Monday, December 14, 2009

e-MaiL daRi budiMaN

Mulai Sabtu sehingga Isnin minggu lagi satu, saya dan SK akan bercuti, bukan apa sempena cuti sekolah ni dan Sarah anak saya yang sulong pun dah selesai SPM, jadi kami ambil peluang untuk berehat. Bukan nak holiday kemana-mana pun, rasa-rasanya seminggu ni kami akan tetap berada di Kuala Lumpur lagipun tengah2 bulan budget memang tigh giler tambah nak buka sekolah pulak nanti. Minggu lepas ada 2 email menarik yang saya terima dari rakan budiMaN dan saya rasa nak kongsi bersama-sama di sini walaupun sebenarnya saya tak minta kebenaran dari pengirimnya. Namun banyak iktibar yang saya rasa boleh diperolehi dan di renungkan bersama.

1. Email pertama ni dari Apamz yang bertajuk :

Malam Jumaat Yang Menginsafkan

Malam jumaat lepas, setalah menidurkan anak aku yg kecik aku tidur macam biasa kat sebelah baby... Isyak tak sembahyg jugak lagi tu, tapi aku dah kunci jam pukul 5am bangun solat isyak terus tunggu subuh, badan terlalu penat setelah balik dari pasar malam... aktiviti mlm jumaat pun dah lama dah aku lupakan.... tapi bukan pasal tu aku nak cerita.

Tiba2 lebih kurang pukul 2 pagi, aku terasa semacam kat perut aku. Macam senak angin je, berdenyut denyut makin lama makin sakit. Aku panggil anak sulung aku, Shafiq yg kebetulan tak tidur lagi, melayan My space.... aku mintak dia lumurkan minyak angin dan urut di bahagian yg sakit tu, tapi makin diurut makin sakit, dia kata perut aku keras macam papan. Cuba utk menenangkan keadaan aku kata cuma angin je. Macam macam dia buat urut lah picit badan lah macam2 cara aku suruh dia tapi sakit tak hilang2 malah makin lama makin sakit dan merebak ke belakang pulak ke bahagian pinggang, tapi yang pelik cuma di bahagian kiri aje.

Bila sakit tu dah sampai ke pinggang, aku dah tak boleh duduk diam berdiri tak kena, duduk tak kena, menonggeng tak kena, mengiring tak kena, peluh sejuk mula terbit... aku rasa macam nak pitam, anak aku pun tak tau nak buat apa, Isteri aku Miza hanya mampu memerhati dari jauh aje tak mampu nak membantu... anak aku lagi dua orang memang nyenyak tidur, tak tau apa apa. Aku suruh anak aku panaskan tungku, dan tuamkan kat tempat yg sakit... tapi sakit tak jugak hilang malah makin sakit.... Aku kira masa aku dah sampai dah malam tu. Macam macam aku pesan kat anak aku, Sedih jugak aku tengok anak aku tu... tapi dia tetap menenangkan aku, cakap tak ada apa2 ni, sakit biasa jer ni, mungkin salah makan kot, Tapi kalau salah makan biasanya aku dah terberak2 dah....tapi ini bukan sakit memulas kata aku, ini sakit dlm perut......

Dalam pada aku berhempas pulas menahan sakit aku termuntah sebnyk 2 kali. Banyak kali aku cakap mungkin ajal aku dah sampai dah..... Dalam kesakitan yang amat sangat tu, aku kuatkan diri utk bersolat Isyak dan berdoa supaya disembuhkan dari kesakitan ini dan selepas itu aku mintak anak aku bacakan Yaasin untuk aku sambil berbaring aku pun ikut baca sekali, Yang hairannya masa baca yasin itulah aku merasakan kesakitan yang amat sangat, berguling-guling aku mengelupur kat ruang tamu rumah aku. Aku habiskan juga bacaan yaasin tu.... Tapi sakit tak hilang hilang.... masa tu dah pukul 4 lebih... dah lama aku tak menangis sebab sakit tapi masa tu aku menangis sambil mengelupur kesakitan. Punya lah siksa Tuhan aje yang tau. Anak aku dah mula panik...Memang aku nak suruh dia aku panggilkan ambulan tapi terfikir pulak aku siapa nak jaga anak isteri aku kalau aku pergi hospital. aku terus mengelupur menahan kesakitan sehinggalah pukul 5 pagi, aku rasa nyawa aku macam nak dicabut, kaki aku sejuk. Aku pesan kat anak aku jaga ibu & adik kalau ditakdirkan ajal aku sampai.... Aku tak ada pilihan lain kerana kesakitan yang tak dapat di tahan2 lagi aku suruh jugak anak aku telefon ambulan dan minta tolong jiran aku tolong tengokkan isteri dan anak2 aku masa aku dihantar ke hospital, dalam masa yg sama aku mintak mak sedara miza yg duduk di indera mahkota kuantan, datang ke rumah pd masa tu jugak. Anak aku terus menelefon ambulan... then dia maklumkan perkara itu kat keluarga sebelah mertua aku di Luit maran.. pukul 5 pagi tu jugak anak aku terpaksa berlari sorang sorang ke simpang masuk taman balok makmur kerana org ambulan tu kata tak tahu jalan..... Tak lama Ambulan puun sampai, anak aku dah ada kat dalam memberi tunjuk arah pada pemandu van. Jiran aku pun ada kat rumah dah masa tu. aku terus dibawa ke HTAA kuantan.....

