

Kali ini Makan-Makan bersama keluarga sebelah isteri saya pula bertempat di sebuah restoran di Wangsa Maju. Kami ramai-ramai makan steamboat buffet dan juga ala carte. Tak semuanya adik-beradik Anim ada. Norkhairi Mahmud tiada kerana bertugas sebagai Pengurus Kilang Sawit di Kalimantan, Indonesia dan Norhafnizam Mahmud, pensyarah di UIA juga tiada kerana ada urusan lain. Jadi yang ada saya sekeluarga, ayah dan mama Anim, Juhanis dan Noraida.
Memang best steamboat kat situ cuma tak best tempat tu tutup awal sekitar jam 10-00 malam. Dengan keluarga sebelah Anim ni memang almost every week kita orang buat makan-makan ni. Selalunya kami berkumpul every Saturday evening buat BBQ dan Sembahyang Mahgrib Berjemaaah dan Makan Beramai-ramai di rumah ayah Anim.
Selalunya BBQ tu saya yang anjurkan...haha. Sebab memang kesukaan saya berkumpul adik-beradik sambil makan bersama dan duduk lepak-lepak 4-5 jam ni.
No comments:
Post a Comment