budak kepala gila-gila… siap kutuk-kutuk lagi kalau nampak couple-couple ni…betul babe. Gua pun join dia orang sebab gua boleh main gitar. Gua pun masuk ITM dah berhenti dengan band gua kat Temerloh…kesian member band gua kat sana. Tak taulah camne dia orang nak cari satu kepala ganti gua untuk buat show kat area Temerloh tu. Dulu gua dapat jugak duit bila iring artis-artis yang datang kat Padang Besar Temerloh buat pertunjukkan pentas kat situ.
Babe…bila awak fly balik? Fly mana?… Kita pergi Amsterdam lagi 3 hari..then stay kat London about 4 days then to Zurich about 3 days..then balik KL balik.. 10 hari lah awak kita kat Europe… Lamanya babe…mati keringlah gua kat Kuantan babe. Awak stay KL sampai esok malam yer…pinta Rizie..coz Isnin kita balik rumah mak kita kat Hulu Kelang then Selasa kita fly balik… bolehlah awak..boleh kan..kan..kan…
Bersambung.....
Subscribe to:
Posts (Atom)