Monday, April 26, 2010

ceRpeN dARi mAt dWaN - ciNta di sebaLiK taBiR soLat

Pagi-pagi lagi Pn Siti, Kauselor di sebuah Sekolah Menengah di Shah Alam telah bangun dan menyiapkan pakaian serta bekalan anak-anaknya untuk kesekolah. Teringat akan akan Pn Siti dengan janji temu dipagi itu yang telah dibuat oleh Cekgu Timah, pembanyu Pn Siti untuk menemurah seorang bapa kepada seorang pelajar di sekolah beliau pada pukul 9 pagi itu. Kelmarin baru sahaja keputusan SPM telah diumumkan dan salah seorang pelajar cemerlang telah diumumkan. Shahrul telah berjaya memperolehi kejayaan dengan keputusan 9A. Tahun lepas kakak nya Syahirah yg kini meuntut diUPSI Bhg Pendidikan Guru TESL telah juga berjaya memperolehi 10A. Dengan keputusan yang sebegitu Syahirah sebenarnya dengan mudah boleh diterima di mana-mana sahaja IPTA atau Universiti di luar Malaysia. Tetapi Syahirah lebih meminati profesyen guru atau pensyarah.

Lalu Pn Siti telah meminta Shahrul datang pada pagi itu dengan membawa Pak Ali bapa mereka sekali. “tak tahu la Cekgu, samada bapa saya boleh datang atau tidak esok, maklum saja bukan senang pembantu stor seperti bapa saya boleh mendapat cuti” ujar Shahrul ..”Ginilah Shahrul tinggalkan nombor tempat kerja bapa Shahrul nanti Cekgu akan beritahu ketua tempat bapa Shahrul bekerja” Lalu petang itu Cekgu Timah telah menghubungi pejabat Alam Flora di Sksyen 7 Shah Alam untuk mendapatkan pelepasan bagi Pak Ali. En Mohd Zain selaku pengurus di pejabat tersebut berasa amat sebak bercampur gembira sebaik mendengar berita itu dan terus memanggil Pak Ali dan terus saja beliau menghadiahkan wang peribadi beliau kepada Pak Ali sebanyak RM250.00 untuk diberkan kepada Pak Ali dan melepaskan Pak Ali dengan cuti tanpa rekod untuk satu hari esoknya. “Pergila Pak Ali, anak-anak awak memerlukan awak disisi mereka, InsyaAllah hidup mereka akan lebih berjaya nanti.”

Sesampai saja Pn Siti di pejabat kauinselor pagi itu, Pak Ali telahpun ada dilobi tetamu “Assalamualikum Cekgu” Sapa Pak Ali sebaik sahaja melihat Cekgu Siti. Pak Ali memang pernah berjumpa Pn Siti ketika mengambil keputusan Shahirah tahun lalu. Pak Ali tidak pernah tahu pun apakah peranan Kaunselor, malah apa yang anak-anaknya belajar ketika berada disekolahpun dia tidaka tahu.

“Pak Ali, tujuan saya memanggil Pak Ali kesini hari ni adalah untuk bertanya dengan Pak Ali tentang bagaimanakah cara Pak Ali mendidik Shahrul dan Syahirah sehingga mereka berjaya didalam SPM, ini kalau boleh akan saya dokumenkan untuk panduan ibubapa yang lain pula jika mempunyai masalah pembelajaran anak-anak dan datang berjumpa saya nanti.” Cekgu Siti berterus-terang dengan Pak Ali.

“Saya ni belajar setakat tingkatan 3 je Cekgu, lepas tu saya masuk askar dan sekarang pencen askar diterima pula sebagai pembantu stor di Alam Flora, yang saya tahu pergi kerja disiang hari, dan meniaga dipasar malam selepas habis kerja, maklum saja anak saya 7 orang, yang paling besar pun Shahirah baru lepas SPM, nasib baik dia dapat masuk maktab, ada gak elaun, dia kata saya tak payah lagi hantar wang, wang elaun dah cukup” terang Pak Ali panjang lebar apabila ditanya Cekgu Siti tentang latar belakang Pak Ali, terbayang akan wajah anak-anaknya yang masih kecil, Shahzan adik kepada Shahrul bau sahaja mendapat 8A didalam PMR dan telah diterima masuk ke RMC. Syazni ditingkatan satu Sek Men Sains Selangor, Shariman, Syanaz dan Shahir masing-masing masiih di sekolah rendah intergrasi darjah 5, 3 dan 1.

