Wednesday, April 29, 2009

piNjaMaN

Semalam saya sempat bersembang dengan seorang rakan budiMaN di Kuala Lumpur. Rakan budiMaN ini menceritakan beliau ingin menjalankan suatu projek pertanian tetapi tidak mempunyai modal permulaan. Beliau mempunyai tanah milik keluarga seluas 3 ekar yang telah siap di terangkan tetapi tidak mempunyai modal permulaan bagi mengadakan beberapa perkara asas permulaan seperti berikut :

1. Belanja membuat pagar - Pagar mestilah dengan konkrit (concrete) di bahagian bawah bagi mengelakkan binatang seperti babi dsb dari membuat lubang untuk masuk. Sementara di bahagian atas pagar pula mestilah ada apa yang di panggil pagar@ wayar elektrik bagi menghalang dari binatang seperti monyet memanjat. Kos membuat pagar sebegini di anggarkan berjumlah RM4,000 paling kurang untuk seekar.

2. Belanja untuk membuat paip sprinkler bagi pengairan tanaman. Kos termasuk mengadakan batang paip, sprinkler dan juga janakuasa penyedut air dan juga tempat takungan air. Belanja untuk ini paling kurang RM2,000 seekar.

3. Belanja permulaan untuk membajak tanah, anak benih, baja, racun dan keperluan penanaman yang lain. Belanja ini pula paling kurang RM1,500 seekar.

Beliau sebelum ini telah ada berjumpa dengan Pegawai Jabatan Pertanian dan bertanyakan jika terdapat bantuan yang boleh dipohon. Pegawai tersebut memberitahu bahawa Jabatan Pertanian hanya boleh memberikan bantuan jika pekebun sudah memulakan tanaman dan membuat sekali penuaian. Hanya selepas itu barulah bantuan boleh di berikan.

Beliau juga ada berjumpa dengan pegawai dari Lembaga Pertubuhan Peladang untuk meminta bantuan. LPP ada memberikan pinjaman sehingga RM30,000 kepada pekebun tetapi dengan syarat pekebun mestilah sudah memulakan tanaman.

Ini bermakna kedua-dua agensi kerajaan itu hanya boleh membantu pekebun jika tanaman sudah di mulakan yang bermakna pekebun mestilah mempunyai modal sendiri dahulu yang tidak kurang dari RM20,000 bagi memulakannya. Masalahnya bagaimana pekebun hendak memulakan jika tiada modal permulaan. Lainlah kalau tanah tersebut sudah siap di pagar elok, di terangkan rata dan sebagainya.

Saya kata kepada beliau, kenapa tidak cuba 1 ekar dahulu sebagai permulaan sebelum memohon bantuan pinjaman. Beliau kata bagaimana nak mulakan kerana untuk 1 ekar pun sekurang-kurangnya hampir RM7-8 ribu di perlukan sedangkan beliau tiada wang sebanyak itu.

Inilah sebenarnya yang selalu menjadi masalah kepada petani dan pekebun kecil kita di Malaysia. Niat murni untuk berkebun dan menjadi petani sentiasa ada kepada sesiapa yang mempunyai tanah dan tiada pekerjaan. Namun kalau niat semata-mata tanpa material untuk di laksanakan, ianya tidak akan menjadi kenyataan. Tidak hairan kalau ada petani, pekebun, nelayan terpaksa berhutang dengan towkey-towkey Cina atau orang tengah semata-mata untuk memulakan sesuatu usaha pertanian atau perikanan. Punca pangkal adalah kepada pembuat dasar pinjaman dan bantuan kepada petani dan pekebun. Tiada maklumat tepat membuatkan kesilapan dalam membuat dasar. Pelaksana dasar pula seharusnya memberikan maklumbalas kepada pembuat dasar tetapi ianya di diamkan atau tidak di sampaikan. Pembuat dasar juga seharusnya turun sendiri bertemu petani dan pekebun sebagai orang yang dipilih oleh rakyat untuk mengetahui masalah-masalah sebegini. Bukan hanya sekadar membuat dasar dari kerusi empuk berhawa dingin di BiliK Mesyuarat Hotel di Langkawi atau di Tioman atau bertegang urat di Parlimen sahaja.

Mungkin kengkawan budiMaN ada cara yang lain bagi memperolehi bantuan, harap dapat khabarkan.

4 comments:

walid said...

salam.
Mmg payah nak dpt modal kerja nie. Kebykan nak tgk kita da stat keje..baru nak kasi loan.If nak jugak..kena wat pinjaman dulu...samada keluarga,rakan or bank2 terpilih(x semua bank nak kasi ..ni pun satu gok)
ANyway walid doakan agar terlaksana hasrat murni utk berjasa kpd bumi, mudahan dipermudahkan olehNYA.

Anonymous said...

may b TEKUN boleh tolong @ soft loan untuk wanita (isteri dia la yang cuba minta loan) yang diwawarkan baru-baru ini. Gimana, ok?

Anonymous said...

Assalamu'alaikum.
Mungkin tak salah kalau kita tengok sesuatu perkara jangan daripada satu sudut saja. Bila Kjaan bagi bantuan, orang yang dpt bantuan berkenaan tak usaha sungguh-sungguh, sebab bukan modal dia sendiri. Kat daerah saya, bagi bantuan modal penjaja RM2,000 pun tak nak bayar balik. Bayar balik rumah rakyat RM70 sebulan pun ramai yang tak bayar. Bila Kjaan buat dasar supaya pemohon bantuan tunjuk dulu usahanya sebagai bukti, kita kata Kjaan tak tolong rakyat.
Memang ada pengusaha yang jujur, tapi disebabkan ramai yang tak jujur, Kjaan tak ada pilihan. Kjaan tak tahu siapa yang jujur dan siapa yang tidak jujur.
Bagi rakan kita ni, mungkin dia benar2 hendak mengusahakan tanah pertanian, tapi bagi pegawai Kjaan boleh tau ke siapa yang jujur, siapa yang tidak?
Jadi pegawai kerajaan skrg ni makin susah, tolong salah, tak tolong pun salah.
Mungkin bila orang Melayu dah hilang kuasa dlm Kerajaan, baru kita sedar bahawa di sebalik persepsi negatif masyarakat yang diracuni oleh media sejak sekian lama, masih ramai lagi pegawai Kerajaan yang jujur dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.

"Kini kita cuma tinggal kuasa, yang akan menentukan bangsa...".

Sekian, wassalam.
Azlan, DPA JAN06.

LaN KidA said...

Salam semua,
Untuk pengetahuan semua, kawan budiMaN kita yang nak mengusahakan tanah ni berurusan dengan pegawai Pertanian dan LPP yang sekampung dengannya. Pegawai tersebut bukan orang lain...sedara mara jugak...tapi polisi jabatan tersebut memang macam tu...

Kawan budiMaN kita ni pula memang ahli UMNO tegar dan pernah mendapat bantuan dari UMNO tetapi kali ini walau dengan sokongan dari Exco Negeri masih tidak berupaya memperolehi bantuan kerana polisi jabatan-jabatan tersebut.