Wednesday, December 23, 2009

muLA keRjA

Anak saya yang sulong, Maisarah yang baru sahaja selesai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia baru-baru ini dah mula bekerja full time kat Times Square. Katanya boring duduk rumah dan cari pengalaman kerja sambil dapat duit saku sementara tunggu keputusan SPM pada April 2010 nanti. SK pula suruh dia belajar memandu kereta supaya senang nanti kalau dapat melanjutkan pelajaran dan terus ambil lesen. Mungkin selepas Januari nanti boleh daftar dengan Sekolah Memandu, insyaallah. Saya pesan kepada Sarah supaya kerja elok-elok, ringan tulang, work smart dan cuba belajar sebarapa banyak pengalaman yang boleh. Saya juga pesan kepada beliau bila dah dapat gaji nanti, jangan lupa gaji pertama tu... sedikit sedekahkan untuk masjid dan sedikit sedekahkan kepada kedua ibubapa...insyaallah berkat mudah-mudahan sampai bila-bila.

Saya masih ingat masa saya mula-mula kerja dahulu pada tahun 1983 dengan HSBC Temerloh sebagai Kerani Bank dengan gaji RM410 sebulan, saya beli mini compo National...hehe. Tapi ada jugak la sedekahkan sedikit kepada kedua ibubapa. Rakan budiMaN camne dengan gaji pertama kerja?

8 comments:

Mat Dwan said...

Ha ha... topik menarik... kena propose kat Sinar Pagi,.. gua gaji 16.80 sehari bro, payslip pun masih ada simpan lagi...

ummi said...

Salam..
Emmm baguslah Sarah ada keinginan untuk kerja, ya laa, dari duduk saja..lagipun budak2 sedang tu dah reti je nak rasa2 duit sendiri..sambil2 cari pengalaman dan merasa susah senang nak dapat duit nih..

Anak2 Ummi pun, lepas je habis SPM terus hantar driving school, alhamdulillah now tiga2 orang tu dah ada lesen dan yg 2 org tu boleh memandu ke hulu-hilir..si Najiha je cam x sempat nak tunjuk skill sbb lepas dpt lesen, ada la bwk 2 3 kali jek, 3 4 hari lepas tu dah msuk U lak..now cam takut2 lak..hehe..Pastu abglong n k.ngah mmg kerja masa tggu SPM, kecuali Najiha je suka duk rumah, tolong2 wat kerja rumah je dia ni..Gaji pertama diaorg, alhamdulillah, abglong n k.ngah bg byk gak laa kat mak ayah diaorg ni..hehe..terpulang nak buat apa katanya..tp xmau citer sini la..

Ummi gaji pertama pun, mesti igt mak ayah la yang pertamanya...wpun gaji x besar mana, merasa la bg dan belikan sesuatu tuk diaorg..kebetulan duk dgn mak sedara masa kerja di Ktn..kira bg every month laa..Lain2 x ingat la, kerja 2 bulan terus kahwin..hehe

Waleed said...

Salam
Gaji pertama???...mmmm Syukur yg pertama tu bagi kat org tua skit..walupun masa tu kat KL..gaji ciput. RM380 je.tumpang umah abang kat Kg Tunku, PJ.Hari2 jadi supir abg koi spai ofis kerajaan jln duta pastu kena naik teksi spai jln ipoh (bas xder).TP alhamdulillah syukur keHadrat ALLAH swt. Walaupu gaji kecil, koi masih mampu mengharungi hidup di KL ni. Asal tau camner nak gunakan wang gaji kita sebaik mungkin

p/s ada masa terkeliru gak ngan duit gaji nie..hehehe

w.mazlan said...

Koi gaji pertama RM400. Keje kat ladang koko tinggal sekali dengan mat indon kat rumah kongsi... haru beb...hujung minggu (ada pasar malam) keluar dari ladang dengan lori... orang tengok koi pun macam mat indon... leteh aah.. Bulan pertama kerja..gaji tak dapat...kena gantung... pok sedara (toke) buat ki serupa macam mat indon... bulan kedua baru bagi gaji untuk bulan pertama keje... sampai sekarang balance gaji tak bayar lagi... tak pa koi halalkan...

lan kida said...

Salam semua,
Mat Dwan, Ummi, Walid n Apek...menarik pengalaman gaji pertama. Yang lain-lain camne plak.

