Wednesday, May 06, 2009

cWAb - caR waSh aMaL budiMaN

Semasa bertemu dengan Kitang dan Lily di kedai Avon mereka di Mentakab baru-baru ini, saya ada menyampaikan satu cadangan yang sebenarnya sudah lama saya rancangkan untuk program amal budiMaN. Cadangan ini sebenarnya sudah lama saya fikirkan tetapi perlaksanaannya masih tidak menjadi kenyataan kerana saya rasa banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sedangkan ianya memerlukan tindakan secara berkumpulan.

Cadangan saya sebenarnya seperti berikut. cWAb adalah suatu program amal budiMaN untuk tahun 2009 bagi mengutip sumbangan amal untuk di sedekahkan kepada individu atau organisasi yang berkelayakan untuk menerima bantuan. cWAb akan di jalankan dengan cara rakan-rakan budiMaN berkumpul bersama keluarga dan mengadakan kutipan derma melalui cara membasuh kereta yang terbuka kepada semua budiMaN dan orang awam yang ingin menyumbang atau bersedekah. Kereta-kereta yang ingin di cuci akan di cuci oleh rakan-rakan budiMaN dan ahli keluarga. Setiap cucian kereta akan di kenakan harga di cadangkan RM30 yang mana ianya akan di sumbangkan mungkin 95% daripadanya sebagai sedekah jariah untuk program amal budiMaN kepada penerima berkelayakan.

cWAb akan di jalankan selama 1 hari atau 2 hari di suatu tempat membasuh kereta yang strategik dengan peralatan yang mencukupi dan kemudahan yang elok. Mungkin juga rakan budiMaN boleh mengadakan PotLucK dan menyediakan minuman dan makanan ringan kepada tuanpunya kereta yang dicuci. Saya juga terfikir untuk mengadakan program amal cWAb ini bersama-sama dengan persatuan sekolah yang mungkin membolehkan budiMaN mendapat venue yang lebih baik dan bersesuaian.

Nampaknya semasa saya bertemu dengan Kitang dan Lily tempohari, respon mereka menggalakkan. Namun kesibukan saya 2-3 menjak ini sedikit menyukarkan walaupun mungkin saya sanggup korbankan jika ada kerjasama rakan budiMaN yang menggalakkan, insyaallah.

1 comment:

Bilal said...

Salam... moga semua sahabat beroleh rahmat dari NYA. Lama kawan menyepi. Semenjak berpindah ke Nilai sedang menyesuaikan diri dengan keadaan yang agak sibuk sedikit. Slamber yang kat Mydin Nilai tu pun tak berkesempatan nak ngeteh. Pagi ni baru free dan meninjau blog. Cadangan Kida amat baik dan kwn seratus peratus setuju. Tatkala kesibukan kebelakangan ni sempat juga lalu di Surau Tjg Belengu, Kompleks Belia Maran dan Resort yg kita berkumpul di cherating. Semuanya mengimbau kenangan manis beraktiviti dengan sahabat BUDIMAN. Hampir setahun lebih kita cuma menyinggah di blog dan tak bertemu muka. Rasanya dah tiba kita timbang secara serius cadangan ini. Benda macam ni mengikut pengalaman lepas, lets gether few suggestion dari rodong2 yg aktif dan baru kita war-warkan.
Yang pertama Kawan cadangkan kita buat di temerloh..
Yang kedua tarikhnya pada 19 Julai (Ahad)sebab 20 julai(Isnin) tu cuti Israk Mikraj makanya kita ada 2 bulan untuk workout..
yang ketiga: Program rundown yg ingin dicadangkan:
10.00pg hingga 4 ptg Car wash dan car boot sales
5.00pth hingga 7.00ptg - Pot luck

Hari isnin depan kwn free. Kot nak ngeteh boleh kita finalize ..

Apapun cuma cadangan je.. moga dari cadangan ini akan tercetus cadangan cadangan lain yg lebih baik insyaAllah.

Wslm