Hari Khamis malam yang lepas, saya sekeluarga pulang ke kampung saya di Temerloh, Pahang. Kami sekeluarga bertolak dari Kuala Lumpur kira-kira jam 11-00 malam dan kesesakan di MRR2 dan di Lebuhraya Karak membuatkan kami sampai di Temerloh kira-kira jam 3-00 pagi. Seperti yang saya ada khabarkan dalam artikel di bawah pada sebelah petang Jumaat selepas saya bersembahyang Jumaat di Masjid Besar Maran ( Khatib yang baca kutbah Jumaat di Masjid Maran memang power bacaan kutbahnya), saya dan beberapa rakan-rakan berjanji bermain golf di Kelab Golf Maran.
Saya sampai di Kelab Golf Maran kira-kira jam 2-15 petang dan sempat berjumpa dengan Sidi dpA dan Joe Malady diB yang bermain golf pada sebelah pagi. Itu pun kata mereka tak sempat menghabiskan permainan kerana sudah azan Jumaat. Joe Malady beritahu saya Mat Taib diB pun ada bermain golf pada pagi Jumaat tu dan Mat Taib sekeluarga bermalam di chalet Kelab Golf Maran pada malam Khamis.
Saya bersama 5 orang rakan saya kemudiannya memulakan permainan golf kami (kat Kelab Golf Maran ni satu flight boleh sampai 5-6 orang) dan di lubang terakhir kira-kira dah dekat senja jugak, saya dapat telefon dari Mat Taib diB yang memberitahu bahawa kereta beliau overheating dan beliau sekeluarga terkandas di Temerloh. Beliau cuba mencari hotel untuk bermalam tetapi malangnya semua hotel di Temerloh sudah fully book. Saya kemudiannya menelefon Kitang meminta bantuan beliau dan dengan jasa baik Kitang (memang payah nak cari sahabat macam Kitang yang suka menolong kawan ni), beliau membawa Mat Taib sekeluarga mencari hotel di sekitar pekan Mentakab. Akhirnya dapatlah bilik bujang di sebuah hotel di Bukit Bendera dan kereta Mat Taib terpaksa di tinggalkan di Temerloh. Keesokannya Kitang sekali lagi telah membawa Mat Taib berjumpa dengan mekanik untuk membaiki kerosakan kereta Mat Taib dan nampaknya kereta beliau terpaksa di tinggalkan 2-3 hari untuk di baiki. Kitang kemudiannya menghantar Mat Taib sekeluarga menaiki bas ekspress ke Kuantan untuk pulang ke Kemaman. Raman Kerbau ada sms kepada saya sebentar tadi memberitahu Mat Taib akan mengambil keretanya yang telah siap pada hari ini. Mat Taib dalam komen menerusi artikel di bawah merakamkan ucapan terima kasih kepada Kitang atas pertolongan beliau itu. Terima kasih banyak-banyak Kitang, hanya Allah swt yang dapat membalas segala jasa baik saudara.
Pada tengahari Sabtu, saya bersama SK kemudiannya mengunjungi kedai Avon Kitang dan Lily di pekan Mentakab di mana SK sempat juga memborong beberapa barangan Avon. Saya, SK, Kitang dan Lily kemudiannya menjamu selera nasi Ikan Patin Tempoyak di sebuah restoran berdekatan. Terima kasih kepada Lily dan Kitang yang bersusah payah melayan saya bersama SK.
Insyaallah pada hari Rabu malam nanti pula, saya dan Kitang dan beberapa rakan budiMaN yang lain akan bertehtarik di Kuala Lumpur. Saya pun ada menelefon Walid petang tadi dan memberitahu beliau agenda pada hari Rabu nanti.
3 comments:
Mazlan,
ramai dah main golf ni, so bila agaknya nak organise golf tournament? Kalau boleh, organise di sekitar KL or Selangor, senang aku nak join.
Last weekend aku ada di KL, ingat petang Sabtu tu nak ajak kau main golf di KGPA, ada kontraktor class A belanja. Kami cuma 6 orang je, kurang 2 golfers. Tapi weekend tu kau balik kampong. Maybe next time kita main golf di Nilai Spring. Pls send my regards to Shamsuddin.
Salam Mizi,
Insyaallah nanti aku sampaikan salam kepada bekas Pengarah Keselamatan UitM, Mej Shamsudin. Tadi aku main Tasik Puteri dengan Shamsudin dan 2 orang geng aku, geng MyBenz Club jugak la... test 3rd Nine baru...perghh..panjang giler..Par 4 paling pendek 410m dan ada yang panjang sampai 480m, kalau yard tu dah jadi 520 yard Par 4, standard Agusta Master tu...jenuh aku balun 2nd shot tak sampai... main 50 gua 3rd nine tu.
Tadi dia orang dgn Shamsudin plan nak buat trip Southern Hill maybe end of this month. Kalau aku tak bz insyaallah aku pergi sekali. Nanti nak mintak tolong lu kat border...hehe.
Aku rasa geng budiMaN pun hari tu ada 2-3 orang jugak nak ikut main kat Southern Hill...boleh la aku beritahu dia orang boleh buat one trip sekali...ramai2 kita belasah kat Southern Hill. Kalau mahal sangat Southern Hill...hari tu lu kata ada club murah sikit, bisa aja. Lagipun main kat belah sana tu bukan nak serius sangat... main bergelak jer.
Apa-apa nanti gua kontek lu Mizi. Take care.
Salam Mazlan,
saya amat berbesar hati untuk menerima kunjungan u all kesini. Ptg tadi saya pun main golf di Black Forest Bukit Kayu Hitam.
Pasal golf tu, insya'alah saya akan cuba organise kan. Saya skrg member di Southern Hills Golf Course dan Tongthai Banrai Golf Course. Kedua-dua golf course ni terletak bersebelahan. Saya akan dapatkan guest rate seperti berikut untuk u all.
Southern Hills:
Green fee:
Isnin, Selasa, Jumaat: THB600 (RM60)
Khamis & Jumaat: THB500 (RM50)
Sabtu & Ahad: THB800 (RM80)
Buggy: THB600 (RM60) twin sharing
Caddy: THB180 (RM18)
Tongthai Banrai:
Green fee:
Weekdays: THB250 (RM25)
Weekend: THB450 (RM45)
Buggy: THB500 (RM50)
Caddy: THB180 (RM18)
Dah alang kepalang datang dari jauh, apa kata kita pukul kat kedua-dua golf course ni.
Post a Comment