Tuesday, April 05, 2011

sekaLi LaGi...AL fatihaH

Semalam sewaktu saya buka FB terlihat suatu komen yang diberikan oleh Nasrun (Mat Rock) dengan sahabat2 beliau berkaitan gambar guru-guru lama di Sekolah Men Abu Bakar Temerloh. Saya lihat ada seorang yang memberikan komen iaitu Saudara Dzulkarnain Mat - Ketua Jabatan Pengurusan di Institiut Perguruan Afzan, Kuala Lipis. Saya hantar msg kepada Dzulkarnain dan sebentar tadi apabila saya lihat reply msg saya, rupa-rupanya memang betul beliau adalah sahabat karib saya di Kampung Bukit Kelulut, Temerloh dahulu.

Beliau beritahu saya rakan-rakan karib sekampung ada yang telah meninggal dunia. Antaranya Arwah Mustapha Mohamad dan Arwah Hamdan Idris. Saya terpegun sejenak apabila membaca msg tersebut. Arwah Mustapha adalah antara rakan karib saya semenjak saya di sekolah rendah jalan bahagia sehinggalah ke tingkatan 5 di ABS. Tiap-tiap hari sekolah kami menaiki basikal bersama-sama dari Darjah 1 sehingga Tingkatan 5. Selepas Form 5, beliau bekerja di Maybank Muadzam Shah membuatkan hubungan saya terputus. Tapi setahun yang lepas saya search dalam FB dan terjumpa beliau balik dan kami bersembang sakan. Rupa-rupanya beliau meninggal dunia 5 bulan lepas dan saya tidak mengetahui langsung berita tersebut. Sehingga saya menulis artikel ini saya masih lagi teringat-ingat keakraban kami, pergi sekolah sama...balik sekolah mengaji bersama dan petang main bola bersama dan masih sukar untuk saya mempercayai yang beliau telah pergi selama-lamanya.

Arwah Hamdan pula, geng main bola di kampung dan sama-sama dengan saya bermain di Liga Pemuda UMNO Temerloh sewaktu saya di Form 4 dan Form 5. Saya tahu beliau sakit dan saya berpeluang menziarahi beliau sewaktu beliau di masukkan ke Hospital Afzan Kuantan. Kini beliau juga telah pergi selama-lamanya. Arwah Hamdan tinggal di sebelah rumah saya di Kampung Bukit Kelulut.

Al-Fatihah dan saya doakan semoga roh Arwah Mustapha dan Arwah Hamdan di tempatkan dikalangan orang-orang beriman dan semoga segala dosa-dosa mereka di ampuni. Amin.

3 comments:

ummi said...

Al Fatihah untuk allahyarham berdua....

LaN kidA said...

Terima kasih Ummi.

walid said...

salam
AL FATIHAH.
Semuga allahyarham ditempatkan bersama kebaikan dan kesejahteraan.
Amin