Thursday, February 11, 2010

reUniOn UitM pahaNG - siRi 5

2 hari lepas Shake dan Norm dsS ada meminta saya memberikan nama Wakil Kelas bagi batch Julai 1985. Wakil Kelas ini di lantik bertujuan untuk koordinasi penyertaan bekas2 pelajar kursus dalam ReuNion ini nanti. Saya sebenarnya ingin meminta maaf kepada rakan budiMaN yang mana saya tanpa berhubung atau bertanya dahulu kepada beberapa rakan budiMaN telah mencadangkan beberapa nama kepada AJK ReuNion sebagai Wakil Kelas/Kursus bagi batch Julai 1985. Antara nama yang saya cadangkan ialah :

1. DBS - saya sendiri
2. DPA - Azmi (Bilal)
3. DIA - Zainordin (Kitang)
4. DSS - Ummi
5. DIB - Zul Sani
6. DCS - Wani

Bila di tanya bagaimana agaknya sambutan ReuNion ini dari batch Julai 1985, saya sendiri sebenarnya tidak dapat memberikan kepastian. Dari pengalaman saya kebanyakan batch Julai 1985 hanya memberikan pengesahan biasanya di saat-saat akhir dateline. Pandangan saya kalau geng perempuan memang susah la nak attend ReuNion ni di KL kerana kebanyakannya bekeluarga. Sebab itu 2 kali REunion batch Julai 1985 saya buat di Pahang(Kuantan 2006 dan Maran 2007) dan itupun hanya sebilangan geng perempuan yang hadir.

Satu lagi saya ada suarakan concern saya pasal bayaran RM100 tu yang saya rasa tinggi bagi sesetengah orang. Tapi alhamdulillah pihak AJK sedang berusaha keras sebenarnya untuk mengurangkan lagi kadar bayaran tersebut, insyaallah.

Selain itu usaha mengumpulkan data untuk dimuatkan di dalam majalah Bekas Pelajar UitM Pahang yang di lakukan oleh Shake juga mungkin mengalami kesukaran dari segi format gambar baru dan lama. Kalau perempuan biasanya susah sedikit terutama yang dulu tak bertudung dan sekarang bertudung. Satu lagi nak cari gambar lama dan scan hantar kat Wakil Kelas untuk di berikan kepada Shake pun satu hal jugak tu. Kalau nak cilok gambar dalam photopages Dona yang ada gambar lama...tu pun kena minta kebenaran dari tuanpunya badan dulu tu.

Apa-apa pun kita doakan semoga usaha murni AJK untuk menghimpunkan batch Jan dan Julai 1985 ini sempena Jubli Perak UitM Pahang akan berjaya hendaknya. Memang banyak kesukaran yang di tempuh terutama bagi mendapatkan confirmation awal penyertaan beserta dengan bayaran sedangkan venue mesti di tempah dengan jumlah peserta dan deposit mesti di dahulukan. Kerjasama semua pihak sebenarnya amatlah diperlukan di antara kita dengan cara kita semua di sini menyebarkan kepada rakan budiMaN yang mungkin tidak tahu dan dapatkan pengesahan awal mereka untuk di sampaikan kepada Wakil Kelas masing-masing. Even jika tidak dapat menyertai pun minta tolong supaya dapat memberitahu seawal yang boleh supaya senang AJK membuat tempahan.

15 comments:

Anonymous said...

CEPAT WEH
TAK SABAR RASANYE NAK JAMING NGAN KO RANG LAGI
KIDA JGAN LUPE PANGGIL BALIK ROKERS
KO DULU HEE
BUAT CAM MALAM TU KAT TMN GARUDA...

JOHN

sentiasa tegak said...

Apa kate main golf lwn geng senior keesokan harinya? geng senior perempuan bole join. tak main tapi jadi kd pun ok.hehehe. Jgn lupa Pn zakiah. Tu yg paling penting.hehe.rindu kembali mengamit.

aki said...

yo aki-aki sekelian

saper nak gi HSBC raub nak gi tarik Cek Lias a.k.a 'leman' gi ReU., kita wakilkan mat taib amacam...

zola said...

mana email kitang nih!!! ai nak anta sangat2 dah biodata gambo sekarang dengan 25 tahun dahulu...
kalau tak g tapi nak buku biodata gak boleh tak??

KiTanG said...

Salam buat rodong2 DIA July'85.
E-mail koi: zainordin@maybank.com.my

Ummi said...

Salam...
Huk alooo..Ummi lak wakil DSS eh? Kida ni, Muslim ada tu ha...Xpa, apa yang penting kerjaaaa samaaa..Hehe..insyaAllah akan ku uar-uarkan ke seluruh pelusuk negeri..hehe, Ummi pn x tau la jadi ke x pergi nih...ada apa2 cuti am ke date tu eh.. ^__^

wani said...

Lan, koi sabona e tak tahupun nama jejaka2 yg hang siarkan gambarnya tu kecuali yg paling tinggi tu. yang tu kalau ada batch 85 tak kenal tak tahulah sebab dia yg paling menyerlah antara ramai2. kalau berdiri nampak dia sorang. orang lain tenggelam. macam masa koi kerjakan haji, dari jauh nampak misbun sidek dalam jemaah Malaysia. kalau ada boss koi lage le tak nampak.

maafla guna bahasa rojak, zaman kita zaman Majalah Gila2, semua bahasa ada kat dalam tu. siapa ada koleksi gila2?

koi rasa batch koi yang pergi 2 orang je iaitu Saadah dan Zainab (lecturer ITM Pahang ooops sekarang ITM Melaka), dulu pakwe dia Mazlan DPIM, sekarang dah jadi hubby. Kalau dia buka untuk batch junior harus Lan pun pergi jugak.

mizi said...

Sis Wani,
dari kiri: Sabri (DIA July 85), Apamz (DIA July 85), Papa Rock Ramli Sharip, Mizi (DiB Jan 86) dan Alias (July 85)

matdwan said...

Mizi cekap...
yo,. moh gi pattong beach tangkap kodok.. yo pengsan aki..,

Anonymous said...

ramli sarip tu batch mana hah??? hehehehe

Anonymous said...

salam..
ummi, 28hb mei hari wesak, 29hb mei reunion... ok kot... jom lah dtg...

wani, 2 org jer dari dcs?... kalau yg lain tak dtg, dia orang nak tak majalah ? boleh confirmkan tang tu tak?

KSHAKE...

Anonymous said...

salam..
ummi, 28hb mei hari wesak, 29hb mei reunion... ok kot... jom lah dtg...

wani, 2 org jer dari dcs?... kalau yg lain tak dtg, dia orang nak tak majalah ? boleh confirmkan tang tu tak?

KSHAKE...

mizi said...

matdwan,
ikan di air aku boleh tahu mana satu jantan dan yang mana satu betina, ini kan pula kodok-kodok di patong beach.....

apamz said...

Wani,
Glamer jugoklah koi dulu ye?....

kalau kawad kesatria tu selalu kena jadi "penanda"...hehe!

CikSembang said...

Kak Wani,

saya baru jejak Kak Asmah Said DCS 85, kat Fb, dan dah maklumkan blog ini