Friday, February 05, 2010

reUniOn UitM pahaNG - siRi 4

Petang semalam kira-kira jam 6-00, saya bersama Bilal dpA menghadiri mesyuarat ReuNion Jubli Perak UitM Pahang yang telah di adakan di pejabat Halim dpA di Plaza Pantai. Hadir dalam mesyuarat tersebut AJK utama ReuNion iaitu Halim dpA, Shake dsS, Norm dsS, Sit dsS, Khatilah dsS, Razlan diA serta saya dan Bilal. Beberapa perkara telah dibincangkan berkaitan ReuNion antara yang telah diputuskan ialah :

1. Tarikh ReuNion adalah 29hb Mei 2010.

2. Venue ReuNion telah ditukar dengan first choice tempahan di IntekMa Resort di Shah Alam dan ke dua di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

3. ReuNion hanya untuk ex-UitM Pahang batch Jan dan Julai 1985 sahaja tanpa keluarga atau spouse. Namun begitu jika ada keluarga yang mengikuti peserta ReuNion, mereka bolehlah mendapatkan penginapan dengan sedikit bayaran kecil di Asrama UitM Shah Alam.

4. Bayaran penyertaan setakat anggaran semalam adalah RM100 seorang meliputi Jamuan Makan Malam ReuNion dan Majalah biodata Ex-UitM Pahang batch Jan dan Julai 1985.

5. Shake dsS meminta kerjasama kepada semua batch Jan dan Julai 1985 untuk menghantar biodata diri serta gambar lama dan baru untuk di muatkan di dalam majalah biodata itu nanti. (Contoh biodata yang akan dimuatkan seperti gambar di atas)

6. Tema ReuNion dan dress code adalah Retro 85 Nite dan ReuNion akan di adakan secara free n easy di mana hanya Dato Nasuddin bekas Pengetua UitM Pahang beserta dengan beberapa bekas kakitangan dan pensyarah akan di jemput ke ReuNion itu nanti. Mesyuarat memutuskan tidak menjemput VVIP ke Jamuan ReuNion. Peserta akan digalakkan memakai pakaian seperti masa di UitM Pahang dolu-dolu dan kemungkinan akan diadakan best dress Retro.

AJK ReuNion sudahpun mendapatkan pengesahan dari beberapa ex-UitM Pahang(kebanyakannya batch Jan 1985) yang akan memberikan sumbangan bagi meringankan beban kos ReuNion ini. Namun begitu jika ada sumbangan dari dermawan batch Julai 1985 amatlah di alu-alukan supaya kos akan lebih berkurangan dan mungkin boleh mengurangkan participation fee RM100 seorang yang dikenakan.

Pandangan rakan budiMaN semua terutama untuk perkara 2, 4, 5 dan 6 seperti di atas amatlah di harapkan agar menjadi panduan kepada AJK ReuNion. Pihak AJK juga mengharapkan jika ada rakan budiMaN yang ada connection dengan printing company dan mungkin boleh mendapatkan harga yang berpatutan untuk mencetak majalah Ex-UitM Pahang nanti. Satu lagi nak dapat respond dari kengkawan budiMaN semua, sape yang nak pegi ReuNion ni...takat ni yang tengok bersemangat hanyalah geng dsS sahaja...bagaimana yang lain?

17 comments:

Tamarulan. said...

oh...baru aku ingat sikit2 muka shake ni, masa muda ranggi, sekarang dah insaf kot, hahaha, tapi masih mengancam, tarikh, venue semua ok, tapi kempunan aku sebab tak dapat jumpa kekasih2 lama yang junior tu, sharifah budak juventus hadir ke? teringin jugak aku nak jumpa dia, berkenaan tema reunion tu peh baik punya, jantan2 tu dulu punya la lebat jambul, sekarang dah terang kepala, aweks2 dulu punggung nipis2 tapi sekarang dah tebal kahkahkah, i am shori, terkasar bahasa pulak, tapi semua tu masih bergetah lagi, cuma bak kata lan kida tu sindrom 40an tu dah menyerlah, dress code pulak retro 85 pergh, kaum hawa tah camana rupa agaknya, hero2 tu pakai jean ketat peha bawah besar sikit, tapi aku sampai sekarang masih retro, cuma perut buncit dan buntut dah kecik, nafsu kuat lagi but tenaga kurang sikit tak selincah dulu, dulu rambut aku sda setokin kat telinga tapi sekarang dah takde, maka semua daftar segera ok, ikut semangat budak dss tu.

abgjemm@gmail.com said...

abgjemm ok jer... abgjemm fooolooow.., mebbe ada yg nak tanya ., kalu tak lodging camana., atau compulsory.., tapi abgjemm rasa kasi freedom (bukan freedom arwah seha) sket la.., nama pun retro..,

p/s abgjemm nak kasi sarip pakai wig afro, sluar boot cut dan lagun dia ada lagi tak?

hairie @ zm said...

Koi rasa semua agenda yg dicadangkan boleh dikatakan menarik spt pakaian masa zaman kampus tahun 1985, wang penyertaan, para jemputan dsb. Koi doakan semoga reunion ini berjaya. Apa-apapun kehadiran koi 50/50 memandangkan kemungkinan tarikh tersebut koi agak busy dengan kerja. Koi minta maaf kpd semua AJK reunion.

50/50 said...

50/50
Salam Rerodong....terutama abang ZM.. koi berharap sangat abg Z datang pada reunion tu..masa pre-gat & gathering di Maran yang dianjurkan dulu awok tak hadir. Kecewa koi...Tolong usha Hajah Golden n Huda gaks...

Anonymous said...

salam ...
hehehe tamarulan... so skrg dah ingat sikit2 muka shake kan...masa muda bukan takat ranggi tapi rock kapak gak ngan dona n geng2 lain..tapi la ni ramai dah insaf :)... bila nak update/upload gambar tamarulan kat template tu? teruja gak nak tengok...

abgjemm...sharif rambut afro dia tang dulu tu asli la ni tak tau plak camner rupa hehe manalah sharif tu skrg ya... sidi masih dgn rambut tegak dia lagi kot...:)

salam dr kshake...

johan said...

oh....ingatkan pancaran marijuana..
sori silap la...

john

Anonymous said...

takpe john silap diterima...:)

shake..

Ummi said...

Salam
Owh..ni dia kak Shake..baru la teringat balik..kuii, kuiii..Selalu sgt kak Dona n kak Sheena sebut, puas nk ngingat...hehe..

Sirap said...

shake... dah kawin ke belum?

KiTanG said...

Salam...jom DIA July'85...Retro kita wei!...rapatkan silaturahim...

zula said...

ai nak giiiii...!!!! meh la join...rambo? kak tie? mek jar? kak azie? kak sue....where are uuuu.....?????

Anonymous said...

yo lah ummi oiii... byk benda nak kena refresh hehe... teruja nak jumpa u all...

kshake..

Anonymous said...

sirap, shake dah kahwin...:)
tapi geng2 ada yg still available..hehe

KSHAKE...

Sirap said...

mmm... kempunan aku.

Anonymous said...

mmmmmm sapalah sarip eh sirap ni ye...

SHAKE

Sirap said...

hmmm alahai, tershashul pulak shake sebut nama saya.

Anonymous said...

OOPPSS!.....:-)

SHAKE