Wednesday, September 30, 2009

saLaM daRi phiLiPiNeS

Alhamdulillah, saya sudah sampai ke Manila dan Davao dan pada saat ini saya menulis artikel ini dari sebuah internet cafe di St Pedro Streets, Davao. Jam di sini sudah menunjukkan pukol 4-40 petang dan keadaan mulai gelap menandakan waktu maghrib hampir menjelang dalam setengah jam lagi.

Saya bertolak keluar dari rumah dengan di hantar oleh SK pada pukol 1-00 pagi 29hb September lalu ke KL Sentral dan rupa-rupanya bas ke LCCT hanya bertolak pada pukol 3-00 pagi. Saya sampai di LCCT dalam pukol 4-15 pagi dan terus check-in untuk flight saya ke Manila. Jam 7-20 pagi, saya berlepas dari Kuala Lumpur dan sampai di Manila kira-kira pukol 11-15 pagi. (Waktu Philipines adalah sama dengan waktu di Malaysia). Saya sampai dalam keadaan hujan renyai-renyai tetapi pihak airport di Clark, Manila melaporkan bahawa cuaca sudah mula beransur baik dan banjir akibat Typhoon Ketsana sudah mulai reda.

Dari Lapangan Terbang Clark Macapagal saya menaiki Philtranco ke Manila dengan tambang sebanyak Peso300. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam untuk jarak 100km kerana keadaan trafik yang sesak ( trafic di Manila chaos betul, kalau kita memang tak boleh bawak kereta punya). Saya sampai di SM Megamall Manila dan terus mengambil teksi untuk ke Nanoy Aquino Airport yang terletak lebihkurang setengah jam perjalanan. Pemandu teksi sempat menceritakan kepada saya serta menunjukkan kesan-kesan banjir besar akibat typhoon Ketsana 3 hari sebelum itu di Manila yang mengorbankan lebih dari 140 nyawa dan hampir setengah juta orang kehilangan tempat tinggal.

Saya sampai di Nanoy Aquino Airport kira-kira jam 3-15 petang dan rakan perniagaan saya di Manila sudah sedia menunggu dan membawa saya makan dan minum sebelum check-in untuk flight saya ke Davao pula. (Rakan saya ini sebenarnya menetap di Davao tetapi datang ke Manila kerana sepupu beliau hilang semasa banjir Ketsana di Manila dan mayatnya belum lagi ditemui sehingga ke hari ini). Makan memang satu-satunya masalah yang paling besar di Philipines bagi orang Islam kerana susah nak jumpa kedai Muslim. Makanan kat sini pulak memang favourite ada ayam, jadi memang problemo betul.

Flight ke Davao yang sepatutnya pukol 5-15 petang menjadi lewat pula ke pukol 6-10 petang kerana cuaca yang kurang baik. Pukol 6-30 petang kat sini dah masuk waktu Isyak sebenarnya jadi memang dah malam sesangat. Akhirnya pukol 6-10 petang saya menaiki pesawat Cebu Pasific ke Davao dan sampai kira-kira pukol 8-15 malam. Jenuh betul hari itu hampir 7 jam dalam flight dengan tak mandi dan makan roti jer dari KL lagi. Letih giler. Sampai jer di Davao sudah menunggu keluarga rakan saya sambil memegang signboard tertera nama saya dan mereka membawa saya makan dan check-in di sebuah hotel di pinggir Davao.

Walaubagaimanapun hari ini saya bertukar pula ke hotel ditengah-tengah pekan Davao betul-betul bersebelahan City Town Hall Davao di St Pedro Street dan dapatlah saya melihat kesibukan pekan Davao. Cuaca ketika ini masih lagi hujan dan hari ini saya masih lagi meronda-ronda di sekitar pekan Davao. Insyaallah esok awal pagi, rakan perniagaan saya yang berada di Manila akan pulang ke Davao dan bolehlah saya memulakan sedikit perbincangan dengan beliau nanti dan melawat beberapa tempat yang telah dirancangkan.

Keadaan pekan Manila dan Davao pada saya macam pekan kat Siam jer dengan kenderaan dan suasananya. Orang-orangnya puyla rupa sebijik macam orang melayu dan saya memang banyak kali di anggap orang tempatan dan terpaksa saya bercakap English untuk menerangkan siapa saya. Makanan memang susah di Manila dan Davao kerana Muslim Food payah nak jumpa. Satu yang saya tak suka di Davao ni, bandarnya Smoke Free Zone...semua tempat tak boleh merokok...naya betul. Saya berjalan pun dah tak bawak rokok dah sebab penalty Peso 10ribu beb...giler. Kat hotel pun patutnya tak boleh merokok, siap ada warning sign lagi merata-rata...tapi saya belasah jugaklah dalam bilik.

