Thursday, April 29, 2010

beRitA

1. Minggu lepas saya sempat bersembang dengan Ummi dsS dan beliau ada memberitahu saya bahawa Syed Mahadi dsS yang berkahwin dengan Muzlina dsS kini terlantar bed-ridden kerana masalah slip-disc. Sudah lebih dari sebulan beliau terlantar di rumahnnya kalau tak silap saya di sekitar Taman Melawati, Kuala Lumpur. Saya pun tiada alamat tepat. Mungkin rakan-rakan dsS boleh berikan alamat beliau. Jadi kalau ada sesiapa yang kelapangan mungkin boleh menziarahi rakan kita itu yang dalam kemudaratan tersebut.

2. Mizi diB Konsulat Songhkla ada memberitahu saya bahawa Isnin minggu hadapan beliau akan ke Kuala Lumpur kerana urusan pekerjaan. Katanya kalau ada peluang mungkin boleh teh tarik dan golf dengan kengkawan yang kelapangan pada hari tersebut.

15 comments:

Anonymous said...

Salam..

Saya ingin membuat pembetulan..Saya bukan bed-ridden tp msh boleh bergerak. Sakit cuma bila berdiri dan berjalan..

Setelah sebulan MC smbil diberi ubat oleh Dr Ampang Puteri Specialist Hospital, saya minta utk membuat MRI dan confirmed saya ada 2 minor slipdisc yg tidak perlu dioperate.

Saya skrg sudah 4 hari di APSH utk membuat fisioterapi smbil makan ubat..Kesihatan saya hampir pulih cuma tidak boleh membuat kerja berat dan mengangkat benda2 berat buat seketika ini..

InsyaAllah, esok saya boleh kuar hospital setelah saya sendiri rasa dah sihat..


Terima kasih krn menyiarkan cerita tentang saya....

Syed Mahadi Al-Jufree

Juragan said...

Assalamualaikum

Dah lama kita tak jumpa, dulu sihat, sekarang dah sakit, aku doakan syed mahadi sihat selalu, cuma pesanan aku bila umur dah kedepan tu main jangan kuat2 sangat, bak kata orang jawa, main alon alon, jangan ikut fesen dalam cd tu hahaha.
Ok, semoga cepat sembuh dan selamat beraktiviti.

LaN kidA said...

Salam..Syed Madi,
Semenjak pindah ke UtiM Shah Alam, memang tak pernah bersua lagi dgn Syed Madi ni dan juga isteri dia Muzlina.

Abg Muzlina, Muzamil dulu satu sekolah dgn saya, senior 1 tahun, selalu dtg kampung saya di Kg Bukit Kelulut kalau cuti sekolah main dgn geng kampung kami. Dulu ada nampak Muzamil berlakun iklan tapi lepas tu tak nampak dah.

Muzlina pula kalau tak silap saya satu kelas dengan adik pompuan saya yang no 2.

Gitu lah ceritanya, jadi mudah-mudahan Syed Madi akan kembali pulih sepenuhnya dan kembali menjalani aktiviti seperti biasa semula. Amin

ummi said...

Salam..

Owh, sori kalau tersilap dengar sebab Khatilah call hari tu mmg cakap Syed bed-ridden, pastu masa cakap dgn Muz 2 minggu sudah pun kalau x silap Muz bgtau tengah sakit sangat laaa...Maybe now Syed dah ok sikit dari masa Ummi call tu la ya..Apapun, moga cepat dan kembali pulih seperti sedia kala...sabar banyak2 eh..hehe
Ha, igt jasa isteri yang menjaga semasa terlantar tu tau..kan Muz kan..hehe

KiTanG said...

Salam Jumaat....Syed Mahadi,mudah2an dengan izinNya anda cepat sembuh...banyakkan istighfar

matdwan said...

Tuan Syed,

Semoga segera sembuh dan kembali bertugas seperti biasa..,

Akui rasa ko nie banyak sangat main golf kott.., org lain main 18 lobang ko main 19 lobang... hehehe

Adious

Asta Lavista

Tamarulan. said...

Dulu masa kat asrama bahaman saya pernah duduk satu dom dgn syed ni, ada tiga empat org lelaki ambik course dss,amin, mat trouble, kudin, syed mahadi, dan ada mamat tiarap kena balik Penang sebab tentera tak lulus.

Ada satu cerita yang aku tak lupa kisah syed ni minat skodeng masa muda2 dulu kat K.L.

Aku doakan beliau cepat sembuh.
OK.

Anonymous said...

Salam semua..

Terima kasih di atas doa2 kalian semua wlupun ada bermacam2 nama yg langsung saya x ingat n kenal..tp alhamdulillah, saya dah hampir 100% sembuh stlh seminggu mendapat rawatan intensif di APSH..

