Monday, January 03, 2011

gaMbaR LaMa


Sewaktu saya balik ke Temerloh baru-baru ini saya lihat ada sebuah gambar lama yang telah diperbesarkan dan di framekan semula oleh ayah saya tergantung di dinding rumah ayah saya di Kampung Tg Besar, Paya Pulai, Temerloh. Gambar di atas adalah gambar tersebut dimana ianya telah di ambil pada tahun 1958 sewaktu ayah saya berusia 18 tahun dan mula menjawat jawatan guru di Sekolah Kebangsaan Luit, Maran, Pahang.

Pasukan bolasepak itu ialah pasukan Belia Luit yang mengadakan perlawanan persahabatan dengan sebuah pasukan lain ketika itu.

Yang menariknya gambar ini ayah saya perolehi daripada keluarga seorang rakan budiMaN kita iaitu Bapa Mertua kepada Apamz yang dahulunya bersama-sama ayah saya dalam pasukan bolasepak tersebut. Ayah Miza (isteri Apamz) merupakan salah seorang sahabat karib kepada ayah saya dalam pasukan tersebut dan beliau telah menyimpan gambar ini dengan baiknya.

Seingatan saya semasa Apamz dan keluarga berkunjung kerumah ayah saya di Paya Pulai sedikit masa dahulu, ayah saya telah bertanyakan tentang keluarga Apamz (sebelah Apamz memang ayah saya kenal rapat jugak. sama-sama cikgu) dan keluarga isteri Apamz, Miza. Barulah keluar cerita tentang ayah Miza dan tidak berapa lama selepas itu, ayah saya terus berkunjung ke rumah ayah Miza di Luit dan mendapatkan gambar lama ini. Begitulah ceritanya.

(Gambar ayah saya adalah di sebelah kiri barisan ke dua membongkok dan yang paling kiri sekali... gambar ayah Miza saya tak tahu dan lupa pula nak tanya ayah saya hari tu...mungkin Apamz boleh beritahu nanti)

2 comments:

apamz said...

Terkezut gak pada mulanya bila kwn masuk blog budiman arini.... macam kenai je gambo tu.... biasanye kwn nengok gambo ni tergantung kat ruang makan kat rumah mertua kwn, tetiba boleh tersiar kat sini.

Bapa mertuaku itu namanya Mat Jamin... tapi lebih terkenal dengan panggilan Tok Empat Saed.... Dulu dia tok empat kg luit tp skg ni org lain dah...tp org masih pangge di tok empat lg...
Dia berdiri baris belakang, kanan sekali.

Daud said...

Rambut berkilat lagi
Baju ditiru harimau malaya
Macam jersi brazil
Tahniah.