“Cekgu, saya ni tak berpelajaran cekgu, isteri saya pun kerja tukang cuci aje dipejabat swasta., malam pula kami berniaga pasar malam, rasanya tiada apa yang istemewa yang boleh cekgu dokumenkan, malah masa untuk kami bersama-sama anak-anak amat terhad Kalau nak diikutkan kami hendak juga jadi macam ibu bapa yang yang lain dapat bersama-sama ketika anak-anak mentelaah pelajaran. Kami balik kerumah pun anak-anak dah tidur. Pagi-pagi lagi kami terpaksa keluar mencari rezeki, harapkan Syahirah sahaja untuk menjaga adik-adiknya, kini Syahirah sudah berada di asrama, Shahrul pula mengambil alih tugas Shahirah”

Terdiam seketika Pn Siti mendengarkan ulasan Pak Ali, diam cuba memikirkan kembali teknik-teknik kaunseling yang telah dipelajari diUKM dahulu, dia cuba mengaitkan hasil dapatan daripada kajian yang telah dibuat semasa mendapatkan sarjana dahulu, kerana diantara rumusan untuk kajiselidiknya peranan ibubapa sangat penting didalam mendidik anak-anak selain peranan guru disekolah. Tetapi disini Pak Ali telah memberi pandangan yang amat berbeza sekali. Pak Ali dan isterinya Syamirah seperti tidak kesah langsung tentang pelajaran anak-anak mereka, tiada tusyen yang disediakan, tiada ‘notebook’ serta ‘broadband’ juga tiada buku-buku rujukan yang cangih manggih selain rujukan buku pinjaman dan perpustakaan disekolah. Kes Pak Ali ini sangat rumit untuk dirungkaikan, bermacam-macam andaian bermain di benak Pn Siti.

“…Shahrul, cuba kamu cerita kepada cekgu tentang rutin harian kamu dirumah, adakah apa-apa yang kamu lakukan yang kamu rasa menyumbang kepada kejayaan kamu ini” Pn Siti merujuk kepada Shahrul pula. Shahrul juga pernah mendapat tawaran untuk ke RMC selepas keputusan cemerlan PMR dahulu, tetapi salah seorang guru sekolah tersebut telah merayu kepadanya untuk kekal disekolah itu juga, selain dari kecerlangan dibidang pelajaran, Shahrul adalah ‘runner’ jarak jauh yang sangat disayangi oleh guru sukan tersebut. Dia yang sangat berminat didalam bidang kimia dan bercita-cita untuk menjadi “Chemical Engineer’ baru sahaja menerima tawaran biasiswa dari Petronas.

“Apa yang saya ingat cekgu, bapa saya ini sangat marah jika mendapat tahu ada diantara kami terlambat atau culas didalam mengerja kan solat, pernah sekali bapa memukul saya dengan paip getah dikaki hanya kerana leka menonton tv dan terlambat mengerjakan solat Maghrib” tanpa segan silu Shahrul menyatakan kepada Pn Sit.

Semua terdiam, suasana hening seketika, Pak Ali cuba mengingat kembali apa yang berlaku, pernah diwaktu itu Pak Ali masih didalam tentera, ada seorang guru muda datang di surau kem dan menyampaikan satu cerama ‘Roh Di Sebalik Ibadah’

“percayalah tuan-tuan bahawa disebalik ibadah yang tuan-tuan lakukan dengan khusyuk, tawadduk dan ikhlas akan ujud satu roh yang akan menjaga tuan-tuan serta keluarga ketika didalam kesusahan, janganlah tuan-tuan pernah curiga dan putus asa dengan Allah SWT.”

Kebanyakan orang Islam mesti pernah mendengar ayat 45 surah Al ‘Ankabuut ini “

Sesungguhnya solat itu mencegah dari keji dan mungkar”,

“Kita dalam keadaan suci ketika bersolat, bacaan, lafaz dan maknanya penuh kebaikan, ruku’ dan sujud penuh ketaatan sebagai seorang yang taat, berdoa atau menyeru mengharapkan pertolongan dan hajat kepada Yang Maha Agung Allah SWT sebagai seorang hamba yang tidak mempunyai apa-apa.

