Hari Ahad akan datang ini iaitu pada 10 Mei 2009 adalah Hari Ibu. Sesungguhnya jasa ibu kepada kita sememangnya sesuatu yang tidak ternilai dan termampu di balas oleh kita semua. Saya percaya rakan-rakan budiMaN ada menerima e-mail dari Khatilah dsS berkenaan pengorbanan seorang ibu dan membaca beberapa artikel dari blog Suhaimi diA yang berkaitan dengan ibu. Artikel berkenaan pengorbanan dan jasa seorang ibu juga saya rasa telah ditulis oleh saya beberapa kali di dalam blog ini di masa-masa yang lepas.
Sesungguhnya melalui pengalaman saya, untuk mencapai ketenangan dan keberkatan dalam hidup ini, bukan semestinya dengan belajar tinggi-tinggi atau membina kekayaan melangit. Bukan itu sebenarnya yang menjamin kejayaan hidup. Ibubapa adalah punca kejayaan hidup kita. Jika kita rebut peluang ini dengan tulus ikhlas semasa mereka masih hidup, insyaallah hidup kita akan di permudahkan dan mendapat keberkatan dari Allah swt. Jadikan ibubapa sebagai perkara priority yang paling utama melebihi dari diri sendiri, isteri dan anak-anak kita, insyaallah, hidup kita dipermudahkan dan di berkati. Itu pengalaman dan miracle yang saya lihat sendiri. Rebutlah peluang keemasan ini sementara mereka masih hidup!
Bagi diri saya yang sudah hampir 7 tahun kehilangan ibu, apa yang tinggal hanyalah surah yassin, tahlil dan Al-Fatihah untuk di sedekahkan kepada ibu. Tiada lagi bakti yang dapat di sumbangkan dengan menatap sendiri wajah seorang ibu.
1 comment:
Salam semua..
Ummi juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu/Emak/Mama/Mami/Ummi/Bonda dsb. semoga sentiasa dalam limpah rahmatNya, sentiasa disayangi dan mendapat pahala berganda atas kasih sayang yang diberikan kepada keluarga tercinta...
Post a Comment