Wednesday, September 16, 2009

seLaMat haRi raYa aidiLfitRi

Walaupun cuma tinggal 3 hari sahaja lagi kita di bulan Ramadhan, saya rasa tidak terlalu awal untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan budiMaN dan juga kepada sesiapa yang mengikuti blog budiMaN ini. Sempena Aidilfitri yang mulia ini saya ingin memohon ampun dan maaf zahir dan batin, mana yang termakan dan terminum minta dihalalkan dunia akhirat kepada seluruh warga budiMaN dan sesiapa jua yang mengenali diri saya ini. Insyaallah saya sekeluarga akan berhari raya di Kampung Paya Pulai, Temerloh di sebelah keluarga saya dari Sabtu ini sehingga hari Rabu minggu hadapan. Kepada sahabat dan sesiapa yang ingin mengunjungi silalah datang kerumah ayah saya di mana saya akan berada nanti di alamat Hadapan Masjid Tanjung Besar (belakang Sekolah Kebangsaan Paya Pulai), Kampung Paya Pulai, Temerloh, Pahang. Semoga perjalanan kita semua di aidilfitri akan beroleh keberkatan dan dilindungiNya sentiasa dari sebarang malapetaka dan bencana. Amin.

12 comments:

lan kida said...

Salam,
Apa kata pada petang raya ke 3 nanti kita ramai2 mengunjungi rumah Kitang di Temerloh Jaya kepada rakan budiMaN yang ada di Temerloh pada hari tu.

Rakan budiMaN yang lain beraya di mana tahun ni?

Walid said...

Salam
Yahooo yg ketama lagi tahun nie...
Saya, waleed aka Syed Hamid DIA dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri kpd semua warga BUDIMAN dgn ungkapan maaf zahir dan batin.Semuga Raya yg bakal menjelang akan lebih meriah dan berhati2 bila memandu.Utamakan keselamatan.Semuga Ramadhan yg bakal ditinggalkan dpt memberi impak yg baik kpada kita semua.
Amin

p/s Perghh mcm ucapan dari oversea jer..hehee amir?..mana ucapan oversea nie??

apamz said...

He he mcm biasa, pas walid mesti kwn.....

Kwn pun nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua sahabat BUDIMAN, salah dan silap terlebih terkurang harap maafkan zahir & batin. Kwn preparation ala kadar je tahun ni... walid tau la dah cerite panjang lebor kat dia...

Kwn juga akan beraya kat temerloh pada raya pertama, dan balik maran raya yg kedua, tp klu nak kumpul kat umah kitang raya ketiga, rasanye takde hal....

Semoga bergumbira dihari yang mulia & berhati hati di jalan raya.

lan kida said...

Aiih...ni macam geng rumah bujang cenderawasih jer..asyik2 muka 3 ekor ni...hehehe. Kla dgn Mail mana? Kla-Kla...oooh Klaa

Jun said...

selamat hariraya n maaf zahir batin dr LK n family..

ummi said...

Salam Aidilfitri kepada semua BUDIMAN..Semoga sentiasa dirahmati sempena Syawal. Ummi juga ingin mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya terkasar bahasa, tutur kata, gurau senda yang tidak disengajakan tentunya..Harap BUDIMAN akan terus dilimpahi kebaikan dan diberi ganjaran berlipat ganda sempena Ramadhan yang akan berlalu..Rasa sedih pulak la kan..semoga kita semua dipanjangkan umur dan dapat bertemu di Ramadhan akan datang.

Raya ke 3 ke rumah Kitang, insyaAllah..Xpa kalu Lily x larat, kita pakat2 tolong bancuh air n hidang makanan..Ummi juga akan beraya di Temerloh di rumah my parents pada hari pertama dan tengahari akan ke kampung hb. Jemputlah datang ke Kg. Awah, tp call Ummi dulu eh..takut duk berjalan merata pulak.

walid said...

Salam
Chendarawasih?...kla-kla n mail mana nie?...akak depan umah tu ajk beraya...tp waktu malam....sapa ingat mlm tu????..heheeee????

lan kida said...

Salam,
Mid..akak mana..kawan tak berapa ingat dah ni... Kla2 kirim kad raya email jer.

Jun, raya mana dulu...mentakab ke kuantan?

Bilal ada sms mengucapkan selamat hari raya dan memberitahu bahawa beliau suami isteri insyaallah akan menunaikan fardu haji pada tahun ini dan sedang menantikan tarikh penerbangan. Kepada rakan budiMaN yang berkesempatan, Bilal menjemput kerumah mentua beliau di Felda Padang Piol, Jerantut pada malam raya pertama atau di rumah ayah beliau di Pontian (hadapan Hospital Pontian) pada malam raya ke4 bagi menghadiri kenduri doa selamat.

Harap dapatlah kiranya kepada rakan-rakan yang kelapangan nanti untuk mengunjungi Bilal.

Jun said...

kida,tahun ni turn kuantan n maybe balik mentakab raye keempat so x dptlah join semua g umah kitang..kena jenguk dia masa lain lah kot...raya kelima dah balik sini so to semua jemputlah dtg kerumah kat s.alam ye...

walid said...

Salam
Kida..ala...yg duduk depan umah c=tmpt dpt show cause letter dari kejiranan tu..akak 2 org tu...ala yg gitu2 tu...payoh nak citer ni...mau kena ngetei baru leh citer pjg werrr..
Kita serbu umah kentei makan cup cakes Ms LK..mmg rajin Ms LK ni wat kek tau...tgk la blog dia..

apamz said...

walid,
mgkin masa kite gi beraye tu kida tak sempat kot (dah gi ke BPR)... ingat x walid kita gi beraya siap karaoke skali... Sorang tu yg daring sket tu name Noreen, sorang tu kwn lupe dah name dia tapi kije kat sykt ukur Aman....

amir-isa said...

Ucapan Selamat menyambut Aidlfitri, Maaf Zahir & batin...
Many thanks for all the wishes and virtual raya cards. It's time to rejoice and celebrate!
Maaf Zahir Batin and Eid Mubarak to all Muslims.

From Amir+Afezah & family
Michigan, USA