Semalam setelah meraikan kedatangan genapnya 44 tahun, hari ini saya nak khabarkan suatu berita yang saya rasa cukup membimbangkan. Beberapa hari lepas, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur mengumumkan bahawa kes jenayah ragut meningkat 100 peratus di Kuala Lumpur dalam tempuh 4 bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama 2008 lalu. 4 bulan pertama 2008 mencatatkan 606 kes melonjak ke 1,206 kes bagi tempoh yang sama tahun ini! Selain itu samun berkumpulan tanpa senajata turut meningkat 80.5% iaitu dari 1,249 kes ke 2,254 kes.
Kesan kemelesetan ekonomi dunia yang kini secara sedikit demi sedikit mula menggigit rakyat Malaysia pada pendapat saya telah mencetuskan fenomena yang membimbangkan ini. Tekanan kos kehidupan yang semakin tinggi, pendapatan yang tidak dapat memenuhi tuntutan sara hidup dan kurangnya kesedaran agama menjadi punca kadar jenayah yang makin meningkat.
2 minggu lepas, sahabat saya Mat Sani telah dirompak bersenjata di hadapan Ampang Point kira-kira jam 11-00 malam. Mat Sani pada waktu itu berjanji untuk bertemu dengan Mat Pun, seorang lagi rakan saya berhadapan Ampang Point. Mat Sani sampai dengan kereta beliau BMW 530i M5 E60 dan menunggu Mat Pun di depan Ampang Point. Apabila Mat Pun sampai sahaja, maka secara tiba-tiba seorang lelaki datang mengetuk cermin kereta dan menunjukkan pengenalan PDRM dan menyuruh keluar kereta. Lelaki tersebut memberitahu bahawa kereta Mat Sani adalah kereta curi. Mat Sani dan Mat Pun apa lagi, hangin satu badan la dan beritahu lelaki tersebut kereta beliau bukan kereta curi. Rakan lelaki itu muncul dari belakang dan terus menggari Mat Sani dan Mat Pun dan beritahu balai boleh cerita. Sebuah kereta BMW X5 berhenti di sebelah kereta Mat Sani dan lelaki tersebut mengarahkan Mat Sani dan Mat Pun menaiki X5 tersebut. Di dalam X5 itu Mat Sani nampak pistol, parang dan pedang samurai dan beliau dapat rasakan bahawa mereka bertiga tersebut bukannya Polis. Sewaktu itu Mat Sani sempat memetik handphone menelefon isterinya dan membiarkan pergelutan dengan perompak itu di dengar oleh isterinya. Mat Sani dan Mat Pun kemudiannya di tutup mata sambil pistol di acukan di kepala dan di suruh duduk tunduk di seat belakang.
Selepas itu mereka di bawa menaiki X5 tersebut dan walaupun mata di tutup, Mat Sani beritahu beliau boleh nampak sedikit keadaan di luar. Waktu itu sebenarnya mereka telah melalui 2 road block Polis tetapi tiada sebarang tindakan berlaku. Dompet dan telefon bimbit di rampas dan di setiap stesyen minyak, perompak mencuba mengeluarkan duit melalui ATM card mereka berdua. Nasib baik juga isteri Mat Sani setelah mendengar pergelutan melalui handphone menghubungi rakan dan kami semua ke Balai Polis membuat laporan. Kami juga terus menghubungi pihak bank dan meminta batalkan segala kad ATM dan kad kredit serta merta. Oleh itu perompak tersebut tidak dapat mengeluarkan sebarang wang dari ATM maupun menggunakan kad kredit.
Setelah 6 jam di seksa dan di acu pistol dengan pelbagai ugutan bunuh dan sebagainya oleh perompak tersebut, Mat Sani dan Mat Pun akhirnya di lepaskan dengan tangan bergari di Lebuhraya Shapadu di Pelabuhan Utara Kelang. Mereka terpaksa menapak hampir 12km sebelum sampai ke R&R untuk meminta bantuan. Rupanya pada malam tersebut, perompak yang sama telah cuba merompak Dato Zabidi dengan kereta Ferrarinya dan seorang lagi Dato dengan BMW 5 series tetapi tidak berjaya. Nasib Mat Sani dan Mat Pun menjadi mangsa ke 3 mereka pada malam itu dan terpaksa berhadapan selama 6 jam dengan mereka.
Kesimpulannya, kemelesetan ekonomi pastinya akan membawa lebih banyak kejadian-kejadian jenayah samada di Kuala Lumpur mahupun di mana-mana tempat di negara kita. Di sini saya mengingatkan kepada diri saya sendiri dan rakan-rakan budiMaN semua untuk lebih berhati-hati terutama kepada budiMaN yang memandu kereta-kereta mewah seperti Wish, Harrier, BMW dan sebagainya. Kalau tak bawak kereta mewah pun, berhati-hati lah kerana dengan keadaan sekarang ini, penjenayah tidak memilih mangsa dan tempat kerana apabila desakan hidup menghantui, kewarasan bukanlah lagi pilihan.
5 comments:
lorrr! 'itu' kereta pon masuk kategori mewah k? iskkk....nway, be careful to all...mmg byk kes curi,samun, ragut, pecah masuk umah...
Jun,
Wish tu kira semi mewah jugak la...haha. Sebab tu ler ari tu dia orang pecah masuk rumah kan agaknya.. keluarga mewah ni dia orang kata.
Apa2 pun moga kita semua selalu berhati2 dan di lindungiNya sentiasa.
Yo laaa..kalau dah nak mencuri tu diaorang x kira apa laa..x kereta mewah pun..diaorng just try n error je laaa..Apapun, memang kena berhati2..kalau kes ragut tu boleh kata hari2, tiap2 jam ada kesah..
*Weee..takut nak g KL bila baca artikel Lan ni..rasanya kat Ktn xda la sampai mcam tu lagi..ish ish..
berhati-hatilah semua, ai nak mengingatkan diri sendiri sebenarnya sebab ai memang selalu lupa kunci pintu belakang time nak tido malam2!!!
Kusss..semangat
takut mendengorkan citer-citer cam tu. mesti tak terkata takutnyer nyawa macam telor ujung tanduk. oleh itu banyaklah kita bergantung kepada Nya banyakkan doa minta pertolongan Dia dari mula keluar umah sampai la masuk balik umah balik
Post a Comment