Thursday, April 30, 2009

kaWaN

Kira-kira sebulan lepas ada seorang rakan budiMaN menelefon saya bertanyakan nombor telefon seorang lagi rakan budiMaN. Menurutnya, beliau beberapa kali cuba menghubungi rakan tersebut melalui panggilan dan sms tetapi tidak berjawab dan beliau bertanya saya mungkin nombor telefon yang beliau hubungi itu sudah tidak digunakan lagi. Saya beritahu beliau nombor tersebut tidak bertukar kerana saya ada menghubungi rakan tersebut menggunakan nombor yang sama.

Selang 2-3 hari kemudian beliau memberitahu bahawa rakan tersebut masih tidak menjawab atau membalas sms yang di hantar. Saya beritahu beliau, mungkin rakan kita itu sibuk, maklumlah semenjak berhenti kerja dan berniaga ni, rasanya baru ini pertama kali dia dapat peluang niaga yang besar sedikit.

Baru-baru ini, rakan budiMaN itu menelefon saya lagi dan menceritakan bahawa panggilan dan sms beliau masih tidak berbalas lagi. Beliau turut memberitahu saya bahawa apa yang saya beritahu beliau itu ada kebenarannya. Beliau dapat merasakan bahawa kawan budiMaN yang baru dapat peluang niaga besar itu sudah mula lupakan kawan dan berlainan sedikit apabila sudah mula senang ketika ini. Saya kata, biarlah dengan kawan kita itu, asalkan dia tak menyusahkan kengkawan yang lain, dia nak kedekut dengan duit dia ker, dah tak mahu berkawan lagi dengan kita ker, biarlah kat dia.

Memang ada sesetengah kengkawan apabila senang sedikit, berpangkat besar, dah ada duit lebih sedikit akan berubah. Itu memang biasa terjadi. Pada hal kengkawan tersebut bersama membesar dengan kita dari remaja sehinggalah dewasa, dari zaman remaja yang sama-sama ada seringgit jer dalam poket, sama-sama jatuh bangun, duduk rumah bujang, menyelamatkan kengkawan tu masa dia overdose ganja dan terlentang kat jalan belakang Masjid India tengah2 malam (mesti dia lupa dah tu). Kini bila dia dah senang sedikit, berpangkat besar dan sebagainya, mula menjauhkan diri dari kengkawan sebab kawan tu tak setaraf, tak mendatangkan faedah berkawan, menghabiskan duit dia jer minum teh dengan kawan dan tak boleh sembang perkara-perkara yang dalam taraf dia.

Saya cuma beritahu rakan budiMaN yang telefon tu...biarlah...tak kemana orang macam tu, dan tak rugi apa-apa pun kat kita...yang rugi dia kerana menjauhkan diri dari kita dan kehilangan hormat dari seorang kawan.

P/S : Esok cuti Hari Buruh, insyaallah saya sekeluarga balik Temerloh. Mungkin ada gathering golf dengan beberapa rakan budiMaN di Kelab Golf Maran pada petang Jumaat, insyaallah.

8 comments:

ASP Sahab said...

Hidup ni ibarat roda, kadang-kadang kita berada di atas dan ada kalanya kita berada di bawah. Jadi tak payah la na sombong. Lagi ramai kawan lagi seronok, anytime ada member nak teman pergi minum teh tarik atau mukul golf.

sutok said...

hehe.. aku lum penah kaya... agaknya aku camtu jugak kot kalau kaya.....

yela.. apa rupanya apa rasanya jadi kaya..

berak bau bunga ke, bawak kete pakai kaki ke, makan nasi 15 dulang ke, minum teh tarik 20 cawan ke, tido dalam air ke, ...

rasanya sama je ngan yg tak kaya cam kita... so amende lebihnya..

hahah

Rasidi @ Mat Taib said...

Bro, hidup ni tak lama janganlah sombong sangat...

Lan, Kitang Terima Kasih byk2...

