Wednesday, January 12, 2011

muLyAdi

Petang tadi Bilal ada sms kepada saya menyampaikan sedikit berita berkaitan Mulyadi.

Mulyadi Marjohan adalah dari kursus DPA batch Julai 1985. Kalau masa di UitM dahulu lebih dikenali dengan nama Gurubesar. Selalu di lihat rapat dengan Zuhairi dan juga Zaaba masa UitM dulu. Semasa di UitM Kuantan lagi sudah memakai rantai yang memaparkan bahawa beliau adalah pesakit diabetes kronik.

Setelah tamat UitM beliau telah melanjutkan pelajaran di UUM dan seterusnya telah berkhidmat dengan UUM sebagai pensyarah sehingga ke hari ini. Saya tak pasti pulak kehidupan rumahtangganya.

Bilal dalam sms beliau memberitahu kini Mulyadi sudah beberapa kali terlantar di Hospital Alor Star akibat kegagalan buah pinggang dan beberapa penyakit kronik akibat dari diabetes. Sekarang ini beliau masih lagi berada di wad dan ingin memohon sedikit sumbangan agar dapat meringankan kos rawatan dan kos sara hidup sebab hanya beliau sahaja yang bekerja di dalam keluarganya.

Oleh itu Bilal memohon rakan budiMaN semua membantu mana yang termampu atau menghubungi Mulyadi bagi bertanya kabar dan memberi semangat dan sokongan kepada beliau.

Mulyadi boleh di hubungi di 012-5392237
Kepada yang ingin menghulurkan bantuan kepada Mulyadi pula boleh bank-in ke dalam :
Akaun Maybank Mulyadi no : 152068730837

Saya sendiri ada perancangan untuk mengumpul sedikit bantuan terutama kepada rakan budiMaN yang ditimpa kesusahan seperti ini. Saya ingat nak buat satu Majlis Makan Malam Amal antara kita budiMaN semua dan kutipan dari bayaran penyertaan majlis tersebut boleh disalurkan kepada tabung bantuan ini. Insyaallah saya akan berbincang lebih lanjut dengan rakan budiMaN lain dan juga berharap kengkawan boleh memberi pandangan di ruangan komen.

13 comments:

hairie @ zm said...

Sebagai kawan yg paling rapat dgn beliau, koi ada call beberapa kali selepas balik kerja tapi dia tak jawap. Kemudian koi sms kat dia waktu mlm. Apabila dia reply koi call dan berborak dgn dia.

Wife dia org Batu Pahat dan mempunyai 3 org anak. Masa koi call, dia berada seorg aje di Hospital sbb wife dia balik rumah utk urus anak bersekolah esok.

Dia risau sbb beberapa hari lagi kuliah UUM bermula. Koi mampu nasihat supaya dia jgn risau pasal itu.

LaN kidA said...

Salam,

Petang tadi Antu ada call mencadangkan kepada saya di adakan kutipan sumbangan menerusi budiMaN dan minta saudara Kitang untuk bertindak sebagai Bendahari kepada kutipan tersebut.

Walaubagaimanapun saya serahkan kepada rakan budiMaN semua untuk memberi feedback kepada cadangan Antu tersebut.

matdwan said...

Kida, abg amid ada mencadang kpd koi dan rakan2 yang buleh mengkonvoi dengan beliau ke aloq staq.., dalam minggu depan kot., dia kata week days pun tak pe, pergi pagi balik petang, sambil ronda , sampaikan sumbangan.

Mungkin bule release sikit perasaan bila tgk kawan2 datang melawat.

Kepada yang berminat koi buleh tolong coodinate kan.

Mat dwan

hairie @ zm said...

Apa-apapun cadangan semuanya mmg bagus. Ttg konvoi melawat beliau secara konvoi spt dlm komen mat dwan yg dicadangkan oleh abg amid lagi bagus.

Tapi koi tak dpt join konvoi. Bukan alasan tetapi x de kenderaan dan lagipun next week koi kena uruskan Annual Dinner tmpt koi kerja.

InsyaAllah jika ada tiket bas dan kerja ofis selesai koi akan berangkat ke Kedah pd 31 Jan mlm dari JB.

Ada sesiapa bole beri sedikit panduan nak ke sana, tmpt penginapan atau teksi ek. Maklum aje koi mmg langsung tidak tahu area sana.

LaN kidA said...

