Friday, September 11, 2009

aMaL

2 hari lepas selepas pekena 9 lubang dan berbuka puasa di Kelab Golf Kinrara, rakan-rakan golf saya ada mencadangkan untuk membuat satu Majlis Amal dengan bersedekah sedikit sumbangan dan pakaian di Rumah Anak Yatim Kg Perit, Kuala Nerang, Kedah yang pernah kami lakukan kira-kira 4 tahun dahulu. Mereka cadangkan supaya majlis ini di lakukan selepas saya pulang dari Manila dan Davao nanti. Saya beritahu mereka untuk aturkan majlis tersebut dan insyaallah saya akan turut serta nanti. Saya pula akan ke Manila dan Davao pada 29hb September ini selama 8 hari dan pulang pada 5hb Oktober nanti (Rupa-rupanya negara kita dan Singapore jugak senang bila berurusan ni, negara Asean lain ni banyak hal betul la bila nak setup something...cabaran betul, harap-harap boleh success la trip ni). Masalahnya selepas itu saya mungkin ada satu trip lagi ke luar negeri dan semuanya masih belum confirm lagi. SK pula memang sibuk dengan tugas-tugas pejabat beliau dan kesian jugak kat dia kalau tinggal rumah lama-lama ni.

Dalam fikiran saya, sekiranya jadi Majlis Amal itu nanti, saya ingin selitkan juga sumbangan dari budiMaN sekiranya ada yang ingin turut serta. Tapi Bendahari kita pula saudara Kitang masih belum sihat lagi untuk turut serta menganjurkannya sementara saya pula tidak berkesempatan untuk menguruskan perkara ini jika ingin dilakukan. Pengurusan Majlis Amal tersebut insyaallah akan dilakukan oleh rakan-rakan golf saya tetapi untuk kutipan/sumbangan budiMaN belum dapat saya fikirkan lagi caranya.

1 comment:

lan kida said...

Salam,
Sebenarnya saya amat berbesar hati jika ada sesiapa yang sudi untuk buat kutipan tunai dan sumbangan pakaian lama untuk disedekahkan dalam majlis amal itu nanti.

Mungkin ada rakan budiMaN yang sudi untuk beramal dengan menjadi penyelaras kutipan dan mengaturkan kawan-kawan yang ingin sedekah pakaian lama, boleh hubungi saya melalui email dan nyatakan nombor akaun bank dan tempat kutipan pakaian lama yang boleh disedekahkan oleh rakan budiMaN. Insyaallah saya akan siarkan butiran itu nanti di blog ini.

Rumah Anak Yatim Kg Perit, Kuala Nerang, Kedah ialah sebuah rumah yang menempatkan anak2 yatim lebihkurang seramai 50 orang. Pada mulanya ia di bina oleh kerajaan negeri di bawah BN tetapi apabila BN kalah di kawasan tersebut pada 2004, rumah tersebut di biarkan sahaja tanpa siap mengakibatkan anak2 yatim tersebut terpaksa di jaga oleh penduduk kampung berdekatan. Penduduk di situ pula rata-rata adalah penduduk miskin tegar dan mereka di biarkan tanpa sebarang bantuan.

Kini rumah anak yatim tersebut telah disiapkan sepenuhnya dan anak2 yatim yang duduk dengan penduduk kampung telah ditempatkan semula di situ. Walaubagaimanapun sebarang sumbangan memanglah sangat di alu2kan kerana sumber kewangan mereka kebanyakannya dari sedekah orang ramai.

Mungkin budiMaN boleh beramal dengan menyertai Majlis Amal ini dengan bantuan rakan-rakan sekelian.