Semalam kita semua umat Islam di Malaysia telah menyambut Aidilfitri setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan. Setelah menempuh kesesakan lalulintas di Lebuhraya Karak pada Jumaat malam yang lalu mengakibatkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Temerloh memakan masa hampir 4 jam (ada rakan2 yang menempuh hampir 6 jam), saya sekeluarga alhamdulillah sampai ke rumah ayah saya di Kampung Paya Pulai untuk meraikan Aidilfitri.
Aturcara Aidilfitri dirumah ayah saya bermula dari jam 4-00 pagi dengan kami sekeluarga telah bangun untuk menyediakan hidangan untuk satu kenduri kecil tahlil selepas sembahyang subuh. Rumah ayah saya yang berhadapan Masjid Tanjung Besar Paya Pulai saban tahun telah terkenal mengadakan kenduri tahlil selepas sembahyang subuh kepada jemaah masjid tersebut.
Selesai sembahyang subuh di Masjid Tanjung Besar, jemaah seramai lebihkurang 60 orang telah mengadakan tahlil arwah di rumah ayah saya. Selesai tahlil, semua jemaah di jemput menikmati hidangan di pagi Aidilfitri dan tahun ini kami menyediakan sate, lemang, nasi himpit dan kueh muih.
Sembahyang Sunat Aidilfitri di Masjid Tanjung Besar di mulakan pada jam 9-00 pagi dan sebelum itu kami sekeluarga bermaaf-maafan sebelum beramai-ramai ke masjid. Tahun ini saya beserta adik bongsu saya Muzamir dan isterinya Aishah sahaja yang beraya di rumah ayah saya. Manakala adik perempuan saya, Masliyatun sekeluarga beraya di Mentakab di rumah mertuanya, adik saya MazulHisham juga beraya di rumah mertuanya di Jenderak sementara adik saya yang ke 4, Mokharizal dan isterinya Tengku Vera Lidya beraya di rumah mertuanya di Medan, Indonesia.
Selesai sembahyang sunat Aidilfitri, kami sekeluarga pulang kerumah kerana menantikan saudara mara dan sahabat handai yang datang berziarah tidak putus-putus. Memang kalau balik ke Temerloh, saya kesian kat SK kerana tak berhenti-henti kena buat air dan sediakan makanan dan sebagainya. Kalau balik Kedah, SK biasanya boleh rilek sedikit.
Selepas solat Asar barulah kami ada kesempatan sedikit dan kami sekeluarga gunakan untuk menziarahi kubur ibu saya dan mengadakan tahlil di situ. Selepas itu kami sekeluarga beraya ke rumah bapa saudara saya di Taman Seri Semantan. Cadangan untuk beraya ke rumah Nenek saya di Kg Tanjung Belengu terpaksa di batalkan kerana Nenek saya yang berada di Kuala Lumpur tidak jadi pulang ke kampung kerana kurang sihat. Saya sekeluarga setelah balik dari Taman Seri Semantan terus pula ke Chenor dan beraya di rumah Raman Kerbau.
Hari ini Raya ke 2, insyaallah kami sekeluarga termasuk adik-adik saya Masliyatun dan Mazul Hisham akan ke Kg Temai Hilir, Pekan ke kubur arwah Datuk sebelah ayah saya untuk tahlil dan selepas itu pula akan ke Felda Pancing, Kuantan ke kubur Nenek saya sebelah ayah untuk tahlil juga. Memang itu kebiasaan keluarga ayah saya pada hari Raya ke 2 setiap tahun dan kesempatan itu juga di gunakan untuk mengunjungi saudara mara sebelah ayah saya di Pekan dan Kuantan.
Insyaallah pada hari Raya ke 3, saya akan berada di Temerloh dan saya bercadang bersama rakan budiMaN lain untuk menziarahi Kitang yang khabarnya berada di rumah ibunya di Kg Hj Ali, Temerloh.
3 comments:
Salam semua,
Selamat Hari Raya. Raya ke 2 pergi ke Pekan dan Kuantan, saya terjumpa Syed Hamid @ Walid dan keluarga langsung kami berhari raya di rumah bapa saudara saya di Batu 3, Kuantan. Bapa saudara saya pun Walid kenal kerana satu pejabat dahulu.
Tadi, Apamz ada call kerana nak beraya rumah Kitang tapi malangnya saya tak dapat nak pergi pula. Jadi Apamz sekeluarga pergi beraya kerumah Kitang di Kerdau. Balik dari situ, Apamz sekeluarga singgah di rumah ayah saya di Kg Paya Pulai. Borak punya borak rupa2nya ayah saya dahulunya bersahabat baik dgn ayah Miza, isteri Apamz semasa ayah saya muda remaja mula2 posting jadi cikgu di Sek Keb Luit, jadi borak panjang lah tadi dengan Apamz.
Salam dan Selamat Hari Raya Budiman...Raya ke 4 Ummi baru berkesempatan ronda2 kat Mentakab dan Temerloh sebab tengahari raya ke3 menantu jiran sebelah meninggal dunia..bz kat dapur my mom sebab fmly Ummi masak2 untuk fmly diaorg yang menziarah, sian x makan2 dr tghari smpai petang dan untuk tetamu2 yang balik dari tanah perkuburan sekaligus.
Sampai kat rumah Kitang, tengok pagar kunci rapat..Ummi sms je kat Kitang, so xda rezeki nak jumpa dan menziarah serta beraya dengan diaorang lagi la kot..
Salam
Lambat posting kat cni.
Hari rabu raya ke4..walid n famili on d way balik kl.Sempat beraya ngan apamz ngan famili kat Mamak blues aka mee goreng mamak kat bawh pokok bertentangan Jalan Gambut.Hehhe..beraya kat situ sbb apamz da balik kuantan.Tak sempat nak beraya ngan bob@MG...bukan rezki.On d way ke KL, singgah Temeloh beraya ngan Kitang pastu tunggu Lan Kentei sekelamin jerr...dtg umah mak mertua Kitang.Sembang2 spai kul 10.30 mlm sejak kul 5...pastu walid n famili gerak KL spai lam kul 2 pagi..dasyat punyer rayaaaa...
p/s walid melapurkan setelah seminggu beraya..
Post a Comment