Masa aku berbaring kat dlm ambulan tu aku dapat dengar azan subuh berkumandang sayup sayup dari masjid.... aku terasa tenang pulak dan aku rasa sakit aku ada kurang sedikit.... semakin hampir dengan hospital semakin aku merasakan kesakitan aku hilang.... Dan setibanya aku di HTAA kuantan.... sakit aku completely HILANG!!!! memang pelik!!!! aku memang macam aku sebelum ni... sihat walafiat.... Tapi masa tu aku buat buat sakit jugaklah.... Kang tak pasal2 kena pelempang pemandu ambulan tu sbb kejut dia subuh2, alih alih tak sakit......... tapi aku dimasukkan juga ke bilik rawatan kecemasan & berjumpa doktor.. aku pun ceritalah A sampai Z apa yg berlaku termasuklah yang sakit aku tu dah hilang pd masa tu.Check punya cek aku disahkan tak ada apa apa. Cuma air kencing aku ada sangkut sikit, katanya ada symptom nak kena batu karang... tapi baru nak jadi, tak nampak pun batu krgnya... Dr kata kalau minum air masak banyak2 setiap hari batu krg tu akan hilang.... Tapi dia kata tak mungkin disebabkan itu aku boleh mengalami kesakitan yang amat sangat.....Disebabkan aku normal dan tak sakit apa apa masa tu aku disuruh balik dan dibekalkan pain killer sahaja.

Sampai sekarang ni Syukur Alhamdulillah, aku sihat walafiat dan tak ada apa2. tapi peristiwa malam tu betul betul sedikit sebanyak menginsafkan aku, dah sakit begitu barulah ingat nak solat lah, nak ngaji lah. Agaknya Allah masih sayangkan aku, agaknya Allah sedang memberi peringatan kepada aku supaya jangan lalai dalam mengingatiNya. Agaknya yang aku rasa tu baru 10% je dari SAKRATUL MAUT, bagaimana agaknya sakratul maut yang sebenar???... Wallahua'lam

2. Email yang ke 2 ni dari rakan budiMaN juga tapi saya rahsiakanlah pengirimnya. Saya siarkan email ini untuk menunjukkan betapa tabahnya sesetengah rakan kita dalam mengharungi ranjau menempuh hidup ini. Email nya saya ringkaskan macam ni :

Sehingga kini aku pun masih belum lagi dapat kerja lagi. Aku pun sekrang pun tengah sanggap sangat dan depressed gila.. Aku tak tau mana lagi nak mintak tolong...... cuma apa yang aku daya sehinga kini mintak tolong dengan Allah..agar dia keluarkan aku dari kesusahan ini... apa yang aku mampu hanya berdoa tak behenti2, buat solat hajat atau solat tengah malam hanya tu aja yang dapat mengurangkan keresahan aku... aku tahu Dia maha mendengar & maha mengetahui mungkin dia tahu apa yang terbaik buat aku bukan masa kini..mungkin dimasa akan datang...

Maaf setakat tu jer email pengirim ke2 yang dapat saya siarkan... walaupun sebenarnya panjang lagi. Saya siarkan disini ke dua email di atas dengan harapan semoga ianya memberi ingatan kepada kita semua bahawa dalam kita leka dengan kerja kita yang sibuk memanjang, leka dengan bergembira bersama keluarga atau bersangka bahawa kita pun susah juga.... bahawa ada rakan-rakan budiMaN kita yang terpaksa menempuh dugaan getir dalam kehidupannya. Kalau ada yang kata saya tak beritahu...kini saya beritahu anda semua.... dan sebab itulah saya sentiasa memikirkan AMaL budiMaN... jalan mana yang termampu untuk kita beramal. Kisah email ke2 bukan beliau seorang sahaja... dalam pengetahuan saya ada 5 orang rakan budiMaN kita sebegini.

7 comments:

Suhaimi Y said...