Subhanallah! kita betul-betul menjadi seorang yang amat baik ketika bersolat, kerana memang kita sedar ketika solat kita menyembah Allah, kita menghadap Allah, Allah melihat kita pada masa itu, itulah agaknya yang kita rasa.” Tambah ustaz tersebut.

Disini saya datangkan contoh solat, solat amat besar ertinya, solat juga adalah tiang agama, solat membezakan Islam dan kufur, sepertimana sabda Rasulullah SAW,

“ Perbezaan antara seseorang dengan kekufuran ialah meninggalkan solat”

( Diriwayatkan oleh Muslim dan selain beliau dari Jabir r,a)

Semenjak dari itu, Pak Ali sanantiasa mengingatkan dan menegaskan anak-anak beliau “walau apa pun yang dilakukan, yang tengah dikerjakan dan walau apaun yang terjadi, solat hendaklah didahulukan, dan jangan seminitpun terlewat. Yang lain-lain abah pulangkan kepada fikiran kamu sendiri.

Ayat 45 surah Al ‘Ankabuut!!” terpacul dari mulut Pak Ali antara kedengaran dan tak kedengaran. “minta maaf, apa yang Pak Ali cakapkan?saya kurang kedengaran tadi…” “surah Al ‘Ankabuut.., ayat 45.. itulah ayat dari alQuran”

Terdetik didalam buah fikiran Pn Siti,” ooh ya Pak Ali .., Sesungguhnya solat itu mencegah dari keji dan mungkar “ kini fahamlah Pn Siti tentang apa yang terbuku dihati Pak Ali, dan itulah perkara dan menu utama didalam hidup Pak Ali dan ‘Roh’ itulah yang sebenarnya telah menjaga Pak Ali sekeluarga dari melakukan dosa dan perkara yang tidak dibenakan syarak. Betapa keinsafan dirasakan Pn Siti kini, segala teori yang dipelajari dan hasil dapatan daripada kajiannya sebenarnya jauh tersasar disebalik keiklasan hati didalam solat. Itulah Cinta Disebalik Tabir Solat

Matdwan

5 comments:

ApeKs said...

Salam,

Mmmm baca cerpen MD terang hati koi... Koi ni culas jugak waktu sembahyang.. kerap gak "last minute"..

Juanda. said...

Assalamualaikum,

Panjang sungguh cerpen MatDwan ni, apa maksud yang tersirat, apapun kisah ini amat menarik untuk diulaskan.

Mula2 kisah cikgu siti, lepas tu kisah pak Ali yang ramai anak cerdik2 belaka, kemudian berbalik kepada amalan agama dan ketegasan pak Ali.


Baik sungguh cikgu siti ni, sentiasa berusaha meningkat ilmu sebagai kaunselor, mencari punca macam mana pelajar jadi cerdik, cuma nasihat untuk cikgu siti agar berusaha mencari punca kenapa murid menjadi kurang cerdik, sebab di sekolah anak saya murid tahun enam ada lima kelas, satu kelas ada 50 murid, kelas A hanya 15 murid dapat 5A, kelas B,C,D,E terjunam.

Artikel ni matdwan seperti nak mengiakan tulisan mat tamarulan dulu yang mengatakan bapanya garang, supaya anak dia menjadi orang berguna, benar orang sekarang terlalu memuja2 anak2 serta kejayaan mereka, tapi pak ali tak kisah itu semua, janji anaknya beribadat, ada ke matdwan dan rakan rakan budiman merotan anak kalau tak sembahyang subuh, takut2 satu rumah hanyut terutama di pagi minggu, sekarang ni dah terbalik kaum cina lohong pulak bangun pagi, orang melayu pulak yang hanyut di pagi minggu.

Pak Ali pun tak pernah mengwar warkan perihal kejayaan anak2nya sehingga majikan nya pun tak tahu, tidak seperti ibubapa kini, habis dicanang perihal kejayaan anak2. Teringat aku pada komen matdwan dulu, didik anak ikut cara sendiri, tenguk hasil dalam 7 @ 8 tahun lagi, tiba2 ada cerita macam pak ali pulak.

Bukan apa dalam permulaan kertas kerja mesti ada hipotesis, begitu juga dalam mendidik anak2 juga perlu lihat hipotesis. Teringat aku pada kisah jiran yang agak rapat dengan aku, anak2 berjaya tapi hidup dia kesepian, anak2 bawa haluan masing2, dulu dia amat memuja kejayaan anak2. Satu lagi kisah anak anak juga berjaya, bapa tidak garang, tapi hingga kini anak2 masih gagal menghantar ibubapa menunaikan haji manakala bapa yang garang tu dapat menunaikan haji dihantar oleh anak2.

