Thursday, February 25, 2010

saLaM maULiduR raSuL

Esok umat Islam di Malaysia akan menyambut Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bererti Kelahiran Rasul) iaitu Hari Keputeraan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad saw. Di harap saya sendiri dan rakan budiMaN semua akan lebih menginsafi diri dan memperbanyakkan selawat keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Kalau masa budak2 dulu rajin kita mengikut berarak Maulidur Rasul, kini mungkin kita hanya menonton sambutan Maulidur Rasul di kaca TV sahaja, itupun kalau bangun awal...kalau terlajak sampai pukol 11 pagi...Maulidur Rasul kita masa sembahyang Jumaat mendengar kutbah saja la nampaknya.

9 comments:

Tamarulan said...

Esok kita akan menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. maka menginatkan aku kepada salah satu sifat Rasulullah iaitu tabligh, maka berikutan dari itu maka wujud lah jemaah tabligh dan jemaat ini mempunyai ramai pengikut kat negara kita, kalau tubuh parti aku rasa dapat juga kerusi DUN atau Parlimen, jadi kat itm juga tak terlepas dari pengaruh jemaat tabligh ni, aku ada juga pergi dengar bayan kat beserah dan masjid india, kepala nya sudah tentu semua tahu iaitu sarf zafar, tapi dia tak cukur misai,takut menyerlah agaknya, jemaah ni bila berdoa akan menangis, tapi ada ke patut apek masa kat asrama delima dulu mat tabligh cuba menangis tapi dia ketawa pulak, begerak2 janggut sarip, kat masjid india pulak dia orang makan pakai dulang, kongsi ramai2, aku ada jugak tumpang sekaki, cuma aku tak pernah keluar tiga hari saja, ramai jugak rakan budiman keluar tiga hari macam sudin, masrom, hantu raya dan.. aku pun dah lupa, tapi hantu lepas tu kembali jadi hantu dan sekarang dah jadi tengku hantu sebab dia kahwin kerabat di raja pahang, cuma mat brengsek saja kekal macam biasa sampai harini, kat delima dulu pintu bilik dia selalu kena ketuk waktu subuh, dia bangun agaknya, oklah kengkawan esok cuti aku nak berselawat dengan misses aku, malam ni kan malam jumaat, marilah sama2 kita ambil berkat.

mohamad said...

cakap pasal tabligh ni , ustaz kerbau ada juga ajak keluar 3 hari, tapi kena 3 hari cash, 3hari installment kerbau cakap tak boleh. teringat juga kerbau pujuk pergi mesjid india, nanti lepas isyak kita pergi makan sup kambing kat belakang keramat supermarket. tapi masa tu sup kambing nya memang sedap. skrang ni ada lagi tak?

LaN kidA said...

Rasanya ada lagi Mohd...tpt roti canai banjir mamak tepi sungai tu la kan..ada sup jugok situ. Bila awok nak ke Kolompo Mohd? Kalau awok tak ke Kolompo..takpe koi balik temeloh moh la ngeteh ke apa...koi ajok Kerbau nanti

matdwan said...

Yo Mat Brenseq, kao jangan lari, aku nak tangkap kao skali lagi.. tunggu..,
dek kerana nak mengkaji camana air paip mesjid negeri boleh terpancul dengan hanya menghulur tangan, mat brenseq sanggup menyelongkar beberapa locker kengkawan utk mendapatkan songkok utk kesemejid ...hahhahha kalu tak hampehhh...
tapi skrg dengar citer mat brenseq assitant imam semejid bangau... yer ker Mat, AlahduLillah...,

Yo .., Idup Mat Brenseq..

mohamad said...

bukan x nak gi kl, ada sekali koi pegi dulu, terkejut sebab bulatan pahang dah hilang. kita ngeteh ka tmloh je lah.

Juragan said...

OOOiiiii penghulu @ mat brengsek... helmet yang nko curi kat bawah library menara itm shah alam dulu dah pulangkan ke belum...

Salwani said...

mat Dwan

tak nak belajar ngan koi ke? Masa praktikal kat pejabat SUK Selangor dulu, koi ada ilmu tu, hulur tangan je air keluar. he he he ... semua orang kat bangunan tu ada ilmu tu. tapi yg menjadinya kat surau je le, kat tempat lain tak menjadi, sebab tak de sensor

Balok said...

Mmmmmm salwani hulur tangan kat menda tu memang keluar air sebab ada sensor... matdwan memang arif bab tu.

matdwan said...

yo bro balok,

ada teori tu mengikut umur, kalu ikut kan fakta tu hulur tangan trus kluar air tu mungkin sekitar umur 15-20 yo.., tapi kalu ikut teori tu dlm keadaan umur skarang 40-50 takat hulur tangan je tak jadi apa beb...hehehe..,
Lu Pikir la sendiri..