Sunday, May 24, 2009

seMiNggU

Hampir seminggu saya tidak menulis apa-apa di dalam blog. Bagaimanapun seminggu ini beberapa perkara berlaku dan di tempuhi oleh saya ialah :

Isnin
Saya mempunyai beberapa urusan di Putrajaya pada sebelah pagi di Jabatan Imigresen dan sebelah petangnya pula saya sempat bergolfing dengan geng golf saya Mat Sani, Mat Nan dan Mat Sam ( bekas Pengarah Keselamatan UitM) di Kelab Golf Bukit Unggul. Malamnya pula saya bersembang dengan Raman Kerbau dbS, adik beliau Zamzuri dan sepupu beliau Aris di Pandan Perdana sampai pukol 3-00 pagi jugak. Raman Kerbau dbS datang ke KL kerana temuduga kerja di Jalan Ampang.

Selasa
Paginya saya teruskan urusan di Putrajaya dan sebelah petangnya saya bergolfing lagi dengan geng golf Temerloh di Kelab Golf Kinrara pula. Sambung sembang selepas golf sampai pukol 12-30 malam di Club House.

Rabu
Sebelah pagi saya free n easy tetapi pada tengahari saya dapat berita yang amat menyedihkan di mana salah seorang rakan karib saya semasa bekerja kerajaan iaitu Sabri Hat telah kembali ke rahmutallah di Hospital Putrajaya setelah collapsed di Nilai. Arwah Sabri Hat ialah Penerbit Berita RTM bekas pelajar UitM MasCom berusia sekitar 47 tahun dan dulunya menjadi jiran dan rakan sepejabat saya semasa di BPR. Bukan perokok dan aktif bergolfing. Putter Ping yang saya guna sehingga sekarang adalah pemberian Allahyarham dan saya terasa sangat sedih dengan kehilangan beliau. Jenazah beliau telah di bawa ke kampung beliau di Kedah untuk dikebumikan pada tengah malam itu juga dan di Kedah, Pengarah BPR Perlis, Dato' Yusuf Shamsudin memaklumkan kepada saya melalui sms setiap detik sehingga jenazah dikebumikan. Al-fatihah untuk Arwah Sabri.

Khamis
Sebelah paginya saya free n easy dan sebelah petangnya saya bergolfing dengan Mat Sani, Mat Nan dan Komando (Bekas Pegawai Khas kepada Dato Dr Latif, Tim Menteri Pertahanan) di Kelab Golf Tunku Jaafar Seremban. Semasa menunggu Mat Nan dan Mat Sani di stesyen minyak Esso MRR2 untuk ke Seremban, saya terserempak dengan Rodzi diB. Beliau berkerja membawa lori menghantar barang-barang makanan ringan ke stesyen-stesyen minyak sekitar Kuala Lumpur. Hampir setengah jam saya mengeteh dan bersembang dengan beliau tentang keluarga dan sebagainya. Saya lihat ketabahan beliau mengharungi kehidupan di KL walaupun saya masih ingat lagi semasa PreGtahering Kuantan pada 2006 dahulu beliau baru sahaja di berhentikan kerja.

Jumaat
Hari Jumaat memang hari free n easy saya setiap minggu kalau boleh, sebab memang sejak dari sekolah dan UitM lagi, Jumaat ni untuk rilek dan memang malas nak pergi kelas terutama kelas petang. Memang TGI Friday betul la kiranya. Lepas sembahyang Jumaat dan hantar Aimin ke sekolah, saya makan tengahari dan rilek lepak sampai petang di Pavilion bersama Mejar Yahya yang menemani saya sampai pukol 6-30 petang. Malam pula saya, SK dan Aimin pekena Nasi lauk Ikan Siakap masak 2 Jiwa di Restoran Tahara di Kampung Pandan. Kenyang giler sebab dari tengahari duk mengunyah jer...

Sabtu
Sebelah paginya saya sekeluarga rilek kat rumah dan tengaharinya kami ke rumah emak SK di Ukay Perdana sebab emak SK sms kat saya dia buat Laksa Utara banyak dan semua adik-beradik kena datang perabihkan laksa tu. So kami semua lepak kat rumah emak SK sampai mahgrib baru balik ke rumah kami di Taman Bukit Permai.

Hari ini takde aktiviti sangat cuma petang nanti nak pergi tengok Sarah pula di asrama dan SK nak singgah kat Pavilion kat The Loaf sebab nak beli CheeseCake Cup yang sedap sesangat nak bagi anak pompuan dia makan kat asrama. Terpaksa la jugak masuk town nak pergi Pavilion yer.. Apa-apa pun alhamdulillah, syukur kepada Allah swt, kita semua masih lagi dapat bernafas, dipermudahkan segala urusan kita dan kita semua budiMaN sentiasa sejahtera dan bahagia, alhamdulillah.

No comments: