Tuesday, April 27, 2010

reuNioN uItM pAhaNg 29 mEi

Petang semalam selepas bergolfing di Bukit Unggul, saya bertemu Hanif diB di Coffee House Club. Belia minta saya siarkan di blog berkenaan Acara Golf Reunion nanti. Beliau minta saya sampaikan kepada batch Jan 85 supaya menghubungi beliau untuk membentuk Team Golf Jan 85 yang akan berentap dengan Team Julai 85. Kepada batch Jan 85 yang ingin menyertai golf Reunion sila hubungi Hanif diB di 013-3916396.

Bagi Team Julai 85 pula, saya rasa ramai yang sudah bersedia. Hanif akan menjadi Team Kapten untuk batch Jan 85 manakala untuk batch Julai 85, saya rasa Antu dpA layak untuk memikul tugas sebagai Kapten. Team Julai 85 memang ramai calon golfer yang berkaliber seperti Antu sendiri, Mat Taib diB, Mat Rock diA, Raman dbS, Charlie diB, Halim Lucah, Anuar Mangkuk, Joe Malady ( semuanya diB ), Sidi dpA, Amin dsS, Sabri Cigak diA, Lan Kentei diA. Memang boleh buat 5-6 pasukan rasanya.

ReunioN Fees pula telah diturunkan kepada RM60 seperti yang di maklumkan oleh AJK dan tarikh tutup penyertaan ialah pada hari Jumaat ini bersamaan 30hb April 2010. Kepada sesiapa yang hendak mengesahkan penyertaan sila lah berbuat demikian seberapa segera dengan membank-in wang sebanyak RM60 sebelum Jumaat 30hb April ini kepada Bendahari ReunioN iaitu saudara Kitang yang boleh dihubungi melalui telefon 019-7567799. Jadi di harap kengkawan budiMaN semua yang kabarnya banyak teruja untuk hadir supaya mengesahkan kehadiran beserta pembayaran seberapa segara.

Acara ReunioN kabarnya selain dari Jamuan Makan Malam yang akan di adakan IntekMa Resort Shah Alam bermula jam 8-30 malam pada 29hb Mei 2010 bersamaan hari Sabtu (Jumaat tu pula cuti Hari Wesak) turut mengundang bekas Pengetua UitM Pahang, Dato Nasudin beserta dengan bekas-bekas pensyarah UitM Pahang serta beberapa kakitangan seramai 30 orang.

Tema ReunioN iaitu Retro Nite menggalakkan peserta memakai pakaian di zaman UitM dahulu dan persembahan band dari batch Jan 85 dan Julai 85 akan di adakan. Selain itu acara golf ala Ryder Cup akan di adakan mungkin pada sebelah tengahari antara Team Jan 85 berlawan dengan Team Julai 85. So hari itu memang pack dengan pelbagai acara untuk rakan budiMaN bertemu kengkawan kembali.

Selain itu usaha juga sedang giat untuk mengadakan pemilihan Team Golf Julai 85 dan perlawanan Golf 3 penjuru antara Team Utara, Team KL dan Team Kuantan sedang rancak di atur dan berkemungkinan akan di adakan dalam 2 minggu lagi di Kelab Golf Black Forest di Bukit Kayu Hitam, Kedah. Amin dsS dan Mizi Konsulat Songhkla sudahpun menghubungi saya meminta tarikh yang sesuai supaya segala persiapan golf 3 penjuru boleh di adakan.

Setakat ini itulah sahaja yang dapat saya kabarkan kepada kengkawan budiMaN dan saya akan update maklumat terkini berkaitan ReuNioN dan Golf 3 Penjuru dari masa ke semasa, insyaallah.

3 comments:

Kamasutra said...

Reunion.

Tak lama lagi dah dekat reunion Retro 85, entah macam mana rupa gadis2 pujaan saya tu agaknya. Ramai budak2 steno yang saya berkenan, tapi tak kesampaian, budak2 steno tu pun kempunan juga sebab tak dapat kahwin dengan saya, apa nak kata dah tak ada jodoh.

Saya pun dah terlupa nama gadis2 pujaan ku dulu, budak2 steno dulu siapa tak meleleh airliur tenguk, baju beraneka fesyen, kasut berwarna warni, perfume pulak mencairkan jiwa ku, bila balik hostel saya tidur tangan atas dahi.

Baru saya ingat satu dua nama, Joanna, Donna, Shake, Kak Tip dan yang paling saya ingat pada minah bersuara lunak iaitu Aliza Alang Ahmad. Suara dia memang sedap, kalau dia kahwin dengan saya, hari2saya suruh dia nyanyi.

Tapi bila pindah ke Shah Alam semua dah terpisah, sampai hari ni saya tak jumpa gadis2 idamanku. Tapi kalau ada jodoh dapat juga kita menjalin hubungan yang terputus pada malam reunion nanti...eeewah.

Buat gadis2 course lain pun saya juga ada senarai , macam budak DCS nama Yati produk Terengganu, dia tak tahu saya berkenan dengan dia, ada hasrat untuk menyunting untuk dijadikan suri hidupku, sekarang kat mana yati ni, tak salah kalau kita berkawankan, bukan berkahwin, Najiha budak DBS, tapi apakan daya dah tak ada jodoh.

Tapi tak juga saya lupa pada pensyarah itmcp bernama Zakiah, cair juga saya pada jelingan manjanya, jadi saya masa kat hostel asyik nyanyi lagu Zakiah dendangan Sweet Charity.

Kepada Retro 85 semoga meriah dan jumpa di sana.

Sujamak said...

Senarai Nama 6 Jahanam

1. Katipang
2. Jagindas
3. Sujamak
4. Membalak
5. Karambit
6. Baragas

Kami berenam ni boleh join malam Retro 85 tak?

Anonymous said...

Join je jgn tak join