So, takat ni dulu laporan saya...gambar akan menyusul nanti bila saya balik Malaysia...ni nak cari apa nak makan ni beb...lapar giler ni beb...semalam ada jumpa satu kedai kampung saya suruh dia goreng ikan dengan nasi putih...belasah jugak laa...ni tak tau la lagi ni malam ni... sape plak nak kena suruh goreng ikan ni...hehehe

Monday, September 21, 2009

1 syaWaL

Semalam kita semua umat Islam di Malaysia telah menyambut Aidilfitri setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan. Setelah menempuh kesesakan lalulintas di Lebuhraya Karak pada Jumaat malam yang lalu mengakibatkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Temerloh memakan masa hampir 4 jam (ada rakan2 yang menempuh hampir 6 jam), saya sekeluarga alhamdulillah sampai ke rumah ayah saya di Kampung Paya Pulai untuk meraikan Aidilfitri.

Aturcara Aidilfitri dirumah ayah saya bermula dari jam 4-00 pagi dengan kami sekeluarga telah bangun untuk menyediakan hidangan untuk satu kenduri kecil tahlil selepas sembahyang subuh. Rumah ayah saya yang berhadapan Masjid Tanjung Besar Paya Pulai saban tahun telah terkenal mengadakan kenduri tahlil selepas sembahyang subuh kepada jemaah masjid tersebut.

Selesai sembahyang subuh di Masjid Tanjung Besar, jemaah seramai lebihkurang 60 orang telah mengadakan tahlil arwah di rumah ayah saya. Selesai tahlil, semua jemaah di jemput menikmati hidangan di pagi Aidilfitri dan tahun ini kami menyediakan sate, lemang, nasi himpit dan kueh muih.

Sembahyang Sunat Aidilfitri di Masjid Tanjung Besar di mulakan pada jam 9-00 pagi dan sebelum itu kami sekeluarga bermaaf-maafan sebelum beramai-ramai ke masjid. Tahun ini saya beserta adik bongsu saya Muzamir dan isterinya Aishah sahaja yang beraya di rumah ayah saya. Manakala adik perempuan saya, Masliyatun sekeluarga beraya di Mentakab di rumah mertuanya, adik saya MazulHisham juga beraya di rumah mertuanya di Jenderak sementara adik saya yang ke 4, Mokharizal dan isterinya Tengku Vera Lidya beraya di rumah mertuanya di Medan, Indonesia.

Selesai sembahyang sunat Aidilfitri, kami sekeluarga pulang kerumah kerana menantikan saudara mara dan sahabat handai yang datang berziarah tidak putus-putus. Memang kalau balik ke Temerloh, saya kesian kat SK kerana tak berhenti-henti kena buat air dan sediakan makanan dan sebagainya. Kalau balik Kedah, SK biasanya boleh rilek sedikit.

Selepas solat Asar barulah kami ada kesempatan sedikit dan kami sekeluarga gunakan untuk menziarahi kubur ibu saya dan mengadakan tahlil di situ. Selepas itu kami sekeluarga beraya ke rumah bapa saudara saya di Taman Seri Semantan. Cadangan untuk beraya ke rumah Nenek saya di Kg Tanjung Belengu terpaksa di batalkan kerana Nenek saya yang berada di Kuala Lumpur tidak jadi pulang ke kampung kerana kurang sihat. Saya sekeluarga setelah balik dari Taman Seri Semantan terus pula ke Chenor dan beraya di rumah Raman Kerbau.

Hari ini Raya ke 2, insyaallah kami sekeluarga termasuk adik-adik saya Masliyatun dan Mazul Hisham akan ke Kg Temai Hilir, Pekan ke kubur arwah Datuk sebelah ayah saya untuk tahlil dan selepas itu pula akan ke Felda Pancing, Kuantan ke kubur Nenek saya sebelah ayah untuk tahlil juga. Memang itu kebiasaan keluarga ayah saya pada hari Raya ke 2 setiap tahun dan kesempatan itu juga di gunakan untuk mengunjungi saudara mara sebelah ayah saya di Pekan dan Kuantan.

Insyaallah pada hari Raya ke 3, saya akan berada di Temerloh dan saya bercadang bersama rakan budiMaN lain untuk menziarahi Kitang yang khabarnya berada di rumah ibunya di Kg Hj Ali, Temerloh.

