1. Ada beberapa orang rakan budiMaN seperti Raman Kerbau dan Suhaimi diA memberitahu saya mereka telah menziarah Kitang di rumah beliau di Temerloh. Mereka memberitahu saya ada perubahan baik dan Kitang nampak ceria sedikit dan boleh bersembang. Alhamdulillah dengan berkat doa rakan-rakan budiMaN dan dorongan kuat serta semangat yang di berikan oleh rakan budiMaN serta keluarga Kitang, insyaallah Kitang akan beransur pulih. Selasa ini Kitang sekali lagi akan ke Hospital Pantai untuk check-up dan menjalani rawatan seterusnya.
2. Ramadhan telahpun melepasi hari ke 16 dan insyaallah hanya tinggal 14 hari saja lagi Ramadhan akan bersama kita untuk tahun ini. Dengan tinggal beberapa hari sahaja lagi, mungkin kita semua boleh melipatgandakan lebih lagi amalan kita semoga Ramadhan akan melimpahkan keberkatan oleh Allah swt kepada kehidupan kita.
3. Tahun ini insyaallah saya sekeluarga akan berhari raya di Temerloh, Pahang di keluarga sebelah saya dan insyaallah saya akan pulang pada hari Jumaat sehingga Rabu di Temerloh. Keluarga SK pula akan berhari raya di Kuala Lumpur dan tidak pulang ke Kedah/Perlis pada tahun ini dan pada hari Khamis selepas raya, insyaallah kami akan berhari raya bersama di Kuala Lumpur pula. Seminggu selepas raya pula saya mempunyai beberapa urusan perniagaan di luar negeri selama 8 hari dan akan terbang seorang ke sebuah negara yang asing juga tak pernah sampai. Tapi SK dah sampai dah sorang-sorang kat situ dulu. Tapi SK semua dah di aturkan oleh syarikatnya dulu siap dengan chauffer dan sebagainya, sementara saya akan menempuh perjalanan seorang diri tanpa sesiapa menunggu di airport. Cuma saya minta rakan kongsi saya di negara tersebut mengaturkan hotel dan connecting flight saya sahaja nanti. Teruja jugak dan suspen sebab sampai jer nak rushing ke airport lain sejauh 90km dengan traffic yang tak menentu untuk catch-up connecting flight sedangkan saya cuma ada masa 5 jam sahaja between the arrival and departure. Journey nak sampai ke destinasi will take 1 whole day dan balik nanti pun satu hari jugak berkejar. Kena makan banyak2 bagi kuat dan tahan tidur...hehehe
5 comments:
Salam
Kida nak ikut leh?...
Salam,
Hahaha...Walid tadak hal. Siap tiket..jalan.
salam
agk2 tiket brapa ? air asia?mas?cathay?..paspot RM300..mmm...apa lagi yek..
bukak cawangan???? kat sana..
Mid, tiket pergi manila RM400 naik Airasia pastu sambung pergi davao naik cebu pasific tiket kebihkurang RM350 pergi balik. Tak la semahal MAS atau Philipine Airlines yang mahu jadi RM3 ribu. Tapi masalah AirAsia singgah kat Clark Airport lebikurang 90km dari Manila untuk catchup flight pergi Davao. Aku kira2 tambang teksi dll mahu dekat RM500 jugak jadi lain kali aku nak naik Cebu Pasific direct dari KLIA dan turun Manila walaupun mahal sikit tapi tak pening. Cuma kat Clark tpt Air Asia turun tu terletaknya Angeles City...member aku kata sebijik macam Las Vegas dan aku tengok site kat internet memang meriah. Tapi trip ni aku nak pi buat kerja jadi tak menyinggah ler nampaknya sebab nak catchup flight terus pi Davao.
Post a Comment