Dapat jugak bercuti di Mentakab.

Anonymous said...

Salam...

Pada saya kita semua sama sahaja mcm kawan yg terlupa diri tu.. Apabila kita berlebih2 dgn mendedahkan kisah silam yg x brape elok dipaparkan di sini..

Mungkin niat kita utk menyedarkan beliau.. tetapi dgn mendedahkan keaiban org utk menyedarkan kawan kita yg hanyut tu juga telah mendedahkan siapa sebenarnya kita ni.. Penuh dengan kepura-puraan..

Jangan sampai kita dikatakan mengata dulang paku serpih.. mengata orang kita yang lebih..itu sikap munafik..

Apa yang perlu kita lakukan adalah memberi peluang kepada beliau utk membetulkan diri dan membawa balik kawan kita itu kembali bersama-sama kita..tanpa perlu mendedahkan semua keaiban beliau dimasa lampau..

Jangan sampai org menyampah kat kita kerana keterlaluan..

Terimalah teguran dgn ikhlas. Insyallah kita juga akan mendapat hidayah dari yg Maha Pengampun & Maha Penyayang...

Wslm..

Tak suka Mencari Musuh..

wani said...

semua yang berlaku ada ujian untuk kita. kaya tu ujian, miskin tu ujian, susah tu ujian, senang tu ujian. sahabat berbaik dengan kita satu ujian, sahabat tak nak berbaik dengan kita juga satu ujian. orang bermusuh ngan kita ujian, orang nak berkawan dengan kita ujian. semunya ujian.

Allah bagi ujian kaya untuk uji kita samada kita bersyukur atau tidak pada Allah. Allah bagi ujian miskin untuk uji kita samada kita redha dengan ujian Dia.

Allah uji dengan sahabat yang baik adakah kita akan jaga persahabatan kita atau buat acuh tak acuh atau jauh di lubuk hati kita, kita tanam rasa curiga kalau2 kawan kita tu nak perabih duit kita je.

Allah uji dengan kawan yang sombong untuk nak tengok samada kita redha dengan kesombongan kawan kita tu, samada kita akan kembali berkawan dgn dia bila dia minta maaf atau kita tempelak dia atau kita terus benci dia atau kita akan berdendam dengan dia atau kita anggap perkara tu tak pernah berlaku, kita berlapang dada memikirkan mungkin tidur malam dia pun tak cukup inikan pula sekadar nak berbual kosong dengan kita, mungkin dia tak dapat sokongan dari orang2 yang dia perlukan sokongan hinggakan dia tak berkesempatan balas sms kita atau mungkin sms yg masuk terlalu mencurah-curah sampai tak tahu mana satu nak jawab.

Berlapang dadalah kerana berlapang dada tu membuatkan fikiran kita tenang. kebencian kita pada kawan kita tak akan menyebabkan kita masuk syurga. ketidak-ma berkeafan kita mungkin tak akan menyebabkan dia masuk neraka. berkecil hati tak akan menjadikan kita kaya jiwa dan kaya harta.

zula said...

Salam...setuju dengan ano...lagi pun ntahkan memang dia sibuk betul...berilah peluang kepada dia fokus pd business dia...tak baik nak ungkit balik setiap pertolongan yang telah kita beri...tak ikhlas namanya tu...

wani said...

alamak ada typo error

ketidak-ma berkeafan = ketidak-maafan

LaN KidA said...

Salam semua,
Mat Taib....no hal punya. Terima kasih bebanyak kat Kitang. Hotel Jackie Chan Mentakab tu rating 6 star jugak la kat area Mentakab tu..haha.

Kepada Orang Tak Bernama (Anonymous)...hidup lagi engkau yer...kata dulu meluat, menyampah dah nak masuk blog ni...sayang lagi negkau kat kami yer...nak jugak engkau jengok-jengok kat sini...baguslah kalau engkau dah berubah...cuma takut betul engkau nak bagi nama engkau.... takut ada makna kott...haha.