Wednesday, September 16, 2009

seLaMat haRi raYa aidiLfitRi

Walaupun cuma tinggal 3 hari sahaja lagi kita di bulan Ramadhan, saya rasa tidak terlalu awal untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan budiMaN dan juga kepada sesiapa yang mengikuti blog budiMaN ini. Sempena Aidilfitri yang mulia ini saya ingin memohon ampun dan maaf zahir dan batin, mana yang termakan dan terminum minta dihalalkan dunia akhirat kepada seluruh warga budiMaN dan sesiapa jua yang mengenali diri saya ini. Insyaallah saya sekeluarga akan berhari raya di Kampung Paya Pulai, Temerloh di sebelah keluarga saya dari Sabtu ini sehingga hari Rabu minggu hadapan. Kepada sahabat dan sesiapa yang ingin mengunjungi silalah datang kerumah ayah saya di mana saya akan berada nanti di alamat Hadapan Masjid Tanjung Besar (belakang Sekolah Kebangsaan Paya Pulai), Kampung Paya Pulai, Temerloh, Pahang. Semoga perjalanan kita semua di aidilfitri akan beroleh keberkatan dan dilindungiNya sentiasa dari sebarang malapetaka dan bencana. Amin.

Tuesday, September 15, 2009

kitaNG

Malam semalam selepas berbuka puasa saya ada sms kepada Kitang bertanyakan khabar beliau. Beliau membalas sms saya dengan memberitahu bahawa keadaan beliau alhamdulillah beransur pulih. Beliau pun dah seminggu mula makan macam biasa katanya baru datang selera. 2nd operation katanya tak tahu lagi bila untuk masukkan kembali dan sambungkan usus kecil beliau. Beliau minta saya sampaikan kepada rakan budiMaN ucapan terima kasih kepada yang sudi telefon, sms dan datang menziarahi beliau semasa di Kuala Lumpur dan juga di Temerloh. Alhamdulillah mudah-mudahan Kitang akan cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan normal semula. Banyak jugak nak kena ganti puasa Kitang tu bila sembuh nanti.

Friday, September 11, 2009

aMaL

2 hari lepas selepas pekena 9 lubang dan berbuka puasa di Kelab Golf Kinrara, rakan-rakan golf saya ada mencadangkan untuk membuat satu Majlis Amal dengan bersedekah sedikit sumbangan dan pakaian di Rumah Anak Yatim Kg Perit, Kuala Nerang, Kedah yang pernah kami lakukan kira-kira 4 tahun dahulu. Mereka cadangkan supaya majlis ini di lakukan selepas saya pulang dari Manila dan Davao nanti. Saya beritahu mereka untuk aturkan majlis tersebut dan insyaallah saya akan turut serta nanti. Saya pula akan ke Manila dan Davao pada 29hb September ini selama 8 hari dan pulang pada 5hb Oktober nanti (Rupa-rupanya negara kita dan Singapore jugak senang bila berurusan ni, negara Asean lain ni banyak hal betul la bila nak setup something...cabaran betul, harap-harap boleh success la trip ni). Masalahnya selepas itu saya mungkin ada satu trip lagi ke luar negeri dan semuanya masih belum confirm lagi. SK pula memang sibuk dengan tugas-tugas pejabat beliau dan kesian jugak kat dia kalau tinggal rumah lama-lama ni.

Dalam fikiran saya, sekiranya jadi Majlis Amal itu nanti, saya ingin selitkan juga sumbangan dari budiMaN sekiranya ada yang ingin turut serta. Tapi Bendahari kita pula saudara Kitang masih belum sihat lagi untuk turut serta menganjurkannya sementara saya pula tidak berkesempatan untuk menguruskan perkara ini jika ingin dilakukan. Pengurusan Majlis Amal tersebut insyaallah akan dilakukan oleh rakan-rakan golf saya tetapi untuk kutipan/sumbangan budiMaN belum dapat saya fikirkan lagi caranya.

Monday, September 07, 2009

seMbaNG-SeMbaNG

1. Ada beberapa orang rakan budiMaN seperti Raman Kerbau dan Suhaimi diA memberitahu saya mereka telah menziarah Kitang di rumah beliau di Temerloh. Mereka memberitahu saya ada perubahan baik dan Kitang nampak ceria sedikit dan boleh bersembang. Alhamdulillah dengan berkat doa rakan-rakan budiMaN dan dorongan kuat serta semangat yang di berikan oleh rakan budiMaN serta keluarga Kitang, insyaallah Kitang akan beransur pulih. Selasa ini Kitang sekali lagi akan ke Hospital Pantai untuk check-up dan menjalani rawatan seterusnya.

2. Ramadhan telahpun melepasi hari ke 16 dan insyaallah hanya tinggal 14 hari saja lagi Ramadhan akan bersama kita untuk tahun ini. Dengan tinggal beberapa hari sahaja lagi, mungkin kita semua boleh melipatgandakan lebih lagi amalan kita semoga Ramadhan akan melimpahkan keberkatan oleh Allah swt kepada kehidupan kita.

3. Tahun ini insyaallah saya sekeluarga akan berhari raya di Temerloh, Pahang di keluarga sebelah saya dan insyaallah saya akan pulang pada hari Jumaat sehingga Rabu di Temerloh. Keluarga SK pula akan berhari raya di Kuala Lumpur dan tidak pulang ke Kedah/Perlis pada tahun ini dan pada hari Khamis selepas raya, insyaallah kami akan berhari raya bersama di Kuala Lumpur pula. Seminggu selepas raya pula saya mempunyai beberapa urusan perniagaan di luar negeri selama 8 hari dan akan terbang seorang ke sebuah negara yang asing juga tak pernah sampai. Tapi SK dah sampai dah sorang-sorang kat situ dulu. Tapi SK semua dah di aturkan oleh syarikatnya dulu siap dengan chauffer dan sebagainya, sementara saya akan menempuh perjalanan seorang diri tanpa sesiapa menunggu di airport. Cuma saya minta rakan kongsi saya di negara tersebut mengaturkan hotel dan connecting flight saya sahaja nanti. Teruja jugak dan suspen sebab sampai jer nak rushing ke airport lain sejauh 90km dengan traffic yang tak menentu untuk catch-up connecting flight sedangkan saya cuma ada masa 5 jam sahaja between the arrival and departure. Journey nak sampai ke destinasi will take 1 whole day dan balik nanti pun satu hari jugak berkejar. Kena makan banyak2 bagi kuat dan tahan tidur...hehehe

Wednesday, September 02, 2009

dOakaN kitaNG

Tengahari semalam lebih kurang jam 1-30, saya sampai di Pantai Medical Center, Bangsar untuk menziarahi Kitang. Sewaktu sampai di bilik wad beliau di D428, saya dapati Syed Hamid diA dan isteri Puan Raja sudah ada di sana bersama dengan Puan Lily dan juga Kitang. Bersalaman dengan Walid dan Kitang, saya lihat wajah Kitang begitu murung sekali. Jelas susut tubuh badannya dan kesan pembedahan yang saya lihat memilukan.

Puan Lily, isteri Kitang menceritakan kepada saya, Walid dan Raja keadaan Kitang. Kitang masih tidak dapat bertutur dengan sempurna dan hanya terbaring sahaja memerhatikan kami.

Menurut Lily, Kitang dimasukkan ke Hospital Pantai dengan di bawa oleh beliau menaiki kereta dari Temerloh pada hari Selasa minggu lalu setelah sekian lama sejak beberapa bulan yang lepas, Kitang mengadu kesakitan yang amat sangat di bahagian perut beliau dan perut beliau menjadi membusung. Sebelum itu sudah beberapa kali di buat pemeriksaan di Hospital Ampang Puteri termasuk membuat MRI scanning dan sebagainya tetapi punca kesakitan tidak dapat dikesan. Pengubatan secara tradisional juga di cuba di Temerloh tetapi hasilnya masih tidak berubah.

Di Pantai Medical Center, doktor memberitahu Kitang bahawa terdapat komplikasi di usus besar beliau dimana di sesetengah tempat seakan-akan seperti membengkak dan hampir pecah. Akhirnya pada Rabu minggu lepas, Kitang telah di bedah. Pembedahan yang dijangka hanya untuk 3 jam telah berlarutan sehingga 8 jam. Akhirnya Kitang di bawa keluar dari bilik pembedahan dengan usus besarnya terpaksa di potong lebih dari 2 kaki panjangnya.

Dengan seluruh hampir seluruh badannya di cucuk dengan drip di kiri kanan lengan dan di belakang bahagian badan untuk mengalirkan ubat-ubatan. Sementara kesan pembedahan pula lebihkurang 7 inci panjangnya dari dada sehingga ke perut dengan di kiri kanan perutnya di tebuk 2 lubang dengan usus yang tinggal di surfacekan keluar untuk pembuangan sehingga kini. Di kiri kanan perutnya yang berlubang itu di letakkan beg plastik bagi menakung pembuangan yang keluar.

