Tuesday, December 29, 2009

peNgaKuaN

Saya ada terima e-mail dari seorang rakan budiMaN yang mengenalkan dirinya cuma sebagai Abg Jem. Sebenarnya saya rasa keberatan juga untuk menyiarkan e-mail beliau ini kerana beliau tidak mahu mengenalkan dirinya yang sebenar namun begitu untuk permulaan ini saya siarkan juga. Cuma saya berharap kepada Abg Jem untuk dapat mengenalkan dirinya yang sebenar supaya penulisan beliau akan lebih bertanggungjawab dan kredibilit penulisannya boleh di nilaikan oleh pembaca yang ingin di dekatinya. Beginilah tulisan Abg Jem yang bertajuk 'Pengakuan' :

Tuan tuan, saudaraku dan sahabat handaiku,
Aku bukan nak pandai memandai menulis perkara-perkara yang sebegini, tetapi teruja dengan beberapa postings yang dibuat oleh saudara Lan Kida terutama tentang gossip dan email dari rakan Budiman.

Kepada Rakan Budiman, aku nak membawa sedikit gegasan yang mungkin ada diantara kalian tidak bersetuju dengan aku, itu tidak mengapa kerana kita mempunyai hak kita sendiri. Aku tidak meletakkan nama aku diatas sebab-sebab yang pertama, aku tahu apa yang akan membawa lebih kepada satu impressi yang kurang benar atau mengelirukan, kerana aku hanya menulis kerana aku teruja untuk menulis dan tidak kerana nama dan sebagainya. Kedua, aku hendak kalian menilai gegasan aku dan bukan penilaian diatas diri aku.

Baiklah, gegasan itu begini… Perbezaan diantara Kemiskinan dan Kekayaan, Susah dan Senang adalah sama dengan perbezaan diantara Orang Islam dan Orang Bukan Islam… iaitu ‘Pengakuan’ ini adalah kerana pengakuan atau syahadah inilah yang menentukan samada seseorang itu Islam atau Bukan Islam, yang selebih dari itu Allah lebih mengetahui kerna kita boleh melihat seseorang itu melakukan rukun dan sebagainya , betul tetapi niat dan apa-apa yang berada didalam hati seseorang itu tidak bisa dirungkai oleh manusia biasa…

Begitu juga dengan miskin atau kaya, susah atau senang yang kita hadapi ini perbezaannya hanyalah ‘pengakuan’ kita, tidak ada kayu pengukur atau sesiapapun yang berhak mengatakannya kecuali diri kita sendiri. Contoh, kita mungkin merasakan kita miskin dan susah sebab dua atau tiga hari tidak dapat menjamah makanan seperti biasa, tetapi ada orang yang lebih susah atau miskin yang mungkin telah tidak menjamah makanan lebih tiga atau empat hari atau orang yang sengaja tidak mahu makan atau mereka yang berpenyakit tidak boleh makan…

Apa yang aku ingin utarakan disini adalah sikap dan tanggapan sesetengah dari kita yang mengaku dirinya susah, miskin dan sebagainya berbanding individu lain adalah tidak benar dan bersesuaian sama sekali dengan aqidah kita kerana kita dilahirkan sama iaitu dengan anugerah yang amat berharga iaitu ‘fikiran’ sementelah pula kita dibekallkan dengan pebelajaran yang begitu bertaraf dan tinggi standard graduan sekurang-kurangnya diploma.

Tuan tuan saudaraku,
Aku bukan nak berceramah tentang politik atau motivasi kerana ini bukan pentasnya… cumanya aku ingin nak share sedikit tentang beberapa pengalaman aku yang tidak seberapa didalam mengharung ombak kehidupan dan seterusnya mungkin ada beberapa tips atau panduan untuk kalian yang mana kalian rasakan munasabah boleh dipakai, gunakanlah sebaik mungkin dan yang mana mengarut tu tak usahlah diambil kira kerana aku manusia biasa, tak ada apa-apa perbezaan antara kita. Disinilah aku belajar tentang erti kehidupan sebenar, tentang rakan-rakan, tentang kekeluargaan dan juga tentang soal kepimpinan. Postings ini akan berkisar diantara pentingnya ‘pengakuan’ dalam kehidupan kita dan bagaimana ‘pengakuan’ itu bisa merobah persepsi manusia dan seterusnya bisa merobah taraf kehidupan kita. Aku tidak pernah percaya akan adanya rakan-rakan aku yang susah atau miskin, kerna kita semua dilahirkan sebagai seorang ‘JUARA’ oleh itu janganlah tanggap diri anda sebegitu rupa kerna itu bisa membawa kurangnya keyakinan terhadap Allah swt.

To be continued…Kida, aku akan sambug lagi… tq

6 comments:

JOHAN said...

KITALAH JAURA.....

kerbau said...

