Wednesday, April 13, 2011

pRihatiN budiMaN

Sebentar tadi saya ada berhubung dengan Apamz. Anak Apamz yang sulung iaitu Shafiq berjaya di terima melanjutkan pelajaran ke ALAM(Akademi Laut) di Melaka dalam bidang Marine Engineering. Saya rasa kengkawan pun dah tau khabar ini melalui FB seperti yang disampaikan oleh Apamz. Tahniah kepada Shafiq dan Apamz sekeluarga. Insyaallah Shafiq akan mendaftar pada 17hb April ini iaitu lagi 4 hari saja lagi. Pelbagai persiapan dan perbelanjaan perlu di sediakan.

Kepada kengkawan budiMaN yang ingin bersedekah/hadiah kepada Shafiq yang akan melanjutkan pelajaran, saya masih mempunyai no akaun Apamz (Norhisham Mohd Ramli) di Bank Islam. Harap keprihatinan budiMaN di sini sekurang-kurangnya dapat memberi semangat kepada Shafiq dan Apamz sekeluarga. No Akaun Bank Islam Apamz ialah 06019020651908.

12 comments:

LaN kidA said...

Salam,

Alhamdulillah..rasanya lebih dari RM3,000 sumbangan rakan budiMaN diperolehi untuk sedekah kepada Shafiq buat bekalan beliau melanjutkan pelajaran ke ALAM di Melaka.

Terimakasih Kitang, Amir n Afezah, Norm dan semua rakan budiMaN yang telah menyumbang.

Semoga Shafiq akan sentiasa mengingati budiMaN dan berusaha bersungguh2 demi kejayaan beliau dan Apamz sekeluarga.

walid said...

salam
tahniah buat shafiq n apamz sefamili dan sykur ats keprihatin buat rakan2 budiman yg sudi memberi bnatuan fizikal or spritual..x lupa jua buat towkay kat cni yg x penah kenal kepenatan utk membantu rakan2 yg lain.

p/s kida bila nak ngeteh nie?...hehe

LaN kidA said...

Walid,

Cer cakap..cer cakap...bila2 jer kabor jer ke teman...haha..Macam Usop Wilcha Hantu Kak Limah.

Jangan terkejut Usop tu budiMaN batch Julai 86 dsS kat Kuantan dulu...(dari apa yg koi risik2 ler..kalau silap mintak maap yer Usop Wilcha)

matdwan said...

Salam., yg aku dengar ucop Wilca ni kat bhg korporat Tanjung Offshore..,(hebat dia..) Kita bako jer..,

Anyway sekalung tahniah buat Apamz sekeluarga ., kira serah la masa depan Shafiq., bukan senang nak dapat scholar pergi ALAM ni., dah grad nanti bule join Ucop Wilca kat Tanjong Offshore..,

LaN kidA said...

Dwan...dia mmg kerja kat Tanjung Offshore tapi dia ex UitM Kuantan, Pahang batch Julai 86 rasanya

matdwan said...

dia ni kalu set2 amir us mesti la kenal yer tak? cuba try tanya geng2 depa?

Lan, walid, gerakkan la BarbiquE BudiMan.., kita tong2 ajer..,

Kalu saper2 yg tak nak 'kita bako ajer..,'

LaN kidA said...

Haha...insyaallah

LaN kidA said...

Usop Wilcha ada bergambor dgn Halem Mat Som bersama - Gambar Anak-Anak Buah Cikgu Ha

apamz said...

TERIMA KASIH kida, kitang, norm, amir & afezah serta rakan budiman yg lain atas atas segala sumbangan serta sokongan dan juga doa serta harapan yg diberi....

hanya Allah sahajalah yg dapat membalasnya.

LaN kidA said...

Sama2 Pamz. Memang budiMaN selain dari kita merapatkan silatulrahim sesama kita disini juga untuk keprihatinan sesama teman2 kerana itu lah yang kita nak cari..teman yg boleh bergelak dan juga teman yg boleh berkongsi suka duka.

Syabas budiMaN!

Anonymous said...

Salam...
asyik cer cakap jer...apa kata kita terbabommm skali ngan kita bakor jerrr...hehehe
syukur buat apamz n kudos to all budiman.
koi rasa camtu gak..usop wilcha ni geng itm phg gak

p/s bbq tu chantek gak

Ummi said...

Waaaaaaaaah kita ketinggalan..selalu masuk xda citer pun baru..tup tup lama sikit dan jengah dah terlepas...adeeeiii... Apapun tahniah buat Shafiq...moga berjaya dalam kehidupan dan tercapai cita2...