Dan semalam setelah hampir seminggu barulah semua drip di cabut dari badan Kitang dan beliau boleh makan secara normal dengan makanan yang lembut seperti bubur. Lily memberitahu usus besar yang telah di potong itu masih tidak disambungkan lagi oleh doktor dan ianya memerlukan pembedahan ke 2 yang akan berlangsung mungkin dalam masa 6-7 minggu lagi. Sementara itu keadaan Kitang hanya akan terbaring sahaja dan selepas pembedahan ke 2 tidak tahu lagi berapa lama beliau akan pulih sepenuhnya.

Keadaan fizikal Kitang sememangnya begitu memilukan di tambah dengan keadaan dirinya yang pucat, murung dan tidak bermaya. Spritual beliau masih dalam keadaan lemah mungkin mengenangkan dirinya yang terbaring tidak tahu berapa lama lagi dan mungkin perkara-perkara yang menghantui beliau apabila mengenangkan dirinya yang sakit terbaring tidak bermaya.

Saya berharap rakan budiMaN dapatlah menziarahi Kitang dan memberikan semangat dan keyakinan kepada beliau dalam menempuh dugaan yang mencabar ini. Sokongan moral yang kuat dari keluarga dan rakan-rakan amatlah diperlukan oleh beliau yang saya kira begitu down sekali ketika ini. Selain itu marilah kita semua mendoakan agar Kitang akan kembali pulih sepenuhnya seperti sediakala secepat yang mungkin dan keluarga beliau sentiasa tabah dan kuat dalam menempuh situasi ini.

Mungkin beliau akan berada dalam keadaan begini 2-3 bulan lagi tetapi di harap rakan budiMaN akan sentiasa mengingati beliau dan terus memberikan perangsang dan semangat kepada beliau.

Tuesday, September 01, 2009

kitaNG

Kitang yang kini berada di Pantai Medical Center kerana pembedahan usus masih berada di sana sehingga kini dan keadaannya masih agak kritikal juga. Saya yang masih belum berkesempatan menziarahi beliau sehingga kini ada menghubungi isteri beliau, Puan Lily untuk bertanyakan khabar beliau. Beberapa rakan budiMaN seperti Bilal dan Lan Kentei sudahpun menziarah beliau. Lan Kentei ada mengirimkan sms kepada saya selepas bertemu dengan Kitang pada Sabtu lalu. Sms beliau seperti berikut :

"Kesakitan Kitang yang amat sangat sebelum operation dah ok. Kecederaan beliau selepas operation boleh tahan jugak teruknya... Operation menegak kat tengah perut lebih kurang 6-8 inci panjangnya. Ususnya di surfacekan sikit kat luar kulit perut sebab nak bagi dia buang air besar. Tak macam biasa dulu. Disebabkan luka dan dia weak lagi gamaknya. Senang cakap boleh tahan jugakla teruknya dia terbaring kat atas katil tu... Sangat lemah dan kurus sikit dan tak seceria macam dia senormalnya. Tak tau lagi berapa lama hospitalized...maybe lama jugak tuu..Masih drip dengan pain killer. Banyak masa dia tidur sebab lemah dan kadang2 muntah agak banyak. Masih berpuasa dan minum ikut mulut pun sikit sangat bolehnya. Kitang..ooh Kitang. Dugaan untuk dia olehNya." Begitulah bunyi sms yang dikirimkan oleh Kentei.

Dalam perjalanan balik ke Temerloh sebelum itu saya ada menelefon Lily, isteri Kitang dan beliau beritahu perkara yang sama. Usus Kitang telah di operate dan dibuang (dah di bawa balik ke Temerloh untuk di tanam oleh emak Kitang). Tapi usus tersebut belum di sambung lagi dan ini memerlukan 2nd operation yang akan di lakukan lagi dalam waktu terdekat ini.

Sebak saya rasakan apabila Lily menceritakan keadaan Kitang. Saya berharap rakan budiMaN mana yang berkesempatan dapatlah kiranya menziarah Kitang dan kalau nak hubungi no phone beliau ialah 019-7567799. Selain itu saya minta rakan budiMaN untuk mendoakan Kitang agar kembali sihat semula seperti sediakala dan beliau sekeluarga tabah menempuh dugaan yang amat mencabar di bulan Ramadhan yang mulia ini.

P/S : Apamz ada mengirimkan gambar Aqeela yang menyambut harijadinya genap setahun pada 29 Ogos yang lalu. Dah besar pun Aqeela dan kata Apamz masa potong birthday cake di Temerloh pada Ahad lalu pukol 10-00 malam dah tersengguk-sengguk dah. Petah bercakap tapi kerap demam 2-3 minggu ni dan susut sikit badannya. Saya sekeluarga mendoakan Aqeela dan Apamz sekeluarga akan sentiasa sejahtera dan sihat serta berbahagia selalu.