Tapi Sarah baru masuk hari ke 2 kerja jer dah siap ada pulak mamat hantar surat cinta kat dia...pastu ada pulak mamat mat salleh australia siap bagi no phone suruh kontek....risau plak gua dgn SK... nasib baik la Sarah ni semua benda dia cerita dgn mak dia.

Ingat lepas ni kena buat topik plak...Camne nak handle anak pompuan yang sedang remaja kat KL... ok tak Mat Dwan?

Mat Dwan said...

Yo KidA.. topik2 yg gini mmg menarik, tapi a bit sensitip...(macam lagu rahim maarop la pulak) gua ada banyak cerita dan panduan sbb bini gua kaunselor kat sek menengah, mmg hari2 berdepan dgn dunia remaja...
utk permulaan kita musti mendekatkan diri dgn anak2, tanya (tapi bukan dlm bentuk yg sangsi..) get to know their frens, activities and directions...
Express your love and caring... the rest will follow...

zula said...

Lepas SPM tahun 1984 ai keje kat kedai BATA sebelah balai polis jalan mahkota tu. 1st gaji of course la beri kat mak, simpan sikit untuk wat tambang bas dan makan. Kat ayahanda beli selipar kulit!!! Yelah, kan kerja kat kedai kasut...
Kelakuan anak2 bujang?...anak jantan ai yang baru sudah SPM tu dah pandai maen makwe...ai check gak handphone, laptop dia, setakat ni ok...dan ai setuju dengan mat dwan, time umur mcm ni, ai treat dia lebih kepada macam kawan..

Man Teruq said...

Salam seme, koi pun nak kongsi jugak pengalaman dengan rerodong pasal gaji pertama ni. Masa tunggu result SPM koi keje di sawmill bt 3 jalan gambang dgn gaji RM 8 sehari. Hari jumaat malam dengan mlm minggu koi buat part-time waiter utk function di banquet hotel hyatt dgn komisen RM 10 sejam. Hujung bulan dapatlah gaji + overtime +komisyen (hotel) dlm RM 400. Gaji tu koi bagi 2, setengah utk arwah mak koi dan setengah lagi utk koi belanja. Bhagian koi tu diguna utk beli baju + seluar bundle di pasar malam dan biskut/coklat/mcm2 lagi utk adik-adik koi. Bila dapar result SPM koi berenti keje sebab dapat offer member koi berniaga jual sayur di pasar malam sebab tawarannya bagus..makan tanggung, tempat tidur disediakan (dlm lori sebab awal pagi pkl 2 nak pegi pasar borong),rokok disediakan (masa tu dah hisap gudang garam line merah), sayur free utk hantar ke rumah arwah mak koi. Koi berenti berniaga bila dapat offer ITM Pahang tapi setiap kali cuti semester koi masih ikut jual sayur lagi. Habis ITM bulan Mei 88, koi ada keje di KL kejap di Taman Midah, Cheras (dkt dgn rumah abg walid) tapi company tu tak byr gaji, itu koi terpaksa pinjam duit bulu RM 80 (terima kasih bulu, rasanya masih belum byr sampai skrg..nantilah bulu koi bayr dgn interest sekali). Lepas konvo di PWTC, koi lepak kejap di KL pastu balik Kuantan. Sementara menganggur koi ikut member koi jual sayur, bawang, daging dan supply minyak masak cap Al Arqam ke Kelantan dgn Trengganu. Pada Okt 88, koi berenti sepenuhnya bila dapat tawaran keje dari En Wan Iskandar (bekas staf Admin di ITM Pahang)sebagai Kerani Akaun di Stesen Minyak Shell Jalan Bukit Ubi dengan gaji RM 350 sebulan. Dari situ koi mula kamcing dgn amid, kida, kb, kentei, apamz, bob, abah (mail) dan beberapa org rodong ITM lagi. Koi menempel di rumah sewa apamz dgn abah sampailah kida rekomen koi keje kat Kilang LKPP Sawit Cheruk Puting Temerloh pada hujung tahun 89sebagai Pegawai Akaun dengan gaji RM 550 sebulan (terima kasih Kida). Kida rekomen koi sebab dia dgn apamz dah keje dengan LKPP dan kenal dengan Pegawai tadbirnya (kalau tak silap En Rosli, betul kida?). Kentei pulak keje di Bredero Price Pelabuhan Kuantan, KB keje di Budget rent a car, amid kalau tak silap keje di celcom (kalau awok masih kekal amid mesti GM sekrg), Bob di MPK, Mail Abah di SUK (skim Siswazah).Itulah kenangan.