Wednesday, September 30, 2009

saLaM daRi phiLiPiNeS

Alhamdulillah, saya sudah sampai ke Manila dan Davao dan pada saat ini saya menulis artikel ini dari sebuah internet cafe di St Pedro Streets, Davao. Jam di sini sudah menunjukkan pukol 4-40 petang dan keadaan mulai gelap menandakan waktu maghrib hampir menjelang dalam setengah jam lagi.

Saya bertolak keluar dari rumah dengan di hantar oleh SK pada pukol 1-00 pagi 29hb September lalu ke KL Sentral dan rupa-rupanya bas ke LCCT hanya bertolak pada pukol 3-00 pagi. Saya sampai di LCCT dalam pukol 4-15 pagi dan terus check-in untuk flight saya ke Manila. Jam 7-20 pagi, saya berlepas dari Kuala Lumpur dan sampai di Manila kira-kira pukol 11-15 pagi. (Waktu Philipines adalah sama dengan waktu di Malaysia). Saya sampai dalam keadaan hujan renyai-renyai tetapi pihak airport di Clark, Manila melaporkan bahawa cuaca sudah mula beransur baik dan banjir akibat Typhoon Ketsana sudah mulai reda.

Dari Lapangan Terbang Clark Macapagal saya menaiki Philtranco ke Manila dengan tambang sebanyak Peso300. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam untuk jarak 100km kerana keadaan trafik yang sesak ( trafic di Manila chaos betul, kalau kita memang tak boleh bawak kereta punya). Saya sampai di SM Megamall Manila dan terus mengambil teksi untuk ke Nanoy Aquino Airport yang terletak lebihkurang setengah jam perjalanan. Pemandu teksi sempat menceritakan kepada saya serta menunjukkan kesan-kesan banjir besar akibat typhoon Ketsana 3 hari sebelum itu di Manila yang mengorbankan lebih dari 140 nyawa dan hampir setengah juta orang kehilangan tempat tinggal.

Saya sampai di Nanoy Aquino Airport kira-kira jam 3-15 petang dan rakan perniagaan saya di Manila sudah sedia menunggu dan membawa saya makan dan minum sebelum check-in untuk flight saya ke Davao pula. (Rakan saya ini sebenarnya menetap di Davao tetapi datang ke Manila kerana sepupu beliau hilang semasa banjir Ketsana di Manila dan mayatnya belum lagi ditemui sehingga ke hari ini). Makan memang satu-satunya masalah yang paling besar di Philipines bagi orang Islam kerana susah nak jumpa kedai Muslim. Makanan kat sini pulak memang favourite ada ayam, jadi memang problemo betul.

Flight ke Davao yang sepatutnya pukol 5-15 petang menjadi lewat pula ke pukol 6-10 petang kerana cuaca yang kurang baik. Pukol 6-30 petang kat sini dah masuk waktu Isyak sebenarnya jadi memang dah malam sesangat. Akhirnya pukol 6-10 petang saya menaiki pesawat Cebu Pasific ke Davao dan sampai kira-kira pukol 8-15 malam. Jenuh betul hari itu hampir 7 jam dalam flight dengan tak mandi dan makan roti jer dari KL lagi. Letih giler. Sampai jer di Davao sudah menunggu keluarga rakan saya sambil memegang signboard tertera nama saya dan mereka membawa saya makan dan check-in di sebuah hotel di pinggir Davao.

Walaubagaimanapun hari ini saya bertukar pula ke hotel ditengah-tengah pekan Davao betul-betul bersebelahan City Town Hall Davao di St Pedro Street dan dapatlah saya melihat kesibukan pekan Davao. Cuaca ketika ini masih lagi hujan dan hari ini saya masih lagi meronda-ronda di sekitar pekan Davao. Insyaallah esok awal pagi, rakan perniagaan saya yang berada di Manila akan pulang ke Davao dan bolehlah saya memulakan sedikit perbincangan dengan beliau nanti dan melawat beberapa tempat yang telah dirancangkan.