Tksh sekali lagi...

Syed Mahadi Al-Jufree

wani said...

Syed

saya pernah gak sakit pinggang,s ampai dr bagi Methylcobal 500mg yg saya kena makan sebiji sehari. bila dah sebulan Alhamdulillah OK lah sakitnya. Bila sakit tu datang balik, saya fikir, takkan saya nak bergantung ngan ubat, nanti menambahkan bilangan ubat dalam buah pinggang saya lak.

Alhamdulillah bulan Nov 2009 saya hadiri kursus Pelatihan Solat Khusyuk. Pada hari pertama tu ustaz ajar cara solat yang betuk, iaitu cara rukuk dan sujud yang betul. Selepas pertama kali buat sujud tu, pergh... memang lega sakit pinggangku. Ubat tu saya simpan kalau2 suami saya sakit

Ada saya ajar adik kat sini yg sakit pinggang (orang tinggi mudah kena sakit pinggang). Dia pun cakap, sedap rasa pinggang dia.

caranya mudah je. Orang sakit pinggang akan buat fisioterapi menggunakan penggelek yg ada roda. ditolak kedepan sejauh yang mungkin. semasa solat, untuk rukuk, kaki lurus mengadap kiblat (bukan macam kesatria yg kedudukan kaki terbuka) letak tangan di lutut, tegapkan badan sama seperti masa kita berdiri, lentikkan badan dan tolak badan ke depan sejauh yang mungkin. Baca Subhanarabbial 'Adzim sebanyak 11 kali secara perlahan

untuk sujud, letakkan tangan di sejadah macam merangkak, kedudukan peha adalah 90 darjah (kena suruh orang tengok betul ke tidak 90 darjah), kedudukan tangan selaras dengan bahu, kedudukan jari rapat mengadap kiblat. Bila dah selesa baru kita sujud. lentikkan badan dengan menekan dada sedikit. Sujud dengan bacaan Subhanarabbial A'la sebanyak 11 kali sekurang-kurangnya

Yang belum kena atau rasa-rasa macam dah mula tak selesa pinggangnya elok amalkan

Sirap said...

Bab rukuk takpa lagi, tapi bab sujud paha kena 90 darjah tu kalau isteri aku tenguk kira ok la, mengkala isteri aku sujud peha nak 90 darjah, aku pulak kena tenguk, nahas lapulak, mat dwan pun tak tahan...

wani said...

Astaghfirullah! Bila nak bincang bab solatpun masih nak ingat dunia gak lagi. asyik nak mengkonaaaaaa... je.

Koi pernah tak dengar hadis kata "Sesiapa yang bercakap tentang keperluan kelaminnya dihadapan khalayak sama seperti syaitan jantan dan betina yang berzina didepan khalayak". Nauzubillah

Koi bukanlah nak mengutuk awak, tapi cuma nak mengingatkan aje sebagai kawan. Ingatlah bahawa kita ni semua menuju mati, bukan nak kekal hidup selamanya

Kadang-kadang koi kurang selesa dengan sesetengah komen sebab macam tak ingat Allah, orang yang abaikan Allah, Allah akan abaikan dia. Mungkin dia rasa selama ni dia cukup makan pakai walaupun dia tak ingat Allah, tapi ingatlah bahawa rezeki yang diterima itu dalam marah Allah.

Kalau kita ni banyak buatkan mak kita marah, bayangkan mak kita campak duit kat muka kita. Nko ambiklah duit ni pas tu berambus. Apa bezanya dengan mak bagi kita duit dengan penuh kasih sayang dan terharu pada ingatan kita padanya. Pasti berbeza.

Awak mungkin akan buat lawak lagi pada kenyataan koi, itu terserah pada awak samada nak terima atau tidak. Kalau awak nak termasuk dalam golongan yang Allah kata "Sesungguhnya orang yang melampau itu sama saja bagi mereka samada kamu memeri peringatan atau tidak memberi peringatan", terserah. Koi harap awak tak lah macam tu.

Kok ye pun nak bergurau, tolonglah tengok tempat sikit. Macamana kita nak bina generasi yg beriman, kalau bapak pun macam ni?

Hang Buah said...

Wani,
Setuju sangat... kena ingatkan sikit pada org2 yg takpernah beringat tu...main sedap mulut jer.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana...org tua2 lama dah pesan tu.

Anonymous said...

Teruk aku kena hentam.... tolooooooogggg.....

Syaitan said...

Jawab jangan tak jawab.

matdwan said...

Kida..,

Aku rasa kao delete je la komen yg tak de nama ke, anonymous ke atau mana2 jembalang yg tak dikenali.., meluat aku..

adious