Salam,jrg2 saya masuk ruang komen ni tapi kali ni rasa terpanggil pulak setelah membaca komen dari abg.jem yg tdk mengenalkan diri,tapi tk apalah,yg penting pengisiannya.
Abg. Jem,saya agak adalah agak keterlaluan bagi kita semua untuk mengatakan kwn2 yg susah ni membuat pengakuan tentang kesusahan mereka.Setahu saya tak ada sesiapa pun di antara kwn2 budiman ni yg mendedahkan kesusahan masing2.Kalau kerana Lan Kida mendedahkan sekurang2nya 5 orang dari kwn2 Budiman yang sekarang ni sedang amat2 susah maka Abg.Jem mangatakan mereka telah membuat pengakuan,saya rasa itu telah tersasar jauh.
Mereka2 ini sekadar bercerita dengan Lan Kida sebagai seorang kawan dan saya yakin mereka2 ini juga tidak mahu cerita2 mereka ini di dedahkan samada di dalam blog atau di mana2 sahaja.Saya juga amat yakin Lan Kida membuat pendedahan ini tanpa nama dan apa2 pengenalan diri sekadar untuk menyedarkan kawan2 Budiman yang mungkin terlupa atau terlepas pandang untuk sama2 memikirkan kwn2 yang susah ini.
Abg.jem,kwn2 yang susah ini sekadar bercerita kepada Lan Kida atau kepada sesiapa saja,sekurang-kurangnya dapat juga melegakan perasaan yang gundah gelana walaupun kita tahu kadang2 tempat kita bercerita tidak mampu untuk menyelesaikan masalah kita.Abg.Jem,kita semua manusia yang ada hati dan perasaan yang perlukan orang untuk bercerita, untuk berkongsi susah dan senang atau setidak-tidaknya menjadi pendengar yang baik.
Saya yakin mereka2 ini adalah orang2 yang tabah dalam menghadapi kesusahan hidup, orang2 yang sentiasa bersemangat untuk terus berusaha memajukan diri dan keluarga,mereka2 ini adalah orang yang hebat yang terus mengharungi hidup untuk membesarkan anak2 dengan bil2 api dan air yang sentiasa merah pada setiap hujung bulan, menghadapi anak2 yang sentiasa menadah tangan setiap pagi untuk belanja sekolah,terpaksa melihat orang lain membawa anak2 ke kfc,pizza hut dan macam2 lagi tempat anak2 berseronok sedangkan mereka terpaksa beli beras secara kilo,mereka2 ini juga sentiasa bersyukur dengan apa yang di kurniakan oleh Allah s.w.t dan sentiasa memohon kepada Nya untuk memberikan mereka ketenangan jiwa,kelapangan fikiran,mengubah nasib mereka dan anak2,memberikan mereka kekuatan untuk terus berusaha dan tidak mengharapkan apa2 selain pertolongan Allah s.w.t.
Abg.Jem,mereka2 ini juga ada maruah diri daripada untuk membuat pengakuan,mereka2 ini juga mahu berjaya daripada terus mengadu,mereka2 ini juga amat2 bermotivasi daripada terus mengeluh dan saya juga amat memahami dan mengenali mereka2 ini kerana saya juga salah seorang dari mereka....................

lan kida said...

Salam,
Betul kata Abg Ker ....tapi apa pun nantikan artikel ke 2 ABG JAMMING ni...maybe lagi panas kot...tungguuuuu

Abgjemm@gmail.com said...

Terima Kasih Abg Ker dan rakan budiMan...
Apa yang Abg Ker nyatakan diatas teramatlah benarnya, ini adalah kerana Abgjemm sendiri tidak juga tidak lekang dari permasalahan, rumah bergelap selepas bil merah, kereta kena tarik dan surat lawyer yang lebih tebal dari surat khabar, kereta tersadai x de minyak, sumuanya adalah hiburan bagi Abgjemm sekeluarga...buat kata isteri 'jgn depa amik anak2 kita dah la bang..'
Tetapi, apa yg Abgjemm ingin utarakan disini adalah apakah ini semua akan mematahkan semangat kita dan adakah perkara2 begini
kita boleh khabarkan kepada saudara mara atau canangkan di ofis, atau duduk merenung nasib yang malang, apa pekdahnya...
Abgjemm rasa lebih baik kita fokuskan kembali kepada permasalahan sebenar..,kerana 'sesuatu yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk itu datang dari perbuatan manusia itu sendiri..'
Angjemm akan lebarkan lagi gegasan abgjemm iaitu..'orang Melayu Gagal Didalam Mengurus Kekayaan..' utk renungan...
Terima Kasih

Abgjemm@gmail.com said...

Betul tu JOHAN, kita memang Juara .. sebab kita adalah perenang yang paling handal diantara berjuta peserta ketika didalam rahim ibu.., dan berjaya mendapatkan makanan melalui uterus yang sangat kecil selama 9 bulan dan berjaya memecah air ketuban lalu keluar kedunia... Hidup JOHAN

JOHAN said...

Salam,KITA ADALAH SAMA, satu ungkapan yg pada pandangan saya tidak sesuai (bkn tak betul, mungkin)krn setiap org memang dilahirkan didunia ini dgn akal fikiran (kecuali org yg tak ber akal..??)tapi tahap akalnya adalah berbeda kapasitinya ANTARA SATU SAMA LAIN. sbb itu ada yg genius, ade yg bebal, ade yg dungu & macam2 lagi istilah. Lihat saja anak2 kita cth paling dekat adekah mrk semuanya pintar atau sama kepintarn mrk? tak mungkin kan? tahap kepintaran mrk berbeda kan sbb antara mrk ade kelebihan & kekurangannya, iany adalah anugerah ilahi.... tapi utk ape? bknkah ianya utk ujudkan sikap tolong menolong & bantu membantu antara satu sama lain kan. Maka jadilah konsep yg pintar akan menolong yg dungu, yg senang akan menolong yg susah, atau yg dungu meminta bantuan dari yg pintar, yg susah minta perhatian dari yg senang....MELALUI pengakuan, penghebahan, atau dari pengamatan antara satu sama lain...
Maka terjalinlan perhubungan yg sihat YG memberi tak mengungkit & yg menerima tak melupakan jasa org.
yg membantu.

KITALAH JUARA......JUARA KAMPUNG???