Kitang yang kini berada di Pantai Medical Center kerana pembedahan usus masih berada di sana sehingga kini dan keadaannya masih agak kritikal juga. Saya yang masih belum berkesempatan menziarahi beliau sehingga kini ada menghubungi isteri beliau, Puan Lily untuk bertanyakan khabar beliau. Beberapa rakan budiMaN seperti Bilal dan Lan Kentei sudahpun menziarah beliau. Lan Kentei ada mengirimkan sms kepada saya selepas bertemu dengan Kitang pada Sabtu lalu. Sms beliau seperti berikut :
"Kesakitan Kitang yang amat sangat sebelum operation dah ok. Kecederaan beliau selepas operation boleh tahan jugak teruknya... Operation menegak kat tengah perut lebih kurang 6-8 inci panjangnya. Ususnya di surfacekan sikit kat luar kulit perut sebab nak bagi dia buang air besar. Tak macam biasa dulu. Disebabkan luka dan dia weak lagi gamaknya. Senang cakap boleh tahan jugakla teruknya dia terbaring kat atas katil tu... Sangat lemah dan kurus sikit dan tak seceria macam dia senormalnya. Tak tau lagi berapa lama hospitalized...maybe lama jugak tuu..Masih drip dengan pain killer. Banyak masa dia tidur sebab lemah dan kadang2 muntah agak banyak. Masih berpuasa dan minum ikut mulut pun sikit sangat bolehnya. Kitang..ooh Kitang. Dugaan untuk dia olehNya." Begitulah bunyi sms yang dikirimkan oleh Kentei.
Dalam perjalanan balik ke Temerloh sebelum itu saya ada menelefon Lily, isteri Kitang dan beliau beritahu perkara yang sama. Usus Kitang telah di operate dan dibuang (dah di bawa balik ke Temerloh untuk di tanam oleh emak Kitang). Tapi usus tersebut belum di sambung lagi dan ini memerlukan 2nd operation yang akan di lakukan lagi dalam waktu terdekat ini.
Sebak saya rasakan apabila Lily menceritakan keadaan Kitang. Saya berharap rakan budiMaN mana yang berkesempatan dapatlah kiranya menziarah Kitang dan kalau nak hubungi no phone beliau ialah 019-7567799. Selain itu saya minta rakan budiMaN untuk mendoakan Kitang agar kembali sihat semula seperti sediakala dan beliau sekeluarga tabah menempuh dugaan yang amat mencabar di bulan Ramadhan yang mulia ini.
P/S : Apamz ada mengirimkan gambar Aqeela yang menyambut harijadinya genap setahun pada 29 Ogos yang lalu. Dah besar pun Aqeela dan kata Apamz masa potong birthday cake di Temerloh pada Ahad lalu pukol 10-00 malam dah tersengguk-sengguk dah. Petah bercakap tapi kerap demam 2-3 minggu ni dan susut sikit badannya. Saya sekeluarga mendoakan Aqeela dan Apamz sekeluarga akan sentiasa sejahtera dan sihat serta berbahagia selalu.
4 comments:
Ralat: Besday Aqeela 30/8 bukan 29/8....
Marilah kita sama2 berdoa agar saudara kitang cepat sembuh seperti sediakala. Kalau boleh buatlah solat hajat.
Kitang, Lily & family... bersabarlah atas segala dugaan oleh NYA. Kami di sini turut merasakan keperitan yg korang lalui. Bersabarlah & sentiasa berdoa kepadaNYA...
Assalamualaikum
Sempena dengan bulan yang penuh barakah ini sama2 lah kita berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan Kitang. Sesungguhnya tidak terhijab doa orang yang berpuasa.
Salam...
Happy Birthday to Aqeela..waaahh comelnya dia..rasa baru je Auntie Ummi terlari2 dalam parkson aritu duk cari baju2 n botol susu bila dengar Aqeela selamat dilahirkan..ish ish, cepatnya masa berlalu..dah setahun dah! Moga jadi anak dara yang comel, rajin dan solehah..hehe..Boleh la take over lak buat kerja rumah tuk abah, emak n abang2 dia nnt..hehe..Cepat besar ya Aqeela..
To Kitang -
Terkejut jugak dengar berita ni..senyap jek, tup tup duk sakit rupanya..Semoga Lily juga tabah dalam menjaga suami tersayang...Buat Kitang, kuatkan semangat dan moga cepat sembuh..Ummi doakan semuanya akan pulih seperti sediakala..amiiinnn
ASSALAMUALAIKUM,
KITANG & FAMILY, MOGA TABAH HADAPI DUGAAN HIDUP INI. KUATKAN SEMANGATMU KITANG HADAPINYA.MOGA CEPAT SEMBUH SEDIAKALA. HANYA DOA & HARAPAN DAPAT KU HULURKAN.
MOGA CEPAT SEMBUH SAHABATKU...
RODIB
Post a Comment