Yang mampu
tolong yang susah
harta dimiliki
dari ALLAH
menolong yang susah
Tanggungjawab yang berada
TAPI sebaliknya...
ada member kita
sangup melihat kawan susah
kereta 2-3 biji
rumahpun 2-3 biji
melancung keluar negara tiap tahun
Apa nak kata
Tunggulah diakhirat nanti
Yang berada akan ditanya
satu persatu
yang miskin
akan meminta hak mereka
APA NAK JAWAB??

Masing-masing
seronok & gembira
dengan harta yang ada

KITA TAK SANGGUP MEMBERI
TAPI BUAT DUNGU
DENGAN KESUSAHAN SAHABAT

walid said...

Salam
kebenaran jua yang akan muncul bila tiba masanya kelak.
Dugaan dan cabaran hidup sentiasa ada walaupun kita da tiada didunia.Hanya amalan yang yg akan dibawa utk diperhitungkan.
Semuga pesanan ini dpt mengingatkan kita BUDIMAN dan juga saya serta keluarga.

Semuga BUDIMAN dan keluarga berada dilandasan yang terbaik didunia dan diakhirat.
Amin

wani said...

Kesakitan yang Apamz alami bagaikan wake-up call untuk bangun mengerjakan ibadah kepada Allah. Allah kurniakan Apamz dengan dugaan yang tak mampu dibuat oleh ramai orang. Kalau lelaki lain dah lama tinggalkan isteri dan cari lain, tapi itu bukan Apamz. Dia sanggup bersusah-payah jaga isteri, jaga anak, MasyaAllah....

Dengan pengorbanan yang Apamz lakukan, mungkin Allah dah nak kurniakan syurga, tapi beza antara seorang muslim dengan seorang kafir ialah pada ketaatan pada Allah. Jika kita tak beribadat pada Allah, redha dengan ujian Allah, maka sia-sialah segala pengorbanan.

Saidina Omar kata "Aku tak takut diuji dengan kesusahan tapi aku lebih takut jika diuji dengan kekayaan" Kita sepatutnya takut jadi seperti Tha'labah yang zakatnya tidak diterima oleh Nabi, tak diterima oleh Abu Bakar, tak diterima oleh Omar.

Tha'labah ni asalnya susah, selepas solat beliau cepat2 balik ke rumah sebab isterinya pula nak gunakan kain yg dia gunakan untuk solat. Lalu dia minta Rasulullah doakan supaya dia jadi kaya. Bila jadi kaya dia kata kekayaan yang dimiliki itu adalah hasil usaha sendiri, dia tak nak berzakat. Bila satu hari dia insaf dan nak berzakat, Rasulullah dah tak nak terima zakat dia, begitu juga sahabat2 nabi.

Insaflah sahabat2 semua bahawa kekayaan yg kita miliki adalah dari Allah, bukan dari usaha kita, bukan dari kepandaian kita. Allah kata kun, maka jadilah ia.

Persoalannya: adakah kita akan terus bermunajat bila kita sudah kaya? Yang dah senang-lenang tu... brp rakaat solat sunat kita buat dalam sehari?

Bagi yang belum kaya, amalkan solat sunat Dhuha dan amalkan doa Dhuha

Setiap kali solat, bersolatlah seolah2 kita senang bertamu di Rumah Allah, mengadap Allah, berjumpa dengan Allah, bersembang dengan Allah. Setiap patah yang kita ucapkan, itu adalah perkataan yang kita bagitau pada Allah.

Anonymous said...

Salam
ALLAH...ALLAH....

CikSembang said...

Semoga pengirim kedua-dua emel ini yang mungkin saya kenali atau tidak kenali tabah mengharungidugaan Allah. Tidak dpat saya gambarkan jika keadaan tersebut terjadi kepada saya.

ummi said...

Salam..Ummi jugak terima email dari Apamzz...tersendu, terharu baca...Sudahlah isteri dan anak perlu dijaga, Ummi boleh bayangkan keadaan Apamz ketika itu dan juga Along yang begitu setia menemani ayahnya...dia memang anak yang baik dan sanggup bersusah payah..Buat Apamz, tabahlah dengan segala dugaan dan jgn lupa akan tanggungjawab kita sebagai hambaNya yaa...InsyaAllah, ganjaran pahala menanti atas keredhaan Apamz hadapi dugaan dan tidak jemu2 berdoa kepadaNya..

zula said...

salam...
bila baca dugaan yang diterima oleh orang lain, barulah terasa betapa dugaan yang dihadapi oleh diri sendiri terlalu amat kecil...benarlah Allah menguji setiap hambaNya mengikut kekuatan mereka sendiri...moga aku tetap tabah menghadapi dugaan Ilahi...