Hari Rabu malam yang lepas, saya bersama rakan-rakan budiMaN berteh tarik di Taman Seri Gombak pada pukol 9-30 malam. Antara yang datang malam itu ialah Kitang diB, Kudin dbS, Mat Rock diA, Arash dpA dan Apek dpA. Macam-macam yang kami sembangkan selain dari bertanya khabar masing-masing. Program amal budiMaN dan aktiviti budiMaN antara topik yang hangat pada malam itu.
Antara cadangan malam itu ialah untuk mengadakan aGGp (All Guys Golfing Party) 2009 di Southern Hill Golf Club Thailand seperti undangan yang dibuat oleh saudara Mizi diB, Konsulat Malaysia di Songkhla kepada saya tidak lama dahulu. Insyaallah kalau tiada aral melintang ianya akan di buat dalam masa terdekat dengan rombongan konvoi Club Naza Ria budiMaN. Boleh kongsi-kongsi kos transport dan pergi beramai-ramai. Pergi pada petang Jumaat dan balik pada hari Ahad.
1 comment:
Salam semua,
saya amat berbesar hati dan gembira menerima kunjungan golfer budiMan ke Selatan Thai. Insya'alah, saya akan pastikan AGGP 2009 di Southern Hills Golf Course Hatyai menjadi kenyataan.
Buat masa ni, cuba elakkan tarikh 29 Mei - 1 Jun 2009 kerana saya tiada di Songkhla.
Jangan lupa bawa salinan geran kenderaan yang telah disahkan bagi tujuan untuk mendapatkan permit masuk ke Thailand. Tuan empunya kenderaan mesti ikut sekali.
Satu lagi nak tahu samada u all nak bermalam di sebelah Malaysia atau di Pekan Danok, Thailand?
Post a Comment