Salam

ZM...kwn rasa kalau awok nak ke Kedah...kontek Amin dsS sbb dia mmg duduk sana dan arif psl bab lodging dan camne nak ke sana ke mari.

Amin punya phone no 012-4085649, Insyaallah dia boleh tolong.

Mat Dwan,
Satu cadangan yang bernas tapi kwn rasa nak balik hari penat jugak beb...kalau tido sana lagi cantik psl bab nak pegi dgn rodong ni..janji pkl 8-00 pagi, kwn rasa akhirnya akan bertolak paling cepat pkl 9-00 jugak...nak sampai sana lebihkurang 5 jam...nak cari hospital lagi mau dlm sejam...last2 kita akan jumpa mulyadi dlm pukol 4-00 petang paling cepat...sembang2 2 jam pastu dah pukol 6-00 ptg...nak patah balik..boleh jugak la tapi mcm rushing jer kecuali mmg nak rushing la kena balik jugak...itupun kalau mulyadi ada di Hospital Alor Star. Kalau dia ada di UUM...atas lagi kita kena pegi lagi sejam punya trip...kalau relax trip...kita balik esok pun takpe. Penginapan alor star bnyk.

Nak murah lagi hotel dan nak makan best...masing2 bwk passport...mintak tolong Amin dsS jadi tour guide kita kalau dia free...hahaha.

Pendapatan kwn la mengenai trip ni... tapi apa2 hal kwn ikut kata ramai.

Kambing gurun said...

Buatlah apa yg difikirkan terbaik dan insyallah akan ada kawan2 yg akan membantu. Kita doakan agar gurubesar cepat sembut.Nak tanya sikit - kemanakah hilangnya kawan serumput ku - KERBAU..?

LaN kidA said...

salam kambing gurun,

macam2 nama samaran skrg ni ye. Kerbau ada dan boleh dihubungi di 013-9189221. Mungkin kerbau tgh bz kot dpt padang rumput baik punya. Jadi geng rumput boleh kontek dia kot dpt tumpang skaki.

Mat dwan, camne projek nak ke utara ni, jadi ke tak?

Mat Dwan said...

Rakan2 BudiMan,
Setakat yang koi berbicara tadi, apeq ada calling2 gurubesar, dia dalam keadaan lemah tetapi memaksa diri untuk hadir mengajar..,

Abg amid dan koi mencadangkan tarikh 23 jan 2011 untuk bergerak keutara.., tempat pertemuan di RnR Sg Buluh 9.00am

Kita tengok jika ada sesiapa yang sanggup dan ada keupayaan untuk bersama..sms kat koi dulu 0192200808

Sekian

Mat Dwan

LaN kidA said...

Salam Mat Dwan,

Kalau awokmer nak pegi 23hb hari Ahad tu rasanya koi tak boleh nak join la. Kalau pegi ptg Jumaat 21hb tu insyaallah koi mungkin boleh. Sabtu balik KL semula.

Lagipun Jumaat dgn Sabtu, Kedah cuti jadi nak jumpa Mulyadi tu sesuai sikit kot sbb dia pun dah ada kat UUM skrg ni. Kalau hari Ahad tentu dia ada kelas sbb Kedah kerja hari Ahad.

Tapi kalau awok mer pegi Ahad tu jugak, koi kirim salam Assalamualaikum je la kat dia dan mudah-mudahan dia segera sembuh semula dan kembali sihat.

ummi said...

Salam BUDIMAN,
Harap2 misi kalian berjaya dan didoakan agar En. Mulyadi akan beransur sihat dan dapat kembali bertugas demi menyara keluarga tercinta...Doa dan sokongan kawan2 dalam saat mcm nih, mmg amat penting...Moga niat murni kita semua akan terlaksana....

amid said...

Assalamualaikum semua......koi cadangkan agar kalu sesiapa ada kelapangan masa, tenaga dan rm...moh kite konvoi dlm 3 keta ke A Star...day trip..Mat duan blh koordinate...
Yo....sambil ziarah sambil melihat keindahan panorama, flora dan fauna....kodok pun indah.....

ApeKs said...

Mat Dwan,
Koi rasa tak dapat join konvoi pada hari ahad nie... isnin kena keje doh.. letih wer.. Pada rodong2 yg jadik pegi, sampaikan salam koi pada gurubesar... segala dugaan yg dia hadapi pasti ada hikmahnya... semoga selamat pegi dan balik...

noor said...
This comment has been removed by the author.