Monday, April 04, 2011

AL-fatihaH

Hampir pukol 12mlm tadi saya mendapat panggilan telefon dari Amy Jarr sewaktu saya dan keluarga dalam perjalanan pulang dari Wangsa Maju kerana Makan2 bersama Keluarga. Beliau memberitahu saya bahawa beliau mendapat khabar bahawa ayahanda kepada Sarip Zafar dpA iaitu Tuan Haji Abu Hashim telah meninggal dunia.

Sesampainya saya di rumah setelah menyelsaikan beberapa perkara, kira-kira jam 1-15am saya menghantar sms ucapan takziah kepada Sarip dan beliau terus membalasnya. Saya kemudian terus menelefon beliau dan bertanyakan khabar tentang pemergian ayahnadanya. Beliau memberitahu bahawa ayahanda beliau yang berumur 78 tahun meninggal kira-kira jam 8-15pm pada 3hb April 2011 (Ahad malam). Beliau meninggal di rumah beliau di Taman Guru, Kuantan. Sarif memberitahu saya sudah hampir 3 bulan beliau menetap di Kuantan kerana menjaga ayah beliau yang sakit. Jenazah ayahanda beliau akan dikebumikan pada pagi Isnin nanti, insyaallah.

Takziah dan Al-Fatihah kepada Sarif sekeluarga dengan pemergian ayahanda beliau. Semoga ayahanda beliau akan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan diampunkan segala dosa-dosanya. Amin. Kepada kengkawan yang hendak menghantar ucapan takziah kepada Sarif bolehlah menghubungi beliau di 013-9378766.

2 comments:

ali said...

takziah sarip.AL FATIHAH.

walid said...

Salam
AL-FATIHAH