Keadaan pekan Manila dan Davao pada saya macam pekan kat Siam jer dengan kenderaan dan suasananya. Orang-orangnya puyla rupa sebijik macam orang melayu dan saya memang banyak kali di anggap orang tempatan dan terpaksa saya bercakap English untuk menerangkan siapa saya. Makanan memang susah di Manila dan Davao kerana Muslim Food payah nak jumpa. Satu yang saya tak suka di Davao ni, bandarnya Smoke Free Zone...semua tempat tak boleh merokok...naya betul. Saya berjalan pun dah tak bawak rokok dah sebab penalty Peso 10ribu beb...giler. Kat hotel pun patutnya tak boleh merokok, siap ada warning sign lagi merata-rata...tapi saya belasah jugaklah dalam bilik.

So, takat ni dulu laporan saya...gambar akan menyusul nanti bila saya balik Malaysia...ni nak cari apa nak makan ni beb...lapar giler ni beb...semalam ada jumpa satu kedai kampung saya suruh dia goreng ikan dengan nasi putih...belasah jugak laa...ni tak tau la lagi ni malam ni... sape plak nak kena suruh goreng ikan ni...hehehe

6 comments:

Salwani said...

lain kali nak gi philiphines kena bekal maggi, ration utk seminggu no! pas tu kena bawa siap2 kari sardin brand ayam, leh makan ngan roti. tapau roti Gardenia masuk tupperware, yg saiz jumbo tu!

Masa ya gi Canada saya bawa sardin ayam brand yang ada cili api. sampai sana breakfast dgn tu le. sudahnya cirit birit kat negeri orang. ubat cirit lak tak bawak. aduih.... depa bawa gi kedai muslim makan pizza, tengok ajela

walid said...

Salam
Laa awok da pegi yek...heheeee
Tu la cabaran utk berurusan disana.Takper kida...byk warung bole masakkan ikan gorang n sayur campur.
Tp tu kat Cebu..mcm penah pegi kah..kah...
Semuga segala urusan diberkati oleh NYA. Amin.

p/s kuih ondeh2 n sata temerloh bole bwk niaga kat sana tak?

satu lagi...sinca tak leh rokok n payoh nak mkn...takyah gosok gigi kida...jimat berus n colgate tu.

lan kida said...

Salam,
Mid, selipar croc kat sini Peso60 jer lebihkurangRM2.50...siap label kow2 lagi.

Hari ni dah jumpa kedai Muslim(bukan Muslim dsS...hehe)...jadi boleh makan nasi dgn daging n ayam

Salwani said...

lan. kalau ori, pos mai 10 pasang. wani size 5 dan 6(anak)

kudeng said...

Salam

Memang kat the Phils tu halal food is so scarce. Ana pernah duk kat sana for almost 1 year. Kalau nak makan ayam, kena beli live chicken kat pasar, then sembelih sendiri. Kalau nak makan halal beef, kena drive almost 3 hours ke Quiapo from Mandaluyong, gi beli kat Masjid Pakistan.

So most of the time ana duk masak ikan je lah. Orang sana panggil ikan tu ISDA...

Communicationwise, memang tak susah nak interact ngan orang sana coz most of them boleh cakap English. Mmg kalu naik cab or gi mana2, dia org akan ingat kita ni orang sana, so mulalah ckp tagalog. Ana slalu lah naik cab, sembang ngan driver in tagalog. Sampai sudah dia tak tau ana ni orang Malaysia.

Tapi Kida, jaga2 skit...jgn simply beli junk food dlm plastic bag yg dia org duk jual tepi2 jalan tu. Ana hampir terkena...CHECHORON..ingatkan pop-corn...tapi kulit khinzir goreng...rupa sebijik mcm pop-corn.

WALLAHU A'LAM

walid said...

Salam
Perghh....RM2.5o?...mmg murah betui.nayway take care n hav a good bisnes deal.

ps waaaaa...nak ituttttt...