Rumusan cikgu siti pula bahawa solat itu dapat mencegah kemungkaran, walaupun miskin tapi beriman maka dapat mengelak kekufuran, jangan pula miskin dan tak beriman maka menghampiri kekufuran, betul zola?

Di kampung saya ada juga kisah anak2 ni bapa garang seorang ustaz, lima anak2nya masuk U dalam dan luar negeri, selang beberapa meter dari rumahnya juga seorang guru, ada lima anak, semua masuk IPT kedua iaitu penjara, serenti, Tunas bakti. Maaf ini bukan cerita rekaan, tapi kisah benar.

Jadi sama2 lah kita lihat produk mana nak diikut, cuba lihat artikel lalu sumbangan abang jem, tamarulan, juragan, tegak melintang, zola, johan dan lain2, cuma ingatan aku.....
" Sayangkan anak ditangan2kan, sayangkan isteri tinggal2kan.

Mmmmmm mAt dWan...siapa jejaka ni.

wani said...

solat yang dimaksudkan bukan sembarangan solat, tapi solat khusyuk. Solat yang tak khusyuk, tak ikhlas namanya. Iblis meminta izin dari Allah untuk menggoda semua anak adam kecuali orang-orang yang ikhlas.

Pelatihan solat khusyuk telah dianjurkan oleh Solat Center Malaysia pada 10-11 April yg lepas. Bagi yang ingin mengikutinya, ianya akan diadakan di Singapura pada bulan Mei. sila lawati blog http://ummuayman.blogspot.com/

Karkun said...

Betul wani, solat yang khusyuk, dah macam2 cara dibuat, cuma kursus yang wani cakapkan tu saja belum pergi, memang susah betul nak khusyuk.

Masa solatlah barang hilang boleh jumpa, meremang bulu roma sebab hantu ada kat belakang kunun, teringat kat awek2, ada kerja belum selesai, siap boleh buat kira2 tolak campur kira duit, nak main golf kat mana, kadang2 tersenyum pulak dan akhir sekali lupa pulak dah rakaat berapa ni, macam2 gangguan dalam sembahyang.

Apapun jangan tinggalkan solat, maka solat akan jaga kita. Sejak akhir2 ni banyak peristiwa agak aneh berlaku pada diri aku berkaitan solat ni, agaknya malaikat maut nak datang menjemput kot. kadang2 manusia lemah macam aku mudah saja nak terkucil soal solat ni, bila umur meningkat sayup ni rasa sesal dan risau kalau ada waktu nak tertinggal. lain kali sajalah aku cerita tentang peristiwa aneh tersebut.

Ingatan buat rakan2 dan diri aku jugak, jangan sekali2 tinggalkan solat baik di mana kita berada, dalam kereta, kapalterbang, keretapi, sukan, majlis, hospital dan risau di hati, InsyaAllah ada saja jalan untuk kita mengerjakan solat, malah semut mengingatkan kita supaya bersolat.

JUMPA LAGI.

abgjemm@gmail.com said...

Salam rakan2 BudiMan,

Minta maaf, Abgjemm terkesibukan sejak akhir2.., almaklum musim2 peksa, nak siapkan disseminition, hantar thesis dan lain2.., anak2 juga agak sibuk..,

Abgjemm agak terkesima dgn tulisan abg matdwan ini, agak bermotif strategis dan pasrah sekali.., tak sangka abg matdwan bisa menulis sebegitu rupa.., ngapala abg matdwan masuk kesatria dulu, masukla grup penulisan kreatif cam bro tembeling a.k.a brimjal a.k.a niazor.., he3

ok la sedikit komen..., abgjemm baru2 kebetulan adakan diskusi bersama rakan.., pada akhirnya kami setuju yang mana bila kita dah tua nanti (InsyaAllah di panjangkan umur) anak-anak kita bisa balik kerumah dan membuat kita tersenyum pun jadik lah..,
tak payah la lebih2..

Ok tu saja, , , abgjemm akan ada lagi sedikit catatan pengalaman.., tungguuu....

Abgjemm@gmail.com