Friday, April 01, 2011

aRtiKeL dWaN - haK2 iSteRi jiKa beRLakU peNceRaiAN (Part 3)

Penempatan selepas bercerai, merujuk kepada seksyen 71 Enakmen Wilayah Persekutuan 1984, isteri yang telah diceraikan mempunyai hak untuk tinggal di rumah perkahwinan mereka (Matrimonial Home) selagi mana suami tidak menyediakan rumah yang bersesuain didalam masa iddah dan jika pasangan mempunyai anak bias anya hak penjagaan akan jatuh kepada isteri dan bekas suami wajib menyediakan kediaman yang sesuai untuk isteri dan anak-anak.

Mutaah dari segi konsep ialah sebagai saguhati daripada bekas suami kepada isteri yang diceraikan, ini adalah sebagai persediaan untuk isteri menjalani kehidupan tanpa suami. Keadaan ini selalu disalah anggap oleh bekas isteri ditambah pula oleh input-input dari peguam syarii yang kurang bertanggungjawab dengan mengatakan Mutaah boleh mencapai berates-ratus ribu atau hingga kejutaan ringgit. Sebenarnya setiap permohonan akan diteliti oleh mahkamah terlebih dahulu Biasanya jumlah mutaah mengambilkira kemampuan suami.

Didalam Surah Albaqarah Allah berfirman ‘There is no blame on you if ye divorce women before consummation or the fixation of their dower; but bestow on them (a suitable gift), the wealthy according to his means, and the poor according to his means; a gift of a reasonable amount is due from those who wish to do the right thing. (236)

And if ye divorce them before consummation, but after the fixation of a dower for them, then the half of the dower (is due to them) unless they remit it. Or (the man's half) is remitted by him in whose hands is the marriage tie; and the remission (of the man's half) is the nearest to righteousness. And do not forget liberality between yourselves. For Allah sees well all that ye do. (237)’

Ada 2 teknik yang biasanya disarankan oleh peguam syariii, samada melaui perjanjian yang bertulis atau tanpa perjanjian iaitu menyerahkan kepada pihak mahkamah. Didalam kes-kes yang mana telah ada perjanjian biasanya mahkamah Cuma mengesahkan perjanjian tersebut dan tidak akan menguabh apa-apa isi perjanjian itu.

bersambung......

No comments: